Anda di halaman 1dari 4

Teori Kecerdasan Pelbagai

Written by Batriesya
Image Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983).
Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and
understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai
kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan
bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh
mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga
sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid
yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia
yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
* Kecerdasan Verbal-Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk
menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan.
Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang
kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.
* Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan
dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
* Kecerdasan Visual-Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang
alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam
persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan
serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman
yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan
seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
* Kecerdasan Kinestetik

This page was created using BCL ALLPDF Converter trial software.
To purchase, go to http://store.bcltechnologies.com/productcart/pc/instPrd.asp?idproduct=1

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk


berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota
atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan
seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap
memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan
mental.
* Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau
elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain
daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan
tempo dengan mudah.
* Kecerdasan Intrapersonal
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan
tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang
tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta
mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara
keseluruahnnya seseorang itu kelihatan
murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.
* Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat
serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
* Kecerdasan Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan
galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyibunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan
dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Pelbagai Kecerdasan
Pengenalan
Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia
dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial.
Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah
memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner,
kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini
dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical,

This page was created using BCL ALLPDF Converter trial software.
To purchase, go to http://store.bcltechnologies.com/productcart/pc/instPrd.asp?idproduct=1

Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal,


Naturalistic, Ethical/Spiritual.
Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
* Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap
perkembangan yang berlainan.
* Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang
cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
* Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak
serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
* Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk
Jenis-Jenis Kecerdasan
Jenis Kecerdasan
Penerangan
Musical/Rhythmic Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni
muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.
Logical-Mathematical Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara
deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan
corak.
Interpersonal Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan
dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi,
matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
Naturalistic Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu
menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.
Ethical/Spiritual Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah
berkaitan serta merancang penyelesaiannya
Bodily-Kinesthetic Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan
idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
Visual/Spatial Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu
yang digubah secara mental.
Verbal/Linguistic Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.
Intrapersonal Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri
sumber:
http://mahirppb.tripod.com/
LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH
Posted by En.Ilyasak at 10:13 PM

0 comments:
Post a Comment

Newer PostOlder PostHome

This page was created using BCL ALLPDF Converter trial software.
To purchase, go to http://store.bcltechnologies.com/productcart/pc/instPrd.asp?idproduct=1

Subscribe to: Post Comments (Atom)


PALESTINA TERCINTA

SATU UMAT
SUKAN SEA - 2 Maut Final Bola Sepak
4 minutes ago

Arabnews

NBA stars set to lead 4-game US tour


3 hours ago

IMEMC News

Right-wing Israeli group creates booklet listing businesses that


employ Palestinians
7 hours ago

IHH
Dnya ocuk Haklar Gnnde rkten rakamlar
8 hours ago

Hizbut Tahrir

Waspadai, AS Bakal Ikut Pantau Keamanan Freeport


10 hours ago

IMEU
The banality

This page was created using BCL ALLPDF Converter trial software.
To purchase, go to http://store.bcltechnologies.com/productcart/pc/instPrd.asp?idproduct=1