Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MAKSUD KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh
difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam
pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang
terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga
semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti
rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup
di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan
profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di
dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan,
perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh
dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan
sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini
berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi
makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan
proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta
pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah
untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan
yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan
situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat
dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang
mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin
hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan
dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
1. Menolong mengubah tingkah laku seseorang.
2. Menambahkan kemahiran seseorang mengendalikan kehidupannya sendiri,
terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang
dan ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran seseorang membuat keputusan pada saat-saat
penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan
dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat,
apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko
akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan seseorang dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri
yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien
meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan
dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat.
Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan
individu.
5. Membantu perkembangan bakat seseorang. Kaunselor membantu seseorang
mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan
pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif
kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,
membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan
yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses
membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa
sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh
mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini.
Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam
pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani
klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor
tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak
lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara
sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha
mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam
kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh
nilai dan falsafah kaunselor.
Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui
temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling
selalunya melibatkan temu bual.
Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti
mendengar merupakan kaunseling.
Kaunselor memahami kliennya.
Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti
dirahsiakan.
Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien
yang mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi.
Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan
keperluan kaunselor.
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi
masalah atau kerunsingan.
Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting
kerahsiaan dalam kaunseling.
Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan
mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan
atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan
klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor.
Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu
situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran
yang kabur dan tidak rasional.
Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang
terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan
memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai
kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga
diri seseorang.
Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang
yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk
mencapai matlamat itu.
Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.