Anda di halaman 1dari 5

Sebab-Sebab Prasangka Di Kalangan Masyarakat

Prasangka merupakan salah satu fenomena yang hanya boleh ditemui dalam kehidupan
sosial. Sikap yang biasanya negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu kumpulan manusia (ras,
agama, gender etc). Selain itu, menilai orang lain secara negatif hanya kerana orang lain itu
menjadi ahli kumpulan tersebut dan bukan kerana ciri-ciri orang tersebut. Ia merupakan sikap
pra penghakiman, yang tidak erlebih dahulu disemak fakta-fakta sebenar mengenai sasaran
sikap. Sikap prasangka ini sukar diubah walaupun fakta baru menafikan faktor yang
menyebabkan prasangka itu. Diskriminasi pula adalah tindakan seseorang yang memberikan
layanan berbeza kepada orang lain yang berhak diberi layanan yang sama, dan yang tidak
mahu dirinya dilayan secara berbeza. Ia merupakan tindakan atau tingkah laku yang dibezakan
daripada prasangka (yang merupakan unsur perasaan). Ia berkait rapat dengan prasangka.
Terdapat tiga sebab utama dan komponen dalam menerangkan prasangka. Pertamanya
adalah komponen kognitif iaitu kepercayaan/pengetahuan tentang objek sikap. Dalam bidang ini
ia dirujuk sebagai stereotaip. Ia merupakan kepercayaan yang berkaitan dengan tret
seseorang/kumpulan orang. Keduanya adalah komponen afektif dimana perasaan menyukai
atau tidak menyukai seseorang/kumpulan orang. Dalam bidang ini ia merupakan komponen
prasangka. Ketiganya adalah komponen psikomotor yang membawa maksud tingkah laku
akibat daripada kognitif dan afektif. Contoh yang boleh diketengahkan ialah, orang Melayu
malas (sterotaip), saya tidak suka dengan orang Melayu (prasangka), dan saya tidak akan
ambil pekerja daripada orang Melayu (diskriminasi)

Faktor situasi merujuk kepada faktor yang di luar daripada diri individu yang
berprasangka. Di antara faktor-faktornya:

1. Sejarah
2. Konflik antara kelompok
3. ekonomi
Faktor Sejarah
Sejarah kumpulan-kumpulan manusia pernah bermushan adalah mempengaruhi
wujudnya prasangka di kalangan ahli-ahli kelompok. Contoh yang boleh kita ambil ialah sistem
perhambaan: untuk mewajarkan sistem perhambaan, prasangka buruk terhadap kulit hitam
ditanamkan pada diri kelompok kujlit putih. Selain itu, contoh sistem apartheid di Afrika Selatan:
prasangka terhadap kulit hitam dirasional, di mana mereka dianggap sebagai manusia yang
kurang bertamadun dan bertujuan untuk memudahkan penindasan. Rentetan itu, prasangka di
antara kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia: kemungkinanya wujud akibat daripada sejarah
zaman Perang D2, Perisitiwa 13 Mei etc.

Faktor Antara Kelompok


Prasangka wujud akibat persaingan/konflik antara kelompok manusia. Persaingan dari
segi pekerjaan, perumahan, dan sumber-sumber lain yang terbatas. Idea ini berdasarkan
kepada teori konflik kelompok realistik. Konflik berlaku apabila kelompok yang menguasai
sumber cuba mempertahankan kuasaannya. Kajian penting ini dijalankan oleh oleh Sherif dan
rakan-rakan.

Faktor ekonomi
Mengikut teori penindasan ekonomi kita dapat melihat bahawa prasangka dan
diskriminasi wujud bagi membolehkan sesautu kelompok menguasai ekonomi dan kuasa.
Perasaan ditanamkan pada diri manusia yang menindas kerana dengan berbuat demikian
dapat merasionalisasikan penindasan. Lantaran itu, kelompok masyarakat yang berprasangka
itu akhirnya dapat menguasai ekonomi. Contoh: dasar apartheid di Afrika Selatan. Prasangka
dirasionalkan melalui kaedah-kaedah tertentu seperti teori Darwin, khutubah gereja. Apabila kita
menganalisis tentang penindasan ekonomi British ke atas orang Melayu melalui pendekatan
ini. Fahaman lazy native, Fahaman white mans burden, tindakan / diskriminasi melalui divide
and rule, Teori keselarasan kognitif iaitu prasangka digunakan untuk menyelaraskan di antara
tingkah laku dengan kognitif.

Dalam sesetengah masyarakat prasangka memang digalakkan di mana adanya norma


sosial yang memerlukan seseorang untuk berprasangka dan mendiskriminasi. Oleh hal yang
demikian, media massa berperanan penting dalam menyalur dan menanam perasaan
prasangka. Gambaran yang diberikan oleh media massa mengenai sesuatu kumpulan manusia
boleh menanamkan prasangka.

Tambahan pula, cara manusia berfikir tentang manusia lain boleh mewujudkan perasaan
prasangka. Manusia berfikir tentang orang lain berdasarkan kepada kategori-kategori manusia
yang dibina dalam pemikiran . Misalnya dalam pemikiran manusia

telah terbina kategori-

kategori manusia, dan setiap kategori telah ditentukan apakah ciri-cirinya. Manusia berkulit
hitam (negro), telah ditentukan apa ciri-cirinya; begitu juga dengan manusia orang putih.
Daripada ciri-ciri tersebut maka terjelma sikap terhadap orang tersebut. Manusia lebih
cenderung mengklasifikasi manusia lain sama ada ahli kumpulannya (seagama, separti dan
lain-lain)) atau ahli kumpulan lain. Kelompok dalam: mereka yang merupakan ahli kelompoknya;
kelompok-luar: mereka yang bukan ahli kelompoknya (yang biasanya ditentang). Manusia
cenderung menyebelahi ahli kelompok-dalamnya; sebaliknya membenci/berprasangka terhadap
ahli kelompok-luar.
Setersunya, kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain dan kumpulan kita
dengan kumpulan lain. Hal-hal yang biasa kita bandingkan adalah hampir semua yang kita
miliki, contohnya status sosial, status ekonomi, kecantikan, watak keperibadian dan
sebagainya. Hal ini disebabkan oleh perbandingan adalah penilaian sesuatu lebih baik atau
lebih buruk daripada yang lain. Melalui perbandingan sosial kita juga menyedari kedudukan kita
di mata orang lain dan masyarakat. Kesedaran akan kedudukan ini tidak akan melahirkan
prasangka apabila kita menilai orang lain mempunyai kedudukan yang sama dengan kita.
Prasangka lahir ketika orang menilai adanya perbezaan yang ketara. Dalam erti kata lain,
keadaan sosioekonomi yang tidak seimbang akan melahirkan prasangka . Dalam masyarakat
yang majmuk ini, perbezaan kekayaan yang begitu tinggi akan mewujudkan prasangka. Inilah
antara sebab-sebab yang mewujudkan prasangka dalam masyarakat seantero dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai