Anda di halaman 1dari 7

APR

2015
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
PAROI JAYA
70400 SEREMBAN

KERTAS KERJA

PROGRAM ANAK ANGKAT SEKTOR


KORPORAT
(PENYEDIAAN PRASARANA BILIK DARJAH ABAD
KE-21)

TEMPAT:
BILIK DARJAH SKTPJ

Azizi
SKTPJ

KERTAS KERJA

PERNYEDIAAN PRASARANA
BILIK DARJAH ABAD KE-21

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA, SEREMBAN

PENGENALAN
Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman
serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and
Communications Technology). Antara cabaran negara adalah untuk
membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan
atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Kekonomi ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam
pelbagai bidang.
Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi
masalah menyedia dan mengeluarkan sumber manusia atau tenaga
kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensiagensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan
kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara
kolaboratif dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah
masalah semasa. Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik,
ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa
akan hadapan.
Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu
membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu
bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.
Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of
the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan
peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi
dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam
bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of
The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century
are not those that cannot read or write, but those that cannot learn,
unlearn and relearn.'
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025
(PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad
ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
6

dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah


sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi
pegangan pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita.

OBJEKTIF
Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-21
Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21
Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid
Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah
RASIONAL
Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu
tuntutan untuk menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program
yang komprehensif akan dilaksana oleh SK Taman Paroi Jaya bagi
memastikan warga pendidik dapat melahirkan generasi muda yang
mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global. Kertas
kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan sumbangan
peruntukan prasarana untuk melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21
di SK Taman Paroi Jaya.
MATLAMAT
Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan
murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di
peringkat global.
KONSEP BILIK
DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:


i.
Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha
murid supaya menarik dan bermakna.
ii.
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:

Bilik darjah sebagai bilik sumber


i.
Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
ii.
Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan
putih /soft board.
iii.
Hasil kerja murid dipamerkan.
Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)
i.
Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
ii.
Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
iii.
Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant
Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /
soft board.
iv.
Hasil kerja murid dipamerkan.
v.
SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang
mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
vi.
Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
vii.
Lorong bermaklumat
viii.
Ruang santai

LOKASI
32 bilik darjah di SK Taman Paroi Jaya

KEPERLUAN
32 buah LCD Projektor
32 buah Komputer Riba

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN PRASARANA BILIK DARJAH ABAD KE-21
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA, SEREMBAN
PENGERUSI
EN SUHAIMI BIN NORAZI
NAIB PENGERUSI
PN. AZIAH BT BAHARUDIN
PEGAWAI PENYELARAS
PN. HAMIDAH BT MOHAMAT YUSOFF
EN SAHRIM BIN MOSTAPA
PN HJH SALINA BT ABD MANAF
SETIAUSAHA
EN AZIZI BIN LAMAT
JAWATANKUASA
SEMUA GURU KELAS

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN MEMBELI ALATAN KEPERLUAN BILIK DARJAH


ABAD KE-21

BIL

PERKARA

HARGA
SEUNIT

LCD PROJEKTOR

RM1500.00

32

RM48000.00

KOMPUTER RIBA

RM1500.00

32

RM48000.00

JUMLAH KESELURUHAN

KUANTITI

JUMLAH

RM96000.00

SUMBER KEWANGAN
BIL

PERKARA

Sektor korporat
JUMLAH KESELURUHAN

RM96000.00
RM96000.00

Disahkan oleh :
:

(EN SUHAIMI BIN NORAZI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.
Disemak oleh :
:
.
( PN HAMIDAH BT OTHMAN )
Guru Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.
Disediakan oleh
:


( AZIZI BIN LAMAT )

Anda mungkin juga menyukai