Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 LITERATURE REVIEW
Selain itu, menurut Lieberman (1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah
sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek,
latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi
tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.
Justeru itu, Ibrahim Ahmad Bajunid,(1995), berpendapat profesion keguruan
merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar
dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam
proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat
pendidikan.
Menurut Hamka, nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah,
merupakan tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia dalam
abad ke-20. Mengikut beliau, pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk
tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap
merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.
Berdasarkan pentafsir-pentafsir pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli
pendidikan, kita dapat merumuskan konsep pendidikan seperti di bawah :
Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan
fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran,
kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman mereka supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bage faedah diri serta
masyarakat, bangsa, dan negaranya.