Anda di halaman 1dari 4

Analisis SWOT Khidmat Masyarakat Di Sekolah

Kekuatan
i
Dapat meningkatkan pengetahuan guru pelatih terhadap
ii
Dapat meningkatkan motivasi dalam diri guru-guru pelatih untuk menjadi guru
iii
iv

yang cemerlang suatu hari nanti.


Dapat meningkatkan keupayaan dalam berkomunikasi dengan pihak sekolah.
Dapat meningkatkan kemahiran mendengar seseorang guru pelatih dalam
persediaan menjadi seorang guru untuk bekerjasama dengan pihak sekolah

v
2

dan pekerja am.


Dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan peka terhadap bidang keguruan

dan sekeliling.
Kelemahan
i
Masa yang kurang sesuai untuk khidmat masyarakat dilakukan.
ii
Faktor jarak perjalanan dari tapak perkhemahan yang memerlukan guru
pelatih untuk berjalan kaki.
Peluang
Para guru pelatih dapat diberi peluang untuk didedahkan cara untuk berkomunikasi
dengan pihak luar seperti pihak sekolah dan bekerjasama dalam menyiapkan kerja.

Ianya akan dapat meningkatkan profesionalisma sebagai seorang guru pelatih kelak.
Ancaman
i
Faktor masa yang kurang sesuai.

Analisis SWOT Di Mutiara Motors Resort (Gotong Royong)


Kekuatan

vi

Dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai khidmat

vii

masyarakat di kawasan perkhemahan.


Dapat meningkatkan keupayaan dalam menjalankan gotong royong dengan

viii
ix

efisien dan cepat.


Dapat meningkatkan sifat bekerjasama dengan guru pelatih yang lain.
Dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan peka terhadap bidang keguruan
dan sekeliling.

Kelemahan
i.

Kurang guru pelatih yang tinggal di tapak perkhemahan untuk bertugas

ii.

membersihkan kawasan.
Kelengkapan alat dan peralatan untuk gotong royong yang sedikit melambatkan
aktiviti gotong royong tersebut.

Peluang
i.

Para guru pelatih dapat diberi peluang untuk didedahkan dengan cara untuk
mempunyai etika berpakaian yang sesuai dengan profesionalisma sebagai
seorang guru dan juga dengan cara mendengar dengan baik dan efektif.

Ancaman
i.
ii.
iii.

Kawasan tapak perkhemahan yang luas menyukarkan dan melambat proses gotong
royong.
Kawasan yang banyak dengan nyamuk dan serangga.
Kawasan yang berpasir menyukarkan kerja gotong royong.

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti Bina Insan
Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi,

Johor pada 21 September 2014 sehingga 23 September 2014. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Azman selaku Ketua Komanden untuk Bina Insan Guru
Fasa 4. Tidak dilupakan kepada mentor saya, Cik Marina binti Abdul Majid di atas dorongan
dan tunjuk ajar dalam menjayakan perkhemahan ini dengan jayanya.
Sepanjang program ini berlangsung, banyak pengalaman yang telah saya dapati.
Antaranya ialah dapat menimba pengalaman baru dalam khidmat masyarakat di sekolah di
mana saya terlibat di dalam lukisan mural di dinding sekolah. Ianya merupakan antara
pengalaman berharga yang telah saya timba. Saya juga belajr untuk bekerjasama dengan
ahli kumpulan yang bukan dari di kalangan rakan sekelas tetapi rakan kelas yang lain dan
saya juga seronok kerana dapat lihat pelbagai reaksi dan keletah rakan rakan yang lain
ketika pembikinan mural di dinding sekolah terbabit. Saya juga dapat menimba ilmu
pengetahuan dalam komunikasi di mana perlu berkomunikasi dengan pihak sekolah dan
mereka sangat mengalu alukan kedatangan saya dan rakan rakan ke sekolah mereka.
Selain itu, khidmat masyarakat ini telah meningkatkan kemahiran mendengar saya di mana
saya perlu mendengar arahan dari ketua mural untuk melakukan mural tersebut. Manakala
sewaktu khidmat masyarakat di Mutiara Motors Resort, saya dan rakan rakan yang tidak
mengikuti aktiviti di tanah perkuburan membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan
sekitar resort terbabit. Di sini, saya dapat lihat beberapa karektor oleh sesetengah rakan
yang lain yang tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Namun, itu semua
merupakan salah satu pengalaman yang saya timba dari segi pergaulan di kalangan rakan
guru pelatih.
Biarpun saya menimba pengalaman ketika program ini berlangsung, saya juga
menghadapai beberapa cabaran iaitu saya mengalami sakit gatal gatal di pergelangan kaki
saya akibat faktor keadaan khemah yang berkemungkinan mempunyai debu hama sehingga
menyebabkan saya sakit. Mujur saya membawa ubat ubatan jadi sakit menjadi kurang.
Cuma saya berharap untuk penambahbaikan kelak, saya berharap agar keadaan khemah
yang sudah lama tidak dipakai supaya diperiksa bagi memastikan perkara sebegini tidak
berlaku. Selain itu, cabaran yang perlu saya hadapi ialah kawasan tapak perkhemahan yang
mempunyai banyak nyamuk dan serangga sehingga menyukarkan kelancaran pergerakan
dan tidur saya selalu terganggu. Tetapi saya dapat menangani masalah tersebut dengan
membawa mosquitos repellent. Walaupun cabaran yang saya hadapi tersebut dapat saya
tangani, tetapi untuk penambahbaikan, saya rasa wajar bagi pihak pengajur untuk membuat
soal selidik dahulu kepada guru pelatih bagi menjamin keselasaan pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan seiring
dengan objektif yang dihasratkan. Program seperti ini seharusnya diteruskan untuk generasi

bakal guru akan datang agar guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk dan
saya amat berbangga dan bersyukur kerana telah mengikuti dan menjadi sebahagian
daripada program ini.

Anda mungkin juga menyukai