Anda di halaman 1dari 1

FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)

1. Sebagai Alat Hiburan


2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur
pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini
terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah
kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak
mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang
terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui cerita-cerita seperti Si Tanggang anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di
dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan
kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong
yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
3. Sebagai Alat Mengkritik.
Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang
bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan
hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur
sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang
sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk
kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.
4. Sebagai Alat Perhubungan atau Komunikasi.
Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat
perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat
perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi,
antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun
digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis
persandingan.
5. Sebagai kata Adat, Peraturan dan Pantang larang.
Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undangundang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut
menjadi pantang larang dalam masyarakat.