Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan


damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan
anasir-anasir
yang
cuba
mengganggu
gugat
ketenteraman awam. Kerajaan telah menjalankan
pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut.
.Factor/punca

1. Faktor Persekitaran
Sikap tamak seseorang individu akan mendorong mereka
melakukan jenayah bagi memaksimumkan kesenangan
dan mengurangkan penderitaan
Kawasan setinggan atau kawasan yang banyak pendatang
tanpa izin akan meningkatkan kadar jenyah

Kawasan yang kurang pemantauan pihak berkuasa juga


akan meningkatkan kadar jenayah.

. 2. Faktor Pertambahan Penduduk


Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan
dalam pasaran

Apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan secara


halal, mereka akan mendapatkan secara haram iaitu
melakukan secara haram seperti merompak, meragut
dan sebagainya

Hal ini ditambah lagi persaingan dengan pekerja asing


yang sanggup dengan upah yang rendah.
3. Faktor Media Massa
Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan
jenayah banyak disiarkan oleh televisyen.

Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan


jenayah

Kemudahan Internet juga menunjukkan cara -cara


menghasilkan dadah sintatik yang akan ditiru oleh

mereka yang mahir dan seterusnya akan


mengedarkan kepada penagih-penagih dadah
4. Faktor Kurang Penguatkuasaan Undang-undang
Kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga
mahir dalam bidang tertentu telah menyebabkan
pelbagai jenayah berlaku

Penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk


melakukan jenayah seperti penyelewengan, pecah
amanah,pembunuhan, rompakan dan pelbagai
jenayah lagi.

5. Faktor Kurang Penghayatan Nilai -nilai Agama /Moral


Kebanyakan mereka yang terlibat dengan jenayah
tersebut tidak menghayati ajaran agama masing-masing
Bagi mereka perbuatan seperti rasuah, pecah amanah,
penyelewengan, dan lain-lain tidak menjadi kesalahan

Langkah
1. Penguatkuasaan Undang -undang
Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan
keharmonian negara telah bekerjasama rapat bagi
mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan
Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja
Malaysia, dan lain-lain lagi.
Semua agensi bekerjasama dalam membanteras
jenayah seperti rompakan, rogol, kegiatan pelanunan,
penyeludupan, pemerdagangan manusia dan lain-lain
lagi
Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di
pintu masuj negara dapat mengurangkan jenayah
tersebut.

2. Kempen-kempen Pencegahan Jenayah


Kempen-kempen pecegahan jenayah hendaklah digiatkan
dalam media massa untuk memberi kesedaran dan
peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya
menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda
mereka.
Kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat
sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar
-pelajar tentang cara -cara mencegah jenayah dan kesan
-kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti
jenayah.
3. Peranan Masyarakat
Masyarakat boleh menubuhkan kelab Rukun Tetangga
untuk nenjaga keselamatan kawasan mereka sebagai
tambahan kepada rondaan pihak polis
Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
mencegah jenayah dengan melaporkan aktiviti -aktiviti
yang mencurigakan di kawasan mereka kepada polis.

4. Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Negara Lain


Kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyeleraskan
dengan kerajaan dan organisasi antara-bangsa dalam
membendung kegiatan jenayah seperti kes -kes
penipuan,.penyelewengan
pemerdagangan manusia,
penyeludupan dan keganasan.
Kerjasama yang erat Malaysia dengan negara-negara lain
dapat membendung kegiatan jenayah dari berleluasa

5. Kerajaan Harus Memperkasa Ekonomi Negara

Kerajaan hendaklah memperkasa ekonomi negara bagi


meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
Ekonomi negara yang kukuh dapat mengurangkan
kegiatan jenayah
Peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan hal ini dapat
mengelakkan mereka terlibat dengan kongsi gelap,
pengedaran dadah, meragut, menyamun,merompak dan
sebagainya.

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam


usaha membanteras masalah jenayah yang akan mengancam
keselamatan negara.
Perdana Menteri yang menggalakkan pihak polis
meningkatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV)
di kawasan berisiko tinggi juga merupakan cara efektif
untuk mengawal kes jenayah yang sering berlaku di
Malaysia.
Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan
patut menempatkan CCTV di kawasan berisiko
tinggi seperti bank, kawasan perumahan,
sekolah, taman permainan, dan banyak lagi.
Hal ini demikian supaya pihak polis dapat
mengecam muka penjenayah, merakan semula
kejadian jenayah tersebu, serta membuat
analisis secara terperinci yang dapat membantu
menyelesaikan kes jenayah sehingga
tertangkapnya penjenayah terbabit.
Oleh itu, CCTV patut ditempatkan di kawasan
berisiko tinggi supaya masalah jenayah di
negara kita dapat dikurangkan.
2. Pendidikan merupakan wahana penting dalam
usaha mencegah masalah jenayah yang berlaku di
negara kita.
Selain langkah drastik, kerajaan turut menggunakan
pendekatan psikologisebagai alternatif dalam

mengurangkan masalah jenayah, khasnya dalam


kalangan remaja.
Walaupun pendorong kepada peningkatan
jenayah berat merupakan golongan dewasa
seperti pembunuh upahan dan seumpamanya,
golongan remaja juga perlu disuntik dan
ditanam dengan ajaran moral dan pegengan
akidah yang utuh untuk memastikan agar
mereka tidak cenderung ke arah melakukan
jenayah.
Penerapan nilai-nilai murni dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
di peringkat sekolah akan dapat mendedahkan
para pelajar tentang norma hidup masyarakat
yang berkiblatkan kasih sayang dan perpaduan.
Hal ini secara implisitnya dapat menyemai nilai
murni dan ajaran agama yang kukuh dalam jiwa
pelajar agar mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kes jenayah. Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak tahun
2004 oleh pihak kerajjan, yang berobjektifkan
melahirkan modal insan yang berintegriti juga
merupakan langkah yang efisien dalam
memupuk semangat kekitaan dan perpaduan
dalam kalangan generasi muda.
Kesan
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat
sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada
seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya.
Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang
mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja,
akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara
keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini
tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara.

Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan


memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari
institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu
masyarakat itu terbentuk.
Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang
dialami sesuatu masyarakat.
Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang
harmoni dan bahagia.
Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan
itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam
kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan
berlakunya penceraian.
Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar
dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung
dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial
yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalahmasalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada
masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu
masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan masyarakat.
Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang
tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak
hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita
akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja
terutamanya akan rosak dan binasa.
Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan
dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung
dengan segera.
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda,
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam


masyarakat.
Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati
masyarakat.
Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam
masyarakat. Is
u-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua kaum.
Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga
akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar
keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak
ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan
pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan.
Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara
akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi
lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan
akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat.
Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga
akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia
sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk
mengurangkan kadar jenayah.
Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam
negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka.
Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini
terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka
pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti
pada hari ini tentulah serong dan buruk.