Anda di halaman 1dari 6

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai

nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau
merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia
lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi
Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah AlQuran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar
pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah
berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu
Sina telah menjadi Doktor Di Raja. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah
menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmuilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf
dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa
kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat
karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya
dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri,
astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan
kosmologi.

PERIBADI IBNU SINA


I.

Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle
sebanyak 40 kali.

II.

Taat beragama

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi
sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid
untuk memohon petunjuk daripada Allah.

III.

Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

IV.

Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai
bidang ilmu terutamanya perubatan.

SUMBANGAN
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam
bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak
sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti
Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The
Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk
mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik,
muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh
sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya
mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam
bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam
bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan
risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan
seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul alNajah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak
dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran
Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh
asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu
darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black
bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan
campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada
pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka
seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh
kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti
manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan
mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk,
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat
dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam
tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur
yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh
bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina
berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.
Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti
Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras,
sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu
Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku AnNajah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai
"Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan
dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin alwujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab
Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi
halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang
wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab
"Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan
jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai
satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah
buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran
Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap
kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu
Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan
kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh
dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains
dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan
tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr
Al-Farabi (al-Farabi).

PENDIDIKAN IBNU SINA


1. Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
2. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
3. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip
geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu
sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
4. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan
5. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan
yang terkemuka.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawan penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha
Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit
Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew
dan Inggeris.
5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikmukakan oleh Ibnu Sina dalam karyakaryanya. Karya karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan perting.
Penemuan penyakit baru serta puncanya
- Pengaruh kuman dalam penyakit.
- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.
- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Penemuan dalam bidang farmasi
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan


- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
- Mencipta picagari dan lain-lain.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN
1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap
pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu
perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang
760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan
baru menggunakan peralatan peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat
hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan
dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
1. Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
2. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.
3. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan
sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)
4. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di hungry telah mengambil
semperna nama beliau iaitu Avicenna College(kolej Ibnu Sina)
RUMUSAN
1. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam
bidang perubatan.
2. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi
rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat.
3. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan metode pemerhatian dan anlisis dalam
bidang perubatan.
Inmu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang
lain.

PENGHARGAAN
AssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga sayamenyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk PembelajaranMotor
. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakansebahagian
daripadaKERJA khusus individuRibuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang
banyak membantusaya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada
DRHILMI BIN AHMAD SHAGHIR dan PN MARINA HJ ABDUL MAJID selaku pensyarahEDU
3106 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat.Sekalung penghargaan
untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepadasaya sepanjang saya menyiapkan folio
ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakanseperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projekmasing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
folio amatsaya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
sayamaklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah

membantu saya secaralangsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan
dibentangkan.

Anda mungkin juga menyukai