Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Mengajar di Kolej Matrikulasi dan Sekolah

Mengajar di kolej matrikulasi dan sekolah sebenarnya tak dapat


dibandingkan. Masing-masing ada keseronokan dan cabaran
yang
tersendiri. Sebelum saya makin 'melupakan' suasana mengajar di sekolah
sebagai seorang guru, rasanya lebih elok saya abadikan dengan ringkas
beberapa point di dalam blog ini. Buat kenangan untuk saya di masa
hadapan. Boleh juga beri gambaran kepada guru-guru sekolah, apakah
yang pensyarah program matrikulusi lalui.
RPH vs RPM
Jika di sekolah dulu, saya menulis Rancangan Pengajaran Harian, RPH di
dalam buku Rekod Mengajar. Tetapi sekarang, saya menyediakan
Rancangan Pengajaran Mingguan, RPM secara bercetak. RPM itu disimpan
dalam Teaching Portfolio. Bukan semua kolej yang menyediakan RPM, ada
juga yang menyediakan RPH cuma tempat saya memilih untuk
menyediakan RPM. (^__^). Alhamdulillah, mudah kerja.
RPM yang saya tulis ringkas sahaja, cuma dicatatkan learning comes,
activities dan reflections. Tiada lagi teaching learning meterials/ABM,
students prior knowledge/pengetahuan sedia ada pelajar, dan KBKK/KBAT
seperti di sekolah. Teringat dulu, semasa minggu pertama persekolahan,
saya sibuk membalut dan menghias buku rekod, tapi sekarag tak. Ringkas
sahaja teaching portfolio saya. Teringat juga, di sekolah dulu, reflection
harus ditulis menggunakan pen merah, tapi saya selalu terlanjur tulis
guna pen hitam, Kadang-kadang terlupa tulis pun ada. Al maklum
biasanya tulis reflection pada hari jumaat, sebelum hantar buku rekod.
Kira nak cepat je (^__^).
Kalau di sekolah saya mengajar dulu, kami cikgu-cikgu akan menghantar
buku rekod pada Pengetua atau Penolong Kanan Kurikulum, tapi di kolej
matrikulasi pensyarah akan menghantar RPM kepada Ketua Unit.
Contohnya, pensyarah fizik akan hantar RPM kepada Ketua Unit Fizik. Kami
tak hantar RPM pada Pengarah.
25 waktu seminggu vs 13 jam seminggu
Kalau di sekolah saya dulu, masa mengajar lebih kurang 25 waktu
seminggu. Setiap waktu bersamaan 40 minit. Kalau ditukarkan kepada
jam, adalah 16.67 jam. Tapi di kolej sekarang purata setiap pensyarah
akademik mengajar adalah 13 jam. Kurang sedikit. Tapi masa kerja kami
lebih panjang. Clock in jam 7.30 pagi dan clock out jam 3.45 petang. Kalau
ada kelas, kena mengajar sampai jam 4.30 sebab masa PdP di kolej
adalah dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Masa terluang digunakan

untuk konsultasi pelajar, menyediakan bahan PdP, menyemak kuiz,


tugasan dan laporan amali pelajar.

Anda mungkin juga menyukai