Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Kesimpulannya, kerja kursus ini telah menimba ilmu pengetahuan yang banyak kepada
kami. Guru-guru pelatih berupaya untuk melaksanakan persembahan MS Power Point mengikut
tajuk masing-masing dengan penuh keyakinan serta tindak balas daripada guru pelatih semasa
persembahan dijalankan adalah amat memuaskan.

Dalam esei reflektif, semua yang terlibat telah membuat refleksi yang kritis ke atas
pengalaman individu sebagai seorang penganut agama masing-masing. Di sini, guru pelatih
boleh mengesan tahap kefahaman mereka terhadap agama masing-masing. Pada masa yang
sama, ia dapat memperkukuhkan lagi kekuatan amalan agama yang sedia ada dan
memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

Kedua-dua tajuk tugasan yang diberikan sepanjang kursus ini membolehkan semua
guru pelatih berupaya menguasai dan memahami isi kandungan kursus dengan sepenuhnya.
Nescayanya, ilmu pengetahuan moral yang kami perolehi daripada kursus dan tugasan ini
bakal kami aplikasikan pada waktu praktikum yang bakal datang.