Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan
saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia
menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan
atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau
dikawal dengan baik. Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang
kronik yang melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan bagi
udara yang disedut untuk memasuki paru-paru. Bagi penyakit asma, saluran udara
yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai
ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk
bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu
berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

KENYATAAN MASALAH
Insidens Asma sering berlaku dikalangan kanak-kanak yang kebanyakannya
berumur diantara 2 hingga 12 tahun. Asma dikatakan sebagai satu keadaan yang
mencemaskan dan boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan dengan cepat,
tetapi dengan adanya maklumat-maklumat baru mengenai penyakit ini dan ubatubatan yang sangat berkesan yang boleh membantu melegakan salur pernafasan
dengan serta merta,penyakit ini tidak lagi dikatakan penyakit yang sukar untuk
dirawat. Selain daripada rawatan,ibubapa juga perlu mempunyai ilmu mengenai
faktor-faktor persekitaran yang boleh menyumbang kepada penyakit ini dikalangan
anak-anak mereka. Jika penyakit ini tidak dikawal diperingkat awal ,perkembangan
minda,tumbesaran dan pergaulan sosial serta keyakinan diri kanak-kanak tersebut
akan menjadi lembab dan rendah dengan ini ianya akan berlanjutan sehingga
keperingkat dewasa. Ini menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara akan
terjejas kerana generasi yang dilahirkan mengalami masalah kesihatan yang
rendah.

Di Malaysia sehingga tahun 1999, 5% dari orang dewasa dan 10% kanak-kanak
menghidap asma. Jadual di bawah menunjukkan peratusan penghidap asma
berasaskan umur:
Semua peringkat umur

4.8%

0-18 tahun

6.1%

19-44 tahun

4.1%

45-64 tahun

4.2%

65 tahun ke atas

5.2%

Sumber: National Health Interview Survey, National Center for Health Statistics,
1989. The New Straits Times - 19/9/1999

PENCARIAN LITERATURE
Menurut KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA lagi, antara tanda lain asma ialah
sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek. Terdapat
dua jenis asma iaitu asma alahan dan bukan alahan.Seseorang itu berkemungkinan
mempunyai kedua-dua jenis asma ini.
Asma alahan
Asma jenis ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia
terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak
membahayakan individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik kepada
bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini. Contoh bahan-bahan tersebut
termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain
dalam makanan. Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.
Asma alahan ini selalunya disertai dengan gangguan alahan-alahan lain seperti
Dermatitis,Urtikaria dan Rinitis

Asma bukan alahan


Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah
mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik. Cuaca
sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi
adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan
asma jenis ini. Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga
kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke
beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.
Keterukan asma:
Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali
dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma
setiap hari.
Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan
kerap.
Asas Saintifik
Sistem penafasan manusia membekalkan oksigen ke seluruh badan. Ia juga
bertindak sebagai laluan untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang tidak
diperlukan. Sistem respiratori> manusia terdiri daripada:

Hidung - sebagai pintu masuk udara persekitaran yang mengandungi oksigen

dan juga sebagai pintu keluar bagi karbon dioksida.


Saluran Udara - berperanan sebagai laluan sebelum udara memasuki paruparu dan selepas udara dibebaskan dari paru-paru. Saluran udara ini
mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiul
(bronkus yang lebih kecil).
Paru-paru - tempat di mana berlakunya pertukaran di antara oksigen yang
disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah.

Mereka yang menghidap asma memiliki saluran udara yang sangat sensitif
dan mudah terdedah kepada pencetus asma tertentu. Semasa serangan

asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah:


Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami

kekejangan/spasma)
Penghasilan mukus yang berlebihan
Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan
saluran udara.

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus.


Pengidap asma akan merasa seperti tercekik. Mereka termengah-mengah untuk
menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuki ke paru-paru, udara ini akan
terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan
asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung
kepada keterukan penyakit yang dihidapi.

FAKTOR PENYEBAB
Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya
mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang
begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem
penafasan melalui hidung.
Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara.
Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma
apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan
tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana
tindakan alergen. Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan
wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh
wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar
rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan

bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap
dari cat aerosol.
Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kumankuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang
hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin
tercerut.
Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma
terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang
teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika
bersenam.
Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di
sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap
suhu udara.
Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma.
Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu
mencetuskan asma.
FAKTOR FAKTOR RISIKO
Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh
menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami
keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.
Pencemaranudara
Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang
tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di
kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran
yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti
asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda
risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.
Bayipramatang
Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila

umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem
respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi
sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi
masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.
Merokok
Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai
sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran
udara dan seterusnya menyebabkan asma.

PENGURUSAN DAN RAWATAN


Apabila serangan asma berlaku, anda perlu mendapatkan bantuan perubatan
dengan segera. Sementara menunggu ketibaan bantuan dari pihak yang berkenaan,
anda seharusnya melakukan perkara-perkara berikut:
1. Tenangkan pesakit tersebut. Pesakit yang tenang dapat membantu
memudahkan pernafasan dan seterusnya mengelakkan serangan asma
menjadi lebih buruk.
2. Bantu pesakit untuk duduk mencondong ke hadapan. Kedudukan ini akan
membantu menghalang penyempitan saluran udara.
3. Pemantauan di rumah memudahkan pesakit memantau keadaan asma
mereka setiap hari. Sejenis alat yang dipanggil peak flow meter boleh
digunakan untuk memeriksa fungsi paru-paru. Ia boleh memberitahu samada
saluran udara tersebut sempit ataupun tidak. Alat ini juga boleh memberitahu
samada ubat diperlukan atau tidak, berpandukan kepada gejala pada hari
tersebut.
4. Alat ini dapat mengukur kelajuan udara yang dihembus keluar dari paru-paru.
Struktur asas alat ini terdiri daripada satu tiub bersama indikator yang boleh

menggelongsor. Indikator ini bergerak di sepanjang skala pada tiub tersebut.


Untuk menggunakan alat ini, pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam
yang mungkin dan hembuskan ke dalam tiub tersebut sekuat hati.
5. Asma anda berada dalam keadaan baik jika bacaan pada meter adalah di
antara 80 - 100%
6. Jika bacaan anda di antara 50 - 80%, anda perlu berhati-hati kerana asma
anda tidak dikawal dengan baik. Bersedialah dengan ubat sekiranya
serangan yang mengejut terjadi. Jika bacaan anda di bawah 50%, ambil ubat
dan cuba hembus lagi. Jika bacaan masih tidak meningkat, jumpa doktor
anda secepat mungkin.
7. Ambil bacaan anda setiap pagi. Gunakan bacaan tersebut untuk menentukan
aktiviti anda pada hari tersebut. Kemudian cuba gredkan sama ada gejala
anda pada hari tersebut tiada, ringan, sederhana atau pun teruk. Jika anda
mengalami serangan Asma, cuba kenalpasti pencetusnya. Setelah anda
merekodkan keadaan Asma anda selepas beberapa bulan, anda akan lebih
maklum mengenai keadaan asma anda.
8. Anda juga perlu bersedia apabila simptom anda muncul. Sediakan perkaraperkara di bawah:
9. Nombor telefon doktor anda dan nombor telefon pusat rawatan kecemasan
yang terdekat
10.Preskripsi kecemasan untuk memudahkan anda memperolehi ubat-ubatan
anda
11.Tahu cara untuk mengambil ubat dengan betul

SIMPTOM DAN GEJALA


Penghidap asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan yang
berlaku pada saluran udara.
Semasa keradangan, penghasilan mukus akan meningkat. Pesakit akan batuk untuk
membuang mukus tersebut. Batuk merupakan mekanisma semulajadi untuk
membuang bendasing yang tidak diperlukan di dalam sistem penafasan.
Keradangan juga menyempitkan lagi saluran udara dan menyebabkannya spasma
(kejang). Ini menyebabkan penghidap asma mengalami kesesakan nafas dan
penyempitan dada. Bunyi ronkus dihasilkan apabila udara melalui saluran udara
yang sempit.

Apabila kurang udara memasuki paru-paru, maka kuranglah oksigen yang


dibekalkan. Kekurangan oksigen ini menyebabkan muka dan bibir pesakit asma
berubah menjadi pucat dan kebiruan dan nadi pesakit juga akan meningkat. Apabila
gejala ini muncul, beri rawatan pertolongan cemas dan dapatkan bantuan dengan
segera.

KOMPLIKASI
Seseorang individu yang menghidap asma lama kelamaan akan mengalami kesan
jangka panjang jika penyakitnya tidak dikawal dengan betul. Kesan-kesan buruk
yang mungkin berlaku termasuklah:
Keletihan bernafas
Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah disebabkan penyempitan
saluran udara yang menyebabkan pesakit susah untuk menyedut udara. Lebih
banyak tenaga diperlukan untuk bernafas, sehingga pesakit berasa letih.
Pneumotoraks
Satu keadaan di mana berlakunya pengumpulan udara yang berlebihan di
bahagian-bahagian tertentu dalam paru-paru. Ini terjadi kerana penghidap asma
menghadapi masalah untuk menghembus udara keluar. Ini menyebabkan lebihan
udara terkumpul di dalam paru-paru. Lama-kelamaan, udara ini terkumpul dengan
banyak menyebabkan berlakunya Pneumotoraks.

UJIAN UJIAN YANG DILAKUKAN


Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk
mengesahkan Asma anda.
X-ray dada digunakan untuk memeriksa sebarang keabnormalan pada paru-paru.
Kiraan sel darah juga amat berguna untuk mengesan asma. Ini kerana penghidap
Asma mempunyai paras eosinofil yang tinggi. Eosinofil merupakan sejenis sel darah
putih yang akan meningkat parasnya dalam keadaan alahan. Sel darah diperiksa di
bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran eosinofil. Peningkatan sel darah putih

secara keseluruhan juga boleh menandakan kehadiran jangkitan yang boleh


mencetuskan serangan Asma.
Ujian alahan pada kulit. Ujian ini adalah untuk memastikan kehadiran alahan pada
seseorang individu. Ujian ini boleh mengesahkan kewujudan alergen-alergen yang
mungkin menyebabkan tindakbalas alahan kepada pesakit tersebut.
Ujian-ujian tambahan seperti ujian fungsi pulmonari dan gas darah arteri juga boleh
dijalankan untuk mengenalpasti fungsi paru-paru pesakit.

RUMUSAN
Asma adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun begitu,
jika ia dikawal dengan baik, penghidap Asma boleh menjalani kehidupan yang biasa
seperti orang lain.

RUJUKAN

British National Formulary (march 2002), bilangan muka surat 777, British

Medical Association, Royal Pharmaceutical, Great Britian.


Wong Mei Chan (2004/2005) Mims Respiratory Guide (Malaysia), bilangan

muka surat 44, Fortune Printing International LTD.


Ng Hoong Phak (first edition 2005) Paediatric Protocols For Malaysian

Hospitals, Perniagaan MMD.


Buletin Umum Penawar Racun,(mac 2002), bilangan 40, Pusat Racun Negara,
USM.

Buletin Umum Penawar Racun, (mac 2003), bilangan 46, Pusat Racun Negara,

USM.
Yeo Li Shian (30 julai 2008) Kosmo. (muka surat 26,27)
Yadau,Manmohan Causes And Prevention :Allergy & Asthma, Kuala Lumpur ,

Today Publising 2005.


Jaggi , O.P. Asthma & Allergies, causes, prevention and treatment. Delhi ,

Orient Paperbacks, 1988.


Ress, John. ABC Of Asthma. London, BMJ Publishing, 2006.
Gressor, Megan. Asthma, Breathe Easy, Kuala Lumpur, Word Readers
Services, 1994.