Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN KURSUS PEMIKIRAN KREATIF MURID-MURID

Pengenalan
Dalam sistem pendidikan kini melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015)
menekankan kepada enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Setiap murid
belajar cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka untuk
membolehkan murid dapat menghubungkaitkan pelbagai disiplin ilmu. Murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan
pemikiran kreatif serta inovatif.
Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah
merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual
yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Abjad i - bermaksud inovasi
dan THINK pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif dan kreatif yang
perlu ada pada semua murid. Kelebihan penggunaan peta pemikiran i-think ialah setiap peta
pemikiran digunakan untuk membangunkan proses-proses pemikiran tertentu. Penggunaan
dan penerapan yang berterusan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran atau dalam
bidang lain di sekolah akan memberi ruang dan peluang membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan warga sekolah khususnya murid. Peta pemikiran ini bukan sahaja
menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga
pelajar bekerja secara kolaboratif. Dengan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang
hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Rasional
Kursus ini amat penting bagi murid dalam membudayakan dan memupuk kemahiran berfikir;
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif

Guru

dan

murid

akan

menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan


aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
Setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai. Pengajaran dan
pembelajaran memerlukan beberapa pendekatan yang berlainan untuk disesuaikan dengan
tajuk dan tahap murid. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan

proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk
grafik
Jangka Masa Kursus
2 Hari ( 8.00 pagi - 12.30 tengah hari)
Objektif Kursus
Di akhir kursus murid dapat
1. Mengenalpasti 8 peta pemikiran iTHINK
2. Menggunakan 8 peta pemikiran yang sesuai bagi sesuatu kemahiran
3. Mengaplikasikan 8 peta pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Memberikan idea yang kreatif dengan menggunakan 8 peta pemikiran iTHINK

Prasyarat
1. Murid-murid yang berada di kelas tahun 5
Kandungan Kursus
Dalam kursus ini, murid-murid akan didedahkan kepada lapan jenis alat pemikiran iaitu:
JENIS PETA
1. Peta bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titian

PROSES PEMIKIRAN
Mendefinisikan mengikut konteks
Menerangkan atau memperihalkan
adjektif
Banding beza
Membuat pengelasan
Hubungan bahagian-seluruh
Urutan
Sebab dan akibat
Analogi, hubungan yang

sama,

menggunakan

mencari

faktor

penghubungan
Jadual 1: Jenis peta pemikiran dan penggunaannya dalam proses pemikiran
Berdasarkan kepada jadual 1 di atas murid-murid akan diperkenalkan peta pemikiran
iTHINK dengan penggunaannya dalam proses pemikiran.
Bahan Kursus.

Bahan-bahan kursus yang diperlukan sepanjang kursus ini ialah:


i. Kertas Mahjong

- 1 Rim

ii. Pen marker pelbagai warna - 20 set


iii.kertas a4

- 3 rim

Strategi Pengajaran/ Metodology


Pendekatan yang digunakan dalam kursus ini adalah pendekatan berasaskan masalah dan
inkuiri penemuan. Sepanjang kursus, murid akan diberi beberapa masalah dan murid akan
menyelesaikannya dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai. Begitu juga
dengan inkuri penemuan, murid akan menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai bagi
mempersembahkan hasil penemuan murid tersebut.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kaedah kuliah semasa sesi
pengenalan bagi peta pemikiran iTHINK. Kaedah kuliah digunakan bagi memastikan agar semua
maklumat berkenaan dengan lapan peta pemikiran yang terdapat dalam iTHINK. Kaedah kuliah
juga digunakan untuk menjelaskan penggunaan setiap peta pemikiran dalam proses pemikiran.
Strategi aktiviti kerja berkumpulan juga digunakan dalam proses pemikiran kreatif
dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK. Murid-murid akan dipecahkan kepada beberapa
kumpulan untuk menyelesaikan masalah atau membuat sumbangsaran dengan permasalahan yang
diberi.
Contoh aktiviti murid adalah seperti berikut:

Tugasan
1. Apa yang saya tahu tentang serangga

Aktiviti
Aktiviti berkumpulan, murid akan berbincang
sesama ahli dalam kumpulan dan mencatat
semua maklumat yang diperolehi seterusnya
menggunakan peta pemikiran iTHINK yang
sesuai untuk mempersembahkan maklumat
yang mereka perolehi.

2. Ciri-ciri Haiwan bertulang belakang

(cadangan: peta bulatan)


Aktiviti berkumpulan, murid akan berbincang
sesama ahli dalam kumpulan dan mencatat
semua maklumat yang diperolehi seterusnya
menggunakan peta pemikiran iTHINK yang
sesuai untuk mempersembahkan maklumat

yang mereka perolehi.


(cadangan: peta buih)

Penilaian
Penilaian kursus ini akan dinilai dalam dua bentuk iaitu secara berkumpulan dan secara
individu. Penilaian secara kumpulan akan dinilai berdasarkan kepada penglibatan dan idea
semua ahli dalam kumpulan serta persembahan mereka. Kemampuan menghasilkan idea
yang kreatif dan inovatif akan mendapat markah yang lebih.
Penilaian

individu

juga

akan

dijalankan

bagi

memastikan

murid

dapat

mengaplikasikan peta pemikiran iTHINK dalam penyelesaian masalah dan memberikan idea
yang kreatif dan inovatif. Murid-murid akan diberi tugasan individu menyelesaikan masalah
dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK untuk menyelesaikannya.

Lampiran 1:
Peta pemikiran dan proses pemikiran

Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks


Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.

1.Peta Bulatan
Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan
menggunakan adjektif
Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian

2. Peta Buih
Proses pemikiran: Banding beza
Membanding beza sesuatu.

3. Peta Buih Berganda


Proses Pemikiran: Membuat pengelasan
Mengklasifikasi bahan atau idea.

4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh
Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian
kedua ialah bahagian utama.

5. Peta Dakap

Proses Pemikiran: Urutan


Membuat urutan sesuatu.

6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat
Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah
peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebabsebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula
adalah akibat peristiwa tersebut.

7. Peta Pelbagai Alir


Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari
faktor penghubungan
Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan
faktor penghubungan.

8. Peta Titian