Anda di halaman 1dari 9

Pendekatan Konstruktivis dalam pengajaran Sains.

Pengenalan
Teori konstruktivis menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini iaitu proses
penjanaan pengetahuan melalui pengetahuan sedia ada murid tersebut dan seterusnya
dihuraikan dan menjadi lebih bermakna selepas perbincangan dengan rakan-rakan dan guru
(Gupta&Chopra, 2011). Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
mereka dengan objek dan idea. Konstruktivis adalah suatu proses pembelajaran yang
menerangkan

bagaimana

pengetahuan

disusun

dalam

minda

seseorang

murid.

Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada


pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif
murid. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2001) , Penekanan diberi kepada murid lebih
daripada guru yang mana murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada
masalah. Oleh itu autonomi dan inisiatif murid harus diterima dan digalakkan. Pendekatan
konstruktivis dalam bilik darjah sebagai proses interpretasi yang melibatkan pembinaan
pengetahuan individu yang bermakna dalam bidang sains. Pembinaan pengetahuan baharu
dibina melalui perkaitan dengan pengetahuan sedia ada individu tersebut dan menjadi
cabaran kepada guru bagi memfokuskan pembelajaran murid dengan lebih mendalam.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah menggariskan beberapa implikasi
pengertian teori konstruktivis iaitu:I.
II.

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid


Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan

III.

oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
Guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah

IV.

pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.


Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang

V.

kepada murid untuk membina pengetahuan baru.


Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.

Pendekatan Konstruktivis yang boleh memberi kesan terhadap Pembelajaran Sains.

1. Pengetahuan sedia ada


Persekitaran konstruktivis menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada
mereka untuk lebih memahami teori dan konsep. Pendekatan konstruktivis mengakui bahawa
murid mempunyai tahap kefahaman yang berlainan dan dengan itu ia memberikan pelbagai
idea (Gupta&Chopra, 2011). Berbeza dengan murid yang belajar dengan pembelajaran
hafalan, murid-murid yang menggunakan pembelajaran bermakna dijangka mengekalkan
pengetahuan dalam jangka masa yang panjang dan mencari perkaitan baharu berkaitan
pembelajaran secara progresif dengan lebih mudah. Idea dan pandangan tentang kebolehan
seseorang mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bukanlah sesuatu
yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan pengalaman
ini adalah penting kepada pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan oleh Antoniadou &
Skoumios (2013) terhadap seramai 173 responden guru, menyatakan bagi mengajar sesuatu
konsep baharu dalam sains pendekatan konstruktivis digunakan bagi mengaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu. Walaupun pengetahuan sedia adalah
penting untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan
atau menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses
memahamkan sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menurut
temubual yang dijalankan, kanak-kanak tidak selalunya dapat melihat perkaitan antara
perkara baru yang dipelajarinya dengan perkara yang mereka sudah sedia maklum tetapi guru
dapat meningkatkan pemahaman ini dengan memberi perhatian kepada apa yang cuba
disampaikan oleh murid dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan
dalam memahami konsep sains.
Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu murid untuk mengaktifkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu dengan membincangkan apa yang bakal di pelajari
oleh mereka sebelum memulakan pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula
pengetahuan mereka supaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh,
murid tahun 4 yang belajar tentang haiwan mempunyai ciri-ciri dan perlakuan tertentu untuk
melindungi diri daripada bahaya dan cuaca melampau. Guru memulakan pengajaran dengan
bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih spesifik dengan
bertanyakan haiwan apa yang ada di negara beriklim sejuk dan panas. Pendekatan deduktif
digunakan dalam situasi ini bagi menarik minat dan fokur murid terhadap pembelajaran. Pada
waktu ini, guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yang
hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah.

2. Pembelajaran berpusatkan murid


Jean Piaget adalah salah seorang Pakar Psikologi yang pertama untuk membangunkan
Pendekatan konstruktivis di mana subjek tidak mempunyai akses langsung kepada realiti
luaran, dan hanya membina pengetahuan dengan menggunakan asas dalam membina prinsipprinsip kognitif untuk mengunjurkan pengalaman sebelumnya. Seterusnya John Dewey
percaya bahawa murid perlu diberi peluang untuk berfikir dari diri mereka dan menyuarakan
pendapat mereka. Lev Vygotsky mempelopori penyelidikan inlearning science dan dibuat
hujah yang kuat untuk keperluan murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dengan
kreativiti, penjelasan dan menginterpretasi kerja mereka kepada orang lain (Gupta&Chopra,
2011).Tujuan utama pendidikan sains di peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi
diandaikan membantu murid untuk menjadi ahli masyarakat kreatif dengan beberapa literasi
saintifik perlu. Dalam pendidikan jenis konvensional seperti syarahan, murid menjadi
pendengar pasif dan belajar apa yang diberitahu oleh guru mereka.Pendekatan konstruktivis
dilihat banyak pontesi dalam meningkatkan lagi pembelajaran. Prinsip asas pendekatan
konstruktivis ialah murid belajar dengan melakukan dan bukannya dengan memerhatikan.
Murid membawa pengetahuan terlebih dahulu ke dalam situasi pembelajaran di mana mereka
mesti mengkritik dan menilai semula pemahaman mereka. Amalan aktif adalah kunci kunci
pengajaran konstruktivis. Pembelajaran yang berpusatkan murid dapat menggalakkan
perbincangan dan saling bertukar idea.
Di dalam kelas konstruktivis, peranan guru adalah sebagai fasilitator iaitu
menggalakkan dan memudahkan perbincangan. Oleh itu, fokus utama guru hendaklah di atas
membimbing murid dengan bertanya soalan-soalan yang akan membawa mereka untuk
membina kesimpulan sendiri mengenai perkara ini. Sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,
di mana salah satu kemahiran tersebut adalah kemahiran komunikasi dan kolaboratif.
Perbincangan dalam kumpulan sudah tentu mewujudkan komunikasi dalam kalangan murid
tersebut.
Contoh aktiviti pengajaran adalah Tahun 4 yang bertajuk Haiwan Mempunyai CiriCiri dan Perlakuan tertentu untuk melindungi diri daripada bahaya dan cuaca melampau. Begi
tajuk ini murid-murid boleh dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan kecil dan mencari
maklumat melalui internet berkenaan dengan tajuk itu tadi. Hasil penemuan mereka itu tadi
akan dibincangkan dalam kumpulan dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan

mereka itu tadi. Dalam keadaan ini, guru hanya sebagai fasilitator dan menyoal untuk
merangsang murid untuk mencari maklumat.

3. Eksperimen
Menurut Olorundare (2000), sains merujuk kepada fakta, konsep, perkaitan, prinsip
dan generalisasi. Eviden terhadap perkara ini memerlukan satu gambaran yang jelas dalam
pembentukan idea dalam kalangan murid. Bagi membantu murid dalam membina
pengetahuan,

eksperimen seperti mana yang terdapat dalam teori konstruktivis dapat

membantu murid. Eksperimen dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti
yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Eksperimen merupakan satu
kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan
dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk
menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa
eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.
Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan
dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru. Guru
kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains
melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat
dikembangkan semasa proses ini. Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan persekitaran
mereka. Guru boleh menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti
dalam jadual di bawah.

Bil
I

Fasa
Orientasi

Tujuan/Kegunaan
Menimbulkan minat
menyediakan suasana

Kaedah
dan Amali penyelesaikan masalah
sebenar, tunjukcara oleh guru,
tayangan filem, video dan

Pencetusan Idea
II

Supaya murid dan guru


sedar tentang idea terdahulu

Mewujudkan kesedaran
tentang idea alternatif yang
berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa ideaidea sedia ada perlu
diubahsuai,
diperkembangkan atau
i. Pernjelasan dan
diganti dengan idea yang
pertukaran
lebih saintifik.
Mengenalpasti idea-idea
III
ii. Pendedahan
alternatif dan memeriksa
kepada situasi
secara kritis idea-idea sedia
konflik
ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea
iii. Pembinaan idea sedia ada
baru
Pengubahsuaian,
iv. Penilaian
pemgembangan atau
penukaran idea
Menguji kesahan untuk
idea-idea baru yang dibina
Penggunaan idea
Pengukuhan kepada idea
IV
yang telah dibina dalam
situasi baru dan biasa
Renungan kembali Menyedari tentang
perubahan idea murid.
Murid dapat membuat
V
refleksi sejauh manakah
idea asal mereka telah
berubah.
Jadual: Model Konstruktivis Lima Fasa Needham

keratan akhbar
Amali, perbincangan dalam
kumpulan kecil, pemetaan
konsep dan laporan

Penstrukturan
semula idea

Perbincangan dalam
kumpulan kecil dan buat
laporan
Perbincangan, pembacaan,
input guru.
Amali, kerja projek,
eksperimen, tunjukcara guru

Penulisan sendiri kerja projek

Penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan,
catatan peribadi dan lain-lain

Sumber: http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm

Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam P&P
dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal. Guru
juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada
memberi kerja rumah kepada mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini

agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana
kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata pelajaran.(Nair &
Muthia, 2005)
3. Inkuiri Penemuan
Apabila murid dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat
menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya
bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku.
Pendekatan inkuiri penemuan adalah proses inkuiri atau kemahiran proses yang merupakan
proses mental untuk mendapatkan ilmu baru atau penemuan baru. Menurut Thangavelo
,Azman

&

Rodziah

pembelajaran
maklumat,

melalui

menyoal

persekitaran.

(2003)

Pendekatan

pengalaman.

dan

Penemuan

menyiasat
merupakan

inkuiri-penemuan

Inkuiripenemuan
sesuatu
hasil

menekankan

bermaksud

fenomena

yang

inkuiri-penemuan.

mencari

berlaku

di

Pembelajaran

secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan
ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid
mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan
mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan
dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang
kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Proses

mental merupakan proses yang melibatkan murid untuk membuat hipotesis, membuat
inferens, mengeksperimen, mengawal pembolehubah, membuat pemerhatian, mengukur dan
menggunakan nombor, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan secara operasi,
menyelesaikan dan meramal dapat menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan baru
melalui proses inkuiri yang dijalankan dalam makmal. Nik Zarini dan Salmiza (2012) pula
dalam kajiannya mendapati murid yang menerima pengajaran secara pendekatan inkuiri
penemuan di dapati dapat menarik dan merangsang minat murid untuk meneroka
pengetahuan konsep sains. Tarikan terhadap minat murid ini mungkin disebabkan strategistrategi pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri yang merangsang daya
inkuiri murid dengan mengemukakan masalah saintifik dan murid secara aktif mencari cara
penyelesaian bagi masalah tersebut dengan meneroka fenomena yang dihadapi secara sendiri.
Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama
dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Dalam pada itu juga,inkuiri penemuan ini juga
merupakan satu pedagogi pengajaran yang berpusatkan kepada murid.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pendekatan konstruktivis ini menggalakkan proses membina
pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Selain itu,kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka
terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Setelah memahami sesuatu
konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat
secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang
untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih
yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi
baru. Kerjasama dalam kumpulan juga dapat melatih murid berkemahiran sosial di mana
mereka bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.

Rujukan
Antoniadou, P., & Skoumios, G. M. (2013). Primary Teachers' Conceptions about Science
Teaching and Learning. International Journal Of Science In Society, 4(1), 69-82.
Chopra, R., & Gupta, R. (2011). Impact of Constructivist Approach on Science Achievement
of 8th standard Students. International Journal Of Education & Allied Sciences, 3(2),
11-16.
Gmleksz, M. N., & Bulut, . (2007). An Evaluation of the Effectiveness of the New Primary
School Mathematics Curriculum in Practice. Educational Sciences: Theory &
Practice, 7(1), 81-94.
Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia. Journal of Educators &
Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 27.
Nair, S. M. (2005). The Effectiveness of Using Needhams Five Phase Constructivist Model
in the Teaching of History. International Journal of Learning, 12(5).
Olorundare, S. A. (2000). Constructivism and learning in Science. Ilorin Journal of
Education, IJE, 20, 38-49.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Seker, H. (2008). Will The Contructivist Approach Employed In Science Teaching Change
The "Grammar" Of Schooling?. Journal Of Baltic Science Education, 7(3), 175-184.
Thangavelo Marimuthu ,Azman Jusoh &

Rodziah Ismail.(2003). Amalan Dan Masalah

Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa


Praktikum: Satu Kajian Kes. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat
Kebangsaan 2003

Yurumezoglu, K., & Oguz-Unver, A. (2011). A Suggestion for an Experiment That Integrates
the Teaching of Science with Everyday Life: 'Why Are the Seas Blue?'. Science
Activities, 48(2), 43-48. doi:10.1080/00368121.2010.504971