Anda di halaman 1dari 9

Analisis Dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional

1. Pengenalan
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan salah satu aliran yang diiktiraf
atau dikenali sebagai satu sistem yang berperanan untuk membentuk individu yang mempunyai
kemahiran teknikal yang tinggi seperti yang dikehendaki oleh industri pada masa kini. Perubahan
masa dan perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa kini begitu menuntut perubahan
kepada sistem PTV dalam membentuk generasi yang berkebolehan dari pelbagai aspek. Menurut
dasar pendidikan kebangsaan , Kementerian Pelajaran Malaysia , 2012 ,Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) diwujudkan bagi menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi,
kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar sentiasa relevan dalam membantu menyokong
pembangunan ekonomi negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada semua
murid.
Transformasi PTV mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional. Transformasi PTV
melibatkan dua aspek penting iaitu program pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej
Vokasional (KV). PAV Menghasilkan lepasan sekolah menengah rendah yang memiliki sijil
kemahiran yang diiktiraf oleh badan pensijilan kebangsaan. PAV membolehkan murid sekolah
mendapatkan sijil asas vokasional tahap 1 dan tahap 2 ( Sijil Kemahiran Malaysia 1 dan 2 ) pada
usia muda iaitu 15 tahun. Objektif Kolej Vokasional menghasilkan lepasan pendidikan
vokasional yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan
kerajaan. seterusnya KV menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang boleh melanjutkan
pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif KV juga menghasilkan
lepasan pendidikan vokasional yang berupaya menjadi usahawan.
Oleh kerana transformasi pendidikan teknik dan vokasional meliputi beberapa strategi ,
penulisan ini lebih menumpukan kepada pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional di sekolah
harian dan penjenamaan semula sekolah menengah vokasional kepada Kolej Vokasional.

2. Kelemahan Dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Aspek Pelaksanaan


Pendidikan Asas Vokasional dan Kolej Vokasional
Kelemahan yang utama dalam melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional ialah
mendapatkan tenaga pengajar yang mencukupi, berkelayakan dan berpengalaman bagi
melaksanakan program PAV secara berkesan. Orientasi pelaksanaan PAV adalah bercorak
competency based training (CBT) dan sistem modular. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang
mengendalikan program ini sudah pasti perlu mempunyai kemahiran CBT dan menguasai teknik
pelaksanaan sistem modular secara berkesan. Apabila dilihat dari aspek penyediaan guru pula,
sudah semestinya guru-guru yang terlibat sepenuhnya dengan program PAV sepatutnya
berdasarkan bidang pengkhususan di peringkat ijazah pertama yang selari dengan CBT. Walau
bagaimanapun, pengambilan guru di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak menawarkan
pengkhususan mata pelajaran seperti mana yang ditawarkan di dalam program PAV.
Selain itu, guru haruslah memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun
strategi dengan rapi untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya (Yahya &
Lailinanita, 2011) dalam Faridah dan rakan (2014). Guru-guru pendidikan vokasional perlu
memberi tumpuan kepada program PAV. Ini adalah kerana menurut laporan rasmi dari bank
dunia dan UNESCO-UNEVOV, mendapati guru-guru vokasional di negara-negara membangun,
terutamanya di rantau ini Southeast Asian, sering tidak memenuhi tuntutan dunia kerja. Ini selari
dengan pandangan Derek Cheung (2001); dan Zohar, Degani dan Vaaknin (2001)

dalam

Faridah dan rakan (2014) menyatakan bahawa banyak percubaan dalam perubahan pendidikan
telah gagal kerana aspek penguasaan terhadap kandungan subjek yang diajar, strategi pengajaran
di bilik darjah dan kemahiran dalam penguasaan alatan teknologi dalam kalangan guru yang
tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Persoalan seperti bagaimana pengetahuan dan kemahiran pelajar boleh ditingkatkan jika
guru-guru mereka hanya mempunyai keupayaan pengetahuan dan kemahiran yang terhad dan
sejauh manakah guru-guru ini sebagai pendukung dan pembawa perubahan dalam dunia
pendidikan bersedia menghadapi cabaran tersebut? Mengesan isu yang juga kelemahan yang
timbul dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional ini di sekolah harian.

Pelaksanaan PAV di sekolah harian, memerlukan kemudahan fizikal yang lengkap. Ini
kerana kemudahan fizikal yang lengkap turut mempengaruhi keberkesanan program-program
yang dijalankan. Keberkesanan sesuatu program turut tergendala atau terganggu kerana
persekitaran dan suasana yang tidak selesa dan tidak teratur. Oleh itu kepentingan aspek
kemudahan dalam proses pembelajaran memainkan peranan yang utama bagi menjamin
keberkesanan. Sebagai contoh, pelaksanaan tahun pertama PAV di sekolah harian memerlukan
sebuah bengkel khas . Apabila ia menginjak ke tahun ke dua, ia memerlukan dua buah bengkel.
seterusnya apabila masuk ke tahun ke tiga iaitu apabila pelajar-pelajar ini berada di tingkatan
tiga, sekolah perlu menambah sebuah lagi bengkel khas untuk pelaksanaan PAV. ini bagi
menjamin kelancaran perjalanan pembelajaran. Setiap kelas PAV memerlukan sebuah bengkel
khas kerana pembelajaran lebih banyak berbentuk kemahiran dan amali. Kelengkapan bengkel
pula merangkumi alatan tangan dan mesin yang terdapat dalam bengkel mempunyai jangka hayat
tertentu.

Banyak persoalan timbul dalam menjayakan pelaksanaan PAV di sekolah menengah harian.
Antaranya, dari segi pentaksiran dan penilaian. Adakah guru menjalankan pentaksiran terhadap
pembelajaran (assessment of learning) atau pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning) dalam menilai kemahiran pelajar PAV? Sistem penilaian dan pentaksiran yang
dilaksanakan dalam PAV menggunakan empat kaedah pentaksiran seperti Pentaksiran Sekolah
(PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
dan Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) perlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi bagi
memastikan pelaksanaan mempunyai nilai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi.
Seterusnya , persoalan dari segi kesediaan guru, adakah guru-guru PAV telah membuat
persediaan yang mencukupi dari aspek fizikal, mental, kemahiran vokasional dan intelektual bagi
memastikan pelaksanaan PAV ini mencapai objektif yang telah ditentukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia? Guru-guru PAV ini perlu cekap dalam melaksanakan dan
menguruskan dokumen pentaksiran sekolah yang terdiri daripada Dokumen Pentaksiran
Standard Kompetensi (DPSK) dan Dokumen Item Contoh Pentaksiran Standard Kompetensi
(DICPSK). Dokumen ini merupakan instrumen untuk mengukur kompetensi dan tahap
kemahiran pelajar. Ini menimbulkan persoalan seterusnya iaitu, adakah guru-guru PAV ini

mampu menjalankan tugas ini dengan sebaik mungkin supaya dapat memenuhi tuntutan
Lembaga Peperiksaan Malaysia?
Tahap pencapaian pelajar yang lemah menyukarkan guru untuk melaksanakan pengajaran
kerana terdapat segelintir pelajar yang tidak tahu membaca dan menulis. Kementerian Pelajaran
Malaysia

mensyaratkan pelajar memperoleh keputusan yang lemah dalam Ujian Penilaian

Sekolah Rendah mengikuti PAV . Kajian yang dijalankan oleh Siti Sarah (2013) dalam Nur Iwani
Azmi , 2013 mendapati, wujudnya masalah terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak pandai
membaca dalam pelaksanaan PAV dan menyebabkan proses pembelajaran yang dijalankan di
dalam kelas agak terganggu di sekolah berkenaan. Dalam kajian tersebut, pelajar menghadapi
kesukaran mendapat idea dalam melakarkan sesuatu produk serta didapati menghadapi
kesukaran memilih alatan yang betul dan melakukan kerja amali.

3. Cadangan Penambahbaikan Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah Harian dan Kolej


Vokasional
Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional di sekolah harian, penambahbaikan boleh
dilakukan dari aspek latihan guru. Guru-guru opsyen berkaitan Teknik dan Vokasional yang sedia
ada di sekolah seperti Kemahiran Hidup Bersepadu diberi latihan khusus bidang PAV . Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menganjurkan
kursus-kursus atau latihan-latihan berkaitan untuk guru-guru PAV. Namun, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru perlu menambah bilangan guru
bidang Teknik dan Vokasional memandangkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
masih berjalan di semua sekolah yang melibatkan semua pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
Selain itu, Institut Pendidikan Guru juga harus menyediakan pengkhususan Ijazah Sarjana Muda
mata pelajaran dalam PAV untuk bakal-bakal guru . Ini bagi menjamin kesediaan guru PAV dari
segi kemahiran dan pengetahuan.
Dari segi kemudahan fizikal, peruntukan perlu disalurkan untuk menambah baik atau
menaik taraf bengkel-bengkel sedia ada di sekolah yang berkenaan. Bengkel-bengkel ini perlu
dilengkapi kemudahan yang mencukupi bagi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bengkel. Alatan dan mesin perlu di senggara dan selenggara secara berkala. Bahagian
Sumber Manusia sewajarnya membekalkan pembantu bengkel ke sekolah berkenaan bagi
meringankan tugasan guru PAV. Hasil kajian yang dijalankan oleh Hanizatul (2011)
menunjukkan bahawa guru-guru amat memerlukan pembantu dalam bengkel untuk membantu
mereka dalam memastikan mesin yang terdapat di dalam bengkel dapat berfungsi dengan baik
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku.
Jawatan pembantu bengkel juga perlu diwujudkan di kolej vokasional bagi melicinkan
proses penyediaan amali dan urusan pengendalian aset atau inventori jabatan. Isu isu seperti
bebanan tugas tenaga pengajar dan peralatan yang lupus belum di ganti wajar diberi perhatian.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional harus bijak menggunakan Peruntukan Belanja
Mengurus dengan mengutamakan keperluan bengkel.

4. Kelebihan Dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Aspek Pelaksanaan


Pendidikan Asas Vokasional dan Kolej Vokasional
Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menunjukkan keprihatinan
kerajaan terhadap pendidikan vokasional dengan inisiatif menaik taraf pendidikan vokasional di
negara ini kepada kedudukan yang lebih besar. Nilai kerja dan penjenamaan semula adalah dua
elemen yang boleh mengubah pemikiran ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar, serta
masyarakat dalam meningkatkan imej PTV dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan
modal insan negara ( Abd Hair,2011 dalam Nurazimah Biden,2013) .
Sistem PTV yang seimbang antara akademik dan amali yang mengintegrasikan antara satu
sama lain memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang
menyeluruh dengan kursus pilihan mereka. PTV bakal melahirkan pelajar yang lebih menguasai
praktikal terhadap kerja-kerja industri, bukan menguasai teori semata-mata. Kemahiran
vokasional diberi keutamaan untuk memastikan pelajar bersedia dengan kemahiran yang cukup
bagi keperluan untuk bekerja.
Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi memandangkan tidak semua pelajar
cenderung ke arah akademik yang lebih berorientasikan peperiksaan. Menjelang tahun 2020,
disasarkan seramai 82,800 orang pelajar berada dalam PAV yang melibatkan 2,760 buah kelas
dan 920 buah sekolah . Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang menawarkan PAV ke semua
sekolah MPV secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan, perolehan peralatan dan
pembangunan. Adalah menjadi harapan dan tujuan setiap kurikulum baru yang diperkenalkan
diharapkan dapat memberi impak positif dalam sistem pendidikan.
Kolej vokasional telah menggunakan format standard kurikulum yang baru. Kurikulum
baru ini adalah lebih khusus mengenai apa yang pelajar perlu lakukan dan apa yang pelajar perlu
tahu mengenai kandungan yang terdapat dalam kursus mereka. Ia meliputi pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai kepada pelajar untuk memahami dalam tempoh sekolah. Pra
pengetahuan boleh membantu pelajar untuk memahami dengan lebih baik jika mereka

mempunyai idea yang asas mengenai apa yang mereka akan belajar. Ia juga boleh merangsang
kemahiran kognitif mereka dan akan memberi kesan kematangan kepada pelajar itu sendiri.
Dari segi kerangka kurikulum, komponen dua program Pendidikan Vokasional dan
Latihan Kemahiran dalam KV, mengandungi elemen kemahiran kemahiran, nilai-nilai kerja,
kreativiti dan inovasi serta kemahiran ICT. Jawatankuasa Kurikulum Industri bagi setiap bidang
juga diwujudkan. Metodologi program dijalankan dengan kaedah Pendidikan Berasaskan
Pengeluaran (PBE, Production-Based Education),

Pendidikan dan Latihan Berasaskan

Kompetensi (CBET, Competency-Based Education & Traning) dan Sekolah Keusahawaman,


iaitu Belajar sambil Berpendapatan (Earning while Learning) bagi Pendidikan Vokasional, dan
bagi Latihan Kemahiran adalah berbentuk Perantisan / Kelatihan. Rangkaian dengan institusi
negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura juga diadakan. Komponen baru KV
juga meningkatkan penguasaan Bahasa Tambahan dengan kebolehan komunikasi Mandarin /
Arab diperkenalkan. Nilai tambah komponen KV ialah memenuhi keperluan industri dengan
penglibatan industri ( Pusat Kecemerlangan ) dan agensi awam ( sekolah angkat ) diwujudkan di
Kolej Voctech. On Job Traning diwajibkan termasuk di negara serantau. Pengiktirafan JPA untuk
bekerja di sector awam dan memenuhi syarat MQA juga diambil kira.
Sistem pembelajaran bagi Kolej vokasional diubah dari penggal persekolahan ke dalam
sistem semester. Ia memberikan gambaran awal tentang sistem dalam institusi-institusi
pendidikan tinggi.Ini akan menggalakkan pelajar untuk melaksanakan sesuatu yang lebih baik
rentetan daripada persekitaran yang baru ini. Ia juga memberikan satu inspirasi kepada pelajar
bahawa mereka tidak lagi mengaplikasikan sistem sekolah jangka lama.
Sistem penilaian baru yang diaplikasikan di kolej vokasional adalah lebih luas berbanding
sebelum ini. Komponen penilaian termasuk penilaian kolej, penilaian berpusat, peperiksaan
berpusat, aktiviti fizikal, sukan dan penilaian aktiviti-aktiviti kurikulum dan penilaian
psikometrik. Penilaian Berpusat adalah taksiran tambahan khusus untuk kolej vokasional yang
dikendalikan oleh tenaga pengajar yang mengajar. Ia adalah penilaian kecekapan standard yang
dirancang, diurus, disemak dan dilaporkan oleh pengajar. Kedua-dua format formatif dan sumatif
akan menggunakan seluruh penilaian keseluruhan. Format penilaian akan dibangunkan
berdasarkan klasifikasi bidang, sub-kawasan, peringkat, modul dan kecekapan manakala cross-

domain membina dinilai kognitif, afektif dan psikomotor. Peperiksaan Berpusat dikendalikan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah Bahagian Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
(BPTV). Penilaian ini adalah relevan dan memenuhi penilaian berdasarkan set kompetensi dan
set standard. Item dibina dalam penilaian sumatif di mana ia dibangunkan berdasarkan klasifikasi
Kawasan, Sub-kawasan, Tahap, Modul dan Kompetensi, manakala pembangunannya dinilai
hanya domain kognitif. Peperiksaan ini mengandungi fungsi praktikal dan teori berasaskan
piawaian dan pengesahan untuk memastikan pelajar yang berkualiti tinggi.

5. Kesimpulan
Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional ini diharapkan dapat merubah persepsi
negatif masyarakat di Malaysia yang selama ini menganggap PVT hanya untuk pelajar yang
lemah dalam bidang akademik serta mempunyai laluan yang sukar untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
PVT diharapkan mampu melahirkan individu yang berkemahiran dan berkepakaran
dalam sesuatu bidang yang khusus serta berpengetahuan dan mempunyai asas untuk
menceburi bidang keusahawanan.
Cabaran dan rintangan adalah kunci dalam menentukan sama ada rancangan itu menemui
jalan buntu dan ditamatkan atau ia dijalankan dan diteruskan dengan jayanya sehingga
mencapai matlamat untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi bagi meningkatkan
pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Kesimpulannya, sesuatu dasar perlu dibuat penelitian menyeluruh dalam semua aspek
demi masa hadapan generasi muda yang akan menjadi pemangkin kepada perubahan
pembangunan negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai