Anda di halaman 1dari 12

RIBA

Secara umumnya, kita mengetahui hukum riba sepertimana pendapat para ulama yang
bersepakat bahawa hukum riba dan bermuamalah dengannya adalah haram. Oleh itu, sebarang
muamalah, jual beli atau perniagaan yang disertai dengan riba adalah tidak sah. Ia termasuk salah
satu daripada dosa-dosa besar.
Definisi Riba
Riba berasal dari perkataan Arab iaitu ziyadah yang pada bahasanya bererti tambahan
atau lebihan atau tumbuh dan membesar. Malah secara teknikalnya riba adalah perbuatan
mengambil tambahan dari harta yang asal atau modal secara senyap. Dalam istilah syarak pula
riba mengandungi tiga bentuk definisi berdasarkan bentuk-bentuk urusniaga tertentu sepertimana
berikut:

a) Hutang iaitu bayaran lebih daripada pinjaman asalnya mengikut perjanjian yang telah
disyaratkan.

b) Jual beli riba iaitu akad ke atas pertukaran barang tertentu yang tidak diketahui sama ada
mempunyai persamaan pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.

c) Pertukaran matawang dan bahan-bahan jenis ribawi seperti menangguhkan penyerahan salah
satu bahan yang ditukarkan atau dijual beli.

Menyentuh soal riba dalam konteks perniagaan Islam, sebenarnya ada banyak pendapat
yang menyatakan bahawa riba adalah pengambilan tambahan, baik yang dilakukan dalam
transaksi jual beli mahupun secara pinjam meminjam. Hakikatnya, riba adalah bertentangan
dengan prinsip muamalat Islam.
Namun, apa yang dimaksudkan dengan riba dalam mana-mana ayat al-Quran adalah
setiap penambahan yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyeimbang yang
dibenarkan syariah. Seperti transaksi jual beli, gadai, sewa, atau bagi hasil upahan.
Hukum Riba
Sudah jelas dalam Islam bahawa riba ini tidak kira mana-mana jenis riba pun telah
diharamkan oleh Allah s.w.t. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukum riba dan bermuamalah
dengannya adalah haram. Sebarang muamalah, jual beli atau perniagaan yang disertai dengan
riba adalah tidak sah.
Larangan ini boleh dibuktikan melalui Al-Quran iaitu firman Allah s.w.t di dalam surah alBaqarah ayat 275 :
Maksudnya:
Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (275)

Allah s.w.t juga telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba di muka
bumi ini melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 279:

Maksudnya:
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah
dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka
bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (279)

Larangan yang terdapat dalam hadis pula ialah seperti :

Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga
puluh enam kali dari dosa satu perbuatan zina.
(Riwayat Ahmad)

Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar)
riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah

sama.
(Riwayat Muslim)

Hendaklah kita jelas bahawa pengharaman riba ini bukan sahaja terhadap orang yang
mengambil riba sahaja, bahkan orang yang memberi riba juga dihukumkan berdosa. Ini adalah
kerana, mengikut salah satu kaedah umum fiqh iaitu Apa yang haram diterima haram juga untuk
diberi

Jenis-jenis Riba
Untuk memudahkan kefahaman, Imam Shafie berpendapat bahawa riba boleh dibahagikan
kepada dua kategori. Iaitu Riba Al-Buyu yang membabitkan jual beli dan Riba Al-Duyun yang
membabitkan hutang piutang.

1) Riba Al-Buyu
Riba dalam kelompok ini lebih kepada riba jual beli. Ia terbahagi kepada dua iaitu Riba Fadhl
dan Riba Nasiah. Penjelasan jenis riba adalah seperti berikut :

Riba Fadhl

Riba jenis ini merujuk kepada aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenis tetapi
tanpa persamaan timbangan atau sukatan semasa berlakunya jual beli tersebut. Riba Fadhl
merujuk kepada lebihan kuantiti dan berat sesuatu barang. Dalil pelarangannya adalah hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan
tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara
tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka
dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.
( Riwayat Muslim, al-Tarmizi, al-Nasai)

Contoh Riba Fadhl ialah membeli beras dan dibayar dengan beras. Riba berlaku apabila
sukatan atau timbangan tidak sama seperti satu kilo beras Gred A dijual beli dengan dua kilo
beras Gred B. Contoh lain pula ialah pertukaran emas dengan perak. Emas dan perak merupakan
barang yang berbeza dari segi nilainya. Walaupun emas dan perak sama timbangan beratnya
semasa pertukaran berlaku, tetapi kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba disitu.
Riba Nasiah

Riba ini berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran,
iaitu tanpa penyerahan di waktu yang sama. Riba Nasiah berlaku kerana adanya perbezaan,
perubahan atau tambahan yang diambil kerana penundaan pembayaran hutang untuk dibayarkan
pada tempoh yang baru.

Contoh Riba Nasiah ialah membeli gula dan dibayar dengan gula juga tetapi urusniaga ini tidak
dilakukan dengan serentak.
2) Riba Al-Duyun

Riba jenis ini berlaku apabila wujud lebihan yang dijanjikan untuk diberi kepada
pemiutang. Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu kemudahan kewangan atau
pinjaman atau pemberian kredit dari urusniaga jual beli yang tertangguh. Riba hutang piutang
ini terbahagi kepada dua jenis:
Riba al-Qard
Riba ini ialah meminjamkan wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan atau
keuntungan yang harus diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman. Riba jenis ini
dilarang di dalam Islam berdasarkan hadis Imam Bukhari dalam Kitab Tarikhnya,
meriwayatkan sebuah Hadits :

dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Bila ada yang memberikan pinjaman
(wang maupun barang), maka janganlah ia menerima hadiah (dari yang meminjamkannya).
(HR. Imam Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa peminjam tidak boleh memberikan hadiah kepada pemberi
pinjaman dalam bentuk apapun, lebih-lebih lagi jika si peminjam menetapkan adanya tambahan
atas pinjamannya.

Contoh Riba al-Qard ialah Ahmad meminjamkan Ali sebanyak RM 2000, dia meminta Ali
membayar semula sebanyak RM 2300. Lebihan RM300 merupakan riba.

Riba al-Jahiliyyah
Riba al-Jahiliyyah adalah bayaran lebih dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang
berhutang sekiranya hutang tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan.

Contoh bagi Riba al-Jahiliyyah ialah Akmal meminjamkan wang sebanyak RM200 kepada
Halim dengan perjanjian yang Halim harus membayar hutang tersebut pada 1 Mac 2010. Jika
Halim menangguhkan pembayaran hutangnya dari waktu yang telah ditetapkan maka Halim
dikehendaki membayar tambahan daripada penangguhannya kepada Akmal. Maka tambahan
inilah yang disebut riba.

Kesan Riba Kepada Negara dan Masyarakat


Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia memberi kesan yang besar ke atas
kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi, keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari segi
sosial, dari segi akhlak dan dari segi ekonomi.

a) Dari segi akal

Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, tamak,
kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging

yang sukar untuk dikikis lagi.

b) Dari segi sosial dan akhlak

Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha


sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.

Merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan
bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan.

Mewujudkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat.

Menyebabkab sifat kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu


sama lain hilang.

Boleh merosak dan merenggangkan hubungan antara orang kaya pemakan riba dengan
orang miskin dan menimbulkan perasaan benci dan iri hati di kalangan mereka.

Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam seperti rompakan,
pembunuhan dan lain- lain.

c) Dari segi ekonomi

Riba yang tinggi akan memusnahkan daya penarik pelabur

Menyebabkan kekurangan pekerjaan dan pendapatan.

Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan kan inflasi.

Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu
peminjam.

IMPLIKASI KEPADA EKONOMI


Kita telah menyedari bahawa secara ilmiah dan pemerhatian riba mengandung mudarat
dan kezaliman besar kepada ekonomi umat manusia. Namun banyak tokoh agama Islam yang
tidak memiliki latar belakang keilmuan ekonomi belum memahami kemudaratan bunga bagi
sistem ekonomi. Mereka memahami bunga secara ringkas dan hanya memandangnya dari
perspektif ekonomi mikro padahal persoalan riba lebih merupakan ekonomi makro. Akibat
kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu ekonomi Islam, maka masih banyak para ulama &
ustaz yang berpandangan 'sesat' tentang bunga. Sesat dalam hal ini adalah memandang bunga
sebagai praktik yang sah-sah saja. Padahal semua ahli ekonomi Islam sedunia telah ijma' tentang
keharaman bunga bank. Ijma' tersebut merupakan kesimpulan penelitian ilmiah dari sejumlah
professor seperti Prof Dr M.Umer Chapraq Prof Dr M. Akran Khan, Prof Dr Yusuf Qardhawi dan
Prof Dr Ali Al-Shabuni. Secara faktanya bahawa bunga/riba' telah menimbulkan kemudaratan
besar bagi umat manusia. Banyak negara mengalami krisis kewangan yang dahsyat dan ia terus
menerus menjadi disebabkan oleh sistem riba'. Jadi secara faktanya juga telah terbukti bahawa
sistem bunga/riba' banyak menimbulkan bencana di berbagai negara dan bangsa. Riba' telah
menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. Hal ini di sebabkan riba'

telah membuka jalan bagi kegiatan spekulasi melalui transaksi derivatif(turunan). Jika ekonomi
suatu negara tidak stabil. Maka akan terjadi penurunan eksport dan investasi(menanam modal).
Riba' juga menciptakan inflasi di mana-mana sepanjang sejarah.Banyak negara mengalami
inflasi secara hebat yang di sebut sebagai hyper inflasi, seperti Jerman, Perancis, Holland,
Austria, Inggeris, dan negara-negara di Amerika Latin. Dalam sudut ekonomi makro, teori
ekonomi mengajarkan bahawa bunga tersebut menurunkan pelaburan. Jika pelaburan menurun
maka secara automatik akan menurunkan produk dan akibat berikutnya bunga menciptakan
pengangguran dan kemiskinan. Riba' mengakibatkan lumpuhnya sektor produktiviti dan
menciptakan pengangguran bagi kehidupan masyarakat. Bayangkan jika fenomena ini melanda
dunia maka boleh dipastikan kemiskinan semakin meningkat.Pengharaman riba adalah haram
sama sekali dalam Islam ini sesuai dengan fiman Allah SWT Wahalal lahu baiaa waharroma
riba (Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba-dari surah Al-Baqorah ayat 275).
Jelas sekali pengharaman riba ini ada hikmahnya kerana kini akibat amalan riba kegawatan
ekonomi kerap terjadi. Selain Islam agama lain juga amat menghalang penganut mereka untuk
menjauhi amalan riba kerana in akan memberi impak yang besar. Banyak surah yang
menceritakan akibat pengamalan amalan riba dan ini disokong lagi dengan banyak hadis nabi
yang menghalang umat Islam agar tidak menjalankan amalan riba kerana ia akan lebih membawa
mudarat kepada manusia sejagat. Seperti contoh akibat amalan riba pada ekonomi pada masa
kini setiap 10 tahun ekonomi dunia akan mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. Hal ini
akan membawa kepada banyak maslah sperti pengganguran dan akan membawa peningkatan
maslah sosial. Oleh itu pengenalan institusi perbankan Islam yang ada di Malaysia harus
diperluaskan kerana akibat pengamalan riba dalam bank bank konvesional yang berleluasa
akan member impak yang besar kepada kestabilan ekonomi negara kita. Pada kegawatan
ekonomi 1998 kita dapat mengatasi masalah ekonomi namun begitu langit dianggap selalu cerah

akan mendung juga dimana jika kita mengambil langkah yang proaktif bagi menagani amalan
riba di negara kita tidak mustahil suatu hari nanti negara kita sukar untuk keluar daripda
kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat telah banyak dana yang disuntik
bagi memulihkan ekonomi mereka namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil.
Maka marihla kita bersama sama untuk memerangi amalan riba yang kian menguasai ekonomi
negara kita kerana orang yang melakukan riba sesungguhnya berperang dengan Allah dan
RasulNya hal ini dapat di lihat dalam fiman Allah Swt dalam surah Al-Baqarah: 278-279 yang
bermaksud Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan
(meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian.
Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita
beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga
kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga perbuatan/amal kita
berada dilingkungan perbuatan hambaNya mengikut Islam secara tuntasnya

Kesimpulan
Aktiviti riba masa kini cukup berleluasa dalam masyarakat moden. Ini adalah kerana
sistem kewangan konvensional yang bertapak kukuh di dunia pada hari ini adalah berdasarkan

sistem riba. Di Malaysia, keterlibatan secara langsung di dalam aktiviti riba seperti membuat
pinjaman dengan bank konvensional, menyertai aktiviti pelaburan yang beunsurkan riba seperti
Swish Cash dan banyak lagi haruslah dielakkan dan dijauhkan sama sekali. InsyaAllah di masa
akan datang kita boleh berkongsi lagi mengenai bentuk-bentuk riba moden yang terdapat di
Malaysia.
Pengharaman riba masih merupakan elemen yang penting dalam perniagaan Islam untuk
mewujudkan sebuah ekonomi yang bertanggungjawab secara sosial. Minat kepada pelaburan
secara Islam meningkat, di mana pasaran saham antarabangsa telah melancarkan indeks pasaran
secara Islam mengikut panduan yang diberi Al Quran. Ini berkaitan dengan pengaruh etika Islam
yang menekankan kepada konsep keadilan sosial dan keadilan di dalam pembahagian kekayaan
melalui pengharaman riba. Apabila Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba
tujuannya adalah untuk melindungi mereka yang tidak berkemampuan daripada mereka yang
kaya yang mungkin mengambil kesempatan daripada mereka.
Oleh itu, pengharaman riba oleh Islam hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk
memperbaiki etika manusia bahawa semua manusia mestilah dilayan dengan adil, bukannya
sebagai halangan kepada perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai