Anda di halaman 1dari 28

KEMAHIRAN

PENYELESAIAN
MASALAH

Definisi Menyelesaikan Masalah


Masalah boleh merupakan kenyataan
atau suatu situasi dalam kehidupan seharian.
Penyelesaian masalah boleh menjadi
cabaran kepada seseorang.
Oleh sebab itu, seseorang cuba
menyelesaikan masalah dengan
pelbagai
cara.

Menurut Wrekelgram (1974), menyatakan


penyelesaikan masalah adalah satu
untuk mencapai matlamat atau

usaha
keadaan

khusus yang diingini.


Menurut Van Dijk dan Kintsch(1983), pula
berpendapat penyelesaian masalah

berlaku

apabila ia melibatkan langkah- langkah serta


operasi mental.

Objektif Menyelesaikan Masalah


Membolehkan kita membuat penyelesaian terbaik.
Mengelak kita daripada bertindak terburu-buru.
Menerokai dan mempertimbangkan banyak pilihan
Membolehkan individu berfikir secara sistematik dan
rasional.
Membolehkan kita bertindak atas keputusan yang
telah diambil kira semua faktor dan kesan akibatnya.
Membuat refleksi sebelum melaksanakan sesuautu
tindakan

Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah


penyelesaian masalah
Menurut, Model Dewey

Mengenal
pasti masalah

Mencari
maklumat
yang
berkaitan

Membentuk
hipotesis

Menilai dan
membuat
rumusan

Menguji
hipotesis

Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah


penyelesaian masalah
Menurut, Goerge Polya (1957) dikenali Model Polya
Memahami soalan
bermasalah
Merancang strategi
Melaksanakan
strategi
penyelesaian
Menyemak semula

Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah


penyelesaian masalah
Menurut, Model Polya, Lester (1978) dikenali Model
Lester
Kesedaran masalah
Kefahaman masalah
Analisis objektif soalan bermasalah
Perancangan strategi penyelesaian
Pelaksanaan strategi penyelesaian
Prosedur dan penilaian penyelesaian

Definisi Membuat Keputusan


Membuat keputusan ialah satu proses mental di
mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan
yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach
Them Thinking mengkategorikan kemahiran
berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran
kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a
choice based on reasoned judgement".

Mereka memberikan kata sinonim "decision


making" dengan "judging, choosing, selecting".
Mereka juga memberikan menu untuk
menggunakan kemahiran ini berdasarkan
akronim J. U. D. G. E.
J untuk Jot down occasion for decision
U untuk Use brain storming for
alternatives
D untuk Decide on best possibilities
G untuk Gauge positive and negative
outcomes
E untuk Express selection

Strategi menguasai kemahiran membuat


Keputusan

Penggunaan teknik penyoalan, perbincangan,


sumbangsaran.
Alat-alat berfikir :
Pengurusan Grafik, CoRT I : CAF, C&S, FIP,
APC, OPV

Objektif Membuat Keputusan


Mengelakkan kita daripada bertindak secara
terburu-buru yang boleh merugikan.
Memanfaatkan sumber maklumat yang ada.
Mengambil kira dan menilai semua pilihan yang
ada.
Membuat refleksi sebelum melaksanakan
sesuatu tindakan.

Bertindak atas keputusan yang dibuat berlandaskan


kriteria dan tujuan.
Membolehkan kita membuat pilihan yang terbaik.
Menjadikan kita lebih rasional dan sabar.
Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan
dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam
pengajaran.

Kesilapan dalam membuat keputusan


Membuat keputusan tidak tepat kerana menggunakan
maklumat yang tidak lengkap.
Membuat keputusan terburu-buru kerana tidak berfikir
panjang dan mendalam.
Membuat keputusan tidak kekal, berubah-ubah dan tidak
teratur.
Membuat keputusan yang mencelarukan kerana
mengabaikan aspek penting yang patut diambil kira.
Membuat keputusan secara terburu-buru berdasarkan
pilihan pertama yang terlintas dalam fikiran tanpa
mempertimbangkan pilihan-pilihan lain.

PROSES PEMBUATAN
KEPUTUSAN YANG EFEKTIF
Terdapat enam langkah yang
penting iaitu :

2.1 Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah


Ia merupakan langkah pertama dalam membuat
sesuatu keputusan.
Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau
peluang.
Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, kita
bolehlah menggunakan kriteria berikut:

a) Kawalan
Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut dan
penyelesaiannya?
b) Kepentingan
Darjah kepentingan masalah tersebut.
c) Kerumitan
Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.
d) Masa
Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan
masalah tersebut.
e) Sumber
Sumber-sumber yang diperlukan.

2.2 Diagnosis & Analisis Data


Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh
mengumpulkan semua data dan mempamerkan
maklumat yang berkaitan supaya membantu
dalam membuat keputusan.

2.3 Pembentukan Alternatif


Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau
menciptakan alternatif baru.
Adalah dicadangkan supaya kita berwaspada
dengan alternatif yang tersedia.
Juga dicadangkan supaya pertimbangkan dibuat
tentang batasan dan peluang dalam membincangkan
setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama
kepada masalah yang sama.

2.4 Pemilihan Alternatif


Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu
pertimbangkan kriteria berikut:
a) Kawalan:
Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan
anda/kita?
b) Kesesuaian:
Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?

c) Keperluan Sumber:
Mampukah kita melaksanakannya (manusia, wang,
peralatan, dsb)?
d) Faedah:
Adakah ia berfaedah?
e) Masa:
Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?
f) Kebolehterimaan:
Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

2.5 Perlaksanaan Alternatif


Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan
perancangan yang terperinci.
Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi
pelaksanaan.
Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk
membentuk strategi pelaksanaan:

a) Kebolehterimaan:
Bagaimanakah kita boleh mendapatkan
penerimaan dari orang lain?
Apakah faedah yang boleh kita tonjolkan dari
alternatif ini?
Bagaimana boleh kita tunjukkan faedah tersebut?
b) Jangkaan:
Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada
alternatif ini?
Bagaimanakah patut kita mengatasinya?

c) Bantuan:
Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang
atau kumpulan lain?
d) Lokasi:
Di manakah patut kita laksanakan alternatif ini?
e) Masa:
Bagaimanakah kita mengambil kesempatan hari, masa
dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?
f) Berhati-hati:
Bagaimanakah boleh kita uji keberkesanan alternatif ini?

2.6 Penilaian & Maklum Balas


Semasa pelaksanaan, kita patut memastikan bahawa
alternatif yang dipilih itu merupakan alternatif yang
paling berkesan.
Untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut, kita
haruslah fikirkan:
a) Ukuran:
b) Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?

b) Alat Analisis:
Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis
dan mempamerkan maklumat?
c) Ujian:
Apakah ujian atau trial run yang akan kita awasi
untuk

melihat

keberkesanan

alternatif

itu?

Bagaimanakah akan kita menilai keputusannya?


d) Keputusan:
Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Bilakah kita
menjalankan

penilaian

alternatif kita berkesan?

terakhir?

Apakah

bukti

Rujukan :
http://www.hbp.usm.my/SpaceTime/Ch1/Ch1/siewmei.htm
Memupuk Kemahiran Berfikir Abdul Rahim Hussien
Motivasi Belajar Berfikir Ainon Mohd.Abdullah Hasssan
Kemahiran Berfikir Dr. Rosnaini Sulaiman

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai