Anda di halaman 1dari 67

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH

PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

KAEDAH-KAEDAH FIQH
PENSYARAH : USTAZAH CHE NAZRAH
BINTI YUSOF

PENGENALAN KAEDAH
FIQH

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan


penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.
Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak
secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah
hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah
diperkenalkan oleh para ulama bagi menyelesaikan
permasalahan-permasalahan baru yang timbul.
Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi
impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan
ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang
disepakati dalam kalangan fuqaha.

KAEDAH
1


SETIAP PERKARA
MENGIKUT NIATNYA


Lafaz umum yang merangkumi
semua tindakan yang terhasil dari
seseorang sama ada melakukan
atau meninggalkan.
Ia juga merangkumi perbuatan,
kata-kata ataupun niat.
Oleh itu, setiap tindakan manusia
adalah terikat dengan apa yang
diniatkan untuk diberi pahala atau
dosa.

MAKSUD NIAT

Bahasa:
Kehendak hati
atau tujuan hati.

Istilah:
Gerak hati
melaksanakan
sesuatu pekerjaan
untuk mencari
keredhaan Allah
s.w.t

DEFINISI
Kaedah Fiqh yang pertama
inibermaksud setiap perkara dinilai
berdasarkan niat dan matlamat. Oleh
itu, setiap amalan yang dilakukan
oleh mukallaf itu bergantung kepada
niatnya.
Ulama fiqh bersepakat menyatakan
sekiranya seseorang berniat untuk
melakukan kebajikan dan tidak dapat
ditunaikannya disebabkan sesuatu
masyaqqah atau keadaan tertentu ia
tetap diberi pahala. Niat juga amat
penting untuk menentukan halal dan
haram.

SUMBER
ASAS
KAEDAH




))






Dari Umar bin al Khathab, beliau berkata,

.((

sallam
Rasulullah
shallallahu alaihi wa

bersabda,Sesungguhnya
perbuatanperbuatan itu dengan niat, dan sesungguhnya
setiap orang bergantung dengan apa yang ia
niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya
kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya kepada
Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang
hijrahnya
untuk
dunia
yang
ingin
ia
perolehnya, atau untuk wanita yang ingin ia

Padahal mereka tidak diperintahkan


melainkan supaya menyembah Allah
dengan
mengikhlaskan
ibadat
kepadanya,
melaksanakan
solat,
menunaikan zakat dan demikian itulah
agama yang lurus.
Surah al-Bayyinah
ayat 5

Dan sesiapa yang menghendaki balasan


dunia, Kami berikan bahagiannya dari
balasan dunia itu, dan sesiapa yang
menghendaki balasan akhirat, Kami berikan
bahagiannya dari balasan akhirat itu. Dan
kami memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur.

Surah ali-Imran ayat


145

Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh


al-Baihaqi:



Sesungguhnya tidak dikira
amalan
sesiapa yang tidak berniat.
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

:


.

Sesungguhnya manusia akan
dibangkitkan berdasarkan
niatnya.
)(HadisriwayatIbn Majah

6
Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda,
Allah s.w.t berfirman:

Barangsiapa yang melakukan


sesuatu amalan dengan
menyekutukan Aku dengan
selainku, maka Aku tinggalkan dia
dengan sekutunya.
(Riwayat Muslim)

CONTOH
Orang yang berjihad di jalan Allah. Orang
pertama pergi untuk meninggikan kalimah
Allah, maka dia mendapat pahala jihad.
Orang kedua pula berjihad kerana ingin
meninggikan kalimah Allah tetapi pada masa
yang sama dia berjihad kerana inginkan harta
rampasan
perang.
Jihadnya
sah,
dia
mendapat pahala jihad tetapi pahalanya
kurang
kerana
niatnya
tidak
ikhlas
sepenuhnya kerana Allah, telah terpalit
niatnya untuk selain Allah iaitu ingin
mendapatkan harta rampasan. Orang ketiga
pergi berjihad semata-mata untuk harta
rampasan. Dia tidak mendapat pahala jihad.
Dia hanya mendapat harta rampasan seperti

Oleh itu, kita dapat memahami bahawa niat


mempunyai kedudukan yang sangat penting
dalam kehidupan umat Islam. Niat menjadi
asas utama penerimaan sesuatu amalan itu
sama ada diterima atau ditolak oleh Allah.
Kita perlu memastikan amalan yang kita
lakukan menjadi amalan yang terbaik dan
diterima oleh Allah s.w.t dengan cara menjaga
dua aspek iaitu memastikan niat ikhlas kerana
Allah dan memastikan amalan yang dilakukan
benar
mengikut
Rasulullah
s.aw.

KEPENTINGAN NIAT:
Membezakan antara ibadah
atau adat.
Membezakan
dan pahala.

antara

dosa

KEPENTINGAN NIAT:
Membezakan antara
halal dan haram.
Membezakan antara
ibadah dengan ibadah
lain.

Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang
yang
menyembelih
binatang
kemungkinan
untuk
memakan daging binatang
tersebut atau kemungkinan
untuk korban.

Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang
yang
menyerahkan
sesuatu
kepada seseorang sama
ada wang atau berupa
makanan sama ada dia
memberikan
sedekah
atau hibah atau zakat.

Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang sedang


berada
dalam
masjid
kemungkinan dia masuk
untuk
merehatkan
tubuhnya
atau
kemungkinan
untuk
beribadah.

Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang
yang
mandi
kemungkinan
untuk
membersihkan tubuhnya yang
kotoratau
menyejukkan
tubuhnya di hari yang terik
atau
kemungkinanjuga
untukibadah.

Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang
yang
tidak
menjamah makanan sejak
dari
pagi
kemungkinan
untuk diet, atau menjaga
kesihatannya
atau
kemungkinan dia sedang
berpuasa.

Membezakan antara dosa dan


pahala.
Seseorang yang mengambil harta
yang dijumpai mendapat dosa
sekiranya dia mempunyai niat
untuk memilikinya. Sebaliknya,
jika
dia
mengambil
barang
tersebut
dengan
niat
untuk
mencari
dan
menyerahkan
kembali kepada pemiliknya, maka
dia
mendapat
pahala.

Membezakan antara halal dan haram.

Seseorang yang memerah


anggur
dengan
niat
membuat cuka, harus
hukumnya. Jika ia berniat
membuat arak, haram
hukumnya.

Membezakan antara ibadah


dengan ibadah lain.

Memberikan wang
sebagai sedekah atau
zakat.

Membezakan antara ibadah


dengan ibadah lain.

Solat fardhu dengan solat


sunat, solat zohor dengan
asar, puasa wajib dengan
puasa sunnah.

PECAHAN
KAEDAH

)

(

Tidak
disyaratkan niat
dalam manamana jenis
ibadat
yang bukan
jenis adat, atau
ia tidak
kesamaran
dengan ibadah
yang lain.

Contohnya:
Beriman kepada Allah
Membaca al-Quran
Berzikir
Hal ini kerana bentuk
amalan itu sudah pun
berbeza
dengan yang lain, tetapi
diwajibkan niat pada
membaca al-Quran
apabila dinazarkannya
bagi membezakan fardhu
dengan yang lainnya.

Disyaratkantay
in
dalam( menentu)
mana-mana
amalan yang
mempunyai
persamaan, tetapi
tidak disyaratkan
tayin pada amalan
yang tidak
kesamaran

Contohnya yang
disyaratkan tayin
ialah seperti solat,
dan yang tidak
diperlukan tayin
adalah seperti
taharah, haji dan
umrah.

(

)

Iaitu niat seseorang


yang dilakukan
dalam sumpah boleh
mentakhsiskan atau
mengkhususkan
ucapan dan
perkataan yang am,
tetapi dia tidak boleh
mengumumkan lafaz
yang khas.

Contohnya,
seseorang yang
berkata demi
Allah aku tidak
akan bercakap
dengan satu
orang dan dia
niatkan orang itu
Umar.

)

(

Amalan-amalan yang
disyratkan tayin,
jika tersalah tayin
maka ia
membatalkan amalan
.itu

Contohnya,
tersalah niat
puasa kepada
niat solat atau
sebaliknya, dan
dari solat zohor
kepada asar.

LAFAZ CERAI
TANPA NIAT

KAEDAH 2 : YAKIN TIDAK


DIHILANGKAN DENGAN
SYAK


Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak

diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang


keraguan yang datang kemudian untuk meragui
keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud
yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan
hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.

Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang


telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum
terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau raguragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama
ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka
keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan
atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan
baru yang dapat menghilangkannya.

Asal kaedah ini dengan berdalilkan


hadis, antaranya:

MAKSUDNYA..
Jika

seseorang

kamu

ragu-ragu

ketika

sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah


yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka
ketepikanlah
keyakinan.

keraguan

tersebut

dengan

PECAHAN KAEDAH

()

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan


Sebelumnya

.Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab

((

Asalnya sesuatu itu tidak ada

( , :)

Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu


.atau

belum, maka dianggap ia belum melakukannya

()
Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir
.sekali

,)
(
Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang
.menunjukkan haram

()
Asal di dalam percakapan ialah hakikat.

(
)
Kemaluan perempuan itu asalnya haram.

()

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan


Sebelumnya

Maksud : Sesuatu perkara perlu dikekalkan


keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana
waktu dan berterusan keadaannya sehinggalah
terdapat perubahan hukumnya.

CONTOH HUKUM :
Sesiapa yang yakin bersuci dan syak berlakunya
hadas, dia dianggap masih lagi berwudhu dan
sebaliknya.
Seseorang yang makan di akhir malam dan kemudian
syak tentang naik fajar- Puasanya sah kerana
asalnya malam itu kekal.

Wanita yang beriddah mendakwa masa sucinya


masih berlanjutan dan belum selesai iddah- maka
diterima/ dibenar dakwaannya itu dan dia masih
berhak mendapat nafkah iddah

( )
.Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab
Asal seseorang yang dilahirkan tidak ada tanggungjawab.
Situasi begini akan berterusan sehingga adanya sebab
yang membawa kepada ada tanggungjawab / bebanan
tersebut
Asal terlepas bebanan / taklif syarak dan terikat dengan
tanggungjawab adalah perkara yang mendatang (baru)

CONTOH HUKUM :
Apabil Pendakwa gagal mengemukakan keterangan,
maka sumpah akan diminta dari orang yang kena
dakwa (OKT) - Jika enggan, dia TIDAK BOLEH
DIHUKUM

berdasarkan

keengganannya

kerana

asalnya dia bebas dari tanggungjawab.- Sumpah


akan dikenakan ke atas Orang Yang Mendakwa.

CONTOH HUKUM :
Seseorang yang mendakwa orang lain berhutang
dengannya, mesti dibuktikan dakwaannya itu jika
Orang Kena Dakwa menafikannya, kerana berpegang
kepada asal kaedah.

((

Asalnya sesuatu itu tidak ada


Tiada/ tidak ada mendahului ada / wujud
Sesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya tidak
wujud / tiada (diragui)
Asal itu tiada dikembalikan/dikekalkan sehinggalah sabit
ada perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal
tersebut.

CONTOH HUKUM :
Seseorang yang menggunakan harta orang lain
mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi
TUAN PUNYA menafikannya. HUKUM: Penafian tuan
punya diterima kerana asal harta tiada keizinan dan
harta orang adalah haram.

CONTOH HUKUM :
Seorang isteri yang telah lama berkahwin dengan
suaminya

mendakwa

bahawa

suaminya

tidak

memberinya nafkah, maka HUKUMNYA dakwaan


isteri akan diambil kira kerana nafkah merupakan
tanggungjawab suami menunaikannya.

( , :)

Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum,


.maka

dianggap ia belum melakukannya

Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu


perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan
yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka
ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana
pekerjaan yang sedikit itu diyakini.

CONTOH HUKUM :
Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia
telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan
di dalam sembahyangnya seperti qunut dan
sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana
asalnya ia tiada melakukannya.

CONTOH HUKUM :
Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua
atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah
(sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan
ditambah dengan basuhan yang ketiga.

CONTOH HUKUM :
Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal
salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia
mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak
ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan
(melakukan) semula perkara yang ia syak itu.

()
Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang
.paling hampir sekali

Untuk menetapkan hukum terhadap sesuatu perkara


adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling
hampir dengan situasi yang berlaku.
Terluput sesuatu perkara/ keadaan akan menyebabkan
sesuatu hukum itu tidak terlaksana. atau tidak diambil
kira.

CONTOH HUKUM :
Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari
dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu'
tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di
dalamnya

maka,

tidak

wajib

diqadhakan

sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk


dengan air yang najis.

CONTOH HUKUM :
Seseorang telah memukul perut wanita yang mengandung.
Lalu perempuan tersebut melahirkan anaknya dalam keadaan
sihat disebabkan jenayah itu dan hidup untuk beberapa hari ,
kemudian mati
Hukumnya : Penjenayah itu tidak diwajibkan membayar diyat
kerana pada dzahirnya bayi tersebut mati disebabkan oleh
faktor yang lain.

( ,)
Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan
.haram
Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda yang diriwayatkan oleh
Bazzar dan al-Tabrani:
















{

Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal,
perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara
yang

didiamkan

daripadanya

adalah

dimaafkan.

Maka

terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin


lupa terhadap sesuatu.

CONTOH HUKUM :
Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas
tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.

Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak


diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan.

()
Asal di dalam percakapan ialah hakikat.
Berdasarkan

kaedah

ini

terbentuk

beberapa masalah dan hukum, contohnya :


Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu
kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut
pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya
ialah anak sejati.

CONTOH HUKUM :
Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli,
selepas itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya
membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.

Kemaluan perempuan itu asalnya haram.


Berdasarkan

kaedah

ini

terbentuk

beberapa masalah dan hukum, contohnya :


Seseorang yang ingin berkahwin dengan
perempuan yang dia tidak yakin sama ada
perempuan
maka

itu

haram

mahramnya
dia

berkahwin

atau

ajnabi,

dengannya,

kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

JOM RELAX .

RUJUKAN
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala
Lumpur: Ilham Abate Enteprise.
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah
Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuti. 2004. Kaedah-kaedah Hukum Islam
Mazhab Shafi. Kuala Lumpur : Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.
Mohd Qary Abd Ghapar. 2003. Qawaid Fiqhiyyah. Mesir : Al-Azhar Media
Enterprise.

RUJUKAN
Muhammad Salih bin Ahmad. 1998.Al-Qawaid alFiqhiyyah.Kuala
Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.
Mustafa Ahmad al-Zarqa. 1998.Al-madkhal alFiqhu al-
Ammu.Damshik : Dar al-Qalam.
Muhammad Idris Abdur Rauf alMarbawi.1990.Kamus
Marbawi.Cet. 2. Kuala Lumpur : Darul Numan

RUJUKAN
http://www.tayibah.com/eIslam/ya
kin_tidak_dihilangkan_oleh_kerag
uan.php
http://wandastpm.blogspot.com/2
013/12/kaedah-kedua-keyakinan-t
idak-boleh_14.html
http://transformasiummah.blogspo
t.com/2011/02/qawaid-fiqhiyyah-t
ugasan-method-fiqh.html