Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Lompat Tinggi merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian


sebagai penentu kejayaan dan adalah salah satu daripada acara olahraga yang
diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan
dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan
dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya
lompatan digunakan oleh para atlit. Acara lompat tinggi memberi kebebasan kepada
peserta untuk memilih gaya lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan
mereka.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula
jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri
atlit itu sendiri iaitu

dari persediaan fizikal dan mental. Di Malaysia, antara atlit

lompat tinggi terbaik adalah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor
Aishah Ismail.

Sejarah
Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam
Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara
lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang
pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada
abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara
segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam
pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan
sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat
setinggi itu.

Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh

berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang
yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak

pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki
sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta
seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki
dari semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang
yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika
pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat
dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi
palang.

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal
yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam
sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di
pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik
dengan lompatan menegak.

Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan
menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi
Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat
tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus
dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat
yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya
malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik
tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju
menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan
Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai
gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of
Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi
yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya

6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci.
Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah
Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan
setinggi 7 kaki 0.3 inci.

Peralatan
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus
untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga.
Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua peralatan ini
disediakan sebelum pertandingan dimulakan.

Antara peralatan-peralatan yang

diperlukan adalah seperti berikut :i) Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,
hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.
Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan
tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

ii) Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga.

Panjang palang

hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan
diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah
dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

iii) Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang
memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya
beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat
pendaratan yang sewajarnya.

Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan

diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas


yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara
lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah
berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh
digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan
oleh setiap peserta.

Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan

selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik
digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan
tepat.

UKURAN
i) Tiang lompat tinggi
Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.
ii) Palang lompat tinggi
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang
yang dipasangkan.

Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram.

Palang ini

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah
berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

iii) Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut
bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar
dan 1 meter tebal.
iv) Pita pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.
Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu
ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan
diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Latihan Persediaan
1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat
pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan k ehadapan dan lompatan dibuat
melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah
untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.
2. Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah
digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi
palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki
hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan
menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).
3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu
objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan
berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4. Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian


kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya
untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
5. Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di
bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat
gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului
pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh
dicapai melalui latihan ini.

Latihan Ansur Maju


Gaya Fosbury Flop
Latihan 1
Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok
beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).
Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke
kanan.
Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan
melengkok.

Latihan 2

Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian


melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.
Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan )
dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.
Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Latihan 3
Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.
Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

Latihan 4
Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.

Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan


badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.
Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Latihan 5
Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya
Fosbury Flop.
Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai
melonjak.

Fasa Lompat Tinggi


Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:
1.

Fasa penujuan ( Approach )

2.

Fasa lonjakan ( Take-off)

3.

Fasa layangan ( Bar Clearance )

4.

Fasa Pendaratan ( Landing )

1. Fasa penujuan
Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung
( Curved ) Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.Semasa larian
lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk Tambahkan kelajuan larian dengan
langkah yang lebih besar dan kuasa. Condongkan ke dalama semasa larian
lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam
lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian.
2. Fasa Lonjakan
Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat
aksi acceleration . Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari
dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat
ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu. Tangan dihayun ke
atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.
3. Fasa Layangan
Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam
kedudukan horizontal. Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang,
dengan cepat kepala mendekati dada.

4. Fasa Pendaratan
Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.
Jarakkan lutut semasa mendarat.

Butiran Mengajar
1. Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
2. Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau
seragam.
3. Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
4. Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat
melonjak.
5. Lentikkan badan semasa melepasi palang.
6. Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas.

Peraturan Lompat Tinggi


i. Pelompat hendaklah membuat lonjakan menggunakan sebelah kakinya.
ii. Pelompat boleh memilih arah atau sudut bagi memulakan larian untuk melompat.
iii. Peserta akan mula melompat pada satu ketinggian minimum sebagai ketinggian
kelayakan.
iv. Sesuatu lompatan dikira batal jika pelompat menyentuh palang tanpa membuat
lompatan, atau menjatuhkan palang semasa melompat atau menyentuh kawasan
mendarat apabila tidak berjaya melompat.

v. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian tiga kali berturutturut, tanpa mengira ketinggian semasa dia gagal, akan terkeluar daripada
pertandingan.
vi. Seseorang pelompat berhak meneruskan lompatannya, walaupun setelah semua
peserta lain gagal, sehinggalah dia tidak dapat melepasinya.
vii. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian
tengah di sebelah atas palang. Penggunaan ukuran elektronik sudah tentu
memudahkan pengukuran.
viii. Peserta hendaklah mengutamakan keselamatan diri semasa membuat
lompatan.

Gaya Lompat Tinggi


1) Gaya Guling Barat

Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.


Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki
lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari
dengan palang untuk membuat pelepasan.

2) Gaya Gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang
berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam
keadaan duduk berlunjur.

3) Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini
pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini

diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.


Dalam Gaya Fosbury Flop ini penujuan larian dilakukan dengan cepat dan
beritma. Guna larian 59 langkah dengan tiga langkah terakhir secara
melengkung dan pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari
dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang
melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian

dengan kaki kiri.


Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan
kaki di hadapan badan. Selain itu, badan ditegakkan atau condong sedikit ke
belakang dan kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan dan juga
tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang

badan untuk membantu pusingan badan semasa lompat.


Layangan Semasa di udara, pelompat menolak kebelakang (memenadang
palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan
dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini
akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang.
Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya

diluruskan dan diangkat tegak keatas. Pendaratan Serentak dengan


mengangkat kaki keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki.
Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas
bahagian belakang badannya.

Refleksi
Daniel Lim Lay Kuan
2013340120

Salam

sejahtera

saya

ucapkan

kepada

pensyarah

mata

pelajaran

kokurikulum (olahraga) yang saya hormati iaitu Encik M. Thirugnana Sambanthan.


Atas bantuan beliau yang berturut-turut, saya ingin mengucapakan jutaan terima
kasih kepada beliau.
Penjelasan tentang tugasan ini telah dilaksanakan semasa waktu kuliah dan
penjelasan yang diberi oleh puan sangat jelas kepada saya dan tentulah saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan senang hati. Saya telah mencari banyak maklumat
dalam pusat sumber institut dan dari internet. Tugasan ini memerlukan saya
myediakan satu folio pengajaran dan pembelajaran bagi satu acara balapan atau
satu acara padang. Semua ini memberikan saya perangsang untuk menyiapkan
tugasan ini dengan bersungguh-sungguh.
Dalam tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya memperolehi seperti
sejarah acara lompat tinggi. Saya telah mendapat tahu bahawa catatan terawal
tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan
bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di England yang mampu
melompat paling tinggi. Selain itu, saya juga telah tahu peralatan yang perlu
diadakan semasa pertandingan lompat tinggi seperti tiang, palang, tempat mendarat
dan sebagainya. Ini dapat membantu saya pada masa depan semasa saya
menganjurkan pertandingan lompat tinggi.
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa kita perlu membuat latihan
persediaan sebelum membuat lompatan. Ini adalah untuk memanaskan otot-otot
badan kita supaya tidak cederan. Saya juga telah mempelajari beberapa gaya
lompat tinggi seperti gaya guling barat, gaya gunting dan gaya fosbury flop. Setiap
gaya ini mempunyai latihan ansur maju masing-masing.
Saya akan menggunakan ilmu-ilmu yang saya mempelajari dalam tugasan ini
semasa saya mengajar pada masa depan supaya dapat menjadi guru cemerlang
yang boleh merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Saya akan
membuat latihan sukan untuk murid supaya boleh mencungkil bakat-bakat sukan
yang ada pada dalam diri mereka dan berjuang untuk sukan negara kita. Semasa
dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa masih ada banyak ilmu
yang perlu saya mempelajari.

Akhir sekali, saya gemar akan tugasan ini kerana saya dapat menambah
banyak ilmu pengetahuan yang akan digunakan pada masa depan. Dengan itu, apa
yang dipelajari hari ini akan berkesan pada hari kelak. Walaupun tajuk tugasan ini
amat baru bagi saya, tetapi dengan bantuan rakan-rakan sekumpulan dan ajaran
encik, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

Rujukan

Borhan Yusof, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Hasbullah (2007).


Kegiatan Profesional Olahraga. Taman Serdang Raya. Penerbit Open

University Malaysia (OUM).


Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa:

William C. Brown.
Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London:

A & C Black Pub. Ltd.


Helen Ten (1997). Manual Olahraga, Petaling Jaya: Junjuara Publications.
____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.


____________, (2005) Siri Modul Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Mod
Latihan

Perguruan

Berasakan

sekolah,

Bahagian

Pendidikan

Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia.


Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education

for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.


Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.).

San Francisco, CA: Benjamin Cummings.


Teng Boon Tong (1989/1994). Panduan Pengajaran Olahraga. Petaling Jaya:

Longman Malaysia.
Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method

for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.


Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan

kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd.


Wee Eng Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah
Alam: Fajar Bak

Anda mungkin juga menyukai