Anda di halaman 1dari 20

ELM 3043E

ISI KANDUNGAN :
BIL

ITEM

MUKA
SURAT

1
2
3

PENGHARGAAN
KAJIAN KES MASALAH MORAL
REFLEKSI SEBAGAI GURU PENDIDIKAN

1
2-13
14-17

MORAL
BIBLIOGRAFI

18

ELM 3043E

PENGHARGAAN
Dalam penghasilan hasil kerja ini, saya merakamkan ribuan terima kasih dan
setinggi- tinggi penghargaan kepada semua individu yang telah membantu saya sama ada
tersirat mahupun tersurat.
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana dengan
limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Yusri B Bakir, pensyarah pembimbing
bagi subjek Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni (ELM3043E) kerana
telah banyak memberi bantuan dan bimbingan sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan rasa terhutang budi yang tidak terhingga
kepada isteri saya yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan memberi sokongan
moral dan mental kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Rakaman terima kasih dan
penghargaan juga buat rakan sekelas serta rakan kumpulan belajar saya yang telah banyak
melaksanakan sumbang saran, perkongsian maklumat serta bimbingan serta kritikan
membina kepada saya. Dengan idea daripada mereka saya telah berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dengan sebaiknya.
Secara keseluruhannya, saya bersyukur di atas bimbingan serta nikmat yang saya
kecapi dalam menjayakan tugasan ini terutama kepada semua pihak sama ada yang
menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung.

ELM 3043E

KAJIAN KES MASALAH MORAL

1.0

SUBJEK

Nama

: Azlan Draman ( nama panggilan Lan )

Jantina

: Lelaki

Asal

: Penaga, Pulau Pinang

Umur

: 15 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik : Anak tunggal


Pekerjaan bapa

: Tiada

Tinggal bersama

: Datuk

Pencapaian akademik

: Lemah

ELM 3043E

2.0

KES

Nama Kes
Vandalisme

Perihal Kes
Antara tingkah laku delikuen ini adalah vandalisme. Vandalisme
boleh dianggap sebagai tingkah laku seseorang individu yang suka
merosakkan harta benda awam termasuklah menconteng dinding-dinding
bangunana, tandas awam, telefon awam dan sebagainya. Kebiasaannya ia
dilakukan oleh golongan remaja yang tidak bertanggungjawab dan mahu
menunjukkan kekuasaan yang ada pad mereka. Golongan kanak-kanak
sekolah juga tidak terlepas daripada melakukan perbuatan ini. Masalah ini
sebenarnya sudah lama menular di kalangan masyarakat di dalam negara
kita. Malahan ada di kalangan mereka ini yang tidak segan silu
menconteng

dinding

dan

merosakkan

telefon

awam

di

hadapan

masyarakat lain yang lebih tua atau dewasa secara terang-terangan.


Kajian Kes
Lan adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal bersama
dengan datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di
Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani. Lan amat membenci ibunya
kerana dari kecil lagi Lan tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih
sayang ibu. Lan juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya
kerana meninggalkan ibu sewaktu Lan masih di dalam kandungan ibu. Lan
juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan
ayahnya.

ELM 3043E

Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk


dengan keluarga sendiri tidak sama baginya. Lan amat cemburu dengan
rakan-rakannya yang lain tinggal bersama dengan ibu bapa tetapi diri Lan
pula sebaliknya. Lan hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan Lan tidak
pernah langsung melihat wajah ayah. Oleh kerana kurangnya kasih
sayang ibu dan ayah, Lan selalu sahaja memberontak. Lan mudah panas
baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga tidak
berani memarahi Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana
faktor usia datuk yang terlalu tua.

Di sekolah Lan dikenali dengan perangai samseng dan suka


menjahamankan harta benda sekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan
sebagai samseng sekolah dan apa sahaja barang sekolah yang rosak, Lan
pasti akan dicari oleh guru-guru. Lan pernah menconteng bilik darjah,
tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan kerusi,
meja malah meja guru juga pernah Lan musnahkan. Menurut Lan apabila
dia dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puas dan akan
dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan
kata-kata orang dan tidak kisah dengan label yang diberikan.

3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih


Teori Gestalt

Rasional Teori Dipilih


5

ELM 3043E

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap
isu-isu yang berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat
mempunyai satu kompasisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang
saling berhubungkait di antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran
dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak secara aktif, bukan
secara berasingan dan compartmental. Teori ini berpendapat bahawa
manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan
diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami
adalah akibat daripada matlamat dan tujuan diri sendiri. Dengan itu
manusia

boleh

mengendalikan

tanggungjawab

peribadinya

sebagai

manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada


pengalaman hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan
kepada situasi semasa dan menikmati sepenuhnya apa yang ada.

Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan


berkemampuan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya.
Manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya dan hidup
sebagai manusia yang berguna. Antara perkara-perkara penting ialah:

Hidup sekarang, fokus pada sekarang.

Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.

Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila


kita mengalami keseronokkan.

Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan


pemikiran sendiri.

Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan


sebenar-benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya
sahaja. Terapi ini mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat
bagi menambahkan kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga
mengkaji

masa

lampau

individu

dengan
6

cara

yang

menarik

dan

ELM 3043E

mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu akan


menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup
sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang
telah menghalang kemajuannya.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori


Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan
melakukan vandalisme di sekolah kerana melepaskan kebenciannya pada
ibu yang dianggapnya langsung tidak pernah menyayangi dirinya.
Keadaan ini menyebabkan Lan menjadi seorang yang panas baran dan
mudah sahaja mengamuk.

Matlamat Terapi
Matlamat

Teori

Gestalt

adalah

bertujuan

untuk

mewujudkan

kesedaran yang tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang
bersifat di sini dan sekarang (here and now). Secara umumnya, terapi
Gestalt ini

memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka

mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat


individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain
dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkaraperkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangkakan mereka
sendiri. Ianya juga membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan
lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau
menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.

Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak


potensi tetapi disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia
tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui
7

ELM 3043E

terapi ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami dan
merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga
membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan
dan pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan
menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan
berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri mereka.

Teknik Yang Digunakan

Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang
wujud di dalam diri seseorang individu itu adalah hasil daripada
pertikaian di antara Top Dog dengan Under Dog iaitu dua bentuk
fungsi yang wujud dalam personaliti.

Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan


autoritarian, moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi
unsur ibu bapa yang sering mengkritik dan yang selalu menekan
perkataan patut dan harus.

Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di


dalam sesuatu keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia
sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya
dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahankelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah
Fais, teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan kerusi
kosong telah digunakan.

ELM 3043E

Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat


kasih sayang seorang ibu dan ayah. Lan sebenarnya teringin
mendapat kasih sayang seperti rakan-rakan yang lain tetapi secara
realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan jarang sekali dapat
bertemu dengan ibu malah ayahnya juga langsung tidak pernah
ditemui.

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Lan sebaik mungkin bagi mengenalpasti


masalah sebenar Lan. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan
pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti
kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima,
parafrasa,

refleksi,

merumus,

konfrantasi,

mentafsir

mendengar,

memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik


yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti
keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya,
membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi
dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non


verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara
menyeluruh yang bergantung kepada lisan dan tanpa lisan. Komunikasi
non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan
komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen
9

ELM 3043E

maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti


tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Lan
meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan
rambutnya sambil menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh kerana
itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi non verbal Lan. Saya
akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila
luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui
pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus
dari Lan sendiri.

5.0

IMPLIKASI

Melalui

teknik

kerusi

kosong,

Lan

telah

berpeluang

belajar

bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada ibu memandangkan


selama ini Lan tidak pernah memberitahu kepada ibu akan masalahnya.
Apabila Lan menjalani teknik kerusi kosong, sekurang-kurangnya Lan
sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti dan
adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ibu. Teknik kerusi
kosong

ini

sekurang-kurangnya

dapat

membantu

Lan

meluahkan

perasaannya.

Masalah Lan ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua


kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara
aktif amat penting bagi seorang kaunselor yang mahu menyelami
perasaan klien. Selain itu dengan adanya dorongan minima, reflrksi,
10

ELM 3043E

parafrasa, rumusan dan soalan-soalan terbuka

dan tertutup yang

diaplikasikan akan melancarkan lagi perjalanan sesebuah sesi kaunseling


itu.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan
Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan
untuk membantu klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik
dan

bertanggungjawab

terhadap

dirinya.

Contohnya

Fais

sendiri

disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan Fais juga


bersetuju untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik. Fais juga
sedar akan tanggungjawabnya memberikan contoh yang terbaik kepada
adiknya agar perkara yang terjadi kepada ayahnya tidak berulang lagi.

Terapi

ini

memberikan

penekanan

terhadap

penggunaan

pendekatan eksistensial atau fenomenologi yang meletakkan bahawa


manusia perlu mencari jalan dalam hidupnya dan bertanggungjawab pada
dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapai kematangan. Melalui
kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan untuk
membantunya berubah.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya
dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam
mengaplikasikannya.

Antara

kelemahan

yang

terdapat

di

dalam

mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan kaunselor untuk lebih


11

ELM 3043E

bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi di mana saya sebagai


kaunselor akan banyak mengarah Lan untuk melakukan sesuatu seperti
apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa
meminta Lan melakukannya juga dan merasai kesannya. Teori ini
mempunyai kecenderungan mengenepikan unsur logikal, kognitif dan
merendahkan faktor intelektual dalam personaliti. Ini berlaku apabila Lan
merasakan dirinya seakan-akan orang gila apabila bercakap dengan
kerusi kosong.

Apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa


menyatakan sesuatu bagi membuatkan Lan percaya bercakap dengan
kerusi kosong dia akan dapat merasai situasi yang sebenar. Keadaan ini
membuatkan

saya

sebagai

seorang

kaunselor

terpaksa

bersedia

berhadapan dengan pelbagai soalan-soalan yang menguji saya untuk


menjawab soalannya dengan baik.

7.0

CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada


semua pelajar dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat
memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik.
Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan
mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka
sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang
12

ELM 3043E

signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan


seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi


ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan
Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan
ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat
manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya sebgai


seornag guru selama 10 tahun, majoriti warga sekolah tidak tahu akan
kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guruguru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru
pembimbing

sekolah

umpama

malaikat

yang

sepatutnya

dapat

menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan


sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru
pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah,
pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak.
Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah,
bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi
atas kesedaran semua pihak.

8.0

PENUTUP

13

ELM 3043E

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan
baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan
peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya
dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik
dan berjaya.

Refleksi Sebagai Guru Pendidikan Moral

14

ELM 3043E

Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan


pengasuh.

Daripada

pengertian

di

atas,

jelas

menunjukkan

guru

merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang


dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam
konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada
anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru
Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan
perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan
generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru
Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah
telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan
kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan
pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus
subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup
golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin.
Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di
mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di
bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan
Perkembangan

Moral

Kognitif

adalah

berasaskan

kepada

teori

perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada


merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini
banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di
peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005)
turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih
tertumpu

kepada

perkembangan

karaktor

moral,

sikap

terhadap

peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga,


istilah perkembangan memberi satu gambaran yang menunjukkan satu
15

ELM 3043E

perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh
diterbalikkan,

maka

perkembangan

moral

membayangkan

andaian

mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly
(1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang
membawa

implikasi

terhadap

pendidikan

moral,

khususnya

dalam

kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini. Penaakulan moral yang


matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja
(Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut
melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus
dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi
adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun,
Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral
merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri
merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana
sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru
bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung
kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980)
dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir
seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya
berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah
seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang
menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap
dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah
yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih
beruntung dan mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding
16

ELM 3043E

dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral
di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar
yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah
vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana
beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah
tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana
tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema
Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja
merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral
tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah
dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg
membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral
jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut
bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia
mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan
moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang
bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang
matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di
sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab
menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni
Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan
KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1]
Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal
berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan
potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu,
bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah
akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya
17

ELM 3043E

dalam

kehidupan

seharian

mereka.

Keadaan

ini

sejajar

dengan

perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan pertimbangan


moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005)
yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi
golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii)
pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan
(iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut,
hak

dan

tanggungjawab

dan

bukan

pertimbangan

nilai

tentang

kecenderungan sendiri. Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru


seperti yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru
Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam
EPP,

....

dengan

menyedari

betapa

besarnya

tanggungjawab

membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,


maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan
(Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi
sebagai

seorang

pendidik,

adalah

diharapkan

bahawa

matlamat

pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar


yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta
mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka
agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun
sekolah.
Antara

lain,

kekuatan

moral

bakal

melahirkan

masyarakat

berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan,


mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan
memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan
menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa
dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati
diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.
Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan
negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan
kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang
luhur, akan diterapkan. Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan
18

ELM 3043E

Moral dan Aspirasi Negara di mana telah meletakkan satu tanggungjawab


penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan (EPP),
aspirasi

negara

disandarkan

kepada

tanggungjawab

untuk

membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role


model)

dalam

mempraktikkan

prinsip

yang

positif

di

samping

menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini,
mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan
norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam
kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej
institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk
generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

BIBLIOGRAFI
Azrina Jonit. (2007). Open University Malaysia: HBME1303 Pendidikan
Moral
Tahun 1 dan Tahun 2. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Dr.Tam Yeow Kwai. (2006). Sri Pendidikan Perguruan: Pendidikan Moral
Konsep
dan Pedagogi Pendidikan Guru: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lam Sook Heng, Hasnita Binti Hassan Basari, Sangeetajit A/P Jag Singh.
(2006).
Buku Panduan Guru Pendidikan Moral Tahun 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lam Sook Heng, Hasnita Binti Hassan Basari, Sangeetajit A/P Jag Singh.
(2006).
Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

19

ELM 3043E

20

Anda mungkin juga menyukai