Anda di halaman 1dari 2

Refleksi (Ling Chin Chuan)

Saya telah menyiapkan kerja kursus Pengukuran dan Penilaian PJK (PJM 3152)
dalam masa yang ditetapkan. Walaupun saya sibuk dengan kerja kursus yang lain, saya
tetap meluangkan masa untuk mencepatkan langkah menyiapkan tugasan ini.
Semasa saya mendapat kertas soalan untuk subjek Pengukuran dan Penilaian PJK
(PJM 3152), saya menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya perlu hasilkan.
Bahagian A memerlukan saya dan ahli kumpulan saya membuat rujukan sejarah tentang
bateri ujian (SEGAK). Saya telah salah faham tentang tugasan bahagian B. Saya telah
mengelolakan ujian SEGAK untuk murid tahun 4 sepanjang praktikum fasa 2 dan saya telah
menganalisasi data yang saya peroleh dengan menggunakan excel. Selepas penerangan
daripada pensyarah, saya memahami saya dan ahli kumpulan saya sepatutnya
mengelolakkan ujian untuk kawan sekelas kami serta memperolehi data kecergasan
mereka.
Untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah membuat keputusan untuk
mencari maklumat dari pusat sumber IPGKSM. Bahan-bahan bacaan di dalam pusat
sumber adalah bahan rujukan pertama saya. Namun, maklumat-maklumat yang ada dalam
bahan-bahan bacaan tersebut adalah terhad. Sehubungan dengan itu, saya juga melayari
internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan bertujuan menyiapkan
kerja kursus dengan baik. Saya juga mencari pensyarah supaya dapat bantuan dari beliau.
Pensyarah yang begitu baik telah menerangkan dan memberi cara penyelesaian kepada
saya. Dari bantuan beliau, saya telah dapat maklumat yang berguna.
Bukan itu sahaja, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet dan pelbagai aktiviti anjuran maktab serta tugasan yang
bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Kelajuan talian internet di asrama amat lemah, ini
menyusahkan saya mencari maklumat. Bukan itu sahaja, tugasan yang bertimpa-timpa dari
mata pelajaran lain juga menyebabkan saya susah meluangkan masa untuk menyiapkan
tugasan ini. Selanjutnya, tempoh yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini adalah tempoh
praktikum fasa 2. Saya amat sibuk dalam tempoh ini seperti menulis RPH, menyediakan
BBM, menyertai program sekolah, melukis mural di samping menyiapkan tugasan ini. Oleh
sebab itu, saya perlu menguruskan masa saya dengan seeloknya.
Sepanjang tugasan ini, saya telah mempelajari kepentingan semangat kerjasama
dalam melakukan sesuatu tugasan. Hal ini berlaku demikian kerana saya banyak

berinteraksi dan berbincangan dengan rakan sekumpulan saya dan saya menyedari setiap
orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Rakan sekumpulan saya amat pandai
bersosial dengan orang lain untuk medapat bantuan daripada senior-senior dan pensyarah
dalam menyiapkan tugasan ini malah dia merupakan seorang yang tidak berapa pandai
menguruskan masa dia. Dia sentiansa sibuk dengan kertas kursus lain menyebabkan saya
susah membuat perbincangan dengan dia. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi
oleh dia amat berguna dan membantu kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan. Oleh sebab itu, kami perlu bekerjasama antara satu sama lain, menggunakan
kekuatan sendiri untuk membantu orang lain dan juga menerima bantuan orang lain untuk
kelemahan kami.

Walaupun pada mulanya saya menghadapi kesukaran namun saya berasa seronok
dan mula timbul perasaan ingin tahu terhadap ilmu-ilmu seperti ini. Dalam proses persiapan
kerja kursus ini saya mendapati bahawa kelemahan saya dalam mencari maklumat yang
berguna dan saya mengakui bahawa itulah kelemahan saya. Namun demikian, saya juga
berasa amat gembira kerana berpeluang mengkaji dan mencari jalan penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi bersama dengan rakan-rakan. Saya dapat belajar secara lisan
melalui pertanyaan saya dengan rakan sekumpulan saya. Dengan ini, saya telah mendapat
ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan topik yang berkaitan serta lebih memahami cara
menggunakan Microsoft Office Excel. Pengetahuan dan pengalaman ini banyak membantu
saya untuk menjadi guru yang berkualiti pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai