Anda di halaman 1dari 22

Di sana dipakaikan kepada mereka pakaian kemuliaan, iaitu tauhid yang benar.

Tauhidlah kemuliaan yang sejati dan abadi. Tauhid mengajarkan hanya Allah s.w.t
Yang Maha Esa, Maha Mulia, tidak yang lain. Apabila hati sudah dipenuhi oleh
tauhid, maka ia dipenuhi oleh kemuliaan. Kemuliaan yang dipancarkan oleh
tauhid tidak akan rosak binasa. Perpisahan daripada benda-benda alam,
pendapat orang lain dan apa sahaja tidak sedikit pun menjejaskan hati yang
bertauhid. Hati yang sudah penuh dengan kemuliaan Allah s.w.t tidak lagi
menghiraukan penghinaan makhluk. Ia tidak berakhir dengan kematian kerana
Allah s.w.t tidak binasa dan kemuliaan-Nya juga tidak binasa. Ia tetap mulia di
dalam kubur, mulia ketika dibangkitkan dari kubur dan lebih mulia lagi di akhirat
yang kekal abadi..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Pandangan terhadap ketuhanan bukan setakat alam dunia, malah rohani
mencapai alam malakut dengan mata hati tetap tidak berganjak dari melihat
kepada ketuhanan. Hati melihat bahawa malaikat tidak mempunyai kuasa walau
sebesar zarah pun untuk berbuat sekehendaknya. Semuanya tunduk dan patuh
kepada Allah s.w.t. Walaupun sekalian malaikat berkumpul untuk menolong,
tetaplah melihat bahawa Penolong sebenar adalah Allah s.w.t, Tuhan sekalian
alam. Begitulah pandangan mata hati yang tidak dilindungi oleh yang zahir
untuk melihat kepada yang batin.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Hati yang suci bersih, apabila disinari oleh Nur Ilahi, berpeluang mengembara
secara kerohanian dari ubudiyah kepada Rububiyah untuk memperolehi
makrifat-Nya. Pengembaraan kerohanian bermula dari alam kebendaan (nasut),
naik ke alam lakuan (malakut) dan seterusnya ke alam sifat (Jabarut). Kemudian
melalui asma (nama-nama Allah s.w.t) dan hakikat segala sesuatu. Seterusnya
mencapai fanafillah (hilang lenyap kesedaran diri di bawah penguasaan Allah
s.w.t). Setelah melepasi daerah fana masuklah kepada daerah baqabillah
(kesedaran kekal bersama-sama Allah s.w.t). Kemudian turun kepada kesedaran
sifat (Jabarut). Di dalam daerah ini mengenali akan hakikat dirinya dan Hakikat
Insan (manusia), iaitu suasana Rububiyah yang menguasai sekalian manusia dan
juga diri. Bila turun lagi, akan kembali kepada alam insan semula, memikul
amanah sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menjalankan perintah
Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Salik yang telah menyempurnakan
pengembaraan dan mendapat amanah kekhalifahan ini dinamakan arifbillah.
Martabat ini dicapai dengan menghapuskan segala kepentingan diri sendiri ke
dalam kefanaan Allah s.w.t, sehingga mencapai makam baqa.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Hati nurani atau rohani manusia berkait dengan roh urusan Allah s.w.t.
Menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia, sehingga malaikat
diperintahkan sujud kepada manusia. Roh urusan Allah s.w.t menjadi nur yang
memberi petunjuk kepada manusia. Hati nurani yang diterangi oleh nur akan
terpimpin kepada jalan Allah. Roh urusan Allah itulah yang memungkinkan
segala urusan sampai kepada Allah s.w.t, termasuklah ibadat, amalan, doa,
rayuan dan apa sahaja yang manusia lakukan. Golongan Arifbillah menghayati
akan hakikat ini. Kesedaran terhadap roh urusan Allah s.w.t ini menjadikan benar
dalam ubudiyah (kehambaan) sebagai tujuan hidup dan pada masa yang sama

juga menunaikan hak ketuhanan. Kehambaan dinyatakan melalui syariat:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat-Ku.
Surah adz-Dzaariyaat : ayat 56
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Bila terbuka medan Latifah kalbu, hati merasakan mati tabii. Membuat fikiran
tidak aktif. Hati mendapat keasyikan dan dalam keasyikan itu pendengaran zahir
tidak memberi kesan kepada hati dan fikiran. Dia tidak mendengar apa-apa lagi
kecuali suara hatinya yang menyebut Allah, Allah, Allah! Kemudian, tanpa
dipaksa-paksa lidah menyebut Allah, Allah, Allah! Setiap kali menyebut Allah hati
merasakan seolah-olah Allah menjawab seruan itu. Ditahap ini, kesedaran diri
lenyap di dalam lakuan Allah. Pemikiran, perasaan dan keinginan tidak berfungsi
lagi. Semua perkara terhapus, yang ada hanya Nur Iman dan Tauhid. Hatinya
menghayati, ''Tiada yang berbuat sesuatu melainkan Allah"..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Tidak ada nama yang mampu menceritakan tentang Zat-Nya. Tidak ada sifat
yang mampu menggambarkan tentang Zat-Nya. Tidak ada isyarat yang mampu
memperkenalkan Zat-Nya. Itulah Allah s.w.t yang tidak ada sesuatu apa pun
menyerupai-Nya. Maha Suci Allah s.w.t dari apa yang disifatkan.
Arifbillah tidak lagi melihat kepada tauhid kerana diri telah fana dalam tauhid.
Arifbillah mencapai kefanaan mutlak setelah melalui empat peringkat kematian,
Yakni dipanggil mati tabii, mati maknawi, mati surri dan mati hisi. Mati bukanlah
kematian tubuh badan tetapi adalah pelenyapan segala sesuatu selain Allah s.w.t
secara berperingkat-peringkat dari alam kebatinan. Diistilahkan sebagai mati
kerana pengalaman hanya berlaku setelah rohani dapat melepasi kurungan
duniawi dan masuk ke alam kebatinan yang mendalam atau dikatakan terjun ke
dalam diri sendiri.
Rohani manusia bukanlah satu ruang seperti ruang-ruang yang ada di dunia.
Rohani adalah Latifah Rabbaniah, perkara ghaib yang sangat seni dan
dinisbahkan kepada Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t saja yang mengetahui
hakikatnya.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Dalam perjalanan mempertahankan iman, seseorang akan silih berganti
berhadapan dengan salah satu daripada empat keadaan: nikmat, bala, taat dan
maksiat. Keempat-empat ini adalah alat untuk menguji iman. Dalam menghadapi
ujian nikmat, mohonlah kepada Allah s.w.t agar dapat mengikat nikmat tersebut
dengan syukur.
Apabila berhadapan dengan ujian bala, merayulah kepada Allah s.w.t agar bala
itu dihindarkan.
Jika bala tidak berlalu, mintalah agar Dia menguatkan kita dengan kesabaran dan
seterusnya panjatkanlah agar Allah s.w.t mententeramkan hati kita dengan
redha. Apabila diberi kesempatan berbuat taat, ketahuilah ketaatan itu adalah
kurniaan Allah s.w.t, kerana ihsan dan rahmat-Nya kepada kita.
Bukan ketaatan terjadi kerana kebolehan dan keupayaan kita. Jangan melihat
amal sebagai hasil usaha kita tetapi hendaklah ia dilihat sebagai pemberian

Allah s.w.t yang wajib disyukuri dan seharusnya kita merendah diri kepada-Nya.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati). AKU adalah ROHULLAH yang
datangnya dari Zatullah. Menyatakan akan Ujudullah, AKU lah yang dinamakan AMAR
ROBBI iaitu urusan Tuhan..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
LAYASUL SHALAT ILLA BIN MARIFAT
Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Salam Maghrib..

SEBAIK-BAIK PERMINTAAN ADALAH APA YANG ALLAH S.W.T TUNTUT DARIPADA


KAMU.
Waktu dan ruang adalah dua keping besi tajam yang membentuk gunting,
kerjanya memotong tali yang menghubungkan hamba dengan Allah s.w.t.
Apabila tali itu putus, terlepaslah perhatian dari menyaksikan Rububiyah, maka
terjadilah syirik. Apa sahaja yang berada di dalam waktu dan ruang yang
menutup pandangan mata hati dari menyaksikan ketuhanan Allah s.w.t, adalah
menjadi bahan yang disyirikkan dengan Allah s.w.t.
Salamun qaulan Min Rabbi Rahim..

Renungan bersama:
Banyak manusia yang risau dan terkejar-kejar akan rezeki mereka , ada sesetengahnya
menjadi tamak dalam mencari seperti tiadalah percaya dan yakin akan pemberian Tuhan
kepada mereka.
Berkata golongan ini,
"takut tidak ada rezeki" ..
"rugi"..
Sebenarnya ...
Mereka lupa bahawa,
"Setiap ketetapan rezeki Yang diturunkan itu Allah itu tidak pernah tersilap dan tidak pernah
tertukar ke tangan orang lain" .
Dan itulah ujian yang paling berat buat mereka .. Allah itu memberi juga menguji..
Rasulullah saw bersabda:
Jadilah seperti burung.
"Jika kalian bertawakkal dgn sebenar-benar tawakkal, Maka Allah akan mengurniakanmu
Rezeki seperti rezeki burung. Perginya dengan perut kosong dan pulangnya dengan perut
yang penuh"..
Subhanallah Maha suci Allah yg setiap sesuatu berada didalam genggamannya.. Yang maha

memberi dan maha mengambil.. Yang maha menghidup dan maha mematikan..
Allahuakhbar..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah segala amal tidak berguna kerana orang yang beramal
menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yang melakukan sesuatu
melainkan dengan izin Allah s.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan
Kuwwata-Nya. Himpunan amal sebesar gunung tidak dapat menandingi iman yang sebesar
zarah. Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah pada segala perkara dan semua amal
itulah orang yang memperolehi nikmat yang sempurna zahir dan batin, kerana hubungannya
dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat
kepada Allah s.w.t dan berasa cukup denganNya, kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t
dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apa lagi yang patut
dibuat oleh seorang hamba melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Perkara asas dalam memahami kedudukan kita di sisi Allah s.w.t adalah dengan melihat
bagaimana keadaan hati kita terhadap Allah s.w.t.
-Jika hati kita lalai dari mengingati Allah, maka kedudukan kita adalah hamba yang lalai.
-Jika hati kita kuat bergantung kepada amal, maka kedudukan kita adalah ragu-ragu dengan
jaminan Allah.
-Jika hati kita kuat bertajrid itu tandanya kita didudukkan hampir dengan-Nya.
-Jika kita sabar menghadapi ujian & bala, itu tandanya kita didudukkan dalam golongan
pilihan.
-Jika kita redha dengan apa juga takdir Allah, itu tandanya kita didudukkan dalam kumpulan
yang diistimewakan.
-Jika kita merasakan diri kita kosong dari segala sesuatu, yang ada hanya Allah s.w.t, itu
tandanya kita berada di dalam makam makrifat.
-Jika kita berasa senang dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w itu
tandanya kita orang Islam.
-Jika gementar hati kita bila mendengar peringatan dari Allah dan mendengar ayat-ayat-Nya
dibacakan itu tandanya kita seorang Mukmin.
-Jika sifat benar sebati dengan kita dalam segala keadaan itu tandanya kita seorang muhsinin.
-Jika kita menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat, bersungguh-sungguh meninggalkan
larangan-Nya itu tandanya kita seorang muttaqin.
-Jika kita berasa akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika itu tandanya kita seorang
muqarrabin.
-Jika kita merasakan wujud diri kita lebur di dalam Wujud Mutlak itu tandanya kita seorang
ariffin.
-Jika kita gemar menangis dalam mengingati Allah s.w.t di samping melihat bala dan nikmat,
senang atau susah, sihat atau sakit, penolakan dan penerimaan dan segala perkara yang
bertentangan dan tidak lagi berbeza pada penglihatan mata hati kita, itu tandanya kita
dikuasai oleh Cinta Allah.
-Jika apa sahaja yang kita hadapi memperlihatkan Wujud Allah itu tandanya kita baqa atau
kekal bersama-sama Allah. Lihatlah di mana kita didudukkan, dan di situlah kedudukan kita

di sisi Allah s.w.t.


Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim!

Jika Allah s.w.t kasih kepada seseorang hamba maka diuji-Nya dengan bala, jika dia sabar,
akan dipilih-Nya dan jika dia redha diistimewakan-Nya.
Lihatlah kepada diri kita. Jika kita ditimpa bala, itu tandanya kita berada di dalam golongan
hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Hamba yang dikasihi adalah hamba yang sabar dan redha.
Jika tidak ada sabar dan redha itu tandanya kita terkeluar daripada kedudukan hamba yang
dikasihi, bala yang dikenakan kepada kita merupakan hukuman terhadap dosa yang telah kita
lakukan. Hamba yang sabar ketika menerima bala adalah hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t,
kerana hanya yang dipilih oleh-Nya sahajalah yang diperteguhkan dengan kesabaran,
manakala hamba yang dijauhkan dibiarkan hanyut di dalam keperitan bala. Jika hamba itu
naik pula dari sabar kepada redha, itu menunjukkan dia diistimewakan kerana hanya hamba
yang istimewa sahaja yang dikurniakan redha. Kerana redha itu mencairkan kesakitan dan
keperitan bala, lalu menukarkannya menjadi nikmat.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau


(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
( Ayat 107 : Surah al-Anbiyaa )
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Salam pagi & selamat menjalankan Tugas buat sahabat2 alam maya. Semoga senantiasa
bernaung dibawah Rahmat & Redha Allah Taala..
Ada sesetengah Golongan yang meniti dijalan Haqiqat tidak mengetahui nilai sebenar
pengetahuan yang mereka perolehi. Mereka menyangka ia sebagai ilmu biasa. Lantaran
mereka memahaminya dan mereka menyangka orang lain juga turut memahaminya. Kerana
itulah mudah bagi mereka memperkatakan ilmu ini di hadapan umum. Oleh kerana ilmu ini
tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat dan perumpamaan, satu daripada dua
kemungkinan pasti akan berlaku. Sama ada, orang melihat latar belakang orang hakikat ini
tidak mempunyai asas agama yang kuat dan bukan orang alim, atau mereka menganggapnya
pembohong dan pembawa cerita dongeng. Kedua, kemungkinan orang akan
mempercayainya, tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat, bukan kepada yang
diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak baik. Maka kerana itu dilarang
keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang
membeberkannya dengan mudah disebut sebagai orang jahil yang tidak tahu akan nilai
berlian yang ada padanya.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Terdapat perbezaan besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa
beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta
nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman

kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara
ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit
pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini
dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Apa pun istilah yang
digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami
sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut orang lain, dan juga bukan menurut
sangkaannya sendiri. Hati yang mengalami hal-hal dan pengalaman ini dinamakan
pengalaman rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau
dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal
yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada gambaran dan bahasa
ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika gambaran diiktikadkan sebagai hal
ketuhanan maka yang demikian adalah kufur!
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP


PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN
MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA
YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA. Manusia digesa
menggunakan akal fikiran untuk mengkaji tentang kejadian alam ciptaan Tuhan. Semakin
mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan
keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia
terutama dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam
perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya bila cuba menyingkap Rahsia-rahsia
ketuhanan. Bila mengakui akan kejahilan diri seseorang itu akan menyerah diri dengan
beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat
demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah
s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut. Bidang yang tidak
dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih
mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan
bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari
tempat ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu
menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia
umum menafikannya.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim.
Syarat bagi seseorang untuk layak menanggung Cinta Allah s.w.t adalah seandainya semua
harta yang ada di dalam perut bumi dikeluarkan dan diberikan kepadanya, dia menolak demi
Wajah Allah s.w.t. Hati yang sanggup berbuat demikian layak menerima Cinta Allah s.w.t.
Orang yang benar-benar mabuk dalam percintaan tidak ingat akan harta dan dunia. Golongan
pencinta Allah s.w.t adalah tetamu Allah s.w.t yang dimuliakan. Mereka dihidangkan dengan
berbagai-bagai hidangan yang tidak pernah dinikmati oleh golongan lain. Merekalah yang
merasai buah dari pokok yang ditanam oleh golongan Mukmin dan dijaga oleh golongan abid
dan zahid. Daya rasa mereka tidak lagi serupa dengan daya rasa manusia biasa. Mereka
bukan lagi dalam kesedaran manusia dan bukan juga dalam kesedaran malaikat. Mereka
bukan lagi penghuni dunia dan bukan juga penghuni langit. Mereka adalah tetamu Allah s.w.t

yang tiada apa di dalamnya kecuali Allah s.w.t.


Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Dan sesungguhnya iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka
menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya dengan
hasutannya). Dan sememangnya tiadalah bagi iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan
mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah
yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. ( Surah Saba
Ayat 20 & 21 : )
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Ujian menjadi batu pengasah untuk menggilap iman. Ada orang diuji dengan rezeki,
ditaburkan rezeki kepadanya atau disempitkan. Keluasan rezeki membentuk kesyukuran dan
kesempitan membentuk kesabaran. Jiwa yang dicanai oleh kesyukuran dan kesabaran akan
menimbulkan rasa penyerahan dan pergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. Keluasan
rezeki membuatnya mengenali Allah s.w.t Yang Maha Baik, Maha Pemurah. Kesempitan
rezeki membuatnya mengenali Allah s.w.t Yang Maha Keras, Maha Perkasa. Pada keduaduanya dapat mengenali Allah s.w.t yang menghalau takdir demi takdir dengan penuh hikmat
kebijaksanaan.
Seperti Firman Allah Ayat 37
Surah ar-Ruum :
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat dengan hati
mereka (bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya) sebagai
cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya, dan Ia juga yang menyempitkannya
sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak? Sesungguhnya hal yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang beriman.

Tipu daya yang halus sering mengganggu perjalanan dalam menuju maarifatullah yakni
keinginan untuk mengetahui makam yang telah dicapai. Suka mengintai-intai akan makam
dirinya. Bertanya pada dirinya sendiri apakah hatinya sudah suci bersih, apakah dia sudah
mencapai martabat wali Allah, apakah dia sudah menjadi Insan Kamil, apakah diri sudah
mencapai makam bersatu dengan Allah s.w.t, apakah sudah ada kekeramatan pada dirinya
dan lain-lain darjat kerohanian. Perkara yang seperti ini boleh mengganggu perjalanan
kerohanian kerana ia menjuruskan perhatian kepada diri sendiri dan menambahkan ketebalan
hijab diri dan semakin menutup mata hati dari melihat Allah s.w.t. Selagi masih
menghidupkan diri dalam kesedaran begini, selagi itulah dia tidak dapat masuk ke Hadrat
Allah s.w.t..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Renungan Sebelum melelapkan mata:


Orang yang bersandar kepada usaha dan amalnya tidak dapat maju dalam kerohanian. Jika
mahu maju dalam perjalanan, hendaklah mengubah haluan pandangan. Tidak boleh lagi
memandang amalan kepada Allah s.w.t, sebaliknya hendaklah memandang dari Allah s.w.t
kepada amal. Tidak seharusnya melihat amal sebagai kenderaan yang membawa menuju
Allah s.w.t, sebaliknya melihat amal itu adalah tarikan dari Allah s.w.t agar dapat menuju
kepada-Nya. Tidak seharusnya berasa gembira melihat amal membawanya hampir dengan
Allah s.w.t, kerana penglihatan begini mengandungi tipu daya. Hendaklah melihat Allah s.w.t
sahaja yang bertindak membawanya hampir kepada-Nya. Amal yang lahir adalah kurniaan
Allah s.w.t sebagai tanda bahawa ia dipersiapkan untuk bertemu dengan Tuhannya. Inilah
seharusnya membuat diri bergembira. Allah s.w.t memberi peringatan tentang perkara ini
dalam firmanNya:
Dan jika tidak kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah
kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh
imannya dan luas ilmunya di antara kamu). ( Ayat 83 : Surah an-Nisaa ) .
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dikenali. Jika Dia mahu
memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan
dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan NurNya. Tidak mungkin
mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari NurNya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi
hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula
berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa
kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada
hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah
s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat
kepada sekalian yang maujud. Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka
bidang-bidang hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat. Nur Ilahi
berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku-buku atau
dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan
dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai
pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t
kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah
kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Nilai sesuatu amal terletak pada ikhlas yang mengiringi amal tersebut dan ikhlas
melepaskannya. seseorang itu ikhlas ketika berbuat kebaikan tetapi keikhlasan itu terusik
kemudiannya. Kebanyakan manusia enggan melepaskan perbuatan baik yang telah mereka
lakukan. Mereka suka mengingati dan menyebut kebaikan tersebut. Perbuatan ini boleh
membawa seseorang jatuh ke dalam samaah, yakni menceritakan kebaikan supaya dirinya
diperakui dan disanjung sebagai seorang yang baik. Samaah menjadi minyak yang
memudahkan riak menyala. Dan Apabila riak menyala segala kebaikan yang telah

dilakukannya akan terbakar. Apa yang tinggal dalam simpanan akhiratnya hanyalah debudebu yang tidak berharga. Orang begini diibarat seperti memikul peti besi yang besar berisi
debu untuk dibukakan di hadapan Tuhan. Mereka gembira di dunia tetapi kehampaan di
akhirat.
Salamun Qaulan Min Rabbi rahim..
TIDAK ADA AMAL YANG DIHARAPKAN DITERIMA ALLAH S.W.T SELAIN AMAL
YANG KAMU TIDAK MELIHAT KEPADANYA DAN MEMANDANGNYA KECIL ATAU
REMEH.
Merenung kepada amal yang dianggap remeh Misalnya, seekor lalat terjatuh ke dalam
minuman, lalu kita mengeluarkannya dan membiarkan ia terbang pergi. Kejadian dialami
dalam beberapa saat, bersahaja, tidak menyentuh jiwa dan kemudian dilupakan selamalamanya. Amal yang seperti itulah yang perlu direnung kerana begitulah bentuk amal yang
diterima oleh Allah s.w.t. Amal yang keluar dari kemanusiaan yang asli dan murni. Keaslian
dan kemurnian itulah yang hendak dihidupkan dalam setiap amalan, walau bagaimana besar
sekalipun amalan itu.
Allah s.w.t yang mengizinkan dan menggerakkannya.Siapakah kamu, di manakah kamu,
apakah kekuasaan kamu, apakah tindakan kamu dalam peristiwa-peristiwa tersebut?
Sekiranya seseorang itu tidak ada keegoan atau ketaksuban terhadap dirinya sendiri dan
hatinya tawadhu' kepada Allah s.w.t, maka dia akan melihat bahawa Allah s.w.t lah yang
menyelamatkan.
Ambillah iktibar dari amal yang kecil dan dipandang remeh dalam membentuk amal yang
besar, supaya kamu tidak melihat kepada amal ketika beramal.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Tidak ada satu perbuatanpun kecuali yang bergantung kepada Kudrat Allah s.w.t.
Pada sisi Allah s.w.t tidak ada yang jahat, semuanya baik belaka. Jahat hanya wujud apabila
nafsu manusia mengadakan kehendak dan perbuatan dirinya sendiri, lupa dia bersandar
kepada Allah s.w.t. Junaid alBaghdadi berkata: Barangsiapa tidak mencapai fana dirinya dan
baqa dengan Allah s.w.t, maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.
Salam Lebaran..
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani. Hati mempunyai nilai mulia yang
tidak dimiliki oleh aqal. Anggota tubuh dan aqal fikiran menghala pada alam kebendaan,
sementara hati rohani menghala kepada Pencipta alam kebendaan. Hati menghubungkan
manusia dengan pencipta. yang membezakan manusia daripada daerah haiwan dan
mengangkat darjat menjadi makhluk yang mulia. Hati yang cergas, sihat, berhubung erat
dengan Tuhannya. Hati menyuluh aqal agar aqal dapat berfikir tentang Tuhan dan kejadian
Tuhan. Hati juga menyuluh kepada anggota tubuh agar tunduk kepada perintah Tuhan dan
menjauhi laranganNya. Hati yang dapat menakluk akal fikiran dan anggota tubuh badan
berbuat taat kepada Allah s.w.t adalah hati yang sihat. Hati yang sihat melahirkan takwa,
yakni pengabdian kepada Allah s.w.t.
Takwalah yang membezakan kedudukan seseorang hamba disisi Tuhan. Semakin tinggi darjat
ketakwaan, semakin hampir hamba dengan Tuhannya. Semakin rendah darjat takwa, semakin

hampir seseorang dengan daerah kehaiwanan. Jika tiada takwa maka jadilah manusia haiwan
yang pandai berfikir dan berkata-kata.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..
Jangan meninggalkan zikir walaupun tidak hadir hati ketika berzikir. Begitu juga dengan
ibadah dan amal kebaikan. Janganlah meninggalkan ibadah dek kerana hati tidak khusyuk
ketika beribadah. Dan jangan meninggalkan amal kebaikan apabila hati belum ikhlas dalam
melakukannya. Kerana Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna. Sedangkan
Zikir, ibadah dan amal kebaikan adalah cara untuk membentuk hati agar menjadi sempurna.
Hati yang belum mencapai tahap kesempurnaan dikatakan hati yang berpenyakit. Jika
dibiarkan dari mengubatinya pasti akan mati. Ubati dan penuhilah hatimu dengan
Zikirullah..Nescaya Ianya akan menjadi Hidup.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim.

MAQAM AL BUHUTMaqam Yang dinamakan


(kehairan-hairanan), melihat Allah s.w.t dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali
pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan
tertinggi kecintaan terhadap zat Ilahiat. Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar,
menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yang berzikir,
hanyalah memandang, bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal
yang dikatakan faham dengan tiada huraian pemahamannya , dan mencapai dengan tiada
sesuatu pencapaiannya. Insan di maqam ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon
perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. Baginya setiap sesuatu adalah
ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah golongan yang telah benar-benar berjaya
menghimpun semua maqam dan martabat. Dirinya sudah melihat takdir-takdir dan melihat
bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t
mengulangi takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendakiNya, kerana
sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang
mengulanginya. Penglihatannya tiada berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan
dan di belakang. Apa yang dilihatnya, dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya..
Salamun Qaulan min Rabbi Rahim.

JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR JIKA ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA


ALLAH S.W.T, KERANA KELALAIAN
TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA TIDAK BERZIKIR LEBIH BAHAYA DARIPADA
KELALAIAN TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA KAMU BERZIKIR. SEMOGA
ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJATMU DARIPADA ZIKIR DENGAN KELALAIAN
KEPADA ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T, DAN MUDAHMUDAHAN ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKATMU DARIPADA ZIKIR YANG
BESERTA KEHADIRAN ALLAH S.W.T DI DALAM HATI-MU KEPADA ZIKIR DI
MANA LENYAPNYA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T. HAL YANG

DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI ALLAH S.W.T..


Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim

Roh adalah amr (urusan atau perintah) Allah s.w.t, tidak termasuk dalam golongan yang
diperintah. Malaikat, jin dan lain-lain adalah termasuk dalam golongan yang diperintah. Roh
manusia adalah Rahsia Allah s.w.t. Pada tahap amr (urusan) Tuhan ia dipanggil Sir (Rahsia
Allah),
Pada tahap berkait dengan jasad ia dinamakan kalbu atau hati. Semua yang baik adalah
berkait dengan roh dan semua yang jahat berkait dengan jasad adam.
Jika alam maya diterangi oleh cahaya athar, hati dan rahsia hati pula, diterangi oleh nur sifat
Allah. Kualiti hati dan rahsia hati adalah mengenal. Nur sifat itulah yang menerangi hati
untuk menyaksikan kepada Tuhannya. Hati orang arifbillah yang diterangi oleh nur sifat
Allah tidak lagi dikelirukan oleh cahaya athar dan
benda-benda yang dipamerkan. Mata hati menyaksikan Rububiyah pada segala perkara.
Zahirnya sibuk dengan makhluk, hatinya menyaksikan Rububiyah dan Sirnya (rahsia) tidak

berpisah daripada Allah s.w.t walau sedetik pun.


Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Dalam perjalanan menuju makam takdir dan perlakuan Allah, haruslah membuang
keseronokan, kehendak dan kepentingan diri sendiri. Tidak ada maksud dan tujuan kecuali
Allah s.w.t. Diri sendiri sudah tidak kelihatan pada mata hati. Apabila diri sudah sampai ke
makam takdir dan lakuan Allah, maka Allah s.w.t mengembalikan dirinya dan keinginannya.
Diri akan kembali kepada kesedaran kemanusiaan yang mempunyai hajat keperluan kepada
Allah. Allah memerintahkan supaya meminta apa-apa yang telah diperuntukkan padanya.
Permintaannya pasti dimakbulkan Allah sebagai ganjaran bagi kesusahan yang telah
ditempuhi, juga sebagai menyatakan kedudukannya di sisi Allah s.w.t dan keredhaan Allah
s.w.t terhadap dirinya . Orang yang sempurna perjalanan kerohaniannya kemudian kembali
semula kepada makam insan adalah hamba yang layak bergelar KHALIFAH.
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya
manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsia nya
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi
Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat
(4) bahagian:
1. Mengenal secara Taqlid Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai
pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

2. Mengenal secara Ilmu Yakin - Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan
mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah
ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
3. Mengenal secara Ainul Yakin - Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir
pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi
belum dimakan (dirasa)
4. Mengenal secara Haqqul Yakin - Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan
hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa
kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini
hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada
setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman Ainul Yakin.
Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat
atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana
sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam
kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku
masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah
perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh
kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.NauzubiLahi min dzalik.
Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.
Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak
melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu. (Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

017 8227 226

JIKALAU NABI DAN RASUL RASUL ALLAH MENERIMA WAHYU DARI


TUHAN,MAKA ILMU GHOIB DI AJAR KEPADA ORANG2 TERTENTU MELALUI
JALAN LADUNI DGN 5 CARA:

1 DENGAN CARA NUR


2 TAJALI
3 SIR
4 SIRUSIR
5 TAWASSUL
1 CARA NUR
CARA INI BIASANYA DAPAT DI TERIMA OLEH SESEORANG YANG SEDANG
MENJALANI TARIKAT TASAUF..BIASANYA IANYA DI HANTAR MELALUI SEBUAH
MIMPI YANG DI ALAMI SESEORG YANG MENGAMALKAN TARIKAT
TASAUF..MIMPI INI DI HANTAR SECARA KIASAN ATAU PUN SECARA TERANG2.
BILA SESEORANG MURID DI DALAM TIDOR NYA BERMIMPI MAKA ADALAH
MENJADI KEWAJIPAN NYA MERUJUK KAN HAL MIMPI NYA KEPADA GURU NYA
UNTUK MENDAPATKAN PENTAFSIRAN.
DAN BAGI SESEORANG GURU YANG MURSYID DAN BERPENGALAMAN SUDAH
TENTU DAPAT MENERANGKAN MAKSUD NYA,MAKNA DAN HUJUNG JATUH
SEBUAH MIMPI YANG DI TERIMA OLEH ANAK MURID NYA.
DI DALAM SEBUAH MIMPI TERSEBUT,ORANG2 TASAUF TELAH DIBERI KIASAN
DGN SATU PERISTIWA YANG BERLAKU DI DALAM MIMPINYA ATAUPUN GURU
GHOIB YANG TERDIRI DARI RASUL2 NABI DAN WALI2 ALLAH DATANG
MENGAJAR SESUATU KEPADA NYA DI DALAM MIMPI TERSEBUT.
MAKA DGN JALAN MENDAPAT KAN MIMPI TERSEBUT ORANG2 YANG
MENJALANI TASAUF DAPAT MENERIMA ILMU GHOIB.
2 CARA TAJALI
TAJALI BOLIH DI TARIFKAN SEBAGAI PENJELMAAN BUAH FIKIRAN DARIPADA
PERASAAN "ZAUK" SEMASA MEREKA MENJALANI LATIHAN TARIKAT
TASAUF,DENGAN MENGALAMI "ZAUK" TERHADAP ALLAH AZZAWAJALLA
TERSEBUT MAKA TERLATAH LAH DRI MULUT ATAU TERBIT DARIPADA
AKALNYA SESUATU PENGETAHUAN BARU YANG TIDAK PERNAH DI DGR DAN
DI PERKATAKAN OLEH MEREKA SENDIRI SEBELUMNYA.
MISALNYA TERBACA LAH DIA SEPOTONG DOA,SDGKN SELAMA INI ORANG
TERSEBUT TIDAK PERNAH PUN MEMBACA DOA SEDEMIKIAN.
BIASANYA SESEORANG YANG SEDANG MENGALAMI TAJALI,SERING TIMBUL
DI KEPALA NYA BYK PERSOALAN DAN DI KEMUKAKAN SOALAN2 TERSEBUT
KEPADA DIRI NYA SDRI,KEMUDIAN DI DAPATI NYA SATU2 JAWAPAN YANG
TEPAT DAN MEMUASKAN HATI NYA,WALAUPUN SOALAN DAN JAWAPAN YANG
DI PEROLEHI NYA ITU TIDAK PERNAH DI ALAMINYA SEBLM INI..MALAHAN
BILA DI LIHAT NYA SESUATU,MAKA SECARA TIDAK DI SENGAJA KAN NYA
TIMBUL DI HATINYA SESUATU ILHAM DAN MINAT UNTUK
MENGKAJINYA..MAKA DISINILAH TERBITNYA SOALAN,KAJIAN DAN JAWAPAN
DRI AKALNYA SDRI.
DI DALAM MENGHADAPI TAJALI INI SESEORANG ITU HENDAKLAH MERUJUK
HAL ITU KEPADA GURUNYA BAGI MENDAPAT PENERANGAN YANG LBH JELAS
DGN RASA TAJALI INI SESEORANG ITU AKAN MEMPEROLEHI ILMU GHOIB.

3 CARA SIR
ADAPUN SIR ITU ADALAH SATU JLN PENYAMPAIAN ILMU GHOIB SECARA
RAHSIA.IANYA HANYA DAPAT DI RASAI DAN DI DGR OLEH SESEORANG ITU
SCRA MUTLAK.
BIASANYA SESEORANG YANG SEDANG MENJALANI ALAM TASAUF DAPAT
MENERIMA SIR INI DARI MASA KE SEMASA.LAZIMNYA MELALUI
PENDENGARAN "TELINGA BATIN".
DIMANA SESEORANG ITU AKAN MENDENGAR SATU SUARA YANG DTG
KEPADA NYA.SUARA TERSEBUT AKAN MEMBERITAHU ILMU GHOIB DGN
TERANG DAN JELAS.BISIKAN TERSEBUT AKAN DI RASAI BERSERTA DGN SATU
KELAZATAN NYA TERSENDIRI.
CARA SIR INI BIASANYA JUGA DI NMA KAN RADIO ATAU TELEFON.SUARA2
TERSEBUT ADALAH DARIPADA SUARA WALI2 ALLAH YG AGUNG..YG
MENGAJAR SESEORANG ITU TENTANG ILMU GHOIB.
BILA SHJA DI TERIMA,MURID HENDAKLAH MEMBENTANGKAN HAL INI
KEPADA GURUNYA BGI TUJUAN PENERANGAN YANG LBH JELAS TERHADAP
APA YANG DI PEROLEHI DARI GURU GHOIB TADI.
4 CARA SIRUSIR
CARA SIRUSIR ADALAH MERUPAKAN SATU JLN PENYAMPAIAN ILMU GHOIB
DGN CARA RAHSIA DI DALAM RAHSIA.
MURID DAPAT MELIHAT DENGAN "MATA BASHIR" DAN DAPAT MENDEGAR DGN
"TELINGA BATIN" TTG SATU2 PERISTIWA YG BERLAKU ATAU TELAH
BERLAKU,ATAU PENGAJARAN ILMU GHOIB MEREKA,DAN MENIKMATI SATU
KELAZATAN TERSENDIRI.IANYA BOLIH DI IBARAT KAN SEPERTI TV ATAU TV
FHONE.
HENDAKLAH MURID MERUJUK KAN HAL INI KEPADA GURUNYA SUPAYA SATU
PENERANGAN DAPAT DIBERIKAN.
5 CARA TAWASSUL
CARA TAWASSUL ADALAH DGN CARA PENJELMAAN OLIH GURU ATAU WALI2
ALLAH YANG GHOIB KEPADA MURID YANG MENJALANI TASAUF,MEREKA
BERTEMU DLM KEADAAN HIDUP2,BUKAN DLM MIMPI TIDUR ATAU SBGAI NYA.
MEREKA DATANG MEMPERKENALKAN DIRI DAN TUJUAN DAN AKAN
MENGAJAR ILMU GHOIB SECARA LANGSUNG,JELAS DAN TERANG,MURID
DAPAT MEMAHAMI NYA TANPA RAGU2 DAN BOLIH BERINTERAKSI DGN GURU
GHOIB INI.
KADANG2 PENJELMAAN INI BOLIH DI LIHAT OLEH ORANG RAMAI YANG
BERDEKATAN.
KEDATANGAN MEREKA ADALAH MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN KEPADA
AHLI TASAUF ATAU SAUFI DAN DGN ITU TERBENTUK LAH SATU
PERHUBUNGAN DI ANTARA KEDUA DUA PIHAK.DIMANA SESEORANG ITU
AKAN MENDENGAR SATU SUARA YANG DTG KEPADA NYA.SUARA TERSEBUT
AKAN MEBERITAHU SESUATU YANG MENGAJAR ILMU GHOIB DGN TERANG
DAN JELAS.BISIKAN TERSEBUT AKAN DI RASAI BERSERTA DGN SATU
KELAZATAN NYA TERSENDIRI..
BILA SHJA "SIR" DI TERIMA MURID HENDAKLAH MEMBENTANGKAN HAL INI

KEPADA GURUNYA BAGI TUJUAN PENERANGAN YANG LBH JELAS TERHADAP


APA YANG DI PEROLEHI DARI GURU GHOIB TADI..
WALLAHU ALAM..

7 SUNNAH HEBAT DALAM KEHIDUPAN SEHARI HARI..ADA KALA KITA


MUNGKIN TELAH MELAMPAUI BATAS,IMAGINASI KOTOR,PERCAKAPAN DAN
PERBUATAN YANG TIDAK BETUL MENJADI KAN KITA SELALU NYA SEMAKIN
JAUH DGN ALLAH SWT..TETAPI ITULAH KITA MANUSIA,TAK LARI DARI
KESILAPAN DAN MUJURLAH ALLAH SELALU MEMBUKA PINTU TAUBAT
KEPADA KITA,AGAR DAPAT KITA MENERUS KAN PERJALANAN MENUJU
AKHIRAT DGN LBH BERKAT..HENDAK NYA KITA SEKURANG KURANGNYA
SELALU MENJAGA TUJUH SUNNAH NABI SETIAP HARI.
KETUJUH SUNNAH NABI SWT ITU ADA LAH:
PERTAMA:
TAHAJJUD,KERANA KEMULIAAN SEORG MUKMIN TERLETAK PADA
TAHAJJUDNYA..PASTINYA DOA MUDAH TERMAKBUL DAN MENJADIKAN KITA
SEMAKIN HAMPIR DGN ALLAH..
KEDUA:
MEMBACA AL QUR'AN SEBELUM TERBIT MATAHARI..ALANGKAH BAIKNYA
SEBELUM MATA MELIHAT DUNIA,SEBAIKNYA MATA MEMBACA AL QUR'AN
TERLEBIH DAHULU DGN PENUH PEMAHAMAN..PALING TDK JIKA SESIBUK
MANAPUN KITA,BACALAH AYAT 3 QUL ATAU AYAT QURSI..
KETIGA:
JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMA DI WAK TU SUBUH,SEBELUM
MELANGKAH KEMANA PUN LANGKAH KAN KAKI KE MASJID,KERANA MASJID
MERUPAKAN PUSAT KEBERKAHAN,BUKAN KERANA PANGGILAN MUADZIN
TETAPI PANGGILAN ALLAH YANG MENCARI ORANG BERIMAN UNTUK
MEMAKMURKAN MASJID ALLAH..
KEEMPAT:
JAGA SOLAT DHUHA,KERANA KUNCI REZEKI TERLETAK PADA SOLAT
DHUHA,YAKIN LAH KESAN SOLAT DHUHA SGT DASYAT DLM MENDATANGKAN
REZKI..
KELIMA:
JAGA SEDEKAH SETIAP HARI,ALLAH MENYUKAI ORANG YANG SUKA
BERSEDEKAH,DAN MALAIKAT ALLAH SELALU MENDOAKAN KEPADA ORANG
YANG BERSEDEKAH SETIAP HARI,PERCAYALAH SEDEKAH YANG DIBERIKAN
AKAN DI BALAS OLIH ALLAH BERLIPAT KALI GANDA..
KEENAM:
JAGA WUDHU TERUS MENERUS KERANA ALLAH MENYAYANGI HAMBA YANG
BERWUDHU,KATA KHALIFAH ALI BIN ABU THALIB"ORANG YANG SELALU
BERWUDHU SENTIASA IA AKAN MERASA SELALU SOLAT,DAN DI JAGA OLIH
MALAIKAT DGN DUA DOA,AMPUNI DOSA DAN SAYANGI DIA YA ALLAH"..
KETUJUH:
AMALKAN ISTIGFAR SETIAP SAAT DGN ISTIGFAR MASALAH YANG TERJADI
KERANA DOSA,KITA AKAN DI JAUHKAN OLIH ALLAH..
ZIKIR ADALAH BUKTI SYUKUR KITA PADA ALLAH..BILA KITA KURANG
BERSYUKUR,MAKA KITA KURANG BERZIKIR PULA,OLIH KERANA ITU SETIAP
WAKTU HARUS SELALU ADE PENGHAYATAN DALAM MELAKSANAKAN
IBADAH RITUAL DAN IBADAH AJARAN ISLAM LAINNYA..ZIKIR JUGA

MERUPAKAN MAKANAN ROHANI YANG PALING BERGIZI,DAN DGN ZIKIR


BERBAGAI KEJAHATAN DAPAT DI TANGKAL SEHINGGA JAUHLAH UMAT
MANUSIA DIRI SIFAT2 YANG BERPANGKAL PADA MATERIALISME DAN
HEDONISME..
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Bargain (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj
yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9
bln.
3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
6. Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara
berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg
terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian
bermula dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya
mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di
dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut

bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke
atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan
mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @
neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj
15. Sakitnya perempuan yg bersalin itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah
anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.
( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn
penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya
ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp
kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh
kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul
u..kami lari tak nak solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan Kau
ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2
syurga.."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh
nanti..
19. Nabi kata aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg
selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli
syurga yg kekal.

Hakikat Alif ialah noktah, noktah itu dakwat. Dakwat itu cecair, cecair itu debu atom, Debu
itu unsur, dan hakikat unsur, adalah Cahaya. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah
Maul Hayat.."Air Kehidupan". jika mlihat dakwat, huruf akan hilang...
Dan jika mellihat huruf, dakwat akan hilang.
Zat Nyata dngan dua kesempurnaannya..
Zat terlihat dengan Jamal dan Jalalnya ..
Jika tidak menampakkan diriNya pada kita, di mana lagi ia akan menampakkan diriNya ..
Berkata si arif Billah,
"Jika berkehendak akan bayanganNya, lihatlah pada rupa insan. Lihatlh disitu ZatNya dengan
terang dalam senyumannya".
Salamun Qaulan Min Rabbi Rahim..

(PUJI AL QUR'AN PADA DIRI)


1. Bismillah Artinya mesrakan mulai dari penglihatan
2. Ar-rahman Artinya mesrakan kependengaran
3. Ar-rahim Artinya mesrakan kepenciuman
4. Alhamdulillahi rabbil alamin Artinya mesrakan kepengrasa
5. Arrahmanirrahim Artinya mesrakan lagi dari otak
6. Malikiyaumiddin Artinya mesrakan turun ke sum-sum
7. Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in Artinya mesrakan ketulang-tulang 360
8. Ihdinas shiratal mustaqim Artinya mesrakan ke urat-urat 360
9. Shiratal laziinaa an amta alaihim Artinya mesrakan kedaging
10. Ghairil magdubi alaihim Artinya mesrakan ke seluruh kulit
11. Waladdoliin Artinya mesrakan sampai ke bulu-bulu
12. Amiin Artinya mesrakan keseluruh tubuh hingga sempurna diri kita dzahir dan bathin,
membaca Al fatihah sambil DA'IM adalah puji Al Qur'an dalam diri

Benih yg masok dlm rahim siti maryam binti imran tu dari nur al quddus cara langsung..dlm
nur al quddus tecipta roh isa a.s..roh nabi isa tu roh yg tejadi dlm alquddus,masok dlm rahim
maryam utk bentok jasad isa cara tertib kerana dia rasul yg bwak ajaran tauhid dn
syariat...betentang dgn nabi adam yg takmasok dlm rahim,sbb dia semate2 hakikat tanpa
syariat@togel