Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

PISMP AMBILAN JANUARI 2013

SELASA (2 SEPTEMBER 2014)


Pada pukul 1030 hingga 1130, setiap Unit Beruniform IPG Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Enstek bersiap sedia menyediakan peralatan perkhemahan dan keperluan
perkhemahan.
Pada pukul 1130 hingga 1430, Unit Beruniform IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar
Enstek bergerak menuju ke Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Menengah
Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Setelah sampai, taklimat ringkas
mengenai kawasan/tapak perkhemahan diberikan oleh Puan Siti Rapiah binti Abd
Rahman dan Cik Rohaiza binti Mohamed.

Pada pukul 1430 hingga 1530, persiapan tapak/mendirikan khemah/gajet dijalankan


pada setiap Unit Beruniform IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek. Unit
Beruniform Pengakap telah mendirikan khemah setelah tapak perkhemahan diberikan.
Terdapat tiga sekawan Pengakap iaitu Biru, Merah dan Hijau.

Pada pukul 1530 hingga 1600, pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan turut serta mengikuti aktiviti perkhemahan. Seramai 10
orang pelajar yang menyertai unit beruniform Pengakap. Mereka dibahagi kepada 3
orang setiap sekawan Pengakap.

Pada pukul 1600 hingga 1730, program Kursus Pengenalan Pemimpin Pengakap yang
disampaikan oleh Encik Ab Rahim bin Md Yasin dan Encik Rohaizad bin Agil melalui
slaid pembentangan. Aktiviti ceramah yang dijalankan adalah mengenai Tujuan dan
Dasar Kepengakapan, Pengurusan Kewangan, dan Dasar Keagamaan.

Pada pukul 1730 hingga 2030, aktviti pengurusan diri dilakukan oleh ahli masingmasing. Sebagai contoh, solat, memasak, makan, membuat gajet, persiapan diri untuk
aktiviti seterusnya dan sebagainya.

Pada pukul 2030 hingga 2230, program ceramah dijalankan seperti biasa. Aktiviti yang
dijalankan adalah bertajuk Skema Latihan Kepimpinan Pengakap dan Anugerah
Manikayu Latihan Pemimpin Unit.

RABU (3 SEPTEMBER 2014) HINGGA KHAMIS (4 SEPTEMBER 2014)


Pada pukul 0530 hingga 0800, aktiviti Solat Subuh, Tatacara Perjumpaan, Senaman
Pagi dan Sarapan Pagi dilakukan.
Pada pukul 0800 hingga 0900, aktiviti Pemeriksaan Pagi dilakukan bagi memeriksa
keadaan tapak perkhemahan sentiasa kemas, bersih, kekemasan gejet serta
persediaan ahli dalam sekawan Pengakap. Aktiviti ini wajib dilakukan setiap kali roll-call
pada waktu pagi. Markah akan diberikan bagi kawasan tapak perkhemahan yang
bersih, kemas, gajet dan persediaan ahli sekawan.

Pada pukul 0900 hingga 1000, Istiadat Laung Agung dan Istiadat Bendera wajib
dilaksanakan bagi Unit Beruniform Pengakap. Lagu Patriotik, Lagu Pengakap, dan
Persetiaan Pengakap dilakukan. Kesemua sekawan Pengakap akan berkumpul di
lapangan dan bersiap sedia. Pengumuman aktiviti Pemeriksaan Pagi diberitahu.

RABU (3 SEPTEMBER 2014) HINGGA KHAMIS (4 SEPTEMBER)


a) CERAMAH
Pada pukul 1000 hingga 1200, 1400 hingga 1700 dan 2100 hingga 2300, ceramah
disampaikan oleh Encik Ab Rahim bin Md Yasin, Encik Rohaizad bin Agil dan Puan
Nurulshahidah binti Hamdan. Antara tajuk cermah adalah:

Kursus Manikayu Peringkat 1


Istiadat Menerima Adik Baru
Mengenali Pengakap Kanak-Kanak
Tanggungjawab Seorang Pemimpin Pengakap
Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak (Sistem Sekawan)
Perjumpaan PEK
Nyanyian Lagu Pengakap
Cara-Cara Menganyam Wogel
Struktur Organisasi Pengakap Malaysia
Sistem Berpangkalan

b) AKTIVITI
Pada pukul 1200 hingga 1400 dan 1730 hingga 2030, aktviti pengurusan diri dilakukan
oleh ahli masing-masing. Sebagai contoh, solat, memasak, makan, membuat gajet,
persiapan diri untuk aktiviti seterusnya dan sebagainya.

KHAMIS (4 SEPTEMBER 2014)


AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN DAN CAMPFIRE
Pada pukul 0900 hingga 0000, aktiviti Malam Kebudayaan dijalankan. Setiap sekawan
Pengakap akan membuat persembahan masing-masing mengikut kreativiti yang telah
dibuat oleh setiap sekawan Pengakap. Encik Rohaizad dan Puan Nurulshahidah turut
menyampaikan persembahan secara selingan. Penyampaian hadiah diberikan kepada
Johan, Naib Johan dan tempat ketiga bagi setiap persembahan yang dilakukan oleh
sekawan Pengakap.

Aktiviti seterusnya adalah Campfire dimana Unit Beruniform Pengakap akan berkumpul
bersama-sama pada unggun api yang dinyalakan pada malam tersebut sambil
menikmati kudapan.

JUMAAT (5 SEPTEMBER 2014)


Pada pukul 0800 hingga 0900, aktiviti Pemeriksaan Pagi dilakukan bagi memeriksa
keadaan tapak perkhemahan sentiasa kemas, bersih, kekemasan gejet serta
persediaan ahli dalam sekawan Pengakap. Aktiviti ini wajib dilakukan setiap kali roll-call
pada waktu pagi. Markah akan diberikan bagi kawasan tapak perkhemahan yang
bersih, kemas, gajet dan persediaan ahli sekawan.

Pada pukul 0900 hingga 1000, Istiadat Menurunkan Bendera dilaksanakan pada hari
terakhir perkhemahan. Lagu Patriotik, Lagu Pengakap, dan Persetiaan Pengakap
dilakukan. Kesemua sekawan Pengakap akan berkumpul di lapangan dan bersiap
sedia. Pengumuman aktiviti Pemeriksaan Pagi diberitahu.

Pada pukul 1000 hingga 1200, majlis penutupan Kursus Manikayu Peringkat 1
dirasmikan oleh Encik Rohaizad dan Puan Nurulshahidah beserta dengan perasmian
penggunaan wogel yang telah dianyam oleh ahli Pengakap.

Disediakan oleh,
Awang Mohammad Shahfiq bin Awang Seman

AJK Dokumentasi
UB Pengakap IPGK Teknik KLM 12