Anda di halaman 1dari 4

Howard Gardner telah mengemukakan 5 jenis pemikiran atau kemampuan minda yang harus

dikuasai dan dikembangkan oleh seseorang individu. Berikut adalah 5 jenis pemikiran tersebut:
Pemikiran
Disiplin
Pemikiran
Sintesis

Pemikiran
Mencipta

Pemikiran
Etika /
Tatasusila

Pemikiran
Hormat

Aktiviti 1: Pemikiran Disiplin (Disciplined Mind)


PEMIKIRAN DISIPLIN Kerangka Dasar atau Kerangka Utama
Kecerdasan/Pemikiran
Seseorang harus menguasai sekurang-kurangnya satu disiplin ilmu atau
kerangka berfikir bagi menyelesaikan masalah dalam segala hal. Minda
Disiplin juga bererti seseorang harus selalu melatih cara berfikir tersebut
untuk meningkatkan prestasinya. Cara berfikir itu sendiri tidak dapat
diperoleh dalam waktu singkat. Namun seiring dengan peningkatan dan
penambahan bidang kepakaran seseorang maka penyelesaian masalah pun
dapat lebih terarah dan lebih mudah jika menerapkan Minda Disiplin
tersebut kerana dilandasi oleh kerangka berfikir yang tepat dan kepakaran
yang mampan.
o Contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer :
Kenal pasti topik-topik/konsep yang penting dalam sesuatu subjek iaitu
kandungan atau kemahiran yang penting dalam pembelajaran komputer
(contoh: kemahiran asas pengaturcaraan)
Peruntukkan sejumlah masa untuk belajar topik berkenaan & belajar secara
mendalam.
Guru menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengajar subjek
pengaturcaraan supaya pelajar boleh belajar dengan pelbagai kaedah yang
dirasakan lebih mudah untuk difahami.
Membentuk satu kaedah penilaian. Ini akan memberi bukti dan kefahaman
yang mendalam & beri peluang untuk penilaian formatif. Ia juga memberi
pelajar peluang untuk mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam
konteks yang lain.
Aktiviti 2: Pemikiran Sintesis (Synthesizing Mind)
PEMIKIRAN SISTESIS Menggabungkan Idea dan Pemikiran dari
Disiplin Ilmu Yang Berbeza
Seseorang harus mampu menggabungkan pelbagai pola pemikiran dan
disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat dan pengetahuan
seluasnya dari pelbagai sumber serta melahirkan pelbagai idea dan ilmu

pengetahuan baru yang bermanfaat. Justeru, seseorang dituntut untuk


dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan, serta kerangka
berfikir. Kemampuan untuk menguasai tersebut sangat penting untuk masa
sekarang dan masa depan kerana merupakan kepakaran asas yang harus
dimiliki oleh seorang pemimpin yang inovatif.
Contoh bagaimana minda sintesis ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
Gardner menyarankan penggunaan projek dan kurikulum berasaskan tema
di sekolah dan mencadangkan kaedah terbaik untuk menggunakan cara ini
dalam membentuk minda sintesis ialah dengan cara memberi arahan yang
jelas. Sebagai contoh, pensyarah boleh memberikan tugasan atau projek
kepada pelajar yang boleh dilakukan sebagai projek berkumpulan yang
signifikan atau projek individu yang menyediakan ruang untuk pelajar
menggabungkan pelbagai konsep & kemahiran yang telah dipelajari dalam
suatu projek yang signifikan. Melalui projek ini pelajar dapat
mengintegrasikan kesemua ilmu & kemahiran yang diperoleh sepanjang
semester pengajiannya bagi menyelesaikan tugas tersebut.

Aktiviti 3: Pemikiran Mencipta (Creating Mind)


PEMIKIRAN MENCIPTA Menyelesaikan Masalah Melalui Kreativiti dan
Idea Inovatif
Seseorang dituntut harus memiliki kreativiti berfikir. Kreativiti tersebut
digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah di luar daripada cara
yang sudah ditentukan. Selain itu, seseorang yang berfikiran kreatif juga
mampu memikirkan penyelesaian masalah dengan cara mencipta
kaedah/cara baru. Seseorang pemimpin masa depan seharusnya
menghargai idea-idea kreatif, membuka ruang & kesempatan serta mencipta
ruang untuk membentuk & memupuk ke arah pemikiran yang lebih kreatif.
Menurut Prof. Gardner, seseorang yang kreatif adalah seseorang yang
mencipta perkara baru yang mana agak sukar pada mulanya untuk diterima,
kemudian baru dapat diterima secara berperingkat-peringkat. Jika sesuatu
idea/produk sangat mudah untuk diterima, ia bukanlah kreatif; jika ia tidak
pernah diterima, ia hanyalah satu contoh yang salah & penerimaan boleh
berlaku secara cepat @ mengambil masa yang lama.
o Contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
Dalam P&P komputer, guru-guru/pensyarah boleh mengaplikasikan mod
pembelajaran yang berbeza dalam pembelajaran. Antara mod tersebut ialah
mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi tetapi
sebelum menggunakan mod-mod tersebut, guru/pensyarah harus membuat
perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi
kesan yang mendalam kepada pelajar-pelajar.
Sebagai contoh, mod penerokaan digunakan sebagai medium atau
perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan
daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet. Mod
penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena atau keadaan secara tunjuk cara di bawah kawalan pelajar sendiri
dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di
bawah kawalan sistem.

Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk


konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai
digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan,
pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan
kaedah pembelajaran kajian masa depan.
Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi
kebaikan kepada pelajar dan guru.Kebaikannya kepada pelajar ialah ia
dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah
sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri
secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi
peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran
mereka. Mod penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru di mana ia
memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi
pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

Aktiviti 4: Pemikiran Hormat (Respectful Mind)

PEMIKIRAN HORMAT Penghargaan Perbezaan Dengan Orang Lain


Seseorang yang harus memiliki Respectful Mind agar dapat menerima dan
menghargai pendapat dan perbezaan dengan orang lain, agar dapat bekerja
sama, dan mampu menciptakan suasana keterbukaan dan hubungan
timbal-balik serta timbang rasa dan toleransi.
Sangat penting untuk ditanamkan pemikiran bahwa hak dan kewajiban serta
kemahuan seseorang itu terbatas oleh hak, kewajipan, dan kemahuan orang
lain. Sehingga apabila pemikiran itu boleh diterapkan maka setiap orang
sudah memiliki respectful mind yang diharapkan.
Pekerjaan yang dilakukan secara berpasukan pun dapat secara langsung
atau tidak langsung membangun respectful mind orang-orang yang terlibat
di dalamnya dan tidak mustahil kekuatan kerja dari kumpulan itu boleh
berkurang atau hilang sehingga gagal jika tidak memiliki respectful mind
yang tinggi.
o

Contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran


dan pembelajaran komputer
Di dalam kelas P&P Komputer, minda ini boleh dibangunkan melalui guru
yang menunjukkan contoh/modelling tingkah laku yang penuh hormat, juga
dengan cara mendedahkan pelajar kepada bahan-bahan daripada budayabudaya yang lain termasuk sejarah, seni & kemanusiaan.
Guru juga boleh meminta pelajar membentuk kumpulan dalam setiap aktiviti
kumpulan yang dijalankan & setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu ambil
bahagian dengan mengutarakan pendapat masing-masing & saling
bertukar-tukar pendapat serta berkongsi fikiran.

Aktiviti 5: Pemikiran Etika / Tatasusila (Ethical Mind)


PEMIKIRAN ETIKA / TATASUSILA Berfikir untuk orang lain demi
kepentingan bersama
Adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir di luar keinginan
peribadi dan di luar kemampuan diri yang telah dimiliki. Ethical mind
mempunyai hubungan yang erat dengan respectful mind dan synthesizing
mind, serta creativity mind.

Asas pemikiran respectful mind bahawa hak, kewajipan, serta kemahuan


seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain, sama seperti ethical
mind di mana seseorang tahu bagaimana menempatkan diri dan
mempamerkan sikap serta apa yang boleh dan dapat diperbuatnya.
Seseorang yang memiliki ethical mind itu tentunya sangat cerdas kerana dia
perlu mendapat pengaruh daripada orang sekitarnya. Dengan kemampuan
yang dimiliki, seseorang itu dapat bekerjasama dan menggabungkan
pelbagai pengetahuan dipadu dengan creativity mind yang dimiliki. Dia juga
tahu bagaimana caranya menerapkan segala pemikirannya kepada orangorang di sekitarnya.
Minda etika menggambarkan tugas/tanggungjawab yang kita perlu lakukan
& membincangkan tentang apakah cara yang terbaik dalam memenuhi
tuntutan tugas tersebut serta berani mencuba, walaupun kadangkala tidak
semuanya membuahkan hasil/kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kita telah
berusaha untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.

Contoh bagaimana pemikiran etika ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
Pemikiran bererti cara atau hal memikirkan sesuatu (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).
Etika pula bererti prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan,
pekerjaan, dan lain-lain) (Kamus Dewan Edisi Empat).
Berdasarkan pengertian kedua-dua kata pemikiran & etika, saya dapat
merumuskan bahawa pemikiran etika bermaksud bagaimana cara
seseorang berfikir @ menjalankan tanggungjawabnya berlandaskan prinsipprinsip yang dipegang tanpa mengabaikan kemaslahatan dirinya,
masyarakat serta orang di sekelilingnya.
Dalam p&p komputer, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Komputer. Penerapan nilai-nilai
tersebut melalui motif pengajaran, menggunakan teknik-teknik pengajaran
dan seterusnya mengimplementasikan prosedur penilaian mengarah kepada
hasil penting yang berkaitan dengan nilai-nilai murni.

Bibliografi
Howard Gadner (2006). Five Minds For The Future. Harvard Business School Press : Boston

Anda mungkin juga menyukai