Anda di halaman 1dari 24

Aktiviti 1: Pemikiran Disiplin (Disciplined Mind)

Dapatkan intisari Pemikiran Disiplin oleh Howard Gardner


PEMIKIRAN DISIPLIN Kerangka Dasar atau Kerangka Utama
Kecerdasan/Pemikiran
Seseorang harus menguasai sekurang-kurangnya satu disiplin ilmu atau
kerangka berfikir bagi menyelesaikan masalah dalam segala hal. Minda Disiplin
juga bererti seseorang harus selalu melatih cara berfikir tersebut untuk
meningkatkan prestasinya. Cara berfikir itu sendiri tidak dapat diiperoleh dalam
waktu singkat. Namun seiring dengan peningkatan dan penambahan bidang
kepakaran seseorang maka penyelesaian masalah pun dapat lebih terarah dan
lebih mudah jika menerapkan Minda Disiplin tersebut kerana dilandasi oleh
kerangka berfikir yang tepat dan kepakaran yang mampan.
Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
Kenalpasti topik-topik/konsep yang penting dalam sesuatu subjek iaitu
kandungan atau kemahiran yang penting dalam pembelajaran komputer (cth:
kemahiran asas pengaturcaraan)
Peruntukkan sejumlah masa untuk belajar topik berkenaan & belajarnya secara
mendalam.
Guru menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengajar subjek
pengaturcaraan supaya pelajar boleh belajar dengan pelbagai kaedah yang
dirasakan lebih mudah untuk difahami.
Membentuk satu kaedah penilaian. Ini akan memberi bukti & kefahaman yang
mendalam & beri peluang untuk penilaian formatif. Ia juga memberi pelajar
peluang untuk mengaplikasikan kemahiran & pengetahuan dalam konteks yang
lain.
Aktiviti 2: Pemikiran Sintesis (Synthesizing Mind)
Dapatkan intisari Pemikiran Sintesis oleh Howard Gardner
PEMIKIRAN SISTESIS Menggabungkan Idea dan Pemikiran dari Disiplin Ilmu Yang
Berbeza
Seseorang harus mampu menggabungkan pelbagai pola pemikiran dan disiplin
ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat dan pengetahuan seluasnya dari
pelbagai sumber serta melahirkan pelbagai idea dan ilmu pengetahuan baru
yang bermanfaat. Justeru, seseorang dituntut untuk dapat menguasai pelbagai
disiplin ilmu, pengetahuan, serta kerangka berfikir. Kemampuan untuk
menguasai tersebut sangat penting untuk masa sekarang dan masa depan
kerana merupakan kepakaran asas yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin
yang inovatif.

Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer
Gardner menyarankan penggunaan projek & kurikulum berasaskan tema di
sekolah & mencadangkan kaedah terbaik untuk menggunakan cara ini dalam
membentuk minda pensintesisan ialah dengan cara memberi arahan yang jelas.
Sebagai contoh, pensyarah boleh memberikan tugasan @ projek kepada pelajar
yang boleh dilakukan sebagai projek berkumpulan yang signifikan @ projek
individu yang menyediakan ruang untuk pelajar menggabungkan pelbagai
konsep & kemahiran yang telah dipelajari dalam suatu projek yang signifikan.
Melalui projek ini pelajar dapat mengintegrasikan kesemua ilmu & kemahiran
yang diperoleh sepanjang semester pengajiannya bagi menyelesaikan tugas
tersebut.
Aktiviti 3: Pemikiran Mencipta (Creating Mind)
Dapatkan intisari Pemikiran Mencipta oleh Howard Gardner
PEMIKIRAN MENCIPTA Menyelesaikan Masalah Melalui Kreativiti dan Idea
Inovatif
Seseorang dituntut harus memiliki kreativiti berfikir. Kreativiti tersebut digunakan
untuk membantu menyelesaikan masalah diluar daripada cara yang sudah
ditentukan. Selain itu, seseorang yang berfikiran kreatif juga mampu memikirkan
penyelesaian masalah dengan cara mencipta kaedah/cara baru. Seseorang
pemimpin masa depan seharusnya menghargai idea-idea kreatif, membuka
ruang & kesempatan serta mencipta ruang untuk membentuk & memupuk ke
arah pemikiran yang lebih kreatif.
Menurut Prof. Gardner, seseorang yang kreatif adalah seseorang yang mencipta
perkara baru yang mana agak sukar pada mulanya untuk diterima, kemudian
baru dapat diterima secara berperingkat-peringkat. Jika sesuatu idea/produk
sangat mudah untuk diterima, ia bukanlah kreatif; jika ia tidak pernah diterima,
ia hanyalah satu contoh yang salah & penerimaan boleh berlaku secara cepat @
mengambil masa yang lama.
Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran komputer
Dalam P&P komputer, guru-guru/pensyarah boleh mengaplikasikan mod
pembelajaran yang berbeza dalam pembelajaran. Antara mod tersebut ialah
mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasitetapi sebelum
meggunakan mod-mod tersebut, guru/pensyarah harus membuat perancangan
yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi kesan yang
mendalam kepada pelajar-pelajar.
Sebagai contoh, mod penerokaan digunakan sebagai medium atau perantara
untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet. Mod penerokaan juga
digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan

secara tunjuk cara di bawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.
Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep
dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan
dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang
menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran
kajian masa depan.
Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan
kepada pelajar dan guru.Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk
pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat
memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap
kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan
hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi
kebaikan kepada guru di mana ia memberi peluang kepada guru untuk
menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran
konstruktivisme.
Aktiviti 4: Pemikiran Hormat (Respectful Mind)
Dapatkan intisari Pemikiran Hormat oleh Howard Gardner
PEMIKIRAN HORMAT Penghargaan Perbezaan Dengan Orang Lain
Seseorang yang harus memiliki Respectful Mind agar dapat menerima dan
menghargai pendapat dan perbezaan dengan orang lain, agar dapat bekerja
sama, dan mampu menciptakan suasana keterbukaan dan hubungan timbalbalik serta timbang rasa dan toleransi.
Sangat penting untuk ditanamkan pemikiran bahwa hak dan kewajiban serta
kemahuan seseorang itu terbatas oleh hak, kewajipan, dan kemahuan orang lain.
Sehingga apabila pemikiran itu boleh diterapkan maka setiap orang sudah
memiliki respectful mind yang diharapkan.
Pekerjaan yang dilakukan secara berpasukan pun dapat secara langsung atau
tidak langsung membangun respectful mind orang-orang yang terlibat di
dalamnya. Dan tidak mustahil kekuatan kerja dari kumpulan itu boleh berkurang
atau hilang sehingga gagal jika tidak memiliki respectful mind yang tinggi.

Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer
Di dalam kelas P&P Komputer, minda ini boleh dibangunkan melalui guru yang
menunjukkan contoh/modelling tingkahlaku yang penuh hormat, juga dengan
cara mendedahkan pelajar kepada bahan-bahan daripada budaya-budaya yang
lain termasuk sejarah, seni & kemanusiaan.

Guru juga boleh meminta pelajar membentuk kumpulan dalam setiap aktiviti
kumpulan yang dijalankan & setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu ambil
bahagian dengan mengutarakan pendapat masing-masing & saling bertukartukar pendapat serta berkongsi fikiran.
Aktiviti 5: Pemikiran Etika / Tatasusila (Ethical Mind)
Dapatkan intisari Pemikiran Etika / Tatasusila oleh Howard Gardner
PEMIKIRAN ETIKA / TATASUSILA Berfikir untuk orang lain demi kepentingan
bersama
Adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir di luar keinginan
peribadi dan di luar kemampuan diri yang telah dimiliki. Ethical mind
mempunyai hubungan yang erat dengan respectful mind dan synthesizing mind,
serta creativity mind.
Asas pemikiran respectful mind bahawa hak, kewajipan, serta kemahuan
seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain, sama seperti ethical
mind di mana seseorang tahu bagaimana menempatkan diri dan mempamerkan
sikap serta apa yang boleh dan dapat diperbuatnya. Seseorang yang memiliki
ethical mind itu tentunya sangat cerdas kerana dia perlu mendapat pengaruh
daripada orang sekitarnya. Dengan kemampuan yang dimiliki, seseorang itu
dapat bekerjasama dan menggabungkan pelbagai pengetahuan dipadu dengan
creativity mind yang dimiliki. Dia juga tahu bagaimana caranya menerapkan
segala pemikirannya kepada orang-orang di sekitarnya.
Minda etika menggambarkan tugas/tanggungjawab yang kita perlu lakukan &
membincangkan tentang apakah cara yang terbaik dalam memenuhi tuntutan
tugas tersebut serta berani mencuba, walaupun kadangkala tidak semuanya
membuahkan hasil/kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.
Beri contoh bagaimana pemikiran etika ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
Pemikiran bererti cara atau hal memikirkan sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Etika pula bererti prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan,
dll) (Kamus Dewan Edisi Empat).
Berdasarkan pengertian kedua-dua kata pemikiran & etika, saya dapat
merumuskan bahawa pemikiran etika bermaksud bagaimana cara seseorang
berfikir @ menjalankan tanggungjawabnya berlandaskan prinsip-prinsip yang
dipegang tanpa mengabaikan kemaslahatan dirinya, masyarakat serta orang di
sekelilingnya.
Dalam p&p komputer, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Komputer. Penerapan nilai-nilai

tersebut melalui motif pengajaran, menggunakan teknik-teknik pengajaran dan


seterusnya mengimplementasikan prosedur penilaian mengarah kepada hasil
penting yang berkaitan dengan nilai-nilai murni.

Bagi menyediakan pelajar menghadapi masa hadapan, pendidik perlu


menanamkan kedua-dua kemahiran akademik dan keperibadian/insaniah. Di
dalam buku beliau, Five Minds for the Future, HGSE professor Howard Gardner
menerangkan tentang lima pemikiran untuk masa hadapan. Tiga daripadanya
adalah berkaitan dengan intelektual : displin, sintesis dan pemikiran kreatif. Dua
yang menekankan kepada keperibadian : hormat menghormati dan beretika
dalam berfikir. Gardner juga menerangkan tentang kesan semua ini terhadap
masyarakat dan pekerja.
Di dalam menghadapi pelbagai perubahan pada masa akan datang, pendidik
perlu kerap menilai semula matlamat pendidikan dan tahap atau jenis pemikiran
yang ditanam di dalam diri pelajar. Ini merupakan komponen penting dalam
pendidikan berorientasikan masa hadapan.
Beliau juga menegaskan bahawa masa hadapan memerlukan pekerja dan
masyarakat yang mampu untuk melakukan sesuatu yang luar dari kotak
fikiran (out of the box) dan non-linear thinking untuk menyelesaikan masalah
kompleks yang semakin meningkat. Kaedah yang paling berkesan adalah dengan
memahami dan menyelesaikan masalah yang sebenar (real world problem).
Pendidik yang reflektif akan berfikir tentang tiga cara pemikiran yang dapat
menekankan perkembangan intellektual pelajar.

TEKNIK DELPHI
Pendekatan untuk membuat forecasting atau jangkaan masa depan telah mula
digunakan di Amerika Syarikat selepas tahun-tahun 1940an (Longstreet & Shane, 1993;
Saedah Siraj, 2005). Sejak tahun-tahun tersebut sehingga sekarang ini telah muncul pelbagai
bentuk pendekatan baru yang digunakan oleh para penyelidik untuk membuat forecasting
masa depan termasuklah perkembangan pendidikan dan juga kurikulum itu sendiri.
Dua asas penting yang perlu difahami dalam mengkaji Kurikulum Masa Depan ialah
forecasting dan penyelidikan. Forecasting merupakan sesuatu yang penting yang digunakan
bagi menganalisis trend-trend masa depan manakala penyelidikan pula bertujuan untuk
membuat ukuran dengan tepat sama ada bagi trend-trend masa depan yang kritikal ataupun
tidak.

Pelbagai pendekatan penyelidikan boleh digunakan untuk mengukur dan menganalisis


data-data penyelidikan Kurikulum Masa Depan. Antara metod yang biasa digunakan ialah
panel pakar, analisis pola dan jangkaan, teknik Delphi, analisis kesan bersilang dan senario.
Namun begitu terdapat juga beberapa teknik yang kurang digunakan seperti modeling,
simulations and games, relevance tree, critical technologies, analisis morfologi, analisis
kandungan, visualization dan science fiction. Namun begitu, bagi laporan ini hanya Teknik
Delphi yang akan dikupas dengan lebih lanjut.
Menurut Wikipedia (2006) mengatakan Teknik Delphi telah dibangunkan di The Rand
Corporation pada tahun 1947 iaitu tahun bermulanya Perang Dingin. Bagaimana pun menurut
Henson (1980) Teknik Delphi telah diasaskan pada tahun-tahun 1950an oleh Abrahem
Kaplan di California, Amerika Syarikat tetapi teknik tersebut tidak pernah digunakan
sebaliknya disimpan sebagai rahsia hampir sepuluh tahun sehingga Gordon dan Helmer dari
The Rand Corporation memperkenalkannya sewaktu menyediakan Laporan RAND.
Teknik Delphi adalah satu pendekatan untuk mendapatkan satu kesepakatan atau
konsensus pendapat pakar mengenai masa depan tanpa sebarang pengaruh peribadi (Saedah
Siraj, 2006a). Teknik ini juga dipanggil Kaedah Kesepakatan atau Konsensus Pendapatpendapat Dalaman iaitu fikiran, hati dan perasaan sekumpulan pakar-pakar (Donnelly, 2006)
ataupun Delphi Polls of Experts iaitu Pungutan Suara Delphi oleh Pakar-pakar (Smoker &
Groff, 2003).
Teknik Delphi adalah satu peraturan bagi mendapatkan konsensus ataupun
kesepakatan sekumpulan pakar mengenai masa depan (Prayun Sriprasart, 1970); Saedah Siraj
& Mohd Paris Saleh, 2003). Teknik ini sesuai digunakan untuk mentafsirkan keperluankeperluan, analisis hala tuju masa depan walaupun pakar berada di lokasi berlainan dan boleh
mengumpulkan pelbagai pendapat daripada pakr-pakar. Soalan yang biasa bagi teknik ini
ialah Apakah masalah kajian? dan Apakah kemungkinan penyelesaiannya?. Teknik
Delphi juga pada pandangan mereka adalah satu pendekatan yang menstrukturkan proses
komunikasi

berkumpulan

menjadi

lebih

efektif

antara

kumpulan

individu

atau

keseluruhannya sewaktu menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks (Prayun Sriprasart,


1970).
Weaver

(1971)

berpendapat

Teknik

Delphi

adalah

satu

pendekatan

bagi

mengimbangkan pandangan sekumpulan pakar untuk mencapai satu persetujuan (konsensus,


kesepakatan) yang bertujuan untuk membangun, membaik pulih dan juga mencari

penyelesaian persoalan dan isu-isu pada masa depan. Teknik Delphi beroperasi dengan
prinsip bahawa pendapat dari beberapa individu adalah lebih baik daripada pendapat seorang
individu dalam melakukan spekulasi secara subjektif berdasarkan keputusan yang dibuat
secara rasional dan bukannya dengan mengagak atau meneka.
Helmer (1972) mengatakan Teknik Delphi adalah satu alat komunikasi antara
sekumpulan pakar yang membantu kepada pembentukan satu keputusan berkumpulan.
Beberapa tahun kemudian beliau telah mengasaskan pendekatan Causal Cross Impact
(Helmer, 1977). Bagi Dalkey (1969) Teknik Delphi adalah pencarian idea kreatif ataupun
hasilan daripada pelbagai maklumat yang bersesuaian untuk membuat keputusan. Teknik ini
adalah berasaskan kepada proses memungut ilmu pengetahuan daripada pakar dengan
menggunakan soal selidik yang berasingan tetapi pendapat dan dapatannya dikawal. Teknik
ini membolehkan pakar-pakar lebih bersifat kreatif untuk melahirkan idea dan pandangan
mereka ke atas sesuatu isu atau persoalan yang ditimbulkan. Martino (1983) mengatakan
Teknik Delphi telah direkabentuk dengan pendekatan yang sistematik untuk mengumpul
pendapat dari golongan professional atau pakar.
Pada peringkat awal, aplikasi Teknik Delphi bertujuan untuk menilai hala tuju trendtrend (fokus sains dan teknologi) dan impak-impak kemungkinan ke atas masyarakat
termasuk serangan bom atom ke atas Amerika Syarikat pada masa depan (Gordon & Helmer,
1964). Kemudian teknik tersebut telah diaplikasikan untuk pelbagai kegunaan termasuk
mereka bentuk kurikulum, mengenal pasti sesuatu kebolehan ataupun keupayaan individu
dan mempromosi bidang pendidikan keguruan.
Kajian Basu dan Schroedar (1977) membuktikan Teknik Delphi adalah efektif.
Mereka mengesahkan teknik ini telah memberi ketepatan dalam jangkaan masa depan bagi
kajian jualan yang dijalankan. Ketika membandingkan jualan sebenar, Teknik Delphi
menunjukkan peratusan kesilapan hanya tiga hingga empat peratus sahaja sementara
kesilapan bagi kaedah kuantitatif adalah sepuluh hingga lima belas peratus dan kesilapan
lebih kurang dua puluh peratus bagi jangkaan tradisi yang berbentuk subjektif dan tidak
berstruktur.

4.1

Asas-asas Teknik Delphi

Tiga elemen utama dalam proses Delphi menurut Weaver (1971) adalah menstruktur
aliran maklumat, maklum balas kepada sampel dan merahsiakan identiti sampel. Tiga elemen
yang membezakan Teknik Delphi dengan interaksi antara golongan telah dikenal pasti oleh
Martino (1993) iaitu kerahsiaan, interaksi yang dikawal selia dan statistik dari kumpulan
maklum balas.
Lima asas utama Teknik Delphi yang telah dikenal pasti oleh Linstone dan Turoff
(1975) adalah:
i.

Sulit : Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui
sampel lain dalam panel pakar

ii.

Hubungan : Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada Pusingan


Dua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan
tersebut kepada setiap ahli panel

iii.

Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun


sampel lain dalam menentukan jawapan soal selidik mereka

iv.

Data akan dianalisis secara statistik

v.

Data yang diberi oleh sampel adalah tidak berat sebelah dan membolehkan
panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai
consensus.

Berbeza dengan pendapat pakar yang lain, Saedah Siraj dan Mohd. Paris Saleh (2003)
merumuskan kenyataan Wissema dan Benes (1980) mengatakan bahawa Teknik Delphi
adalah satu teknik penjelajahan pemboleh ubah mono (monovariable) iaitu sejenis pemboleh
ubah yang boleh member impak kepada dapatan yang hendak diukur. Ada dua jenis pemboleh
ubah (variable) iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Bagi
jangkaan teknologi, pemboleh ubah tidak bersandar adalah lebih berkuasa daripada pemboleh
ubah bersandar. Ia dibentuk sedemikian dengan tujuan untuk memudahkan perbincangan dan
komunikasi antara sampel tanpa sebarang gangguan perlakuan sosial dalam suatu
perbincangan yang mungkin akan menghalang pembentukan suatu kesimpulan atau pendapat.
4.2

Hubungan dengan Sampel


Gordon dan Stover (1976) mengatakan Teknik Delphi mengizinkan panel pakar yang

dilantik mempunyai kebebasan untuk menyelesaikan masalah dan tanggung jawab mereka ke
atas soal selidik yang dihantar melalui email, faksimili dan secara pos. Soal selidik dibina

untuk memperkembangkan jawapan seseorang individu serta memperhalusi pandangan pakar


dalam memikul beban tugas hingga menghasilkan satu program yang Berjaya. Amstrong
(1985) menjelaskan hubungan antara sampel tidak berlaku, cadangan mereka adalah sulit,
sebaliknya idea-idea mereka disatukan dan digabungkan. Hubungan dengan sampel
dikendalikan oleh seorang penyelidik yang akan membuat penapisan sekiranya terdapat
bahan yang tidak sesuai dengan tujuan kajian atau program tersebut.

4.3

Bagaimana Menggunakan Teknik Delphi


Dua asas penting yang telah dikenal pasti dalam menjalankan kajian menggunakan

Teknik Delphi ialah tindak balas jawapan kepada satu siri soalan-soalan dan proses tersebut
diulang beberapa kali sehingga biasanya dapat meminimakan penyebaran pandangan dalam
kalangan pakar (sampel). Sementara dapatan median pada Pusingan Akhir diterima sebagai
consensus dalam kalangan pakar (Saedah Siraj, 2006a).
Delbecq, Van der Vend an Gustafon (1975) berpendapat perkara yang paling penting
dalam proses Delphi ialah semua sampel (pakar) memahami tujuan Teknik Delphi dijalankan.
Jika tidak mungkin sampel akan member jawapan yang tidak menepati tujuan kajian atau
merasa kecewa dan hilang minat. Oleh yang demikian, sampel perlu dimaklumkan dengan
baik mengenai tujuan-tujuan kajian, temu bual dan soal selidik.
Fowlers (1978) telah mengenal pasti sepuluh langkah dalam proses Delphi:
i.

Pembentukan satu kumpulan untuk memerhatikan Teknik Delphi dijalankan


mengikut subjek yang diberi

ii.

Pemilihan satu ataupun lebih panel untuk menyertai Teknik Delphi dan
biasanya anggota-anggota panel adalah pakar dalam bidang yang hendak
dikaji

iii.

Pembinaan soalan-soalan soal selidik Delphi Pusingan Satu

iv.

Menguji soalan-soalan soal selidik Delphi dari segi penyusunan perkataan


misalnya perkataan yang kurang jelas maksudnya akan dibuang atau ditukar

v.

Penghantaran soal selidik kepada panel

vi.

Analisis tindak balas Pusingan Satu

vii.

Penyediaan soal selidik Pusingan Dua (mungkin diuji)

viii.

Penghantaran soal selidik Pusingan Dua kepada ahli panel

ix.

Analisis tindak balas Pusingan Dua; langkah pada item-item 7 9 akan


diulang-ulang sehingga kestabilan keputusan dicapai

x.

Anggota-anggota kumpulan penganalisis menyiapkan satu laporan untuk


tujuan pembentangan rumusan kajian

Daripada pelbagai pendapat-pendapat yang telah dibincangkan, berikut adalah


rumusan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menjalankan kajian menggunakan
Teknik Delphi:
i.

Pemilihan sampel (pakar) yang tepat dan sesuai dengan tujuan kajian atau
bidang yang hendak dikaji

ii.

Satu soal selidik yang telah direkabentuk oleh penyelidik dihantar pula kepada
sekumpulan pakar; soal selidik tersebut harus dijawab secara berasingan oleh
sampel tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak; kemudian semua soal
selidik tersebut dipungut semula; dan penyelidik merumuskan jawapanjawapan soal selidik daipada pakar-pakar (Ini adalah Delphi Pusingan Satu)

iii.

Keputusan-keputusan soal selidik tersebut dihantar semula kepada setiap pakar


supaya mereka berpeluang menilai semua jawapan asal masing-masing
berdasarkan kepada jawapan-jawapan laian-lain anggota kumpulan pakar (Ini
adalah Delphi Pusingan Dua)

iv.

Kadang-kadang penyelidik menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Tiga


atau Delphi Pusingan Empat sebelum pemprosesan data terakhir dilakukan.
Menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Dua, Tiga dan Empat bererti
member peluang kepada pakar untuk mempertahankan jawapan asal masingmasing ataupun mengubah pandangan untuk bersetuju dengan keputusan
majoriti lain-lain anggota kumpulan pakar; penyelidik perlu mengkaji dan
membincangkan semua cadangan dan bantahan dari sampel dari setiap
pusingan untuk memastikan jawapan yang tepat dan memperoleh pendapat
majoriti pakar.

Pendek kata Teknik Delphi adalah satu cara bagi mendapatkan sesuatu pendapat yang
tepat dengan sokongan majoriti kumpulan pakar.

4.4

Kelebihan Teknik Delphi

Tujuh kelebihan Teknik Delphi ialah:


i.

Berupaya mendapatkan consensus pakar yang tulen kerana setiap pakar tidak
mengenali malah tidak pernah bertem antara satu sama lain

ii.

Consensus pakar dapat dicapai tanpa pilih kasih, pengaruh dan tekanan manamana pihak

iii.

Uji kaji diulang di mana data dari setiap pusingan Delphi akan disaring
melalui analisis data

iv.

Cepat dan efektif

v.

Pakar berupaya melahirkan pendapat mereka yang konsisten dengan bidang


kepakaran masing-masing

vi.

Sesuai digunakan untuk melakukan jangkaan masa depan

vii.

Boleh digunakan denga efektif bagi mendapatkan banyak pendapat ke atas isuisu yang kompleks

4.5

Batasan Teknik Delphi


Lima batasan dalam Teknik Delphi ialah:
i.

Kebolehpercayaan data bergantung kepada kepakaran, sekiranya penyelidik


gagal memilih pakar sebenar bermakna dapatan kajian akan hilang
kebolehpercayaannya. Dengan erti kata yang lain, ketepatan forecasting yang
dihasilkan dibatasi dengan kualiti pandangan-pandangan yang diberi oleh
pakar-pakar

ii.

Uji kaji yang diulang-ulang kepada sampel yang sama akan menimbulkan
kebosanan kepada sampel

iii.

Delphi adalah teknik untuk jangkaan masa depan, hilang kebolehpercayaan


bermakna hilang harapan dan azam

iv.

Bilangan pakar yang kecil tidak mampu menyelesaikan semua peraturan


dalam isu yang dikaji

v.

Kurang peluang mendapat balasan dari aspek emosi

5.0

APLIKASI TEKNIK DELPHI DALAM KURIKULUM

5.1

Contoh Kajian yang Telah Dijalankan


Contoh kajian ini telah diambil dari kajian yang bertajuk Perkembangan Teknologi

Masa Depan dan Impaknya Kepada Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dijalankan oleh
Saedah Siraj dan Mohd. Paris Saleh pada tahun 2003. Kajian ini bertujuan untuk mendapat
maklum balas daripada pakar ke atas teknologi yang akan digunakan di sekolah-sekolah
menengah di Malaysia pada masa depan. Selain itu, kajian tersebut juga bertujuan
mendapatkan persetujuan pakar ke atas jangkaan impak aplikasi teknologi dalam pengajaranpembelajaran kepada guru dan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa
depan.
Pandangan pakar yang diambil sebagai sampel bagi Teknik Delphi untuk kajian ini
member fokus kepada tiga tema utama iaitu jangkaan masa depan ke atas peralatan teknologi,
impak aplikasi teknologi ke atas bentuk pengajaran-pembelajaran dan juga impak aplikasi
teknologi ke atas pelajar dan guru.
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan kajian berikut:
i.

Apakah jangkaan masa depan ke atas peralatan teknologi yang akan digunakan
di sekolah menengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

ii.

Apakah jangkaan impak aplikasi teknologi ke atas bentuk pengajaran dan


pembelajaran?

iii.

Apakah

jangkaan

impak

aplikasi

teknologi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran ke atas pelajar dan guru di peringkat menengah?


Lapan orang telah dipilih menjadi panel pakar dalam kajian ini. Setiap pakar yang
dipilih berpengalaman lebih daripada sepuluh tahun dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi atau teknologi pendidikan. Pakar-pakar terdiri daripada dua guru pakar yang
terlibat dalam teknologi pendidikan, dua guru pakar bahasa yang menggunakan teknologi
dalam pengajaran-pembelajaran, seorang pegawai teknologi di Pusat Sumber Pendidikan
Negeri, seorang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, seorang pegawai dari Pusat
Perkembangan Kurikulum Malaysia dan seorang jurutera Telekom Malaysia Berhad (TM).

Semua data dari Delphi Pusingan terakhir telah diklasifikasikan mengikut tahun
kemunculannya. Melalui jawapan sampel dalam Delphi Pusingan 2, carta telah dibina. Dalam
Delphi Pusingan 2, jangkaan teknologi yang akan muncul telah diklasifikasikan mengikut
tahun jangkaan iaitu:
Nilai

Tahun

2006 2010

2011 2015

2016 2020

Selepas 2020

Pada pusingan kedua ini juga senarai bentuk pengajaran dan pembelajaran serta
impak aplikasi teknologi ke atas guru dan pelajar telah disusun menggunakan Skala LIkert
bagi mendapatkan konsensus (kesepakatan) pandangan. Ukuran Skala Likert yang digunakan
adalah seperti berikut:
Nilai

Persetujuan Pakar

Sangat setuju

Setuju

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Peraturan bagi Delphi Pusingan 3 adalah sama dengan Delphi Pusingan 2, Cuma pada
pusingan ketiga pakar diberi peluang untuk mempertimbangkan jawapan yang telah mereka
beri pada pusingan 2. Pada Delphi Pusingan 3, pandangan pakar yang tidak setuju dengan
pandangan kumpulan juga dimasukkan selepas diberi jadual untuk dibaca dan peluang diberi
untuk membanding dan menyatukan pandangan seseorang dengan pakar yang lain. Dapatan
daripada Delphi Pusingan 3 membolehkan pengkaji memperoleh gambaran mengenai
teknologi yang akan digunakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan
dan impak aplikasi teknologi berkenaan ke atas pengajaran-pembelajaran pelajar dan juga
guru mahupun kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Delphi Pusingan 3
dijalankan bertujuan untuk merapatkan julat perbezaan pandangan dan pendapat dalam
kalangan panel pakar.
Dapatan kajian Saedah Siraj dan Mohd Paris Saleh (2003) antaranya menunjukkan:

i.

Dua belas peralatan teknologi dijangka muncul di sekolah-sekolah menengah


di Malaysia pada tahun-tahun 2006 hingga 2010

ii.

Tiga belas peralatan teknologi dijangka muncul pada tahun-tahun 2011 hingga
2015

iii.

Satu peralatan teknologi dijangka muncul pada tahun-tahun 2016 hingga 2020

Selain itu, dua belas penyataan berhubung dengan jangkaan aplikasi teknologi ke atas
bentuk pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan
telah mendapat persetujuan pakar. Di samping itu juga, dua belas item yang mewakili
jangkaan aplikasi teknologi ke atas pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada
masa depan telah mendapat persetujuan pakar. Pakar menolak aplikasi teknologi
menyebabkan pelajar lebih bersikap individualistik dan pakar juga sangat tidak setuju bahawa
aplikasi teknologi boleh menyebabkan sifat kemanusiaan semakin terhakis. 4 daripada 5 item
yang mewakili jangkaan aplikasi teknologi ke atas guru telah mendapat persetujuan pakar.
Hanya item interaksi guru dengan pelajar lebih kerap mencapai konsensus pada tahap
sederhana.

5.2

Reka Bentuk Kurikulum Menggunakan Teknik Delphi


Kajian ini dijalankan bagi membina sebuah Modul Pedagogi MK2K Berasaskan

Muzik untuk Kurikulum Prasekolah dengan tujuan untuk membantu memudahkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berasaskan pendekatan perkembangan penyelidikan
yang mana mempunyai garis panduan yang jelas mengenai stategi penyelidikan,
pembahagian mengikut fasa. Bab ini akan menerangkan metodologi yang telah digunakan
dalam kajian ini.
Van Den Akker (1999) telah menetapkan 3 fasa utama dalam pendekatan
perkembangan penyelidikan. Fasa yang pertama dikenali sebagai fasa analisis yang juga
merupakan permulaan penyelidikan. Ini merangkumi melihat dan mengkaji kajian-kajian
lampau dalam bidang berkenaan, menemuramah dan berbincang dengan pakar serta
mentadbir soal selidik sebagai langkah pemahaman keperluan dan kehendak berkaitan
konteks kajian. Fasa kedua pula dipanggil reka bentuk dan pembinaan melibatkan usaha yang
sistematik untuk menerangkan latar belakang teoritikal dan kajian bagi mereka bentuk kajian
yang tepat. Ini diikuti dengan fasa ketiga iaitu pelaksanaan dan pengujian. Fasa ini digunakan

bagi mencari bukti amalan dan keberkesanan terhadap kumpulan sasaran berdasarkan
ketetapan tertentu. Dalam kajian ini, fasa 1 merangkumi keperluan dan kehendak kanakkanak prasekolah berkaitan dengan penggunaan muzik dalam pembelajaran dan pengajaran
(P&P).
Analisis keperluan ini diambil daripada 10 orang pendidik prasekolah. Pemerhatian di
dalam kelas pula dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pedagogi dalam
pendidikan muzik seiiring dengan keperluan muzik dalam P&P. Fasa kedua iaitu fasa reka
bentuk dan pembinaan di mana modul MK2K telah direka dan dibina. Ini melibatkan
temuramah bersama 9 orang pakar yang mana 3 orang pakar dari tiga bidang berkaitan;
muzik, pendidikan awal kanak-kanak dan pendidik prasekolah. Pemerhatian bagi aktiviti
muzik dalam P&P yang telah dijalankan sepanjang hari persekolahan juga menyumbang
kepada pembinaan modul ini. Bagi melengkapkan fasa kedua kajian ini, satu kumpulan pakar
yang telah dipilih dari 9 orang pakar sebelum ini akan mengkaji keberhasilan modul yang
telah disiapkan. Akhir sekali fasa ketiga akan diteruskan setelah modul yang dihasilkan
mendapat sentuhan pakar. Fasa yang melibatkan pelaksanaan dan pengujian ini talah
dijalankan menggunakan kelompok sampel yang sama iaitu kanak-kanak prasekolah yang
dipilih. Modul yang dibina ini diuji menggunakan Model Stake Countenance.

FASA
1

Pembangun
an Modul
MK2K

FASA
3

Analisa
keperluan

Reka
Bentuk
Modul
MK2K
Pelaksanaa
n Modul
MK2K

Analisis
Kajian
Lepas

FASA
2

Penilaian
Modul
MK2K

Rajah 1: Ringkasan rangka kajian


Dua orang pendidik telah dipilih sebagai sampel untuk fasa pertama. Mereka terdiri
daripada pendidik prasekolah yang berbeza dari segi pengalaman mengajar, tempat mengajar

dan bahan pengajaran. Berikut merupakan penerangan berkenaan dua orang pendidik yang
telah dipilih.
Jadual 1: Butiran pendidik
Peserta

Umur

Pengalaman

Tempat

Pendidik 1

32 tahun

7 tahun

Luar Bandar

Pendidik 2

26 tahun

4 tahun

Luar Bandar

Penyertaan yang terlibat adalah seorang guru dan 10 orang kanak-kanak bagi setiap
tempat. Kanak-kanak ini berusia dalam lingkungan 6 tahun dan berada dalam prasekolah.
Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di kawasan persekitaran yang hampir dengan tempat
tinggal mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pendidik, kebanyakan kanakkanak ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kanak-kanak ini boleh bermain dan
berinteraksi dengan persekitaran mereka apabila mereka bermain. Namun begitu, kanakkanak ini akan menjadi seseorang yang lain apabila melibatkan pendidikan formal. Mereka
seperti tidak tahu berimaginasi dan berinteraksi apabila pendidik memperkenalkan tema yang
perlu dipelajari. Hanya informasi yang biasa sahaja mereka tahun seperti warna dan fizikal.

Analisis isu berkaitan


peningkatan kreativiti di
kalangan kanak-kanak
prasekolah
Fasa 1
Analisis
Keperluan

Analisis keperluan kanakkanak berkaitan peningkatan


kreativiti di kalangan kanakkanak prasekolah
Analisis Kurikulum Standard
Prasekolah

Temu ramah
10 orang
pendidik
prasekolah
Data
dikumpulkan
dan dianalisis

Dapatan dan
kesimpulan
Cadangan
reka bentuk

Rajah 2 : Prosedur Kajian Fasa 1 (Analisa Keperluan)

Persoalan kajian dalam fasa kedua adalah bagi mengenal pasti reka bentuk yang
paling sesuai bagi modul MK2K. Data dikumpul daripada temu bual dan pemerhatian yang
berkaitan dengan konteks kajian. Pertama, pakar akan dikenalpasti. Para pakar akan
dihubungi melalui panggilan telefon dan email bagi membuat temujanji untuk ditemu bual.
Dalam proses menemubual pakar, penyelidik akan memberi gambaran sedikit sebanyak
tentang kajian yang akan dijalankan. Objektif kajian yang dijalankan akan diperincikan
kepada pakar bagi memudahkan pakar memahami tujuan temubual berkenaan. Maklumat
yang akan diperolehi direkod menggunakan perakam digital yang kemudiannya akan dialih
ke bentuk penulisan. Data-data yang diperoleh akan ditranskrip dan dianalisis mengikut kata
kunci yang ditetapkan. Kata kunci inilah yang akan diguna pakai dalam pembinaan Modul
Pedagogi MK2K nanti.
Dalam fasa pembinaan, satu draf modul akan dibina berdasarkan kata kunci dan
informasi yang telah diterima dari keseluruhan pakar-pakar yang ditemu ramah. Draf modul
ini akan diberi kepada pakar untuk dibuat penilaian dan penambahbaikkan. Setelah
mengambil kira komen dan pandangan pakar terhadap draf modul yang dibina, maka modul
MK2K sebenar dibentuk untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih.
Temubual
dengan
pakar

Pengumpulan
& analisis
data

Pembinaan
Modul MK2K
Fasa 2:
Reka Bentuk
&
Pembinaan
Modul MK2K

Penilaian
pakar
terhadap
Modul
Pedagogi
MK2K

Pemerhatian
P&P
berdasarkan
konteks
Rajah 3: Prosedur Pengumpulan
Data dan Pembinaan Modul MK2K.
kajian
Modul MK2K

Persoalan kajian bagi fasa 3 ialah untuk mengenal pasti penilaian pendidik prasekolah
terhadap Modul Pedagogi MK2K yang telah siap dibina. Bagi menjawab persoalan kajian,
data dalam fasa tiga ini diperolehi melalui pemerhatian, temubual dan respon yang diberikan
oleh kanak-kanak terhadap modul tersebut. Perbualan secara tidak formal selepas sesi
pelaksanaan modul dijalankan akan direkod dan dicatat ke dalam buku log.
Modul pedagogi MK2K akan dilaksanakan di dua buah prasekolah yang dipilih.
Kebenaran akan diperolehi daripada pihak pengurusan sekolah bagi membolehkan modul
dilaksanakan semasa sesi persekolah berlangsung. Jadual pelaksanaan akan diberikan kepada
pihak sekolah.
Oleh kerana modul ini akan dinilai berdasarkan model Stake Countenance, maka
kedua-dua orang pendidik berkenaan akan ditemubual bagi mendapatkan jangkaan mereka
terhadap modul yang bakal dilaksanakan. Selepas itu, pendidik akan dilatih dengan cara
pelaksanaan modul yang betul. Segala prosedur pelaksanaan modul akan diterangkan kepada
pendidik termasuk penggunaan bahan pengajaran. Pendidik juga dikehendaki menjalankan
sesi percubaan bersama penyelidik.
Semua sesi pengajaran akan dirakam untuk dianalisis. Pemerhatian adalah
berfokuskan kepada respon kanak-kanak terhadap modul. Selepas pelaksanaan modul
berakhir, satu lagi sesi temubual dijalankan bersama dua orang pendidik berkenaan. Semua
data yang diperoleh sebelum dan selepas pelaksanaan modul akan dirakam, diterjemah dan
dianalisa. Analisa kongruen akan dijalankan semasa temubual dan dapatan yang diperolehi
akan digunakan untuk menilai modul. Data yang diperolehi daripada pemerhatian turut
dianalisis bagi mengukuhkan penilaian terhadap Modul Pedagodi MK2K.

Fasa 3:
Pelaksanaan
dan Penilaian
Modul
Pedagogi
MK2K

Penilaian
Modul
Pedagogi

Melatih
pendidik cara
pelaksanaan
modul

Temubual
pendidik
tentang
Temubual
pandangan
bersama
terhadap
pendidik
modul
Pelaksanaan
setelah
modul
dijalankan
dilaksanakan
(sebelum

Temubual
Pemerhatian
Kanak-kanak

Rajah 4: Prosedur Kajian Fasa 3 (Pelaksanaan dan Penilaian)


Pandangan pakar dalam membantu kepada pembinaan modul ini adalah berdasarkan
kepada pengetahuan dan pengalaman terhadap pembinaan kreativiti melalui aktiviti muzikal
dalam konteks pendidikan prasekolah. Pakar dalam bidang pendidikan prasekolah, K1, K2
dan K3 memberikan maklumat yang berkaitan kandungan, kemahiran dan strategi, manakala
pakar pendidikan muzik M1, M2 dan M3 pula akan memberikan maklumat yang berkaitan
dengan strategi dan aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti muzikal.
Berdasarkan kepada pandangan pakar, perkara yang perlu dilihat dalam kandungan
ialah tema, kemahiran dan strategi dan aktiviti. Untuk itu, maklumat yang diperolehi daripada
analisis keperluan turut digunakan sebagai panduan.
Salah satu cadangan yang diberikan oleh oleh pakar berkaitan kandungan ialah
integrasi yang melibatkan pelbagai tema. Tema yang sesuai ialah keluarga, haiwan, buahbuahan dan setiap sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran dan dunia mereka. Ini adalah
penting menurut pakar kerana ianya akan dapat melibatkan kanak-kanak dengan lebih aktif
dan berkesan berdasarkan kepada pengalaman dunia sebenar mereka. K1 sebagai contoh telah
menyatakan pendapatnya bahawa tema keluarga adalah merupakan tema yang utama bagi
kanak-kanak. Ini kerana keluarga adalah merupakan konsep atau elemen awal yang dilalui
oeleh kanak-kanak, terutamanya yang melibatkan ibu dan bapa. Ini dinyatakan dengan jelas
melalui temubual,

Tema keluarga yang melibatkan ibu dan bapa adalah tema yang utama pada kanakkanak (K1).
Pendapat yang sama turut diberikan oleh pakar yang lain bahawa kandungan dalam
modul haruslah berdasarkan kepada tema yang melibatkan kehidupan kanak-kanak secara
umumnya. Ini adalah pendapat daripada pakar K2 dan K3. Pakar-pakar ini juga turut
merasakan bahawa kandungan modul akan lebih menarik jika adanya gabungan pelbagai
tema yang melibatkan kehidupan sebenar kanak-kanak secara umumnya. Sebagai contoh K2
menyatakan dalam temubual,
Akan lebih menarik jika awak boleh gabungan beberapa tema dalam modul ini. Tema
keluarga, haiwan dan buah-buahan misalnyamesti modul ini akan lebih menarik (K2).
Menurut K3 pula, adalah penting modul yang dibina dibina berdasarkan kepada tema
yang berkait dengan konteks kehidupan kanak-kanak. Beliau menyatakan:
Awak harus berikan sesuatu yang berkait dengan kehidupan harian merekamaksud
saya sesuatu yang mereka lalui setiap hari dan rapat dengan merekalebih baik yang
mereka sendiri terlibat (K3).
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, pengalaman sebenar kanak-kanak adalah
factor utama yang perlu diberi perhatian dalam memilih dan menentukan tema yang sesuai.
Tema yang dicadangkan ialah keluarga, makanan, haiwan dan buah-buahan.
Dari segi kemahiran pula, pakar telah mencadangkan agar modul yang dibina
memberi perhatian dari segi kemampuan kanak-kanak untuk menghasilkan sebanyak
mungkin idea atau perkara yang berkaitan dengan tema yang telah dipilih. Oleh kerana modul
ini menekankan kepada pembinaan kreativiti, maka setiap kemahiran yang diberikan haruslah
mampu untuk membina tahap kreativiti mereka. Kemampuan untuk berimaginasi misalnya
adalah merupakan kemahiran asas yang harus ada pada kanak-kanak. Menurut

K2,

kemampuan untuk berimaginasi adalah tahap awal dan asas kepada kreativiti. Dalam
temubual beliau menyatakan,
Bagi peluang dan ruang untuk kanak-kanak berimaginasimereka memang boleh
bayangkan macam-macambiarkan berangan (K2).
Pendapat ini turut disokong oleh K1 yang menyatakan bahawa dengan menggalakkan
kanak-kanak berimaginasi, kita sebenarnya telah menggalakan mereka untuk menggunakan

fikiran mereka untuk berfikir dan seterusnya menghasilkan idea atau pendapat yang pelbagai.
Ini kerana pada tahap ini, konsep betul, salah, patut, logic dan sebagainya belum ada lagi
dalam pemikiran mereka. Ini kerana asas kepada kreativiti adalah berfikir dan menghasilkan
sebanyak mungkin idea sama ada betul ataupun salah. K1 menyatakan,
Biarkan mereka berfikirlogik atau tak tak jadi masalahkita cuma nak galakkan
mereka berfikir dan dan bagi idealagi banyak idea lagi bagus (K1).
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas menunjukkan
bahawa, dalam kita membina kreativiti kanak-kanak, kemampuan untuk berimaginasi adalah
mrupakan asas kepada mereka. Memang sudah menjadi fitrah bahawa kanak-kanak memang
mampu untuk berimaginasi tanpa sempadan. Meraka tidak terikat dengan logik, betul atau
salah, maka meraka tidak akan menyekat pemikiran mereka dengan nilai atau peraturan yang
ada. Pakar K3 turut menyokong pendapat ini bahawa galakan kepada kanak-kanak untuk
berfikir melalui imaginasi adalh sangat perlu dalam membina tahap kreativiti mereka. K3
menegaskan,

Kalau mereka tak fikir, mana ada idea datangnak suruh mereka fikir kita mesti
bebaskan mereka dengan peraturan atau nilaibiar dia berangandengan cara ni banyak
idea akan datang (K3).
Dalam memastikan modul yang dibina dapat memenuhi kehenadak dan perhatian
kanak-kanak, strategi yang perlu diberi perhatian ialah melalui pendekatan bermain. Oleh
kerana bermain merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak, maka pembelajaran
yang berasaskan kepada bermain sangat-sangat boleh memberikan kesan kepada modul yang
dibina.
M1 telah menegaskan bahawa muzik sangat rapat dengan aktiviti bermain. Oleh itu
adalah sesuai muzik turut dikaitan dengan aktiviti bermain. K2 dalam temubual ada
menjelaskan,
Strategi terbaik untuk kanak-kanak ialah dengan bagi mereka bermainbila mereka
bermain macam-macam aktiviti yang boleh dibuat (K2).
Seterusnya menurut pakar M2, strategi yang juga boleh memberikan kesan kepada
kanak-kanak ialah dengan menggunakan aktiviti muzikal yang pelbagai seperti nyanyian,

gerakan dan main alat muzik. Pendapat ini turut disokong oleh pakar M1 dan M3. Begitu
juga pakar K1, K2 dan K3.
Oleh yang demikian, melalui gabungan bermain dan melalui aktiviti muzikal, setiap
pakar telah bersetuju bahawa ianya akan dapat membentuk satu modul yang akan dapat
menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Ini kerana secara fitrahnya, bermain dan aktiviti
muzikal seperti nyanyian, gerakan dan main alat muzik adalah merupakan sesuatu yang
mudah untuk diterima dan digemari oleh kanak-kanak.
Aktiviti muzikal yang sesuai digunakan dalam modul ini ialah nyanyian, gerakan dan
main alat muzik. Pendapat ini dicadangkan oleh pakar M1, M2 dan M3. Ketiga-tiga aktiviti
muzikal ini boleh diasingkan atau dijalankan secara serentak. M1 ada mnyatakan,
Kita boleh suruh kanak-kanak menyanyi, menari dan main alat muzik untuk bina
kreativiti mereka mesti mereka seronok dan nak ikut aktiviti yang guru buat (M1)
Menurut M2, apabila menggunakan aktiviti nyanyian, pemilihan yang sesuai amatlah
penting. Lagu yang pendek, banyak pengulangan melodi dan mudah untuk dinyanyikan
adalah merupakan factor yang penting dalam aktiviti nyanyian. Di samping itu juga, dengan
menggunakan lagu popular turut boleh digunakan dalam modul tersebut agar ianya lebih
menarik. M3 dalam temubual ada menyebut,
Kalau kita guna lagu popular pun bagus juga kanak-kanak dan tau lagu tujadi
cikgu senang dan tak payah nak ajar lagu lagiboleh terus buat aktiviti (M3).
Bagi aktiviti gerakan pula, setiap gerakan yang dipilih mestilah menggunakan gerakan
yang mudah dan sesuai dengan tahap kanak-kanak. Gunakan gerakan yang melibatkan
seluruh anggota badan mereka sama ada motor kasar atau halus.
Modul MK2K ini telah dibina berdasarkan kepada Model Gagne. Model ini dipilih
kerana ianya mempunyai elemen asas yang diperlukan dalam merekabentuk modul ini.
Misalnya, model ini menekankan kepada penggunaan pengetahuan lepas dan latih tubi bagi
memberikan satu struktur pengajaran yang sesuai berdasarkan kepada konteks kajian.
Semua empat aktiviti modul yang dibina adalah berdasarkan Model Gagne. Setiap
aktiviti yang dibina adalah bertujuan untuk membina tahap perkembangan kreativiti kanakkanak. Modul ini telah dibina berdasarkan kepada pandangan pakar dengan mengambil kira

aktiviti muzikal yang sesuai pada kanak-kanak dalam membina tahap kreativiti mereka.
Aktiviti muzikal yang digunakan ialah main alat muzik dan gerakan.

Anda mungkin juga menyukai