Anda di halaman 1dari 4

Aliran Falsafah

1.0

Pengenalan

Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap Sesuatu
perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman
yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula
menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat keputusan.
2.0

Kepentingan Falsafah
2.1

Menjadi Panduan Dan Landasan Dalam Membuat Keputusan

Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam
kehidupan harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah yang
dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi
keperluan falsafah yang dipegang.
2.2

Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam Dan Sistematik


Falsafah membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya,
pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer
dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu
intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia.

2.3

Stabil Dan Sukar Berubah, Bersifat Statik


Pendidik harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika pendidik
kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi,
falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik dalam pengajaran.

3.0
Idealisme
Falsafah ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut Plato, Saya fikir, oleh
itu saya wujud, segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Kewujudan
objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia.
Pendidik beraliran ini sangat pentingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai muzik
dianggap kekal, justeru hanya muzik yang bermutu sahaja dipelajari oleh pelajar. Malah,
perancangan dan pembentukan kurikulum diberi perhatian serta tumpuan yang bersungguhsungguh.
3.1
Kelebihan Idealisme
Falsafah ini berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk
mengenalpasti apa yang benar. Logik adalah alat untuk menentukan apa yang harus dilakukan
dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat

statik, stabil dan sukar berubah. Ia juga kurang berminat terhadap inovasi, seperti fesyen
pakaian yang sentiasa berubah.
3.2
Kelemahan Idealisme
Anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa, masih tidak
mendapat persetujuan serentak daripada manusia tentang beberapa perkara. Tokoh falsafah
tidak berupaya untuk menjelaskan kepercayaan baharu atau idea baru yang sering berubah dan
berlaku dari semasa ke semasa. Malah, logik adalah senjata utama idealisme, tapi tidak
semuanya boleh dipakai kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.

4.0
Realisme
Falsafah ini dibentangkan oleh Aristotle. Pada pendapat beliau, realiti yang sebenarnya adalh
terletak kepada apa yang dapat dilihat secara fizikal dengan mata, bukannya melalui idea atau
pandangan. Secara am, ia tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada
sesuatu yang ghaib dan abstrak.
Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi manusia atau akal manusia boleh
dianggap sebagai cermin realiti kerana apa yang dilihat merupakan satu realiti yang
sebenarnya. Akal manusia hanya boleh melihat dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal
sahaja. Maka, sistem pemerhatian dan pembuktian secara saintifik boleh dikirakan yang paling
sah bagi pengikut-pengikut realisme.
Ahli falsafah ini bertentangan dengan falsafah naturalisme bahawa pelajar boleh belajar dengan
lebih berkesan dengan kaedah jumpa sendiri. Mereka juga menolak pendapat falsafah
idealisme bahawa cara yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu adalah melalui pemikiran yang
rasional.
4.1

Kelebihan Realisme

Falsafah ini merupakan falsafah yang amat praktikal kerana ia berdasarkan reality dan boleh
dilihat secara fizikal. Manusia tidak perlu menembus alam yang luas daripada kemampuan
pancaindera. Manusia percaya bahawa pengetahuan manusia yang sedia ada kurang sempurna
atau lengkap maka ini membolehkan manusia meneruskan usaha mereka untuk mencari
kebenaran dan premis yang sedemikian.
Dalam konteks muzik, falsafah ini menyanjung pakar dan tokoh dalam bidang muzik. Teknik
pernafasan sewaktu menyanyi dan posisi serta postur bdan yang betul sewaktu bermain gitar
merupakan penemuan oleh pakar nyanyian pada waktu dahulu. Menurut falsafah idealisme,
kesemua ini merupakan teknik yang sah diguna pakai. Teknik yang lain sekiranya ditemui, ia
hanyalah satu kesilapan.

4.2
Kelemahan Realisme
Falsafah realisme adalah berkenaan dengan keyakinan yang begitu kuat yang diletakkan pada
pendapat pakar-pakar. Dari segi psikologi, perselisihan pendapat di kalangan pakar sering
terjadi. Pengamal dan pendukung utama falsafah ini ialah manusia. Persepsi manusia melalui
deria ada kalanya boleh jadi tersilap. Ini disebabkan perlakuan manusia tidak boleh diukur
secara saintifik untuk menentukan pencapaiannya.
5.0

Pragmatisme
Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti. Segala yang
wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan dahulu
secara objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea.
Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi
daripada manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat
mengalaminya. Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat
dengan cara saintifik (kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan
dengan teliti).
5.1
Kelebihan Pragmatisme
Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat
kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang
benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar.
Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik
timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.
Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan
sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks
pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap
tindakan tersebut berguna.
Malah, para pendidik juga mempunyai kepelbagaian kaedah pengajaran bergantung kepada
perubahan situasi pembelajaran

5.2

Kelemahan Pragmatisme
Hanya satu cara untuk mengenalpasti kebenaran dan realiti iaitu bergantung kepada kaedah
saintifik sahaja. Malah, aspek nilai dan moral tidak begitu jelas dan kurang diberi penekanan
dalam pandangan pragmatisme. Mengikut pandangan falsafah, nilai-nilai kemanusiaan kurang
stabil kerana segalanya sentiasa berubah. Contohnya, bagaimanakah pendidik dapat berfungsi
dengan baik tanpa nilai atau objek yang stabil dan tertentu.

6.0
Kesimpulan
Kesimpulannya, untuk falsafah realisme, pendidik muzik perlu melihat aspek-aspek yang
bersesuaian untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat

beberapa kelemahan, maka ia boleh diubahsuai dan tidak bergantung semata-mata kepada
prinsip yang terkandung dalam falsafah.
Dengan aspek falsafah idealisme pula, citarasa muzik manusia telah meningkat. Hanya muzik
yang berkualiti dipilih. Ini membolehkan murid mempelajari muzik yang lebih berkualiti secara
berkesan. Malah, disiplin juga dipentingkan dan guru memainkan peranan sebagai model
kepada pelajar.
Dalam falsafah pragmatisme pula, ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana
dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Yang penting sekali, dalam pendidikan,
segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.