Anda di halaman 1dari 24

PERANAN MEDIA KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT HARI INI

Pengenalan
Di dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin
berkembang pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan
teknologi dalam merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini
selanjutnnya memberi kesan dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan
masyarakat madani hari ini. Kepada sesiapa yang tertinggal daripada menikmati dan
terbabit dengan limpahan kemajuan teknologi, boleh diibaratkan sebagai golongan
katak di bawah tempurung. Semua orang berlumba lumba dalam mengejar
kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi.
Media komunikasi secara amnya boleh dikalsifikasikan sebagai alat, bahan
atau produk yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang
dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi ( Musa Abu Hassan,
1996 ). Dewasa ini sejajar dengan perkembangan teknologi penerbitan, media yang
mendominasi arus perkembangan komunikasi negara boleh dibahagikan kepada dua
jenis sumber iaitu media cetak dan media elektronik. Salah satu barometer atau
indikator pengukur akan kemajuan sesebuah masyarakat yang menunjukkan sistem
komunikasinya sudah canggih adalah melalui peranan media massa ( A. Muis, 2001 ).
Dengan kenyataan itu, membuktikan perkaitan rapat antara perkembangan dunia
media massa hari ini yang sangat berkait rapat dan langsung dengan perkembangan
teknologi masa kini. Manakala menurut Branston ( 2003 ), media dalam ilmu
komunikasi diterjemahkan dari istilah Latin medium yang beerti tengah atau
perantara.

Teknologi komunikasi pula bolehlah disifatkan sebagai pencapaian atau


modenisasi yang dialami dalam ketamadunan berkomunikasi itu sendiri. Ia sudah jauh
berkembang dari abad ke abad. Dari zaman paleolitik hinggalah ke abad millinium
ini, teknologi untuk berkomunikasi itu telah mengalami terlalu banyak perubahan dan
penambah baikkan. Sistem jaringan untuk berkomunikasi itu sendiri telah dicapai
dalam belbagai sudut dan bentuk. Ia bukan lagi hanya perhubungan lisan interpersonal
yang melibatkan dua orang individu secara serentak. Ia telah berkembang dengan
belbagai kaedah dan cara. Menurut Rogers ( 1991 ), teknologi komunikasi adalah alat
perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu
semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individuindividu lain.
Kini, kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang
memerlukan

interaksi

dua

hala

secara

bersemuka.

Hari

ini

penggunaan Twitter, Facebook, WhatsApp, WeChat, Messenger, Line, talian bimbit,


ruang chatting, emel dan perkongsian maklumat menerusi pelbagai sumber media
massa telah menjadi satu fenomena dan kewajipan. Daripada orang dewasa hingga
kepada anak-anak di sekitar umur 6-7 tahun, kebanyakkannya kini wajip mempunyai
sebuah talian bimbit bagi tujuan komunikasi. Ini yang dinamakan sebagai teknologi
komunikasi itu telah menular dan menjadi keutamaan dalam masyarakat hari ini. Oleh
demikian, dengan perkembangan teknologi komunikasi ini telah memberi sumbangan
dan impak yang positif dalam pembangunan keluarga hari ini serta pembangunan
negara masa depan. Perkembangan teknologi membantu komunikasi antara satu sama
lain dengan lebih mudah dan pantas dimana maklumat dalam bentuk tulisan mahupun
dalam bentuk gambar atau video dapat disampaikan dengan pantas.

Peranan Media Massa Kepada Pembangunan Negara


Peranan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat
dinafikan. Media boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat
nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan
semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa memainkan
peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini
di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Contoh yang paling jelas ialah penubuhan akhbar Utuan Melayu (Utusan Malaysia),
ia ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas
untuk menjadi penghubung, pentafsir dan pemerhati di antara golongan nasionalis
dengan rakyat. Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu, akhbar ini juga
menyalurkan sedikit cerita ringan seperti prebiu filem sebagai hiburan untuk
menenangkan rakyat.
Setelah mencapai kemerdekaan, zaman mula berubah dan penekanan kerajaan
di bawah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah untuk
membangunkan negara ini. Di sini peranan media massa seperti Utusan Melayu sekali
lagi diperlukan. Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi
memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas. Media digerakkan sepenuhnya
umpamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menubuhkan Bahagian Pembangunan
dan Pertanian pada tahun 1948, khusus untuk mewujudkan kesedaran kepada rakyat
tentang pembangunan. Ketika negara sedang rancak membangun, secara tiba-tiba ia
terberhenti seketika apabila tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 rusuhan kaum. Ia
menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tegang dan memerlukan kerajaan
bertindak dengan segara.

Peranan media sekali lagi diperlukan untuk memberikan tafsiran kepada


rakyat selepas Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak Hussin memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi
mengelakkan berlakunya ketegangan seperti tragedi berdarah itu. Sejak daripada itu
peranan media menjadi semakin penting dalam pembangunan negara bagi
menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat supaya bekerjasama dengan
kerajaan. Oleh yang demikian, hubungan di antara media dan kerajaan di negara ini
amat rapat maka tidak hairan jika kita melihat akhbar terkenal di negara ini seperti
Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star disebaliknya dikuasai oleh parti
pemerintah.
Biarpun dimiliki oleh parti seperti UMNO dan MCA, media masih bebas
untuk menjalankan fungsinya sebagai pemerhati dalam setiap agenda pembangunan
yang dilakukan. Misalnya, pada tahun 2004, Utusan Malaysia melaporkan kerakusan
35 pemaju yang menggondolkan kawasan Bukit Cerakah di Shah Alam sehingga
mengejutkan semua pihak termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Pendedahan itu menarik perhatian semua pihak terutama kerajaan. Dalam
kelekaan kita mengejar pembangunan aspek alam sekitar dilupakan sehinggakan
kawasan tadahan air turut menjadi mangsa.
Justeru itu, dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus
pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk
merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar
dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu
menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui,
media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia.
Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya

'Teknologi

Maklumat'.

Internet

digunakan

dengan

meluas

dinihari

kerana

kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu
belum lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi
melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar,
majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa mampu
meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat terkini
dan penggunaan peralatan morden dan terkini. Justeru itu, media massa dapat
menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dan pemodenan
negara dapat dilaksanakan.

Sumbangan Teknologi Komunikasi Kepada Pembangunan Keluarga.


Dewasa ini dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020 dan matlamat
Gagasan 1Malaysia, maka istilah istilah satu rumah satu komputer, sebuah talian
internet untuk setiap keluarga, program pemberian netbook percuma kepada pelajar
tingkatan enam dan lima di setiap sekolah merupakan fenomena lazim yang sedang
giat dijalankan oleh kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat yang celik IT. Ini
membuktikan bahawa kemajuan talian komunikasi hari ini perlu selari dan sejajar
dengan pemikiran dan keboleh serapan masyarakat hari ini untuk menerima kemajuan
aplikasi-aplikasi tersebut. Usaha-usaha ini dijalankan agar kita tidak tertinggal dalam
capaian menikmati perubahan teknologi komunikasi terutama sekali yang melibatkan
internet yang mana semakin hari semakin pantas kemajuan dan teknologi yang
dialami. Ini kerana kemajuan yang dikecapi oleh media dan teknologi komunikasi
mempunyai kesan dan impak positif yang sangat jelas terhadap pembangunan
keluarga hari ini.

Salah satu sumbangan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga


ialah memudahkan komunikasi antara keluarga. Aspek komunikasi terpenting ialah
perhubungan

interpersonal

yang

dilakukan.

Sehubungan

itu,

kekerapan

berkomunikasi antara keluarga akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada.
Sebagaimana contoh yang kerap dipaparkan melalui iklan-iklan menjelang perayaan
Aidi Fitri. Iklan memaparkan walau jauh mana pun jarak seseorang anak, dengan
kemudahan jaringan telekomunikasi hari ini, jarak tidak lagi menjadi satu kekangan
atau halangan dalam interaksi. Anak masih boleh berhubung dengan kedua ibu bapa
atau adik beradik yang lain melalui telefon atau pun sidang video melalui perisian
web. Kemudahan ini bukan saja menghilangkan rasa rindu, namun ia juga dapat
mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian kekeluargaan. Dengan nilai kos
perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk dikendalikan, teknologi
komunikasi telah menjadi aspek penting dalam pembangunan keluarga hari ini
terutama dari segi perhubungan. Paparan iklan itu merupakan realiti sebenar yang
berlaku dalam masyarakat. Ibu bapa dan anak saling berhubungan. Walaupun berada
jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung jawap diantara
keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam suasana yang
mudah. Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan
kemajuan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat
hari ini.
Fenomena akaun seperti facebook, twitter, tagged dan sebagainya sudah
menjadi satu kemestian pada hari ini. Jaringan laman web sosial tersebut
memudahkan interaksi antara masyarakat tidak kira sesama keluarga, kawan kawan
mahupun antarabangsa. Bahkan para pemimpin juga kini telah menggunakan
pendekatan berkomunikasi melalui akaun akaun sosial ini.

Sebagai ahli keluarga seperti ayah dan ibu, perlu untuk turut sama mengikuti
dan memiliki akaun akaun laman web sosial seperti anak anak mereka. Melalui
interaksi tersebut, akan memudahkan kedua orang tua untuk memantau dengan siapa
anak anak mereka berkawan. Ini penting kerana kini bermacam macam gejala
sosial yang melopori berita di dada dada akhbar dan televisyen. Dan ada diantara
kes kes berkenaan yang melibatkan perkenalan melalui laman laman sosial ini.
Sehubungan dengan itu, mengikuti perkembangan pergaulan anak anak adalah perlu
dititik beratkan dalam usaha mengawal pergaulan mereka serta institusi kekeluargaan
yang utuh.
Berinteraksi dengan lebih kerap sesama ahli keluarga melalui laman web
sosial ini juga akan menambahkan keeratan sesama sendiri selain sentiasa mengetahui
status dan keadaan semasa diantara rakan saling. Bagi anak anak yang berjauhan
daripada keluarga, perhubungan melalui medium ini akan membuatkan mereka
sentiasa dekat antara satu sama lain.

PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN BERITA


Kemajuan yang dikecapi melalui perkembangan teknologi maklumat hari ini
turut memudahkan perkongsian maklumat dan berita dalam usaha menambah ilmu
pengetahuan. Proses pembelajaran anak anak semakin mudah dalam mendapatkan
maklumat tambahan selain apa yang mereka perolehi melalui pendidikan secara
formal di sekolah dan institusi pengajian.
Rancangan seperti Channel Geografi di Astro, TV Pendidikan dan paparan
berita berita semasa merupakan input tambahan kepada anak anak dalam
perkembangan usia mereka. Ini dapat digunakan dalam usaha memberi mereka ilmu
tambahan dalam nilai kos yang paling minimum.

INTERAKSI DALAM PENDIDIKAN


Satu lagi kesan positif yang sangat sangat ketara dalam usaha memberi
impak jelas dalam pembangunan keluarga ialah kemajuan teknologi komunikasi hari
ini telah membolehkan ramai orang menikmati serta berupaya untuk belajar sepanjang
hayat. Umum mengetahui bahawa tidak semua orang layak atau berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran pada usia muda. Program Pendidikan Jarak Jauh seperti yang
dilaksanakan oleh UPM merupakan salah satu peluang yang tersedia luas untuk
masyarakat hari ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang ini
dipermudahkan lagi hasil kemajuan dalam media dan teknologi komunikasi. Tidak
perlu lagi pelajar belajar secara sepenuh masa. Mereka masih dapat ruang untuk
bekerja dan pada masa yang sama mereka turut belajar.
Ironinya, masyarakat tidak perlu berpisah jauh daripada keluarga iaitu
isteri/suami dan anak anak dalam usaha mencapai cita cita mereka. Ini akan
mengelakkan keluarga terpisah untuk jangka masa tertentu dalam proses
menghabiskan pelajaran mereka. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu
ketua keluarga yang mengejar cita cita tetapi pada masa yang sama dapat memantau
perkembangan ahli keluarga yang lain dan dapat mengekang masalah masalah sosial
yang akan timbul ekoran sekiranya kurang kawalan dan pengawasan. Ini semua
dikecapi hasil daripada perkembangan yang berkesan dan baik dalam sektor teknologi
komunikasi.

PEMBERI ATAU PENYEBAR MAKLUMAT


Liputan media serta jaringan telekomunikasi yang baik pada hari ini juga akan
berinteraksi sebagai pemberi atau penyebar maklumat. Ini akan dapat dijadikan
panduan dan pedoman dalam pembangunan keluarga. Maklumat maklumat seperti

penyakit, kesan jenayah dan anasir anasirnya, boleh menjadi satu pembimbing atau
peringatan kepada anak anak. Ini akan menghasilkan keluarga dan masyarakat yang
peka kepada isu semasa dan keadaan persekitaran.

SEBAGAI WADAH HIBURAN


Media hari ini hasil daripada kemajuan teknologi maklumat turut menjadi satu
wadah hiburan untuk seisi keluarga. Contoh paling mudah ialah pengenalan segmen
Astro First yang dijalankan oleh pihak Astro iaitu penayangan filem filem terkini
dipanggung wayang melalui medium televisyen. Ini membolehkan seisi keluarga
menonton bersama di rumah. Dapat mengelakkan anak anak berpeleseran di
panggung panggung wayang. Ruang untuk bersama ini sebenarnya boleh digunakan
untuk mengeratkan lagi talian kekeluargaan sedia ada dalam usaha pembangunan
keluarga yang lebih ampuh dan mampan. Ruang untuk anak dan ibu bapa untuk
bersama lebih terbuka dan luas.

KESIMPULAN
Keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa kesan perubahan teknologi
komunikasi hari ini telah memberi impak yang ketara terhadap perkembangan media
massa. Ia turut memainkan peranan yang kuat sama ada dari aspek positif mahupun
negatif. Jelasnya di sini, kesan yang baik akan memainkan peranan yang besar dalam
aspek pembangunan keluarga terutama dalam usaha negara menanggani gejala sosial
hari ini. Sering diperkatakan kesan buruk atau negatif pengaruh teknologi dan
perkembangan komunikasi serta media hari ini, namun sangat jarang dan kurang
kajian-kajian yang dilakukan bagaimana ia turut membawa kesan baik yang besar
terutama dalam skop dan aspek pembangunan keluarga.

Secara amnya, media massa di negara ini telah memainkan perananya untuk
membangunkan negara ini walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa tidak ada
kebebasan media. Konsep kebebasan media dalam rangkanya sendiri di mana
kerajaan memainkan peranan dalam menentukan media berfungsi sebaiknya dalam
masyarakat. Bagaimanapun ruang tetap diberikan kepada media untuk berfungsi
sebagai pemerhati dan pentafsir. Berdasarkan konsep inilah negara Malaysia dapat
dibangunkan dengan sempurna tanpa terlalu banyak rintangan kerana media bersamasama kerajaan membawa satu agenda yang sama. Sejarah telah membuktikan
bagaimana media massa di negara ini membantu menghapuskan ancaman Parti
Komunis Malaya (PKM) sehinggalah mereka meletakkan senjata dan keluar dari
hutan. Seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk
Zainudin Maidin dalam memoirnya Hero Tak Didendang, media telah mengetahui
sejak awal lagi proses perdamaian di antara PKM dan kerajaan bagaimanapun ia tidak
didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan meminta media supaya membantu dalam
menyiapkan mental rakyat terutama bekas polis dan askar untuk menerima peletakkan
senjata itu.
Kesimpulannya media telah memainkan peranannya dengan baik di negara ini,
semua peranannya telah berfungsi tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Biar
pun ada yang menyebut kerajaan mengekang media tetapi dengan wujudnya media
baru melalui internet kebebasan telah diberikan sepenuhnya kepada media.
Kerajaan harus mengawal kebebasan media bagi memastikan aspek pembangunan
diteruskan dan menyiapkan rakyat untuk terus menerima lebih banyak kemajuan
walaupun kadang kala kemajuan itu sendiri yang akan membunuh niat baik kerajaan.

1.2

Definisi

Komunikasi

Massa

Pelbagai pihak cuba memberikan denifisi komunikasi. Pada tahun 1976 sahaja, Frank
Dance dan Carl Larson telah mengumpulkan sebanyak 126 definisi komunikasi yang
berlainan. Sedangkan tafsiran yang paling mudah untuk komunikasi ialah perkongsian
maklumat

dan

makna

di

antara

sumber

dan

penerima.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka komunikasi bermaksud perhubungan


secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain lagi
manakala komunikasi massa beerti komunikasi atau perhubungan dengan atau yang
sampai

kepada

orang

ramai

amnya

Menurut Wikipedia, komunikasi adalah satu proses untuk menyampaikan maklumat


dari seseorang kepada individu lain dan ramai sarjana komunikasi memperakui
definisi tersebut dan Model Lasswell siapa berkata apa kepada siapa melalui saluran
mana

dengan

kesan

apa.

Istilah komunikasi atau communication sebenarnya berasal dari Bahasa Latin

iaitu communicatus yang bererti berbagi atau menjadi milik bersama.


Komunikasi menurut kamus bahasa pula ialah mengacu pada suatu upaya yang
bertujuan

untuk

mencapai

kesepakatan.

Berelson & Steiner menafsirkan komunikasi sebagai suatu proses penyampaian


informasi, gagasan, emosi, keahlian dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol
seperti

kata-kata,

gambar,

angka-angka

dan

lain-lain.

Komunikasi massa boleh ditafsirkan ialah proses penyampaian maklumat kepada


massa iaitu kumpulan yang lebih besar agar maklumat tersebut dapat dikongsi secara
bersama di antara sumber dan penerima. Jika di lihat melalui model David Berlo,
1960 yang menafisrkan bahawa komunikasi melibatkan empat elemen asas iaitu
Source Message Channel Receiver (S.M.C.R). Media massa merupakan salah
satu saluran (medium) dalam proses komunikasi bagi menyampaikan maklumat.
Sebagai contoh, Perdana Menteri (source) ingin menyampaikan gagasan barunya
(message) kepada massa (receiver), saluran yang paling mudah untuk memastikan
orang ramai mendapat maklumat tersebut ialah melalui media (channel).

2.

Fungsi-Fungsi

Media

Massa.

Media massa mempunyai fungsinya yang tersendiri biar apa pun penafsiran yang
diberikan terhadap sesuatu media. Lazimnya setiap media tersebut mempunyai
sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkanya agak
berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Sebagai
contoh, majalah hiburan seperti Mangga dan Hai, ia memaparkan kehidupan seharian
artis dan ada di antara gambar yang disiarkannya agak keterlaluan. Bagi mereka yang

gemarkan media sebegitu akan menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi
golongan tertentu mereka melihatnya dari sudut yang berbeza dan menganggapnya
sebagai

keterlaluan

serta

lari

dari

budaya

serta

hukum

agama

sendiri.

Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai
empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur.
Keempat-empat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap
media terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat kepada khalayak.
Pun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang
tersendiri. Khalayak sewajarnya dapat menilai di antara baik dan buruk suatu media
bagi memastikan mereka memperoleh maklumat yang sebenarnya. Seperti apa yang
dikatakan oleh John R Wenburg dan William Wilmot, komunikasi adalah suatu usaha
untuk memperoleh makna. Ia juga sejajar dengan Donald Byker dan Loren J.
Anderson yang menafsirkan komunikasi adalah satu proses perkongsian maklumat
antara

dua

individu

atau

lebih.

Sekiranya dilihat secara mendalam, keempat-empat fungsi media massa terbabit


mempunyai kesan baik dan kesan buruk kepada khalayaknya. Kesan tersebut akan
berlaku sekiranya khalayaknya terlalu bergantung kepada media massa untuk
mendapatkan maklumat dan berita yang tanpa merujuk kepada mana-mana sumber
alternatif

disebabkan

terlalu

sibuk

bekerja

dan

sikap

individualistik.

Pun begitu dalam dunia serba moden ini, akan timbul kekeliruan apabila merujuk
kepada terlalu banyak sumber kerana media massa hanya menyampaikan maklumat
berdasarkan agenda dan kehendak organisasi yang diwakili mereka manakala
selebihnya tidak disalurkan kepada khalayak untuk membuat pertimbangan.
Sebagai contoh, apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana seperti Utusan
Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Strait Times amat berbeza dengan

Harakah serta Suara Keadilan. Tetapi kedua-dua jenis akhbar itu tidak menipu
khalayak kerana mereka hanya mengutip isi yang hanya mengguntungkan organisasi
mereka

sahaja.

Keadaan bertambah buruk apabila teknologi maklumat berkembang dengan pesat dan
timbul media baru yang disalurkan melalui internet seperti blog. Pertumbuhan blog
seperti cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini menyebabkan wujudnya satu
fenomena baru di mana khalayak seolah-olah lebih mempercayai blog sedangkan
kredibilitinya

tidak

diragui.

Berdasarkan penerangan di atas secara jelas bahawa fungsi media massa iaitu,
pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur mempunyai kesan yang baik dan
buruk

2.1

kepada

Fungsi

khalayak.

Pemerhati.

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan media massa bertugas
sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita.
Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada khalayak melalui berita
atau maklumat tetapi tidak semua perkara yang berlaku akan dilaporkan kerana media
hanya memilih peristiwa yang siginifikan dan memberikan kesan yang mendalam
kepada

masyarakat

disekelilingnya.

Bagaimanapun fungsi media sebagai pemerhati terbahagi kepada dua iaitu amaran dan
instrumental.

2.1.1

Amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan disekelilingnya seperti
ancaman bahaya, perubahan cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang
kemudiannya memberi amaran kepada khalayak agar bersiap sedia secara fzikal dan
spiritual.
Sebagai contoh, laporan muka depan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai
ancaman selesema babi atau influenza A H1N1. Biar pun pada ketika itu, Malaysia
belum merasai serangan wabak tersebut tetapi akhbar ini telah memberikan amaran
awal kepada khalayak bahawa ia akan tiba di negara ini pada bila-bila masa dengan
memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyufatkan
penyakit tersebut sebagai pandemic iaitu mencapai tahap tertinggi, fasa enam amaran
terhadap anacaman berkenaan. Amaran tersebut terbukti apabila pada 12 Jun, akhbar
yang sama di muka depannya melaporkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai yang menyifatkan wabak tersebut semakin serius di negara ini biar
pun sebelum itu kerajaan mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai tidak perlu
panik.
Jika dilihat pada satu aspek laporan media itu mempunyai kebaikannya kerana ia
memberi amaran lebih awal kepada khalayak supaya bersedia untuk menghadapi
wabak berkenaan pada bila-bila masa. Justeru itu, khalayak boleh melakukan
persedian dengan mendapatkan maklumat tambahan mengenai selesema babi dan
langka-langkah pencegahan bagi mengelakkan mereka dijangkiti. Khalayak tidak
perlu lagi ke sana sini untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit terbabit
kerana di akhbar tersebut juga disediakan maklumat tentang langkah-langkah untuk
membuat

persediaan

bagi

menghadapi

ancaman

tersebut.

Tetapi sekiranya khalayak tidak meniliti dengan mendalam laporan terbabit dan tidak
mendapat maklumat sebenar situasi selesema babi di negara ini, fungsi sebagai

pemberi amaran tersebut akan membawa kepada keburukan yang serius. Ini kerana
keadaan itu mungkin akan menimbulkan keadaan kelam kabut pada tahap awal,
contohnya, orang ramai tidak berani keluar dari rumah untuk bekerja. Sekiranya tidak
dibendung ia akan menyebabkan ekonomi negara terjejas dan keadaan negara menjadi
tidak stabil sehingga menyebabkan pelabur bimbang untuk datang ke sini.

2.1.2

Instrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat. memperoleh maklumat


seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya.
Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitanpenerbitan ringkas dan kandungan media bertujuan menghibur seperti majalah
teknikal

juga

menjalankan

peranan

mengawasi.

Contoh yang paling mudah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
menyiarkan berita mengenai komentar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang mahukan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang belajar di sebarang laut
untuk

memahami

konsep

dan

prinsip

1Malaysia.

Komentar tersebut bertepatan dengan fungsi sebagai pemerhati instrumental.


Kebaikannya ialah Konsep yang menjadi gagasan baru yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahukan rakyat rakyat di negara ini
bersatu padu di bawah konsep terssebut menuju ke arah pembentukan satu negara dan
bangsa.

Bagaimanapun keburukkannya apabila ia dilihat dari perspektif yang lain terutama


dari sudut politik kerana ia akan dilihat sebagai satu modal politik untuk menghadapi
persaingan dengan parti-parti politik yang lain sedangkan ia jelas menunjukkan
bahawa gagasan itu amat baik bagi mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat tanpa
mengira

agama,

bangsa

dan

2.2

negara.

Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan
maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.

Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati.
Gatekeepers media akan menentukan mana berita yang penting yang akan
disebarkan

menurut

kepentingan

dan

keutamaannya.

Bukan semua berita yang diterima akan disebarkan di televisyen atau radio. Selain
dari menyiarkan berita, media juga menyediakan ruang untuk komentar pembacanya.
Artikel yang membincangkan implikasi sesuatu polisi, kritikan, karikatur juga
membentuk

interpretasi

khalayak.

Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak memperoleh berbagai pandangan


yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di
halaman editorial surat khabar. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya
pembaca memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan.

Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis peristiwa-peristiwa
semasa atau polisi kerajaan. Kenaikan harga gas dan impak kepada harga makanan
juga

termasuk

dalam

kategori

ini.

Sebagai contoh stesyen televisyen TV9 mengadakan program Hujah untuk


menjelaskan isu-isu semasa di negara ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam
pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr.
Mohammad

Agus

Yusoff.

Umpamanya dalam satu siri mengenai krisis di Perak yang disiarkan pada 31 Mac
lalu, forum tersebut tiga ahli panel telah dijemput iaitu Dekan Fakulti UndangUndang UiTM, Prof. Shad Saleem al Faruqi, Peguam Kanan Datuk Shafee Abdullah
dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Kesemua mereka adalah pakar
dalam bidang undang-undang yang dijemput khas untuk memberikan pandangan
mengenai kekusutan yang berlaku di Perak selepas tiga adun dari pakatan
pembangkang keluar dari parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka
sebagai

Ahli

Dewan

Undangan

Negeri

(ADUN)

bebas.

Melalui program tersebut khalayak dapat menilai dan memahami perkara yang
dibincangkan tersebut dengan bantuan tafsiran ahli panel berkenaan. Sekali gus ia
dapat membentuk khalayak yang berilmu walaupun secara jelas hujah ketiga-tiga
panel terbabit tidak memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kerana mereka
mempunyai pandangan yang berbeza. Pun begitu ia sedikit sebanyak membantu
khalayak memahami dengan jelas proses perundangan yang berlaku dalam krisis

berkenaan dan menyedarkan khalayak bahawa terdapat grey area dalam


perlembagaan

dan

perundangan

di

Perak.

Bagaimanapun keburukannya mungkin percanggahan pendapat di antara ahli panel


terbabit menyebabkan khalayak terutama mereka yang berpendidikan rendah
bertambah keliru dan sukar untuk menilai serta membuat keputusan pendapat yang
mana boleh diterima pakai. Perlu diingat sebagai manusia biar pun berpendidikan
setinggi mana sekali pun mereka tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh
itu, sebarang maklumat yang kurang tepat atau silap mungkin diketengahkan dalam
perbincangan mereka. Akibatnya khalayak mungkin terpengaruh dengan maklumat
yang

tidak

tepat

yang

lazimnya

bergerak

sama

2.3

pantas.

Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam


masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli
dengan produk penjual. Pengundi mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat
melalui surat khabar, televisyen, radio dan laman web. Menerusi rancangan yang
disiarkan di media elektronik atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang sakit dan
mangsa

peperangan

dan

bencana

alam

yang

memerlukan

bantuan

ini.

Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan yang dilakukan


oleh media. Ia boleh menjadi penghubung masyarakat yang terpisah sama ada
individu dengan individu, masyarakat dengan masyarakat, peristiwa dengan
masyarakat mahu pun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat semasa.

Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat fungsi ini dapat dilihat dengan jelas.
Maklumat melalui apa yang dipanggil sebagai media baru ini (internet) berada
dihujung jari khalayak. Segala apa yang dimahukan boleh diakses dengan secepat
mungkin.

Pelbagai laman web, seperti ensklopidia elektronik wikipedia, blog, laman berita
maya (Utusan Online, Bernama), laman sosial seperti facebook dan friendster
memudahkan masyrakat berhubung dan mendapatkan pelbagai maklumat walaupun ia
berlaku

pada

masa

lampau.

Ia menyediakan wahana dan platform untuk berhubungan antara dua atau ramai orang
atau membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web
menghubungkan pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup
mereka

dengan

orang

lain

yang

setara

permasalahannya.

Kadang kala media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan
sosial yang dulunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa.
Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan kemampuan media menyediakan
akses

kepada

masyarakat

untuk

menyuarakan

kepentingan

mereka.

Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia mungkin


memberi
peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada
berlakunya pemberontakan. Ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.

2.4

Penghibur

Kebanyakan pihak melihat peranan media untuk menghibur khalayak sebagai fungsi
yang paling dominan. Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur.
Filem, muzik , berita sukan, rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang disiarkan di
media memainkan fungsi hiburan kepada khalayak dengan kos yang rendah dan
murah.
Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak.
Khalayak menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang, mendengar
muzik, menyewa video, melihat rancangan komedi di televisyen dan melayar
internet.

Fungsi ini boleh didefinasikan sebagai media massa bertugas sebagai penghibur
kepada masyarakat melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahu
pun

sekadar

hiburan

semata-mata

untuk

dimanfaatkan

oleh

masyarakat.

Bagi organisasi media penyiaran program hiburan adalah memenuhi kehendak


khalayak

dan

terpulang

kepada

khalayak

untuk

memanfaatkannya.

Sebagai contoh Festival Filem Malaysia ke 22 di Dewan Canselor, Universiti


Malaysia Sabah (UMS) pada 8 Ogos lalu. Stesyen televisyen Astro Ria menyiarkan
laporan terperinci festival tersebut bermula dari langkah awal artis masuk memasuki
dewan tersebut melalui rancangan Karpet Merah. Ia seolah-olah pertunjukkan
fesyen dikalangan pembikin filem di negara yang pastinya selepas ini akan menjadi

ikutan

khalayak

di

negara

ini.

Di karpet merah tersebut pembikin filem akan ditahan untuk diwawancara dan ditanya
mengenai perkembangan semasa mereka seperti aktiviti terbaru dan sebagainya. Ia
memberikan laporan terkini kepada khalayak bagi mengetahui perkembangan semasa
di mana ada diantaranya mungkin sedang terlibat dalam pembikinan filem terbaru.

Ini semua disebabkan mereka mengetahui melalui fungsi ini ia membawa pulangan
yang lumayan kerana setiap gerak geri artis akan menjadi ikutan disebabkan pengaruh
mereka yang terlalu kuat. Maka tidak hairanlah pihak industri berebut-rebut untuk
mendapatkan artis terkenal sebagai duta produk mereka.

Pun begitu, fungsi ini sebenarnya turut membawa keburukan kepada khalayak.
Ketaksuban khalayak terhadap artis akan menyebabkan khalayak akan meniru secara
membuta tuli sedangkan ada di antara artis membawa budaya yang amat bertentangan
dengan nilai-nilai serta kehendak agama Islam.

Disebabkan keterujaan itu juga kadang kala media massa menyiarkan terlalu banyak
hiburan

yang

peranannya

mengandungi

yang

lain

keseronokan

untuk

mendidik

melampau
masyarakat

sehingga
menerima

mengabaikan
maklumat.

Kesimpulan
Secara amnya, media massa di negara ini telah memainkan perananya untuk

membangunkan negara ini walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa tidak ada
kebebasan media. Konsep kebebasan media dalam rangkanya sendiri di mana
kerajaan memainkan peranan dalam menentukan media berfungsi sebaiknya dalam
masyarakat. Bagaimanapun ruang tetap diberikan kepada media untuk berfungsi
sebagai pemerhati dan pentafsir.
Berdasarkan konsep inilah negara Malaysia dapat dibangunkan dengan
sempurna tanpa terlalu banyak rintangan kerana media bersama-sama kerajaan
membawa satu agenda yang sama. Jika ruang yang diberikan sepertimana di Amerika
Syarikat sudah pasti akan timbulnya pelbagai masalah kerana rakyat mungkin keliru
dengan dakyah yang disampaikan oleh media yang menyokong kumpulan berhaluan
kiri.

Sejarah telah membuktikan bagaimana media massa di negara ini membantu


menghapuskan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) sehinggalah mereka
meletakkan senjata dan keluar dari hutan. Seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua
Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zainudin Maidin dalam memoirnya Hero Tak
Didendang, media telah mengetahui sejak awal lagi proses perdamaian di antara
PKM dan kerajaan bagaimanapun ia tidak didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan
meminta media supaya membantu dalam menyiapkan mental rakyat terutama bekas
polis

dan

askar

untuk

menerima

peletakkan

senjata

itu.

Kesimpulannya media telah memainkan peranannya dengan baik di negara ini, semua
peranannya telah berfungsi tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Biar pun ada
yang menyebut kerajaan mengekang media tetapi dengan wujudnya media baru
melalui

internet

kebebasan

telah

diberikan

sepenuhnya

kepada

media.

Kerajaan harus mengawal kebebasan media bagi memastikan aspek pembangunan


diteruskan dan menyiapkan rakyat untuk terus menerima lebih banyak kemajuan
walaupun kadang kala kemajuan itu sendiri yang akan membunuh niat baik kerajaan.

4. Bibliografi

Bungin, B. 2007. Sosiologi Komunikasi: Teori, Paradigma, dan Diskursus Teknologi Komunikasi di
Masyarakat. Kencana. Jakarta
Effendy, Onong Uchjana. 2003. Ilmu, Teori, dan Filsafat Komunikasi. (Bandung: PT. Citra Aditya
Bakti).
Griffin, EM. (2003). A First Look at Communication Theory, 5th Edition. USA: McGraw-Hill
http://en.wikipedia.org/wiki/Communication
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
http://www.youtube.com/watch?v=Wzl9sPI3fZs
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=431208
Littlejohn, Stephen W. (2002). Theories of Human Communication. USA: Wadsworth Group
Miller, Katherine. (2002). Communication Theories: Perspectives, Processes, and Contexts. USA:
McGraw Hill
Mulyana, Dedy, 2001, Metodologi Penelitian Kualitatif (Paradigma Baru Komunikasi dan Ilmu
Sosial Lainnya). Bandung: Remaja Rosdakarya.