Anda di halaman 1dari 6

Hari Pertama (4 Mac 2013)

Aktiviti : Taklimat penyediaan tapak dan mendirikan khemah.


Pada pukul 9 pagi, semua peserta BIG fasa 1 telah bersiap sedia dengan
berpakaian mengikut kelas masing-masing dan berkumpul untuk taklimat daripada
pengerusi program iaitu saudara Muhd Asyraf Bin Tajuddin sebelum bertolak ke
destinasi. Setelah selesai taklimat dan menyimpan semua peralatan ke dalam bas,
semua peserta BIG bergerak ke Tapak Perkhemahan JPS Kuala Kangsar, Perak
dengan menggunakan 3 buah bas. Setibanya peserta BIG ke destinasi pada pukul
11.30 pagi, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Yusry tentang
penyusunan tapak dan cara mendirikan khemah. Selepas taklimat daripada Encik
Yusry, semua peserta di arah mendirikan khemah. Proses mendirikan khemah ini
berjalan dengan agak lancar tanpa sebarang masalah yang besar kerana semua
peserta mempunyai pengalaman mendirikan khemah.
Antara perkara baru yang saya pelajari sepanjang aktiviti ini ialah bagaimana
untuk mendirikan khemah dengan cara yang betul seperti dalam perkehemahan ini
dan bagaimana cara untuk mewujudkan kerjasama dalam kumpulan ketika
mendirikan khemah dengan betul dan teratur. Selepas semua khemah didirikan
peserta diberi peluang untuk merehatkan diri sebelum aktiviti taklimat oleh kem
komanden iaitu Encik Sarifuddin Bin Abdul Aziz pada jam 2 petang. Sebelum sesi
taklimat dijalankan En Hamzah bin Samsudin selaku penyelaras program menyuruh
kami semua beratur mengikut kelas masing-masing bagi memudahkan proses
pemeriksaan kehadiran pelajar dari setiap kelas.
Majlis pada petang itu telah dikendalikan oleh Kem Komandan BIG siri 1,
Encik Sarifuddin Bin Abdul Aziz dengan memberikan taklimat ringkas mengenai
perjalanan program BIG pada kali ini. Taklimat ini dilakukan adalah bertujuan untuk
memberitahu tentang perkara yang tidak patut dilakukan dan yang patut dilakukan
sepanjang perkhemahan ini supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan
mampu melalui sesi perkhemahan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
Namun, pada petang itu, hujan turun dengan lebat menyebabkan beberapa buah
khemah runtuh dan dimasuki air.
perkhemahan.

Tetapi ini semua satu cabaran dalam aktivti

Saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah lebih fokus apabila diberi
taklimat mengenai sesuatu aktiviti supaya mereka jelas mengenai sesuatu perkara
dan masalah tidak lagi timbul sepanjang aktiviti berlangsung. Sekiranya kita tidak
menumpukan

perhatian

sepenuhnya

semasa

sesi

taklimat

berlangsung,

kemungkinan besar akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah yang tidak


diingini ketika program berlangsung. Oleh itu, saya berpendapat bahawa sesi
taklimat merupakan sesi yang sangat penting bagi sesuatu program kerana daripada
sesi tersebutlah setiap peserta akan dapat mengetahui jalan perjalanan yang akan
berlaku bagi sesuatu program.

Hari Pertama (4 Mac 2013)


Aktiviti : Kawad Kaki

Sebagai satu aktiviti riadah perkhemahan BIG, kawad kaki telah dijalankan di
mana semua peserta diwajibkan untuk kawad. Kawad kaki tersebut telah diketuai
oleh Encik Radzi Bin Johari. Bagi kami, kawad kaki bukanlah sesuatu yang baru
kerana kami juga telah menyertai kawad kaki semasa di sekolah menengah lagi iaitu
di dalam Unit Beruniform seperti St John Ambulance, Pengakap, Kadet Remaja
Sekolah, Kadet Polis, Puteri Islam, Bomba dan Penyelamat dan Bulan Sabit Merah
Malaysia. Oleh sebab itu, kami telah mengetahui tentang asas-asas kawad.
Walaubagaimanapun, ramai juga antara peserta yang tidak tahu langsung asas
kawad. Aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendisiplinkan diri para peserta.
Seperti yang dapat dilihat dalam kawad kaki, seorang komandan akan memberi
arahan dan skuad perlulah mengikut arahan tersebut. Malah dalam kawad juga
skuad tidak dibenarkan bergerak sesuka hati sebaliknya menjadi tegas dan megikut
arahan.
Pada pandangan saya, aktiviti kawad sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi
jika terdapat keserasian semasa berkawad dari aspek hentakan dan ayunan tangan.
Saya juga pernah menyertai pertandingan kawad kaki semasa di sekolah menengah
dan berjaya memperoleh tempat pertama. Antara perkara baru yang saya pelajari
ialah kita perlu menjadi seorang yang peka dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan
terutama dalam bidang keguruan. Ini kerana kita akan melakukan kesilapan jika kita
lalai atau tidak berdisiplin. Ini saya perolehi semasa aktiviti kawad kaki di mana
apabila ketua komandon memberi arahan, pastikan arahan itu betul baru bertindak
supaya kita tidak tersilap dan ini menunjukkan yang kita seorang yang tidak peka.

Hari Pertama (13 Februari 2012)


Aktiviti : Pengurusan diri, tazkirah dan moral 1
Aktiviti yang ditetapkan pada waktu ini memberi peluang kepada setiap
peserta untuk melatih diri mereka mematuhi masa. Kami diberi waktu selama satu
jam untuk mempersiapkan diri sebelum menunaikan solat maghrib dan makan
malam. Selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, peserta yang
beragama Islam akan dikehendaki mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh
salah seorang daripada peserta kem tersebut manakala pelajar yang bukan
beragama islam pula akan dikehendaki mengikuti aktiviti moral.
Bagi pelajar yang beragama islam, insan pertama yang memberi tazkirah
ialah pensyarah dari Jabatan Gerko iaitu Encik Hanafi Bin Ghazali. Berdasarkan
tazkirah yang diberi saya mendapat banyak ilmu baru mengenai solat berjemaah
dan hukum- hakam dalam solat.

Slot tazkirah ini berlangsung setiap hari kem

tersebut dijalankan setelah selesai solat maghrib berjemaah.


Antara ilmu baru yang kami perolehi daripada sesi tazkirah tersebut ialah,
saya mula mengetahui bahawa pahala orang yang solat berjemaah adalah 27 kali
ganda berbanding solat bersendirian. Selain itu, banyak penerangan mengenai
agama islam dan hukum-hakam solat seperti cara menunaikan solat dengan betul,
niat solat dengan betul, perkara-perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, slot ini amat penting terutama kepada umat Islam kerana ianya
satu kemudahan yang Allah sediakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan.
Bagi pelajar yang bukan beragama islam pula mengikuti aktiviti moral yang
diuruskan oleh pensyarah-pensyarah yang telah ditetapkan. Banyak ilmu yang diajar
dalam aktiviti moral tersebut seperti peranan seorang guru pada masa akan datang.
Pensyarah menerangkan dan memberitahu bahawa tugas guru merupakan tugas
yang mulia dan patut dijadikan contoh kerana ianya adalah kerjanya yang sangat
mulia.

Bagi saya, slot ini wajar diteruskan sebagai santapan rohani supaya peserta
tidak hanya leka kepada aktiviti dunia dan melupakan yang akhirat. Saya akan cuba
aplikasikan apa yang diterangkan oleh rakan saya dalam tazkirah yang berikan.
Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa sesi pengurusan diri dan tazkirah 1
ini merupakan satu alternatif yang berkesan dalam membentuk jati diri yang baik
serta memberi peluang kepada setiap peserta untuk lebih berani menonjol ke
hadapan dalam menyampaikan setiap ilmu yang mereka miliki.

Hari Pertama (4 Mac 2013)


Aktiviti : LDK 1
Slot LDK 1 ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh En Nizam Bin Tajiri. Pada
awalnya, kami dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing dan kemudiannya
beratur dalam keadaan bertiga-tiga. Selepas itu, kami berkawad dan membentuk
satu formasi yang mantap, teratur serta berdisiplin.
Slot itu diteruskan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti
menangkap rakan yang memakai cermin mata, mencari rakan yang mempunyai
tarikh lahir yang sama dengan peserta dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti tersebut
secara tidak langsung telah menghilangkan tekanan dalam diri setiap peserta yang
telah penat menguruskan beberapa kerja yang meletihkan pada hari tersebut.
Melalui LDK ini, saya mula meyedari bahawa setiap manusia perlu ada masa
untuk berhibur. Kita tidak boleh hanya memfokuskan diri kepada bidang kerja dan
pelajaran sahaja kerana tindakan tersebut akan membuatkan kita hilang punca dan
menjadi tertekan. Oleh itu, sekali-sekala kita perlulah melakukan aktiviti yang boleh
menghiburkan diri kita sendiri supaya kita dapat menghilangkan segala tekanan
yang ada dalam diri kita seterusnya menjadi insan yang gembira dalam kehidupan