Anda di halaman 1dari 4

Tamadun Islam dan Tamudan Barat

Pertentangan antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat telah menyebabkan


beberapa kesan negatif. Antaranya ialah perang salib. Proses pengaliran
kebudayaan Islam ke barat pada mulanya dijalankan secara aman dan mesra, tetapi
kemudian ia berlaku dengan kekerasan melalui Perang Salib. Permusuhan,
pertelingkahan serta peperangan antara Islam dan Yahudi berlaku berabad-abad
lamanya, seolah-olah di antara mereka tidak ada langsung titik pertemuan. Prinsip
hidup bersama dan bekerjasama dalam kedamaian dan keharmonian begitu sukar
diwujudkan.
Perang Salib (1097-1292) cuba dihapuskan oleh musuh-musuh Islam
daripada fikiran orang Islam. Mereka percaya sekiranya sentimen kemenangan
Islam ini difahami dan dihayati oleh penganutnya, sekali lagi Barat akan kecundang
dalam mencapai cita-cita menghancurkan Islam. Sepanjang tujuh siri
berlangsungnya episod Perang Salib yang memakan masa selama 195 tahun, iaitu
sekitar dua abad lamanya, Barat hanya mampu menunjukkan taringnya pada
peringkat permulaan sahaja. Kemenangan-kemenangan seterusnya menjadi milik
Islam tetapi sifat balas dendam golongan Yahudi masih lagi berlanjutan dengan
beberapa siri serangan pemikiran yang dilakukan ke atas umat Islam. Yahudi mula
mempelajari bahasa Arab dan mengkaji pemikiran Islam dalam usaha mencari
kelemahan umat Islam.
Perang Salib yang berlangsung selama dua abad merupakan suatu
kemenangan bagi umat Islam dan memberi tamparan kepada orang-orang Eropah.
Ini kerana mereka gagal menjajah negeri negeri Timur walaupun seluruh kekuatan
disalurkan bagi tujuan itu daripada segi ekonomi melalui pengumpulan

cukai,kekuatan tentera dan sebagainya. Bagaimanapun pada umumnya, walaupun


orang-orang Eropah mengalami kekalahan daripada segi ketenteraan tetapi
peperangan ini memberi keuntungan daripada segi ilmu pengetahuan, ekonomi,
politi dan sosial.
Dari segi bidang ilmu dan kebudayaan,Islam memupuk dan mengekalkan
semangat penerokaan dalam pencarian ilmu dan ini ditiru dan disalin oleh Barat.
Dengan itu, pandangan orang-orang Barat mulai meningkat maju dan melahirkan
gerakan kemajuan dan pembukaan daerah daerah baru di Timur. Ilmu
pengetahuan daripada Greek-Roman yang ditulis dalam Bahsa Arab disalin kembali
ke dalam bahasa-bahasa Eropah, misalnya Kitab Sir al-Asrr yang dikarang oleh
Aristotle ditemui oleh Philip di bandar Antioch pada tahun 1274 tertulis dalam dalam
bahasa Arab.
Pada tahun 1285, apabila Baghdad diserang, sejumlah 400,000 naskhah
pelbagai ilmu pengetahuan Islam dibakar, dan pada tahun 1264 tentera Kristian
menawan Cordova dan mengharamkan pengajian bercorak Islam . Peristiwa ini
melumpuhkan pergerakan dan penyebaran Islam. Pengharaman ini berlangsung
sehingga tahun 1950, dan keadaan ilmuan Islam menjadi lebih tenat apabila
penjajah Barat mengangkut balik segala buku-buku ilmu pengetahuan Islam dari
negara-negara yang mereka jajah ke Eropah, negara asal mereka. Menurut suatu
kajian oleh sebuah pertubuhan Islam di Britain pada tahun 1990, dianggarkan
terdapat 10,000 manuskrip Islam tersimpan di Unoversity Escorial, Sepanyol yang
merupakan gambaran eksploitasi ke atas ilmu pengetahuan Islam.
Sebelum berlakunya Perang Salib orang Eropah tidak begitu mengenali
kedudukan geografi negara-negara Islam. Akan tetapi sepanjang tempoh

peperangan tersebut, banyak buku geografi dikarang lagi bagi menunujkkan jalan ke
negara-negara Islam yang menjadi sasaran mereka. Ini menyebabkan semakin
banyak negara Islam yang diketahui, bukan sahaja daripada segi lokasi tetapi juga
budayanya. Kesannya dapat dilihat dalam ilmu perubatan, rumah sakit, astronomi,
geometri, kesusasteraan, alat-alat muzik, ketenteraan,minyak wangi,syiling, kompas,
ilmu pelayaran dan lain-lain.
Dengan tercetusnya Perang Salib, proses asimilasi budaya dan pengaliran
ilmu pengetahuan ke Barat berlaku dengan rancaknya. Ini memberi faedah besar
kepada kebangkitan Barat yang pada ketika itu sunyi daripada perkembangan
tamadun.
Antara kesan atas bidang Ekonomi adalah sebaik sahaja tentera Salib
menjejakkan kaki mereka ke atas kebanyakan pelabuhan pelabuhan Islam di Syria,
peluang mereka terbuka dengan luasnya bagi menjalankan aktiviti perdagangan
sehinggakan segala keperluan orang-orang Eropah diperoleh di sana. Kegiatan
pelayaran semakin maju, dimana tentera Salib berusaha mempelajari teknik-teknik
penggunaan kompas daripada orang Islam dan kegiatan pembinaan kapal juga
semakin berkembang pesat di Barat.
Dalam bahagian pertanian, pelbagai jenis tanaman diperkenalkan di Eropah
seperti padi, tembikai, limau dan lain-lain. Bangsa Eropah juga mengetahui
penggunaan minyak wangi, kari, daging manis, dan hasil-hasil dari Timur dan jenisjenis makanan yang berasaskan gula. Barang-barang pertanian dan perusahaan
dari Timur mula digemari serta penggunaan permaidani dan hamparan semakin
popular di Eropah.

Dari aspek politik, hasil daripada kemajuan perdagangan dan penemuanpenemuan baru membuka mata orang-orang Eropah menjelejah dan menjajah
negeri-negeri Timur yang kaya dengan hasil buminya. Ini diperkukuhkan lagi dengan
motif politik, maka gerakan penjajahan berlaku dengan hebat lagi. Hakikatnya
perang Salib sendiri merupakan percubaan-percubaan yang dilakukan oleh Barat
bagi menjelajah kawasan-kawasan Timur demi mengaut keuntungan ekonomi.
Selepas orang Kristian Andalusia, kini Portugis dan Sepanyol mendapat
kemenangan ke atas orang Muslim di Andalusia dengan penuh kekerasan pada
1459, orang Kristian Portugis yang diketuai oleh Putera Henry(1394-1460) mula
merancang melancarkan peperangan Salib yang menyeluruh ke atas orang Islam di
seluruh dunia. Merea mengatur stategi mengepung kekuatan Islam yang besar di
Timur Tengah dari belakang, iaitu selepas gagalnya peperangan Salib dilancarkan
dari harapan selama hampir dua abad, antara 1098-1293.
Bagi Portugis kemaraan mereka ke Timur bukanlah semata-mata untuk tujuan
perdagangan sahaja tetapi disertai oleh pergerakan perang suci di antara agama
Kristian dan Islam. Bagi mencapai cita-cita perdagangan, kekerasan dan penindasan
yang dilakukan terhadap orang Islam dianggap suatu perkara yang suci di sisi
agama mereka.Rancangan penerusan gerakan Salibiyyah ini bermula dengan
ketibaan angkatan laut Portugis ke pelabuhan Calicut, India pada 906H atau 1500M
seterusnya membuka laluan kepada mereka untuk sampai ke alam Melayu,
khususnya kerajaan Islam. Mereka yang sedang maju dan berkembang.