Anda di halaman 1dari 2

MEMBENTANG FABRIK DAN MENYUSUN ATUR POLA

Terdapat beberapa peraturan semasa menyusun atur pola pada fabrik. Tujuannya adalah dapat
menjimatkan fabrik yang digunakan di samping menghasilkan pakaian yang kemas dan cantik
dari segi susunan, corak dan motif. Antara peraturan yang mesti dipatuhi adalah :
a) Susun atur pola yang besar dahulu, diikuti dengan yang kecil.
b) Pastikan ira pada pola selari dengan ira pada fabrik.
c) Pastikan pola yang mempunyai tanda lipatan (tiga bulatan kecil) dielakkan di atas lipatan
pada fabrik.
d) Sematkan pola pada fabrik dengan menggunakan jarum peniti. Jarum peniti hendaklah
disematkan dengan hujungnya menghala ke tengah serta tidak terkeluar dari garisan
yang hendak digunting.
e) Sematkan jarum peniti pada jarak yang sesuai lebih kurang 7cm bagi bahagian yang
lurus dan 3cm bagi bahagian yang berbentuk.
Contoh cara menyusun atur pola di atas fabrik :

MENGGUNTING

Menggunting adalah proses yang dilakukan selepas menyusun atur pola di atas fabrik. Semasa
menggunting, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti iaitu :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pastikan susunan pola di atas fabrik betul.


Gunting tepat di atas garisan gunting dengan menggunakan gunting kain yang tajam.
Gunting kepingan pola besar dahulu, diikuti pola yang kecil.
Jangan menggangkat atau memindah fabrik semasa menggunting.
Tekankan pola dengan sebelah tangan semasa menggunting.
Gunting dengan gerakan sekata supaya garisan gunting tidak bergigi.
Gunting kesemua pola.

Contoh cara menggunting fabrik :

h) Selepas itu, jangan tanggalkan jarum peniti dahulu. Pindahkan garisan pemadan kepada
i)
j)

fabrik dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon.


Tanggalkan jarum peniti dari fabrik.
Kemaskan kesemua tepi kain pada fabrik kecuali di bahagian leher.

Anda mungkin juga menyukai