Anda di halaman 1dari 8

TTEKS

UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT DATO WIRA OTHMAN BIN


ABDUL
DGMK, DSSA, SDK, AMK
AHLI PARLIMEN PENDANG
SEMPENA MAJLIS HARI ANUGERAH
CEMERLANG TAHUN 2015
SMA MAAHAD TAHFIZ AL-ABIDIN, POKOK TAI,
PENDANG
Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati
Haji Ahmadi Putra B. Zainol Abidin,
Penyelia Kanan,
Bahagian Kawalan Akidah dan Budaya,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Yang Dihormati
Pemangku Pegawai,
Pejabat Pendidikan Daerah Pendang
Yang Berusaha
Ustaz Anas Bin Haji zainol Abidin,
Pengetua,
SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin
Yang Dimuliakan
Ustaz Haji Zainol Abidin Bin Sudin,

Pengerusi Lembaga,
SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin
Yang Dihormati
En. Zaidi Bin Johari,
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin
Guru-guru serta penerima-penerima anugerah
Tuan-tuan
sekalian.

dan

puan-puan

yang

Assalamualaikum warahmatullahi
dan salam 1Malaysia

dihormati

wabarokatuh

1. Pertamanya, marilah lita memanjatkanrasa


syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersamasama hadir dan memeriahkan Majlis Anugerah
Cemerlang SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin bagi
tahun 2015 di pagi ini. Saya juga amat berbesar
hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana menjemput saya untuk menyempurnakan
majlis pada hari ini.

2. Saya dimaklumkan bahawa Majlis Hari


Anugerah Cemerlang Tahun 2015 ini diadakan
bersekali dengan Mesyuarat PIBG Sekolah pada
sebelah petang. Oleh hal yang demikian, saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada para
waris yang sudi hadir ke majlis ini.

3. Pada pagi ini kita akan bersama-sama


meraikan kejayaan seramai 84 penerima anugerah
yang terdiri daripada pelajar, guru dan staf
sokongan di SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin.
penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan
dan penghargaan sekolah terhadap prestasi
cemerlang yang disumbangkan oleh mereka
sepanjang tahun 2014. Oleh itu, syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya
terpilih.

4. Sesungguhnya kecemerlangan yang dinikmati


merupakan hasil usaha yang gigih setiap individu
tersebut. Hal ini secara kolektifnya akan membawa
kepada
kecemerlangan
sesebuah
organisasi
khususnya sekolah.

5. Saya berharap agar anugerah ini akan terus


menjadi motivasi dan pembakar semangat tuantuan, puan-puan dan para pelajar untuk terus
mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja
terhadap sekolah ini. Kita perlu bersaing secara
sihat
untuk
terus
cemerlang
melalui
penambahbaikan,
berinovasi
an
sentiasa
melakukan perubahan secara berterusan dan
member manfaat kepada semua.

6. Kalau tidak di pecahkan ruyung mana kan


dapat sagunya pepatah Melayu yang seiring
dengan usaha yang gigih pasti akan membuahkan
hasil yang memberangsangkan. Hal ini membawa
kita kepada konsep mentaliti manusia yang
menjadi kuasa pendorong terhadap sesebuah
kejayaan. Islam juga mendidik kita bahawa usaha
yang gigih berserta dengan tawakkal pasti
membuahkan kejayaan. Semangat waja yang
didorong oleh buah kejayaan akan mewujudkan
sebuah komuniti yang berdaya saing, koperatif dan
inovatif terhadap satu misi yang telah ditetapkan.

7. Sesungguhnya
pihak
kementerian
telah
berusaha
untuk
mentransformasikan
sistem
pendidikan di Malaysia. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah sebuah pelan
yang
didasarkan
untuk
mengupayakan
kemenjadian murid terhadap pelbagai tahap
pencapaian. Sebelas anjakan transformasi sistem
pendidikan memungkinkan lagi keberhasilan
kecemerlangan murid tercapai. Usaha ini dilihat
mendapat sambutan yang baik oleh segenap
warga pendidik bahkan pelajar itu sendiri. Hasrat
murni ini dijana dengan mementingkan konsep
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) agar pelajar
lebih berfikir dalam menyelesaikan sesuatu
perkara dalam setiap subjek yang dipelajari.

Hadirin yang dihormati,


8. Rentetan daripada pelan ini, maka satu topik
yang menjadi viral meniti dari bibir ke bibir setiap
individu di Malaysia iaitu PT3. Sebuah sistem
penilaian yang ditambah baik. Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan
Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3) yang lebih
mensasarkan
kemahiran
individu
secara
menyeluruh merangkumi aspek-aspek kemahiran
utama. Saya yakin dalam jangka masa lima tahun
lagi sistem ini akan membawa tahap pendidikan
Malaysia ke arah yang lebih setanding dengan
negara-negara lain di dunia.

9. Selain itu, suka saya untuk memetik ucapan


dari YAB Tan Sri Dato Muhyiddin Bin Mohd Yassin
pada 7 APRIL 2015 semasa Majlis Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 2025
(pendidikan Tinggi) PPPM (PT) bertempat di Hotel
Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara
intipati ucapan beliau adalah evolusi pendidikan
negara telah di pacu sejak tahun 2007 lagi dengan
matlamat untuk membangunkan modal insan
dengan minda kelas pertama dan memperkasa
pendidikan negara bagi meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi.

10. Dalam ucapan tersebut beliau menekankan


aspek
sepuluh
lonjakan
yang
seterusnya
menyokong lima aspirasi utama iaitu akses, ekuiti,

kualiti,
kecekapan
dan
perpaduan.
Konsep
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperkukuh
dengan memberikan peluang pembelajaran yang
lebih fleksibel, meningkatkan kualiti piawaian bagi
program sedia ada dan membangunkan kesedaran
minat dalam kalangan masyarakat awam terhadap
pendidikan. Rangka Kerja Pengiktirafan Pendidikan
Terdahulu
(APEL)
juga
diperkenalkan
bagi
mewujudkan system kredit kebangsaan yang
berfungsi untuk mengumpul kredit bermodul yang
seterusnya
membolehkan
warga
Malaysia
mengikuti kursus-kursus yang diiktiraf secara
global.

11. Tambahan lagi Pendidikan Latihan dan


Vokasional (TVET) di perkemaskan dengan
mengembangkan kualiti kurikulum yang lebih
mensasarkan kepada kehendak industri dibantu
oleh
kerjasama
antara
agensi-agensi
lain.
Walaubagaimanapun, hal ini akan hanya berjaya
jika dijana dari peringkat akar umbi lagi. Kolaborasi
antara Jabatan Pendidikan Negeri dengan Pejabat
Pendidikan Daerah hanya akan dapat direalisasikan
dengan kejayaan di peringkat sekolah-sekolah itu
sendiri. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa
segala macam strategi, anjakan dan programprogram kerajaan akan berjaya jika pelajar-pelajar
seperti kamu semua berjaya. Segalanya bermula
disini.

12. Akhir
sekali,
saya
ingin
mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada penerima-penerima anugerah
cemerlang bagi tahun 2014. Saya berharap agar
kecemerlangan ini akan terus menjadi pemangkin
dan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih
besar pada massa akan datang. Pengiktirafan yang
anda terima pada hari ini sebenarnya membawa
amanah dan tanggungjawab yang baru dalam diri
anda semua.

13. Kepada mereka yang belum menerima


anugerah pada tahun ini, janganlah berputus asa.
Sentiasa lipat gandakan usaha secara berterusan
serta sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada
Allah S.W.T . Saya berharap agar anda dapat
meningkatkan mutu dan kualiti pencapaian untuk
menjayakan semua dasar, program, aktivit yang
seterusnya kerajaan dapat mencapai aspirasi yang
telah dirancangkan selaras dengan gagasan
1Malaysia
Rakyat
Didahulukan
Pencapaian
Diutamakan.

14. Saya mengakhiri ucapan saya dan dengan


lafaz
Bismillah
Hiirohmanirrohim
seterusnya
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMA
Maahad Tahfiz Al-Abidin bagi tahun 2014.

Sekian,

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai