Anda di halaman 1dari 7

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama

atau hampir sama.


carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaikbaik jua)
belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak
diperlukan lagi)
lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

bagaimana acuan, begitulah kuihnya


bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)
masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada
pendengar)
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai
kejayaan)
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)
telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)
embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)
menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)
sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.


maksudnya : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi.
2. Yang lama dikelek, yang baru didukung
maksudnya : Adat yang lama tetap diamalkan disamping budaya hidup yang
baru,
3. Seperti lembu dicucuk hidung.
maksudnya : Orang yang selalu menurut kemahuan seseorang.
4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
maksudnya : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang utuh.
5. Bagai kaca terhempas ke batu.
maksudnya : Sangat sedih atau kecewa.
6. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
maksudnya : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7. Bagai aur dengan tebing.
maksudnya : Hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain dan saling
membantu.
8. Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.
maksudnya : Mengalami susah senang bersama-sama
9. Bara yang digenggam biar jadi arang.
maksudnya : Mengejarkan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga
mencapai kejayaan.
10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.
maksudnya : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap negeri
sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
maksudnya : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
maksudnya : Dua orang sama pihak dan darjat.
13. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
maksudnya : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan
melakukan perkara yang susah.

14. Indah kabar daripada rupa.


maksudnya : Perkhabaran tentang sesuatu perkara dilebih-lebihkan.
15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
maksudnya : Pengagihan yang sama banyak.
16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
maksudnya : Perhubungan yang sangat akrab, susah senang bersama.
17. Kacang lupakan kulit.
maksudnya : Orang yang melupakan asalnya, atau orang yang pernah
menolongnya mendapatkan kesenangan.
18. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
maksudnya : menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya.
19. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
maksudnya : tak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan
bersusah payah.
20. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
maksudnya : Bersusah-paayh terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan
pada hari kemudian.
21. Yang bulat tidak datang bergeolek, yang pipih tak datang melayang.
maksudnya : Sesuatu bedna tidak akan datang tanpa usaha.
22. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan, nanti-nantikan.
maksudnya : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 4 KBSM


Bil
Peribahasa
Maksud.
1
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
terlalu banyak pada sesuatu masa
2
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan
3
bagai melukut melukut di tepi gantang.
seseorang yang dianggap tidak penting kerana tiada kuasa.
4
bagai menatang minyak yang penuh
memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.
5
bagai pauh dilayang
pipi yang gebu/licin
6
seperti abu atas tunggul
kedudukan yang tidak selamat
7
seperti bangau di ekor kerbau
tidak mempunyai pendirian sendiri.
8
seperti harimau menyembunyikan kukunya
orang yang menyembunyikan kelebihannya.
9
seperti kaca terhempas ke batu
sangat sedih/kecewa
10
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
orang yang menyuruh orang lain melakukan sesuatu perkara dengan baik
padahal dia sendiri tidak berlaku seperti yang dinasihatinya.
11
seperti kerbau dicucuk hidung
orang bodoh dan selalu mengikut perintah orang.
12
belakang parang sekalipun, kalau diasah nescayakan tajam
orang yang bodoh kalau diajar betul-betul akan pandai juga.
13
berat sama dipikul, ringan sama dijunjung

sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.


14
dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
segala-galanya sudah tersedia.
15
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
sama taraf atau kedudukan
16
kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan)
sesuatu yang besar.
17
malu berkayuh hanyut perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
kalau malas berusaha pasti akan susah.
18
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
hanya kerana seorang yang melakukan kesalahan, orang yang lain turut dituduh
melakukannya.
19
sekali air bah, sekali pasir berubah
suasana akan berubah apabila keadaan berubah.
20
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal
akibat perbuatan itu.
21
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya.
22
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyakiti orang lain.
23
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
sikap berkerjasama dalam membuat sesuatu perkara.
24
air tenang jangan disangka tiada buaya
orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
25
burung terbang dipipiskan lada
belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi sudah berangan-angan
menggunakannya.
26
cepat kaki ringan tangan
rajin membuat kerja.
27
genggam bara api biar sampai jadi arang
melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya.

28
indah khabar dari rupa
cerita atau gambaran lebih hebat dar keadaan yang sebenar.
29
jauh panggang dari api
tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan.
30
jika melentur buluh biarlah daripada rebungnya
melatih seseorang hendaklah sejak kecil.
31
patah tumbuh hilang berganti
tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya.
32
rosak badan kerana mulut
akibat tersalah cakap, diri sendiri yang akan mendapt susah.
33
sudah terhantuk baru nak tengadah
sudah terkena baru hendak beringat.
34
badan sihat otak cerdas
tubuh yang sihat akan membentuk minda yang cerdas.
35
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada
dipotong dengan pedang.
36
mencegah lebih baik daripada mengubati
menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati penyakit.
37
pandu cermat jiwa selamat
memandu dengan berhati-hati akan mengelakkan kemalangan jiwa.
38
pemuda harapan negara, pemudi tiang negara
pemuda pemudi merupakan harapan/tonggak negara.
39
tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia
wanita yang dianggap lemah sebenarnya amat perkasa.
40
membazir amalan syaitan
perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di sisi agama.