Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KALI PERTAMA TAHUN 2010

TARIKH

: 12 APRIL 2010

HARI

: ISNIN

MASA

: 01.35 2.40 PETANG

TEMPAT

: MAKMAL KOMPUTER SK. SIMPANG DURIAN

PENGERUSI : ENCIK AZRI ROZAMIE BIN ABU BAKAR


KEHADIRAN : ENCIK AZRI ROZAIMIE BIN ABU BAKAR
TUAN HAJI AMIRUDIN BIN HASSAN
ENCIK MOHAMAD HAFIZI BIN ASMARANI
ENCIK AZHAR BIN ABD WAHAB
BIL
1

AGENDA
Ucapan Pengerusi :
Encik Azri Rozamie Bin Abu Bakar
1.1 Mengucapkan salam keagamaan dan terima kasih
di atas kehadiran semua ahli panitia PJK tahun 2010.
1.2 Berharap agar mesyuarat ini dapat membincangkan halhal berkaitan dengan aktiviti dan perancangan, perkara
berbangkit serta penambahbaikan kepada panitia PJK.
1.3 Pada tahun ini, guru PJK perlu berusaha lebih keras lagi
kerana dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang
mahukan setiap murid mempunyai satu sukan yang
sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka.

Guru-Guru PJK Tahun 2010

a) Encik Azri Rozaimie Bin Abu Bakar


1 Jauhari
4 Jauhari
4 Bestari
b) Encik Mohamad Hafizi Bin Asmarani
2 Bestari
5 Jauhari
5 Bestari
c) Encik Azhar Bin Abd Wahab
2 Jauhari
3 Jauhari
3 Bestari
d) Tuan Haji Amirudin Bin Hassan
6 Jauhari
6 Bestari
Rancangan PengajaranTahunan dan

TINDAKAN
- Makluman

- Semua Ahli Panitia

- Makluman

Rancangan Pengajaran Harian


3.1 RPT boleh diperolehi dalam fail panitia untuk Tahun 1
hingga Tahun 6.
3.2 Cara yang lain dengan memuat turun fail daripada
laman web www.e-sksd.com.my.
3.3 Rancangan Pengajaran Harian adalah berdasarkan
contoh hand out yang diberikan kepada setiap ahli
panitia.
3.4 Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan hendaklah berdasarkan RPT
yang telah ditetapkan mengikut minggu.
4

Pembelian Alatan Sukan


4.1 Pembelian alatan PJK memerlukan sokongan dan
kerjasama GPK Ko Kurikulum yang mewakili pihak
pentadbir.
4.2 Pembelian alatan baru telah dibuat pada tahun lepas
berdasarkan keputusan mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan sekolah dalam permainan.
4.3 Untuk tahun ini, pembelian alatan akan mengambil kira
stok alatan PJK yang masih ada di dalam stor dan juga
mengikut keperluan pasukan yang mewakili sekolah.
4.4 Tambahan pembelian alatan yang diperlukan akan
disenaraikan dari semasa ke semasa.
Pengurusan Stor dan Alatan PJK
5.1 Semua peralatan PJK yang digunakan hendaklah
dicatatkan dalam buku penggunaan alatan yang
disediakan di dalam stor PJK dan guru hendaklah
bersama dengan murid ketika mengambil alatan.
5.2 Guru yang terakhir sekali meninggalkan stor PJK
hendaklah memastikan semua alatan disusun dengan
baik, kebersihan stor, elektrik dimatikan, tingkap ditutup
serta pintu stor dikunci dengan mangga.
5.3 Alatan PJK yang kotor perlu dibersihkan terlebih dahulu
sebelum disimpan semula di dalam stor.
5.4 Kunci stor PJK boleh didapati di rak kunci di dalam
pejabat dan perlu dipulangkan semula setelah selesai
dan hanya guru dibenarkan mengambil kunci.
Aktiviti Tahunan / Program Peningkatan Panitia
Ujian Kecergasan Segak 2 kali setahun
TID Talent
Aktiviti komponen kecergasan fizikal
Senamrobik sempena bulan kecergasan
Ceramah kesihatan penyakit bawaan vektor
Demonstrasi lompat tali untuk jantung

- Semua Ahli Panitia

- Makluman

- Makluman

- Makluman

Pameran bahaya merokok dan dadah


Membina papan tanda lalulintas dan papan tanda
kesihatan
Menubuhkan jawatankuasa murid untuk Bilik PJK

Hal-hal lain
7.1 Encik Amirudin Bin Hassan menyatakan bahawa guru
perlu memastikan kesihatan murid sebelum aktiviti
di padang.
7.2 Encik Azri Rozaimie menyatakan bahawa Pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah
dijalankan selang 2 minggu dengan waktu Pendidikan
Jasmani untuk tahap 2.
7.3 Encik Azhar bin Abd Wahab mencadangkan murid yang
tidak membawa baju sukan hendaklah diberikan
peringatan dan diberikan tugas-tugas khas.
7.4 Encik Mohamad Hafizi Bin Asmarani mencadangkan
guru-guru perlu mengenal pasti murid yang mempunyai
bakat dan potensi dalam sesuatu bidang sukan pada
tahun ini sebagai persediaan untuk pasukan elit sekolah
pada tahun hadapan.
7.5 Encik Azri Rozaimie menyatakan bahawa sebagai
menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia,
setiap murid akan diberikan satu jenis sukan yang
sesuai dengan mereka supaya mereka boleh
menyerlahkan bakat di peringkat sekolah serta
mendapatkan sijil untuk aktiviti Ko Kurikulum dalam
setiap penyertaan.

- Semua Ahli Panitia

- Makluman

Ucapan Penangguhan Pengerusi:


Encik Azri Rozamie Bin Abu Bakar
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang hadir dalam mesyuarat serta berharap setiap
program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan komitmen guru-guru serta mendatangkan
manfat kepada murid-murid.

*Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 Petang.


Disediakan oleh,

( ENCIK MOHAMAD HAFIZI BIN ASMARANI )


ROZAIMIE BIN ABU BAKAR)
Setiausaha ,

Disahkan oleh ,

( ENCIK AZRI
Pengerusi,

Panitia PJK Tahun 2010.


Tahun 2010.

Panitia PJK

Anda mungkin juga menyukai