Anda di halaman 1dari 20

SURAT CINTA TERAKHIR

NUR AISHAH SAFIYYA

Ini adalah karya pertama saya…terlalu banyak yang perlu


diperbaiki jadi,saya memerlukan komen dan kritikan anda
semua.Terima kasih kerana sudi membaca…

1
SURAT CINTA TERAKHIR

Kuntuman mawar merah mula gugur dari sehari ke sehari,tunduk layu di

dalam pasu.Sudah seminggu mereka berpisah,saat itulah ketabahan dan

perasaannya teruji lagi. Biarlah dia…kalau dah tak de jodoh nak buat macam mana.

Mereka memang dah tak sehaluan.Segala janji manis yang menjadi tunjang

mengukuhkan ikatan akhirnya menghiris kalbu jua. Pertemuan semalam seakan

sengaja dirancang. Memang dasar lelaki!!! Habis madu sepah dibuangnya.Dah

dapat gading baru,tanduk tidak langsung dipedulikan, Malah dicampak ke tempat

pelupusan sampah je..

‘Tak guna aku simpan benda-benda macam ni…..’Nadira memasukkan

segala barang pemberian Hisham ke dalam tong sampah .Biarlah hanya tinggal

kenangan pahit,bukan menjadi kisah yang perlu dikenangkan. Anggaplah dia tidak

pernah singgah dalam kamar hatinya .Buat apa perlu bersedih pada yang dah

tiada?sekarang ini pun dia makin bahagia dengan model glamour tu agaknya..

Habis satu almari diselongkarnya.Kalau boleh,biar tiada satupun barang-

barang pemberian Hisham menghuni rumahnya.Tanpa disedari,dia terdengar bunyi

pecah.. “apa ni?”Kotak itu diambilnya dengan penuh berhati-hati .Sudah lama

sangat bermukim di dalam almari sehingga diliputi dengan habuk dan

debu.Terbatuk-batuk Nadira dibuatnya ketika membuang habuk yang

melekat.Perlahan-lahan dia membuka kotak berwarna merah jambu yang kian

pudar.

“EDIE,ABADIES”Mulutnya ringan membaca catitan nama di tepi replika

cengkerang itu.Dia tersenyum sendirian.Memori manis satu ketika dahulu seakan

2
terimbau kembali.Dia teringat kapada Tengku Murshidee Nezarith yang pernah

dikenalinya.Mengapa dia boleh terlupa tentangnya?entah bagaimana agaknya

keadaan dia sekarang.Sudah hampir 10 tahun hilang khabar berita tentangnya..

Angin bayu bertiup lembut menenteramkan jiwa. Keindahannya tetap kekal

seperti dulu .Biarpun makin dihimpit pembangunan, Nadira masih lagi dapat

mendengar lagu kedamaian yang didendang oleh ombak yang memukul pantai. Dia

seakan dapat mendengar laungan melawan kebisingan ombak satu ketika

dahulu.Sengaja dia mengambil cuti pendek untuk meleraikan kekusutan

fikirannya,dari setiap hari terpaksa bersemuka dengan lelaki yang makin memaksa

dia membencinya .Namun,dia tidak pasti mengapa dia berada disini.Tempat bermula

alam remajanya.Mungkin kerana mimpi yang seringkali mengganggu tidurnya yang

sentiasa menggambarkan tempat ini. Peliknya,segalanya seakan samar-

samar..Cuma dia merasakan sesorang menunggunya disini.

“Mak cik Leha,apa khabar?”Sapa Nadira lembut mengejutkan perempuan

berusia separuh abad itu.Dia masih macam dulu..mulalah keluar latahan yang

mengarut-ngarut. Dia pun tidak pasti samada perempuan itu masih mengenalinya

atau tidak. Banyak yang sudah berubah sepanjang tempoh ini. Kedai runcit tempat

dia dan adik-adiknya singgah selepas sekolah telah menjadi mini market.Tapak

rumah lamanya pun telah dijadikan tadika kanak-kanak.

“Dah lama sangat mak cik tak jumpa kamu. Dah besar panjang”

“yelah,dah lama saya tak datang kesini. Banyak sangat perubahan. Rumah

lama pun dah tak de.Cuma yang tinggal peti surat tu je”Keluhnya perlahan.Dari

3
kedai runcit,dia dapat melihat dengan jelas peti surat yang masih berdiri tegak di tepi

pintu pagar tadika kanak-kanak. Warna merahnya semakin pudar dan diliputi karat.

“oh ya,tak silap mak cik..dulu ada orang hantar surat pada peti surat tu,tapi

bukan untuk tadika. Mak cik rasa untuk keluarga Nadira.Rasanya, mak cik ada

simpan surat tu..”dia masuk ke kedai dan mencari sesuatu.

Surat??Nadira tersentak.Pelik,takkan diorang tak tahu dia sudah lama

berpindah ke Johor?Lagipun dah lama sangat dia meninggalkan daerah

ini.Perlahan-lahan dia membuka sampul surat yang beralamat rumah lamanya tetapi

kepada Sakura?hanya seorang sahaja yang memanggilnya sebegitu.

Assalamualaikum..

Kepada Sakura yang diingati selalu, semoga sihat dan

gembira disamping insan tersayang.Masih ingatkah kau lagi

padaku?walauapapun kau tetap diingatan.Cuma satu ku pinta,

kita masih boleh berhubung??

Edie_shidee@yahoo.com

Edie?biar betul!Nadira seakan tidak percaya..Rupanya seseorang yang selalu hadir

dalam mimpinya adalah seseorang dari kisah silamnya.Mungkinkah ini suratan

takdir atau kebetulan yang masih samar-samar?rindu yang sekian lama terpendam

seakan menyinar kembali.Teringin sangat nak bertemu dengannya kembali demi

merungkai segala yang terpendam lama di lubuk hati.

4
 Assalamualaikum, Edie.apa khabar?dah lama tak dengar berita .Bagaimana agaknya kau

sekarang.Tentu kau dah capai cita-cita yang kau impikan selama ini.Aku harap kita dapat

sambung persahabatan kita yang terputus dulu.

Keyboard ditekannya ligat.Nadira resah.Email yang dihantar masih tidak

berbalas.Dia takut kalau-kalau dia tidak berkesempatan untuk berhubung

dengannya lagi.Nadira tersenyum lega melihat ada respon.

 Waalaikummussalam.terima kasih kerana masih sudi berhubung lagi.Sebenarnya saya

bukan Edie.

Nadira tersentak.Siapa dia sebenarnya?

 Sebelum itu saya ingin tahu adakah awak pernah kenal dengan seseorang bernama Tengku

Murshidee Nezarith?sebenarnya saya Tengku Fazreena,adiknya.Dia terlibat dalam

kemalangan bulan lepas mengakibatkan dia hilang ingatan.Jadi,jika awak betul-betul

mengenalinya,saya perlukan bantuan awak untuk memulihkan kembali ingatannya .boleh

awak bantu saya?

 Tengku Mushidee Nezarith bin Tengku Iskandar?memang saya pernah kenal dia sewaktu

sekolah menengah.Saya sedia membantu.tapi,boleh saya tahu dia dimana sekarang?

 Jangan risau.Dia kini sedang dijaga rapi.Saya perlukan awak untuk menceritakan tentang kisah

dia semasa disekolah menengah.Tolonglah cerita dengan sejujurnya bagaimana mula-mula

awak mengenali dia.

5
Baiklah.mula-mula saya mengenalinya sewaktu tingkatan satu.Masa tu kami berada

dalam kelas yang sama.Dia tu pendiam,tak bergaul sangat dengan kawan-kawan

yang lain.Sewaktu hari pertama sekolah,awal-awal dah timbul masalah,aku dikenakan

denda kerana datang lewat ke sekolah.Semua sebab dialah,kalau dia tak langgar aku

sampai jatuh dalam longkang dengan basikalnya,aku takkan kena tahan di luar pagar

sampai waktu rehat.Semasa kelas sejarah,tak pasal-pasal cikgu Ahmad tanya tentang

Negara impian untuk dikunjungi apabila besar nanti.

“Impian saya nak pergi ke Jepun”jawabku perlahan,Tiba-tiba satu kelas bising.ada

yang mengejek aku,ada yang menyokong. Nasib baiklah cikgu menyokongku.

“Kenapa kamu gelak?sepatutnya kita harus berbangga ada dikalangan sahabat kita

yag bercita-cita tinggi untuk kesana.kenapa kamu mahu ke Jepun,Nadira?

“err.saya nak tengok bunga sakura..dan jumpa Kenishiro Takeshi”

Tiba-tiba gelak tawa berderai memecah kebisingan kelas itu.Tak sangka mereka

perlekehkan aku,Memang ketika itu aku memang minat filem jepun,tu yang sampai

terbawa-bawa tu.

“Eleh..buat apalah tengok mende tuu..bodoh betul”ejek Haidi.Semua orang

mentertawakanku termasuk cikgu yang asyik tersenyum simpul.Aku hanya mampu

menundukkan muka menahan malu.Tiba-tiba bunyi hentakan kuat meja

kedengaran.Kelas yang riuh menjadi sunyi sepi.Dia bangun dan meminta kebenaran

untuk keluar.Esoknya,dia tak hadir ke sekolah.aku dapat tahu dia berpindah ke

sekolah lain.

Beberapa kali Nadira menutup mulutnya kerana menguap.Malam semakin larut.Jelas

kedengaran bunyi dengkuran Farisha di sebelah katilnya.Dia menutup tirai perbualan

6
dan lamunan.Esok dia akan merungkai segala-galanya tentang kenangan

lalu.Peringatan pada kenangan yang menjadi satu kehilangan.

Tak sangka setahun selepas itu kami bertemu lagi.Malangnya,dia bukan lagi Shidee

@ Ku-e yang aku kenali ketika tingkatan satu dulu.Dia dah banyak berubah.Baru

beberapa bulan sekolah,dah banyak masalah yang ditimbulkan.Tindakannya banyak

memeningkan kepala cikgu,termasuk aku.Yelah,pada masa tu aku dilantik sebagai

pengawas .Dia selalu datang lewat ke sekolah bersama gengnya.Kerana itulah kami

selalu bertengkar apabila bertemu.Ada sahaja alasan yang dibuatnya setiap kali

ditahan.Namun aku tak mudah percaya dengannya.Sesekali timbul juga rasa kasihan

apabila melihat dia dikenakan denda,tapi aku mesti menjalankan tanggungjawab yang

di amanahkan.Mungkin kerana itu mereka menyimpan dendam.Aku selalu dibuli oleh

mereka.Kadang-kadang tindakannya memang melampau..

Seperti biasa,selalunya selepas kelas Bahasa Melayu,aku ditugaskan

menghantar latihan yang siap dibuat ke bilik guru.Dah memang nasib agaknya,bab

hantar menghantar ke bilik guru,aku yang menjadi mangsanya.Disaat orang lain

sedang sibuk menikmati hidangan di kantin,aku seorang diri mengutip helaian kertas

latihan.Selepas itu,terpaksa pula menapak anak tangga ke tingkat tiga bersama

kertas yang banyak.Semasa naik,aku berselisih dengan Ku-e dan gengnya.

“kesian dia bawak berat-berat.jaga-jaga nanti jatuh” Kata Ku-e sinis,sempat lagi

menyindirku.Bukannya nak menghulurkan bantuan,menambahkan beban adalah.

Tiba-tiba kaki tergelincir dan tersungkur di tepi tangga.Habis kertas bertaburan .

“aduh,sakitnya… ”aku mengurut kaki yang terseliuh. alamak…cikgu

7
“macammana boleh jadi macam ni,ha!!!!”Tengkingan Cikgu Hamdi yang terkenal

dengan panas barannya mengejutkanku.Rasa macam nak gugur jantung.Kat situ juga

aku kena marah.Bukan tu je,makian dan herdikan habis disemburnya..Aku hanya

mampu menelannya dan menahan perasaan malu yang amat sangat. Serta air mata

yang dah hampir nak mengalir ni.

“ Kurang ajar punya Ku-e.!!!!!!! Sengaja menyakitkan hati aku! Ingat aku bodoh

sangat ke, tak tahu dia yang letak kulit pisang tu!” aku berlari menuruni anak tangga

.Air mata masih mengalir laju.Rasa sakit hati dan marah mula menyelubungi

diri.Apatah lagi, bertembung dengan mereka yang sedang bergelak ketawa seolah-

seolah mengejekku.Waktu itu aku memang benci sangat tengok muka dia.Tak pasal-

pasal dia dapat penampar percuma.

‘Kalau kau benci sangat dengan aku, cakap je.jangan malukan aku sampai macam

Ni!” Marahku. memang aku tidak peduli biarpun dia kelihatan terkejut dengan tindakan

drastik itu Aku berlari meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga.Sejak peristiwa

itu aku langsung tak bagi muka kat dia,Biarpun berada dalam kelas yang sama,kami

tidak pernah bertegur sapa.Kalau nak tahu,dia memang popular di sekolah

terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan.Banyak juga gosip yang aku dengar

tentang ramai pelajar perempuan yang minat dia tapi kecewa sebab tak

dilayan.Entahlah kenapa..Tak lama selepas itu, kecoh dia couple ngan budak

tingkatan 2,namanya Elly Farina.Minta maaf kalau kukatakan yang aku menyampah

apabila dia bercerita tentang buah hatinya,setiap kali kami bertembung.Entah apa

motifnya.

Semasa di tingkatan 4,kami masih berada di kelas yang sama.Dia tu memang

pelik,suka buat masalah tapi keputusan peperiksaan tetap teratas di dalam

8
kelas.Mulanya aku rasa malang sangat dapat duduk dibelakang dia.itu Cuma

perasaan aku je,tak ada apa-apa sebenarnya.Kami selalu bertengkar.Ada saja

caranya menyakitkan hatiku..Sehinggakan rakan-rakan dan guru suka gandingkan

kami bersama.Setiap kali pembahagian kumpulan,kami akan digandingkan

bersama.Oh ya..lupa pulak ,bermula tahun itu dia dikenali sebagai Edie.tak tahulah

kenapa dia tukar namanya.Namun nama baru itu makin menyakitkan hatiku.Tabiat dia

ni suka pinjam barang aku tanpa kebenaran,Bahkan dia suka menconteng meja dan

pemadam dengan tandatangan namanya.Sabar jelah…aku ingat lagi semasa kami

diberikan tugas mencari cengkerang dan hidupan laut yang terdampar dipinggir

pantai untuk dijadikan bahan eksperimen.

“Laut!!aku Edie!!”Laungannya mengejutkanku.Dia masih lagi boleh bermain-main

sedangkan badan aku sudah lenguh kerana terbongkok-bongkok mencari

cengkerang.

“Edie,daripada kau buat kerja gila tu,lebih baik kau tolong aku “

“kau ni sakura..tak bosan ke buat kerja tu?kalau kau nak tahu,inilah cara untuk

melepaskan tension..”kata Edie sambil menjerit melepaskan tekanan kononnya.

“Boleh tak kau jangan panggil nama tu lagi!daripada buat kerja bodoh tu lebih baik

tolong aku cepat.”

“kerja bodoh’? habis yang kau nak pergi Jepun kerana sakura dan pelakon ntah ape

namanya tu,bukan perkara bodoh ke? .kalau nak belajar tu logik jugak la”

“kau peduli apa?sekurang-kurangnya aku ada sebab untuk mencapai impian

itu.bukan macam kau,kau tak perlu ada impian dan usaha kerana apa sahaja

keinginan kau akan termakbul sebab kau anak orang kaya”Jelasku. aku mula

9
bengang melihat dia tidak menghiraukan kataku dan asyik bermain ombak.Buat derk

je.

“Tengok apa yang aku dapat.jangan ingat aku curi tulang”Edie menghulurkan

gengaman tangannya yang berisi sesuatu.Namun dia menyembunyikan tangannya

apabila aku mula berminat untuk melihat nya.Suka sangat mempermainkan ku.

“Tengok, cengkerang paling besar yang kau tak pernah jumpa.Sama macam kau,

harapkan kulitnya cantik dan besar tapi dalamnya tiada mutiara,kosong..”Dia

menunjukkan cengkerangnya kepadaku.Memang cantik.Tapi aku berpura-pura tidak

melihatnya kerana bengang dengan kata-katanya.

Satu perkara memang betul-betul tidak kuduga.Habis gempar satu sekolah

ketika kami dipanggil oleh guru disiplin. Aku hampir menangis semasa mendengar

surat itu di baca oleh cikgu.Surat itu memang menggelikan dan berunsur lucah. Paling

tidak kusangka ia bertandatangan Edie.Memang ketika itu aku tidak menyangka Edie

sanggup melakukan perbuatan keji itu biarpun dia berkali-kali menafikannya .Dia cuba

menerangkan keadaan sebenar kepadaku tetapi perasaan benci semakin meluap-

luap menutupi kepercayaan terhadapnya.

Bermula saat itu,kami dipandang rendah di sekolah.Pergi kemana-mana pun kena

ejek.Aku digantung jawatan pengawas selama seminggu.Edie pula kena denda.Masa

itu aku memang benci sangat pada dia.Yelah,tak pasal-pasal sebab surat tu,aku yang

difitnah ada hubungan dengan dia.Dalam kelas pun,aku beralih tempat jauh dari dia.

Nak pandang muka diapun malas,walaupun kes itu masih dalam siasatan. Selama

itulah aku terpaksa pekakkan telinga,buat selamba menahan ejekan mereka.

Sehinggalah pada suatu hari Edie digantung sekolah kerana bergaduh dengan

seorang pengawas.Sebenarnya,aku yang saksikan peristiwa tu di belakang tandas

10
sekolah ,aku jugalah yang memanggil cikgu untuk meleraikan pergaduhan

mereka.Tapi,tak pasal-pasal aku kena tengking dengan Edie kerana menyebabkan

dia digantung sekolah. Memang aku terkejut sangat sebab dia tak pernah marah

sampai ke tahap itu.Bukan niat aku untuk melihat dia dibuang sekolah ,tetapi aku

tiada jalan lain untuk meleraikan pergaduhan mereka.

Kau tanya aku macam mana keadaanku selepas abangmu digantung

sekolah?Sejujurnya aku dihantui rasa serba salah. Member dia asyik salahkan aku

kerana aku pentingkan diri sendiri.Aku memang tak faham kenapa. Maafkanku,aku

tak bermaksud untuk memalukan keluargamu. Sebenarnya,aku rasa lain juga

semenjak ketiadaan dia.Sunyi je rasa kelas tu..Baru perasan semenjak kes tu,jarang

dengar kebisingan dia.Tak lama tu,aku asyik dengar khabar yang tidak baik tentang

dia. Mungkin sekadar khabar angin ataupun kebenaran.Dia selalu melepak dan

berlumba haram dengan geng lamanya.Ada yang kata dia selalu pergi kelab malam

la..

Mulanya,aku tak percaya,tetapi akhirnya aku yang nampak sendiri.Malam

itu,aku ekori mereka sampai ketempat sunyi.Mereka sedang bersiap sedia untuk

berlumba haram.Bersama sedikit kekuatan,aku cuba menghampiri Edie disamping

motornya yang terletak jauh dari kumpulan mereka.

“Edie !! kenapa kau jadi macam ni?” tegurku mengejutkannya

“Sakura, kenapa kau ada disini? pergi balik!!” marah Edie yang kelihatan cemas.Dia

menarik kasar tanganku dan menarikku menuju tepi pokok.

“lepaskan aku !! hentikan semua ni.Cepat ikut aku balik”aku cuba memujuknya

11
“Kau peduli apa?. pergi balik!bahaya kat sini . buat apa kau nak sibuk pasal aku

sedangkan kau tak percaya aku?”

“salah ke aku buat macam ni?”

“Memang salah!sebab apa ha?”

“suka hati aku la!”Marahku

“Suka hati bapak kau!kalau macam tu,buang masa je kau kat sini.Sebab

apa????”Desak Edie

“sebab..sebab aku risaukan kau,takkan aku nak biarkan!”terluah juga akhirnya..aku

bengang..Dia hanya mendiamkan diri.

‘Wah..nampaknya ada harta bernilai, kau nak pertaruhkan dia ke?”Lelaki itu menepuk

bahu Edie.dia mengenyitkan mata kearahku .Beberapa lelaki menghampiri kami..

“aku tak kenal dialah,bro”Edie menepuk belakang lelaki itu.Dia cuba mengajak lelaki

itu pergi.Tiba-tiba tanganku di tarik kasar.aku panik,tidak dapat berbuat apa-apa.Aku

cuba meronta-ronta minta dilepaskan.

“rileks la..takkan kau nak makan dia sorang-sorang,kalau ada dia baru bersemangat

nak bakar. Pengecutlah kau ni Edie,kalau kau menang ambillah dia”

“kurang ajar!lepaskan dia!!!”Edie menumbuk lelaki itu. aku panik apabila melihat

beberapa lelaki mula menyerang Edie.Hati mula tak keruan melihat Edie dibelasah

demi melindungiku.Aku memarahi diri sendiri kerana kalau tidak kerana aku,dia

takkan teruk macam ni.

“Polis !polis!!!!”jeritku cuba meleraikan pergaduhan mereka.Keadaan mula huru

hara,masing-masing meninggalkan tempat itu.Aku terus meluru kearah Edie yang

terbaring lemah di atas jalan raya. Bunyi siren polis kedengaran.

12
“Edie…maafkan aku”Air mata mula jatuh ke pipi.Kepalanya dirangkul erat. Aku tak

sanggup melihat luka dan lebam di mukanya.

“Sakura,to..to..long per..ca..ca..ya aku”Kata Edie terketar-ketar menahan kesakitan

yang amat sangat.Aku dapat merasakan genggaman erat tangannya.Aku

mengangguk lemah,apa yang aku tahu waktu itu aku tidak mahu kehilangannya.

“dengar,a..ku nak bagi tau se..se..suatu,nanti ta..kut tak sem..pat”Kata Edie

“jangan cakap macam tu…bertahanlah, nanti pun kau boleh cakap pada aku”

Nasib baiklah dia segera dibawa ke hospital.Semua ahli keluarga aku

datang.Bertubi-tubi soalan mereka tanya tentang dia sehingga aku bengang dan

buntu. Memang waktu tu aku dah tak boleh fikir apa-apa lagi.Dia masih dalam

ICU.rasa bersalah asyik menghantui diriku.Aku sanggup dermakan darah semata-

mata untuk menyelamatkan nyawanya..Lagipun tiada sesiapa ahli keluarganya yang

datang melawat kecuali pak cik dan makciknya.Aku sentiasa berdoa agar dia

selamat.Ikhlas kukatakan,aku belum bersedia menerima hakikat kematiannya

nanti.Alhamdulillah,akhirnya dia selamat dan melepasi keadaan kritikal.Hanya air

mata bisa merungkai segala-galanya.Semalaman aku tidak tidur kerna berkeras

untuk menjaganya.

Namun,petang itu berakhir segala-galanya.Sampai je ke wad tempat dia

tinggal,dia sudah tiada.Bilik tu sudah kosong,seakan tiada penghuni.Dia pergi tanpa

pemberitahuan.Yang tinggal hanya sebuah kotak berwarna merah jambu.Di sekolah

barulah aku tahu dia sudah berpindah ke luar negara. Tentang surat cinta itu,dia tidak

bersalah.Kami difitnah.Barulah aku faham mengapa dia belasah pengawas hari itu.

13
Budak itulah dalangnya.Yang paling mengejutkanku memang benar Edie menulis

surat kepadaku tetapi telah diubah suai oleh mereka untuk memalukan kami.Selepas

itu,aku tidak pernah lagi mendengar khabar tentangnya..

“Dira,boleh percaya ke email tu?takkanlah ada orang nak tanya pasal kisah-kisah

lama macam tu?”Tanya Farisha seakan tidak percaya.Sebenarnya dia sendiri pun

sangsi dengan email itu.

“entahlah ,Farisha .aku pun tak pasti.Tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan

perasaan bersalah aku.itulah tempat aku mencurahkan segala memori tentang

dia.Aku cerita segala-galanya dan aku tak kisah samada dia betul-betul adik Edie atau

bukan”Ucapnya penuh yakin.

“serius ke kau nak jumpa dia petang esok?”Tanya Farisha menagih kepastian sambil

matanya leka memandang kearah bilik Hisham.Nadira perasan sahabatnya itu

merenung tajam kearah Hisham yang sedang bersama buah hati barunya. Mesra

sangat nampaknya sedangkan baru beberapa minggu mereka putus tunang.

Biarlah..tiada sekelumit cemburupun dihatinya.Nadira sudah tidak mahu peduli apa

pun tentangnya.

“ya.aku tetap akan jumpa dia.Manalah tahu mungkin benar apa yang di cakap.Terlalu

banyak perkara yang aku hendak luahkan kepada Edie.Tentang Hisham tu,biarlah

dia.aku tak nak peduli.yang penting sekarang,aku tak mahu terus dihantui rasa

bersalah dan menyesal”Tegas Nadira. Dia menghambarkan senyuman melihat

Farisha tersentak mendengarnya.Tentu mati-mati dia tidak percaya betapa tabah

sahabatnya ini mengharungi situasi begini.

Matanya melilau mencari seseorang.Macammana nak cam dia?kenapalah dia nak

jumpa aku kat sini?muka dia pun aku tak kenal.

14
Nadira melabuhkan punggungnya diatas kerusi panjang.Debaran mula

terasa.Degupan jantung mula bergetar kencang.Hatinya berasa tidak sedap seolah-

seolah sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Sakura?”teguran seseorang mengejutkannya.Rupanya seseorang yang

dinantinya.Diamati wajah gadis berusia pertengahan 20 an itu lama-lama.Macam

pernah Nampak,tapi dimana ya?

“Awak adik Edie ke?”Tanya Nadira

“Terima kasih kerana sudi datang.Tak sangka rupanya awak sakura tu,cik Intan

Nadira. Awak tak kenal saya?”

“Kenapa ni?macam mana awak boleh tahu nama saya?siapa awak

sebenarnya?”Nadira tersentak.

“takkan awak tak kenal saya,Elly Farina yang digosipkan dengan abang Edie semasa

di sekolah menengah dulu?”Gadis itu menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi

tidak disambut oleh Nadira.

“Elly Farina?apa yang awak nak sebenarnya?kenapa tipu saya?Mana

Edie?”Tanyanya bertubi-tubi,terasa diri ini dipermainkan. Patutlah macam pernah

jumpa.

“maafkan saya,saya tak bermaksud untuk menipu awak..Cuma, saya nak kenal siapa

puteri idaman abang Edie.Saya tunangnya..”Jawabnya perlahan. riak mukanya muka

berubah..ada walang dan duka disebalik wajah manis itu yang masih mengukir

senyuman penuh rahsia. Perasaan Nadira bergetar,nampaknya dia dapat bersama

juga dengan orang kesukaannya.Namun,kenapa dia berkeadaan begitu?

“Tahniah..tapi,mengapa awak nak jumpa saya?”

15
“apa hubungan awak dengan abang Edie?”soalan drastik yang keluar dari mulut Elly

mengejutkan Nadira.

“Apa yang berlaku sebenarnya antara awak dengan Edie?saya memang dah lama tak

jumpa dia,kami cuma seorang kawan lama..”Jelas Nadira kehairanan.apa yang terjadi

sebenarnya?

“takkan awak tak perasan dia sukakan awak semasa di sekolah menengah

dulu?tolonglah,cik Nadira,jangan menipu diri sendiri.kita sama-sama perempuan.Saya

tahu cik Nadira sukakan abang Edie dari apa yang saya baca dari email

tu”Katanya..air mata mula bergenang di kelopak mata.

“Elly,semua itu dah berlalu,kisah lama yang tinggal kenangan .Kita masing-masing

dah dewasa dan ada kehidupan sendiri.Lagipun dulu kami sentiasa

bergaduh,takkanlah dia sukakan saya..tak payahlah diungkit kisah lama. yang penting

sekarang,awak bahagia dengan dia.Takkan lah pasal cerita budak-budak sekolah

dulu,awak nak cemburukan..Saya doakan korang berdua bahagia hingga ke anak

cucu”Nasihatnya ikhlas biarpun hatinya merintih pedih.Segalanya sudah terlambat

.Rupanya dia sudah menemui kamar bahagia.Tak pelah..asalkan mereka bahagia.

“Awak silap.Memang kami dah bertunang, tetapi aturan keluarga.Saya memang

cintakan dia sepenuh hati tapi dia baru belajar untuk menyintai saya.Saya memang

tak sangka dia begitu setia dengan cinta pertamanya….”Luah Elly lambat-lambat

,mematikan niat Nadira untuk angkat kaki.Dia tunduk memandang rumput melindungi

air mata yang mula berguguran ke pipi.

“Elly…”Nadira kematian kata-kata melihat situasi suram itu.

16
“Abang Edie memang kejam...Sampai akhirnya pun dia masih ingatkan perempuan

tu..semua usaha saya selama ni sia-sia belaka…dia meninggal pun bukan disamping

saya..”Elly menghambarkan senyuman pahit.

Nadira kaget.dia seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.

“meninggal?apa yang kau cakap ni?”Berderau darahnya mendengar perkataan itu.Ya

Allah,tak mungkin…

“abang..abang Edie dah meninggal dunia”Kata Elly perlahan-lahan

Ya Allah..Nadira terduduk..hatinya tiba-tiba sebak,sedih teramat sangat.Air mata mula

membasahi pipinya..dia kehilangan kata-kata…dia cuba mengawal dirinya yang

seakan terumbang ambing.

“Dia meninggal di Jepun bulan lepas.Tak sangka rupanya dia merahsiakan

penyakitnya dari kami.Dia ada leukemia, Nadira. Patutlah dia beria-ia nak pergi ke

Jepun sendirian . yang tinggal hanyalah sepucuk surat disisinya.Surat tu untuk

awak,Nadira.Dah lama dia simpan perasaan terhadap awak.”Jelas Elly sambil

memeluknya erat.

“cukup Elly.saya tak percaya..”Esak tangisnya masih kedengaran.

“bukti tu ada pada awak sendiri,pada cengkerang yang pernah dia bagi dahulu.sebab

itu,saya suruh awak bawa sekali.Takkan awak tak rasa pelik dia hanya hadiahkan

sebelah cengkerang pada awak?Barulah saya tahu sebenarnya Edie tu nama

gabungan awak dengan dia.KU-E dan Dira..”dia menghulurkan frim replika

cengkerang milik Edie kepada Nadira.Dengan terketar-ketar,dia mencantumkan

kedua-dua belah cengkerang itu.Mengapalah selama ini dia tidak pernah perasan

lakaran nama Ku-e pada cengkerangnya?dia terkejut melihat cengkerang milik Edie

terlakar namanya.Memang jelas terlakar nama EDIE….Ku-E dan DIra. “Edie…

17
maafkan aku..mengapa kau tak pernah jelaskan selama ini?kalau tidak,aku tidak perlu

menunggu saat begini ..dan rinduku bakal terubat.

18
Assalamualaikum.sakura,
Disaat terlakarnya warkah ini,aku benar-benar berada di
laman Negara matahari terbit,di bawah kuntuman sakura yang
mekar mewangi. Masih ingatkah kau lagi kepadaku? Lelaki yang
tak jemu-jemu mencabar kesabaranmu dalam menjalankan
tugas di sekolah menengah dulu. Mungkin kau kini bersama
insan yang berjaya mencuri hatimu.Salam kebahagian ku
ucapkan .Biarpun saat dan ketika ini aku masih mengharapkan
kau menanti kata-kata yang tak sempat kuluahkan dulu.Aku
rindukan airmata dan bisa tamparanmu dulu.
Terima kasih atas kemarahan dan kebencianmu ..kalau
tidak,aku takkan berpeluang bertapak dibumi ini. Aku berjaya
merealisasikan impian,menjadi pentadbir kepada syarikat yang
menaungi ramai pelumba motorsikal professional. Aku tidak
mahu mereka mensia-siakan masa remaja mereka seperti aku
dulu. Setiap kali melihat mereka berentap di litar,tiap kali itulah
aku teringat saat manis dan bahagianya bersamamu biarpun
dalam keadaan nyawa hampir melayang dahulu..
Maafkanku ….kerana pergi tanpa apa-apa ucapan.
Cukuplah sekadar aku melihat reaksimu selepas mengetahui
segala-galanya. Kau pun buat kerja bodoh tu kan! Melaung
kepada laut untuk menghilangkan sengsara di jiwa. Aku sedih
nak meninggalkan sekolah kita dahulu. Paling aku sedih,orang
yang paling aku sayang tak percaya padaku. Tapi,selagi darah
kita mengalir bersama-sama,selagi itulah kenangan masih
diingatan.Biarpun nanti darah ini terhenti,nafas hayat
berakhir,memori itu tetap aku bawa bersama.Walau selepas ini

19
kita tak mungkin dapat bersama,apa yang aku mahu katakan 10
tahun dulu hanya satu perkara: aku menyintaimu. Impianku
selama ini Cuma untuk bersamamu menikmati bunga sakura
disini.
Sekeping kulit cengkerang masakan menjadi cengkerang
tanpa bersambung dengan pasangannya.Ia tetap akan utuh
biarpun tanpa mutiara diadalamnya.
Still loving u.aku maafkan kesilapanmu..
Ku-e (edie)

Angin bertiup lembut menyentuh badannya.Bebunga cinta jatuh berguguran di laman

pusara. Kelihatan seorang perempuan duduk berteleku mengadap pusara yang

masih bertanah merah. Mimpi yang selalu mengganggu lenanya tidak lagi

menjelma.Namun meninggalkan satu noktah pada cinta yang tidak kesampaian

.Sekadar surat cinta pertama dan terakhir yang menjadi kenangan.

20

Anda mungkin juga menyukai