Anda di halaman 1dari 5

4) Terangkan yang berikut:

a) Jenis- jenis hak


HAK ALLAH

HAK MANUSIA

HAK BERSEKUTU

Hak yang menjadi milik


Allah swt

Hak yang menjadi milik


manusia:

berkumpul hak Allah dan


hak manusia.

Ada 2 Jenis:
- Menentukan Ibadah.
(sembahyang, puasa, )
- Mencegah jenayah.
Menentukan hukuman /
menentukan hukum
hudud

Khusus : Menjaga harta.


Menetapkan harga
Umum: jaga keamanan,
mencegah jenayah

- Hak Allah melebihi:


iddah,

(i) Jenis:
- boleh digugurkan dan
tidak boleh digugurkan;
(Menuntut hutang/ hak
wali)
- Diwarisi dan tidak
diwarisi (hak/manfaat)
(hutang/ hak cipta/ sewa/
khiyar/ bersyarikat)

- Hak manusia melebihi:


qisas, diat

b) Taasuf
Taasuf adalah berkaitan dengan hak. Kebebasan menggunakan hak, selain dibatasi
dengan tidak bertentangan syariat islam juga dibatasi dengan tidak melanggar hak
atau merugikan kepentingan orang lain Prinsip perlindungan hak dalam islam
berlaku pada dan untuk semua orang. Sehinggakan perlindungan kebebasan dalam
menggunakan hak peribadi harus seimbang dengan perlindungan hak orang lain
terutama hak masyarakat umum.( Zuhaili, 1989 IV, hal 25-29)
Taasuf fi istimalil haqq

c) Tadahul
Terhimpun dijadikan satu / tergabung dalam hukuman.
Contohnya:
1) Kes 1: Minum arak kali pertama dan kali kedua terepas daripada hukuman. Kali
ketiga minum arak, tertangkap, hukumannya hanya sekali sahaja atas kesalahn
yang berkali-kali.
2) Mencuri 10 kali, hukuman potong tangan hanya sekali

5. Bahaskan kes berikut dan hubungkaitkan dengan konsep hak. Adakah pelaku
berhak:
a)
Seorang petani menanam pokok ganja dan pokok ketum diladang
miliknya walaupun dilarang oleh kerajaan. Jika ia tetap menanamnya dan
menjualnya, bagaimana hasil pendapatannya.

Berlaku Taasuf fi istimalil haqq


iaitu penggunaan hak yang
bertentangan syariat, dan penggunaan hak untuk kemaslahatan
peribadinya tetapi mengakibatkan mudarat yang lebih besar terhadap
orang lain. Rasulullah bersabda: Janganlah (ada diantara kamu )
melakukan aniaya dan janganlah pula yang teraniaya( Hadis Riwayat
Ibnu Majjah dan Daruquthni)

Menanam tanaman untuk mendapatkan hasilnya adalah hak bagi


manusia namun pokok ganja dan pokok ketum adalah tanaman yang
dilarang oleh kerajaan, selain penyalahgunaan, kedua-dua tanaman
tersebut diharamkan oleh syarak. Selain itu, hasil tanaman tersebut lebih
mendatangkan mudarat daripada manfaat kepada masyarakat umum

Hasil pendapatan daripada sumber yang terlarang adalah haram disisi


Islam dan haruslah diambil tindakan keatas pelaku taasuf fi istimalil
haqq

b) Pegawai kerajaan meminta imbuhan dari pemohon


untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan
kerajaan bagi meluluskan pemohonannya.
Jika pegawai yang memintanya: Pemohon layak @ tidak layak dianggap sebagai rasuah.
i)

Beri untuk dapatkan haknya. ( dizalimi oleh pegawai yang meminta)

Pemohon mempunyai kelayakan untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan Kerajaan. Namun hak
untuk mendapatkan rumah tersebut tidak akan diperoleh kecuali selepas memberi imbuhan atau rasuah
contohnya membayar sejumlah wang kepada pegawai kerajaan terlibat. Sehubungan itu sekiranya hak untuk
mendapatkan rumah itu boleh menjejaskan dengan teruk hidupnya, maka ketika itu dihukumkan dengan
hukuman darurat sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Diharuskan untuk memberi
imbuhan tersebut kepada Pegawai Kerajaan tersebut dengan maksud memelihara diri dari kemudaratan.
Walaubagaimanapun perbuatan memberi dan menerima imbuhan dalam konteks undang-undang Negara
memberi impak negatif kepada pemberi penerima dan Negara.Justeru adalah lebih baik tidak memberi
imbuhan daripada menerima bencana akibat perbuatan tersebut.
Kaitan dengan hak
Bagi pegawai kerajaan itu, beliau tidak berhak meminta imbuhan kerana perbuatan itu menyalahi syarak
dan bertentangan dengan hukum hak sebagaimana pendapat Mustafa Al- Zarqa yang dipelopori oleh
pandangan Wahbah Al-Zuhayli iaitu hak adalah bidang kuasa yang diakui syarak yang mempunyai
kekuasaan dan tanggungjawab.
ii) Menerima imbuhan daripada/ oleh pemohon yang tidak layak
Pemberian imbuhan atau rasuah termasuk dalam taasuf iaitu menyalahgunakan hak atau penggunaan hak
yang bertentangan dengan syarak. Hukum memberi dan menerima imbuhan daripada pemohon yang tidak
layak adalah haram. Pengharamannya jelas berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadith:
Al-Quran: al baqarah :188, Hadis: Ertinya:Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah dalam penetapan keputusan ( pemerintah, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain). (HR AtTarmizi)

c) Sekumpulan remaja melakukan / mengadakan acara sukan


telanjang atas alasan hak dan kebebasan individu
Secara umum, aurat bagi lelaki adalah daripada paras pusat sehingga lutut, manakala aurat bagi
wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Menurut mazhab hanafi dan hanbali berpadapat tentang aurat ketika bersendirian:
Sebagaimana dilarang seorang mukalaf mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang
yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia
bersendirian kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka seperti qadha hajat atau mandi.
hukumnya adalah harus.
Sementara ulama mazhab Maliki dan Shafie berpendapat:
ketika seseorang itu sendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali
ketika darurat adalah diharuskan

Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya: Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh
melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut
demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian ( HR Muslim)
Mengadakan sukan telanjang di khalayak ramai telah jelas melanggar hak Allah dan melanggar
syara. Jika didapati bersalah hakim boleh menjatuhkan hukuman ke atasnya. Sebagaimana
contohnya seseorang yang ditangkap kerana tidak berpuasa ataupun berkhalwat. Jika tidak, Allah
akan menyeksanya di dunia dengan dengan ujian dan keperitan disamping akan diseksa di
akhirat kelak.
Namun jika mengikut hak dan kebebasan manusia, perbuatan tersebut tidak melanggar hak asasi
manusia, dan dianggap tidak bersalah.

Anda mungkin juga menyukai