Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN A

a)

Pendidikan - aspek penting dalam pembinaan negara-bangsa. Institusi sekolah tempat bermula
segala-galanya. Harapan dan jangkaan yang tinggi masyarakat terhadap sekolah Pembentukan
sekolah berkesan semuanya direalisasikan oleh pemimpin yang berwawasan dan proaktif.
Seorang guru akan mengetahui ciri-ciri keguruan daripada unit ini.
Ciri-ciri keguruan seperti pekerja yang profesional tidak perlu arahan/penyeliaan yang rapi ,
tidak menganggap dirinya penolong bos , tidak bekerja terlalu ikut waktu yang tetap , membuat
keputusan sendiri , sentiasa memperbaiki diri , sentiasa memberi sumbangan idea, menghormati
sesuatu yang peribadi , kerja kuat dan smart , bertanggungjawab dan setia kepada organisasi ,
bekerja mengikut peraturan , sensitif kepada persekitaran , bangga dan seronok dengan tugas
menjadikan saya seorang guru yang berwibawa.
Melalui unit ini , saya tahu seorang guru hendaklah mempunyai sifat halim lemah-lembut,
sopan-santun, boleh menguasai diri, dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar
dan tidak lekas berang dengan perkara-perkara kesilapan kecil.
Guru juga mestilah menjaga kehebatan dan kehormatan diri dengan tidak melibatkan diri dengan
suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, sama ada dalam pakaian, perbuatan
dan percakapannya. Guru perlu merasa dirinya sebagai bapa atau ibu dalam menghadapi
muridnya. Guru mesti sayangkan muridnya seperti mana mereka sayangkan anak-anak sendiri,
dengan itu mudahlah murid itu menerima pendidikan dan bimbingan guru.
Selain etika keguruan , unit ini juga membincangkan tentang peraturan peraturan pendidikan
Malaysia. pihak kementerian juga telah membuat peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh
setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 Menteri telah
meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan yang mula
berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan melicinkan
perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan
lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat gangguan dalam sistem

pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni.
Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menghadapi
situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.
Bagi golongan guru

hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di sekolah.

Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa
berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan ketika berlangsungnya
majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah dilarang untuk mempunyai
potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan kemas kerana guru merupakan
contoh yang paling dekat dengan murid.
Unit ini memberi pendedahan kepada guru serba sedikat tentang peraturan 3A , peraturan 3B ,
peraturan 3C dan peraturan 4(1). Daripada peraturan 3A , contohnya jika seseorang pegawai
tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab
yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan
hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui
Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui,
mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.Jika surat itu
telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas
semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)
untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT
dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang
mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai
itu.
Peraturan 3B pula mengenai pemberian aku janji. Seorang pegawai dikehendaki memberi aku
janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan pegawai awam yang
melibatkan perlantikan , kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. Jika tidak diberi aku
janji perlantikan tersebut secara langsungnya dibatalkan oleh pihak berkuasa. Disini jelaslah
betapa pentingnya seorang guru mengetahui tentang peratutaran peraturan pendidikan.

Peraturan 3C pula memberi pendedahan kepada saya mengenai pegawai yang gagal menjalankan
kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang
melanggar mana-mana peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh
dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4(1) pula mengenai pelanggaran peraturan. Pelanggaran peraturan seperti sesiapa yang
membocorkan rahsia kerajaan , menjadi anggota jemaah islamiah , bersuhabat dengan musuh
negara , menyertai kesatuan Militan Malaysia dan memburuk-burukkan serta memperkecilkan
dasar dan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu seorang penjawat awam
tidak boleh melakukan pelanggaran tersebut. Dalam unit ini seseorang guru juga dapat
memahami tentang perkara-perkara yang tidak dibenar dilakukan oleh penjawat awam dan
larangan-larangan kepada penjawat awam.

b)

Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan masyarakat di
sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan
sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Ianya berfungsi
sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam
pendidikan seringkali diterapkan perlakuan dan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka
dapat mengamalkannya sepanjang hayatnya.
Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu melanggar etika seperti
faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup
(life experience), nilai peribadi dan prinsip moral (personal value and morals) dan faktor keadaan
(situation factors). Seringkali apabila sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka
jalan terakhir untuk menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk
mengawal keadaan tersebut.
Undang-undang boleh dikatakan sebagai satu kod atau tatacara dalam menjelaskan prosedur atau
perlaksanaan sesuatu perkara dengan cara yang betul . Undang-undang juga dikatakan sebagai
satu set peraturan yang digunakan sebagai satu garis panduan dalam sesuatu komuniti . Undangundang secara amnya boleh juga dikatakan sebagai satu pantang larang atau sekatan terhadap
perbuatan yang dilakukan yang membolehkan hukuman diberikan kepada individu yang
melanggar sekatan yang telah ditetapkan. Dalam melihat etika individu ini, undang-undang
digunakan bagi memperlihatkan bagaimana fungsi undang-undang ini yang menjadikannya
sebagai satu kayu ukur dalam melihat etika individu tersebut. Proses serta penawaran dalam
undang-undang itu sendiri menjadikan keputusan yang dibuat boleh dipengaruhi dan
Etika seseorang individu boleh dipengaruhi oleh undang-undang melalui apa yang ditawarkan
dalam undang-undang tersebut. Hal ini kerana, sesuatu yang diperlukan akan melibatkan
pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu. Dalam hal ini, ianya memperlihatkan

bahawa,

sekiranya undang-undang tersebut memberikan kesan kepada individu tersebut maka etika
individu tersebut akan dipengaruhi oleh undang-undang tersebut. Hal ini akan memberikan satu
sekatan terhadap etika individu tersebut, khususnya dalam membuat keputusan moral. Sekiranya
undang-undang yang dipengaruhi oleh etika individu tersebut ianya boleh dilat dari aspek
pembuat atau penggubal undang-undang, yang juga boleh dikatakan bahawa undang-undang
yang digubal atau diwujudkan akan berubah dan beradaptasi terhadap isu kontemporari etika

individu tersebut. Perkara ini juga boleh dilihat dalam dua aspek yakni undang-undang yang
bertulis dan juga undang-undang yang tidak bertulis. Jika melihat kepada undang-undang yang
bertulis, ianya akan melihat kepada penggubalan akta, enakmen dan ordianan di sesebuah
negara. Ianya digubal bertujuan bagi mengawal keamanan dan keselamatn sesebuah negara.
Melalui undang-undang bertulis ini,ianya mempunyai kuasa autoriti yang agak kuat dan boleh
dikaitkan dengan konsep autoritarian. Konsep ini cukup mudah di mana seorang individu sahaja
yang akan bertanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam pembentukan etika
individu, ianya mungkin mempengaruhi individu untuk lebih beretika, bukan sahaja kepada diri
sendiri tetapi kepada masyarakat sekeliling kerana, dengan adanya undang-undang bertulis ini,
ianya akan menjalankan kuasa undang-undang mengikut yang telah diperuntukkan oleh kerajaan
persekutuan atau kerajaan negeri. Namun begitu, ianya akan melibatkan perbicaraan bagi tujuan
pembuktian. Dalam aspek undang-undang yang bertulis ini, ianya boleh dikatakan bahawa ianya
digubal bagi menyekat sesuatu perbuatan atau tindakanan sama ada secara fizikal mahupun
mental bagi memastikan keamanan sesuatu negara

c)

Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hinggalah ke peringkat pendidikan yang
lebih tinggi ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal yang demikian,
pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Perkembangan Kurikulum
yang berkait rapat dengan pendidikan perlu

memberi perhatian sewajarnya bagaimana

pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), pendidikan
Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan etika dan akhlak.
Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan terhadap semua pelajar.
Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan pembelajaran sudah pasti dapat
membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang.
Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu diterapkan
lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan beretika ini dapat
membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti kehidupan yang kompleks.
Pendidikan

beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu berfikir dengan waras dan

menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk.
Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara yang
menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun Negara yang
kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan beretika ini sudah pasti
dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki mengikut fahaman agama masingmasing yang menekankan lebih kepada kebaikan. Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani
kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan
akhlaknya. Justeru dapat membentuk sebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran).

Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan Islam, masa
pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada pendidikan
beretika.

Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran kolaboratif dan

sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan unsur etika dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen dan poster
bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana saya anti rasuah yang
dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan untuk menyedarkan kedua-dua
pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan perlu dibenteras.
Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar, pameran dan
sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika dalam program yang
dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa dan media elektronik perlu
beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana kedua-dua media ini mempunyai
pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu memainkan peranan
yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan maklumat kepada segenap lapisan
masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada sesebuah organisasi sahaja.

Contohnya

penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah perlulah diwar-warkan secara langsung dan
berterusan agar sentiasa menjadi pedoman kepada setiap anggota masyarakat.
Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai contoh,
penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah.

Tindakan memecat

pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan
menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan
jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan seeorang pesalah.
Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan melibatkan
remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah terbukti
pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu yang lebih
beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-program seperti ini
membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.

Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu bersedia dan
menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya.

Sebagai contoh, untuk memaski

bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk menilai sejauh mana nilai
dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut.
Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam sebagai benteng
dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini. Ini adalah kerana
pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika yang ada dalam diri
mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi berlaku dalam pelbagai bentuk,
termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, pengubahan
wang haram dan sebagainya. Ini termasuk dalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika
individu iaitu faktor keadaan ( situation factors)

BAHAGIAN B
Menurut perspektif Barat, etika Islam dikategorikan sebagai etika keagamaan (religious ethics).
Namun, hakikat sebenarnya konsep dan skop etika Islam lebih jauh daripada itu. Ia tidak terhad

kepada hal-hal keagamaan sahaja, tetapi ruang lingkupnya merangkumi segenap urusan
kehidupan manusia.
Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak
didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir
daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan
penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak
sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain
seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.
Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri.
Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber
ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut
mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga
pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan
bimbingan wahyu al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber
kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan
manusia.
Berbeza dengan etika Barat, sumber pembentukannya adalah bergantung penuh kepada akal,
naluri dan pengalaman manusia. Keupayaan ketiga-tiga sumber tersebut amat terbatas. Ketigatiga sumber tersebut seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi,
tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu. Hal ini menyebabkan para moralis Barat cenderung untuk
mengetengahkan teori mengikut pertimbangan peribadi dan pemahaman yang berbeza-beza.

Perbezaan fahaman ini adalah berpunca daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman
membuat suatu penilaian yang seragam dan bersifat sejagat yang boleh diterima oleh semua
pihak.
Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis

(majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama silam dalam pelbagai
bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung kelakuan manusia itu
sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan yang paling
tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga,
masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika
Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.
Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi pelbagai
aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala kesempurnaan,
maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi
manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul
atau salah itu akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa. Ini berbeza dari
teori etika Barat yang sentiasa berubah-ubah dan hanya diterimapakai bagi suatu tempoh masa
tertentu sahaja.
Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif (salbiyah).
Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta
dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar
dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika
Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah),
hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan dengan alam sejagat. Dari segi skop
nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam
diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan, sikap, perlakuan dan
bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.

Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam juga
cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi Allah s.w.t.
yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan
kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri.

Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan
penuh keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun
arahan ketua atasan.
Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar
dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam
untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di dunia, ia
turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah). Ia ternyata jauh lebih baik daripada
etika Barat yang jelas menafikan hak Allah s.w.t., mengabaikan pembangunan dalaman diri
manusia dan hanya berorientasikan keduniaan. Persoalannya, adakah etika Islam berbeza sama
sekali dengan etika Barat? Apakah wujud persamaan antara keduanya?
Apabila etika dan moral dihubungkan maka boleh dikatakan bahawa antara etika dan moral
mempunyai objek yang sama iaitu sama-sama membincangkan tentang perbuatan manusia untuk
selanjutnya di tentukan kedudukannya baik atau buruk. Tolak ukur yang di gunakan dalam moral
untuk mengukur tingkah laku manusia adalah adat istiadat, kebiasaan, dan lain-lain yang berlaku
di masyarakat.
Menurut Ibnu Arabi hati manusia itu boleh baik dan buruk, kerana di dalam diri manusia terdapat
3 nafsu:
Syahwaniyah
Nafsu ini ada pada diri manusia dan binatang iaitu nafsu pada makanan istimewa (makanan,
minuman) dan syahwat jasmani. Apabila manusia tidak mengawal nafsu ini maka manusia tidak
ada bezanya dengan binatang.

Al-Ghadabiyah
Nafsu ini juga ada pada diri manusia dan binatang, cenderung pada marah, merosakkan, cita-cita
dan senang menguasai dan mengalahkan orang lain serta lebih kuat di banding dengan
syahwaniyah dan berbahaya jika tidak dikawal.

Al-Nathiqah
Nafsu yang membezakan manusia dengan binatang. Nafsu ini mampu membuat berzikir,
mengambil hikmah, memahami fenomena alam dan manusia menjadi agung, besar cita-citanya,
kagum terhadap dirinya hingga bersyukur kepada Allah. Yang menjadikan manusia dapat
mengendalikan 2 nafsu di atas dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk
Manfaat etika, moral dan akhlak dalam kehidupan
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Menjadikan insan yang lebih taqwa kepada Allah.


Dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Memperbaiki tingkah laku manusia untuk menjadi peribadi yang baik.
Mengetahui kesan positif hidup rukun dalam kehidupan.
Memahami pentingnya arti persatuan di dalam kehudipan.
Menumbuhkan kesedaran peribadi untuk membentuk rasa kebersamaan dalam kehidupan

sosial.
g) Boleh bertindak mahmudah iaitu berakhlak terpuji dan mampu mennghindari akhlak
madzmumah.

Ajaran Konfusianisme atau Confucius (juga: Kong Fu Tze atau Confucius) dalam bahasa Cina,
istilah asalnya adalah Rujiao yang bererti agama dari orang-orang yang lembut hati, terpelajar
dan berbudi luhur. Konfusianisme mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan
antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya tetap
mengingat nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Ajaran ini merupakan
susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Confucius tidak
menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi hanya yang patut disembah,

bukan menyembah barang-barang keramat atau penunggu yang tidak patut disermbah, yang
dipentingkan dalam ajarannya adalah bahawa setiap manusia perlu berusaha memperbaiki moral.
Ajaran falsafah ini diasaskan oleh Confucius atau Konfusious yang dilahirkan pada tahun 551
SM Chiang Tsai yang saat itu berusia 17 tahun. Seorang yang bijak sejak masih kecil dan
terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun, Kong Hu Cu banyak
menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut
ajaran ini. Ia meninggal dunia pada tahun 479 SM.
C. Etika Confucianisme
1. Kebenaran - Yi
Yi umumnya ditafsirkan sebagai menjunjung tinggi kebenaran, keadilan, kewajiban dan
kepantasan. Menurut Fung Yu lan Yi bererti keadaan yang seharusnya berlaku yang merupakan
amar tanpa syarat. Setiap orang mempunyai hal-hal tertentu yang seharusnya ia lakukan demi
hal-hal itu sendiri yang ditinjau dari sisi moral merupakan perkara yang harus dikerjakan kerana
benar. Jika orang mengerjakan hal itu kerana pertimbangan lain terletak diluar bidang moral,
walaupun ia mengerjakan apa yang seharusnya dikerjakan, namun perbuatannya tersebut tidak
lagi merupakan perbuatan yang adil / lurus. Hal ini dapat kita simak dari perkataan Confucius
sendiri, "Seorang Junzi hanya mengerti akan kebenaran, sebaliknya seorang rendah budi hanya
mengerti akan keuntungan".

2. Cinta Kasih - Ren


Menurut Confucius manusia yang bermaruah adalah manusia yang mempunyai 'Ren' atau Cinta
Kasih. Konsep 'Ren' merupakan pusat kualiti moral manusia intisari dari cinta terhadap sesama,
perikemanusiaan, hati nurani, keadilan, dan kasih sayang. Aksara China untuk Ren () dibentuk
dari kata Ren ( = manusia) dan kata Er ( = dua) yang artinya hubungan antara dua
manusia atau hubungan manusia dengan manusia berdasarkan kemanusiaan yang sama atau
perikemanusiaan atau cinta kasih. Dalam Confucianisme "Ren 'adalah idealisme moral tertinggi

yang melandasi etika moral lain yang ingin dicapai iaitu Kebenaran (Yi), Kesusilaan (Li),
Bijaksana (Zi), dan Boleh Dipercayai (Xin).
Ketika Fan Chi (murid Confucius) bertanya tentang 'Ren', Confucius menjawab, "Cintailah
manusia". "Seorang yang mempunyai Ren ingin dapat tegak, maka berusaha agar orang lainpun
tegak: ia ingin maju, maka berusaha agar orang lainpun maju.". Juga yang diri sendiri tidak mahu
hendaklah jangan diberikan kepada orang lain. Kepada Zi Zhang, Confucius berkata, "Ren
adalah kesanggupan untuk mencapai lima perkara didunia, yaitu hormat, lapang hati, boleh
dipercayai, cekap, murah hati".

3. Kesusilaan - Li
Pada masa sebelum Confucius, Li bermakna korban dalam upacara persembahan kurban untuk
memenuhi kehendak langit. Upacara atau ritual semacam ini merupakan sebahagian daripada
tamadun China yang telah berlangsung selama ribuan tahun. Confucius kemudian
memperluaskan makna kata Li dengan pengertian baru iaitu kepatutan atau kepantasan perilaku
terhadap orang lain. Pengertian ini mempunyai arti sangat luas yang meliputi semua nilai-nilai
etika, tata-krama, budi pekerti, kesopanan, norma sosial dan moral. Jika perlu ditafsirkan dalam
satu kata, maka kata yang tepat adalah Kesusilaan.
Bagi Confucius segala sesuatu yang berhubungan antara manusia dan manusia yang lain harus
diatur menurut Li. Yan Yuan (seorang murid Confucius) bertanya tentang cinta kasih. Confucius
menjawab, "Mengendalikan diri dan pulang kepada kesusilaan, itulah cinta kasih. Bila suatu hari
dapat mengendalikan diri pulang kepada kesusilaan, dunia akan kembali kepada cinta kasih.
Cinta kasih itu bergantung kepada usaha diri sendiri. Bolehkah bergantung kepada orang lain?"
Yan Yuan meminta penjelasan mengenai pelaksanaannya. Confucius menjawab, "Yang tidak
susila jangan dilihat, yang tidak susila jangan didengar, yang tidak susila jangan dibicarakan, dan
yang tidak susila jangan dilakukan."
Confucius berkata, "Menghormat tanpa mengenal kesusilaan akan merupakan pekerjaan yang
menyusahkan. Berhati-hati tanpa kesusilaan akan menimbulkan perasaan serba takut. Keberanian

tanpa kesusilaan akan menimbulkan kekacauan. Kejujuran tanpa kesusilaan akan menimbulkan
perilaku kasar."
"Tata cara itu harus selaras dengan kemurnian hati, dan kemurnian hati menjadi kenyataan dalam
tata cara. Ingatlah kulit harimau dan harimau jika dihilangkan bulu-bulunya tidak akan ada
bezanya dengan kulit anjing dan kambing."
"Diatur dengan undang-undang, dilengkapi dengan hukuman, menjadikan orang hanya berusaha
mengelak dan kehilangan harga diri. Diatur dengan kebajikan dan dilengkapi dengan kesusilaan,
menjadikan orang tumbuh rasa harga diri dan berusaha hidup benar."
"Bagi orang yang tidak mempunyai cinta kasih (Ren), apa arti kesusilaan (Li)? Bagi yang tidak
mempunyai cinta kasih (Ren) apa erti muzik (Yue)?"
Lin Fang bertanya tentang inti kesusilaan. Confucius menjawab, "Didalam upacara daripada
mewah menyolok lebih baik sederhana. Didalam upacara duka, daripada meributkan
kelengkapan upacara lebih baik ada rasa sedih yang tulus".

4. Bijaksana - Zhi
Zhi secara harfiah artinya kearifan atau kebijaksanaan, juga bererti kecerdasan atau kepandaian.
Zhi merupakan gabungan dari kata anak panah shi) dan mulut kou), artinya mengetahui atau
menyedari Zhi). Dan di bawahnya ada kata Ri yang artinya hari, matahari, atau setiap hari. Maka
anda dikatakan bijaksana kalau setiap hari mempunyai kesedaran atau selalu sedar. Bagaimana
konsep kebijaksanaan menurut Confucius, mari kita ikuti ajaran beliau dibawah ini.
Confucius berkata, "Bila melihat seorang yang bijaksana, berusahalah menyamainya dan bila
melihat seorang yang tidak bijaksana, periksalah dirimu sendiri,"
"Bila melakukan kesalahan, jangan takut untuk memperbaikinya." "Bila kamu tahu berlakulah
sebagai orang yang tahu, bila kamu tidak tahu katakanlah bahawa kamu tidak tahu. Itulah yang
disebut mengetahui." "Orang yang suka cinta kasih (Ren) tetapi tidak suka belajar akan
menanggung cacat bodoh. Orang yang suka kebijaksanaan (Zhi) tetapi tidak suka belajar maka
akan menanggung cacat kalut jalan fikiran, .....

Ungkapan tersebut menunjukkan bahawa Confucius mengajarkan agar dalam mencapai


kebijaksanaan untuk tidak ragu-ragu untuk mengikuti perilaku bijak orang lain dengan semangat
selalu mawas diri dan berani membetulkan kesilapan diri sendiri. Confucius juga mendasarkan
bahawa kebijaksanaan harus dicapai dengan dilandasi semangat kejujuran dan keterbukaan. Dan
yang tidak kalah pentingnya adalah semangat dan kesukaan akan belajar yang tinggi merupakan
satu cara untuk mencapai kebijaksanaan.
Pada waktu Confucius berada di istana, kandang kuda terbakar. Setelah pulang ia bertanya,
"Adakah orang yang terluka?" Ia tidak menanyakan tentang kuda. Pasal tersebut menunjukkan
sikap bijak yang sangat tinggi yang dimiliki Confucius, kerana pada saat harta kekayaannya
terancam yang nombor satu diingatnya adalah nasib orang-orangnya. Mungkin namanya tidak
akan dicatat sejarah seandainya pertanyaannya salah pada saat itu.

5. Layak Dipercayai - Xin


Xin secara harfiah artinya boleh atau layak dipercayai dan boleh juga bererti surat. Kata Xin
berasal dari gabungan dua kata, yaitu kata Ren ( ) yang bererti manusia dan Yan ( ) yang
bererti kata-kata atau ucapan. Manusia bersandar kepada kata-katanya mengandung arti jika
manusia konsisten dengan kata-katanya maka ia layak dipercayai. makna yang lain adalah hanya
makhluk manusia yang boleh mendedahkan kata-katanya secara tertulis, maka Xin artinya juga
surat.
Berikut adalah ajaran Confucius tentang konsep Xin, sebagai berikut:

"Seorang yang tidak layak dipercayai entah apa yang boleh dilakukan? Itu seumpama kereta
besar yang tidak mempunyai sepasang gandaran atau seumpama kereta kecil yang tidak
mempunyai sebuah gandaran, entah bagaimana menjalankannya?"
Ketika ditanya soal pemerintahan Confucius menjawab, "Harus cukup makan, cukup
persenjataan, dan ada kepercayaan rakyat." Ketika ditanya jika terpaksa ada yang tidak dapat
dipenuhi dari ketiga hal tersebut yang mana boleh dilewatkan Confucius menjawab,

"Persenjataan boleh dilewatkan." Ketika ditanya mana yang boleh dilewatkan jika masih ada
yang tidak dapat dipenuhi dari dua yang tersisa Confucius menjawab, "Lewatkan makanan.
Sejak jaman dahulu selalu ada kematian; tetapi tanpa kepercayaan rakyat, negara tidak boleh
berdiri."
Dari ungkapan-ungkapan tersebut diatas dapat disimpulkan bahawa Confucius mengajarkan
bahawa seseorang harus mempunyai sifat layak dipercayai kerana dengan ia mempunyai sifat
layak dipercayai ia akan mendapat kepercayaan dari orang lain dan masyarakat. Sifat layak
dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia didunia. Demikian juga
kerajaan yang baik adalah yang mendapat kepercayaan dari rakyatnya. Untuk boleh mendapat
kepercayaan dari rakyatnya tentu pemerintahan tersebut harus mempunyai pegawai-pegawai
yang layak dipercayai.
6. Setia & Tepa Sarira - Zhong Shu
Setia atau Zhong terdiri dari gabungan dua kata yaitu Hati) dibawah kata Tengah (Zhong Artinya
orang yang berkelakuan setia adalah orang yang mempunyai hati yang terletak ditengah atau hati
yang terletak ditempat yang semestinya.
Tepa Sarira atau Tenggang Rasa (Shu ) terdiri daripada kata Seperti (Ru ) dan Hati (Xin
Artinya Tepa Sarira atau Tenggang Rasa adalah perbuatan yang muncul dari hati. Maka seorang
manusia yang sudah kehilangan hatinya tentu sudah kehilangan kemampuannya untuk bertolakrasa.
Confucius berkata, "Shen (Nama panggilan Zeng Zi, salah seorang muridnya), ketahuilah Tao
yang kumiliki itu satu tetapi menembusi semuanya". Zeng Zi menjawab, "Ya, Guru." Selepas
Confucius pergi, murid-murid yang lain bertanya apa maksud kata-kata sang Guru tadi. Zeng Zi
menjawab, "Tao atau jalan suci Guru itu tidak lain adalah Setia dan Tepa Sarira ( Zhong
Shu)".

7. Takdir - Tian Ming -

Huruf Tian berasal dari huruf Da yang artinya besar, ditambah satu garis atasnya menjadi Tian ,
yang artinya yang paling besar adalah langit. Maka Tian secara harfiah artinya Tuhan, Syurga,
atau Langit sebab dialah yang paling besar. Kata Ming berasal dari gabungan dua kata, yaitu
kata Kou yang bererti mulut dan Ling) yang bermakna perintah atau komando. Gabungan dua
kata tersebut menghasilkan Ming artinya: hidup, nyawa, nasib, takdir, perintah, titah. Sementara
jika huruf Tian dan Ming digabungkan artinya menjadi: kehendak Tuhan, takdir, mandat dari
Tuhan.
Berikut adalah ajaran Confucius tentang konsep Tian Ming, sebagai berikut:
Guru berkata, "Pada waktu berusia 15 tahun, sudah teguh semangat belajarku. Pada usia 30 tahun
tegaklah pendirian. Pada usia 40 tahun tida lagi keraguan dalam fikiran. Pada usia 50 tahun telah
mengerti Takdir Tuhan. Pada usia 60 tahun pendengaranku telah menjadi alat yang patuh untuk
menerima kebenaran. Dan di usia 70 tahun aku sudah dapat mengikuti hatiku dengan tidak
melanggar garis kebenaran. "
Guru berkata, "Seorang Junzi memuliakan tiga hal, memuliakan Takdir Tuhan, memuliakan
orang-orang besar, dan memuliakan sabda luhur para nabi. Seorang rendah budi tidak mengenal
dan tidak memuliakan Takdir Tuhan, meremehkan orang-orang besar dan mempermainkan sabda
para nabi."
Guru berkata, "Yang tidak mengenal Takdir, ia tidak boleh menjadi seorang Junzi. Yang tidak
mengenal Li (kesusilaan) ia tidak boleh teguh dalam pendirian. Yang tidak mengenal perkataan,
ia tidak dapat mengenal manusia,"
Dengan sedih Sima Niu berkata, "Orang lain mempunyai saudara, namun aku sebatang kara." Zi
Xia berkata, "Apa yang pernah aku dengar (dari Confucius) demikian 'mati hidup adalah Takdir,
kaya mulia ditentukan Tuhan. Seorang Junzi selalu bersikap sungguh-sungguh, maka tiada
khilaf. Kepada orang lain bersikap hormat dan selalu bersikap susila. Maka di empat penjuru
lautan semuanya saudara. Mengapa seorang Junzi merana kerana tidak mempunyai saudara? "
Dari ungkapan-ungkapan tersebut diatas dapat disimpulkan bahawa Confucius mengajarkan
bahawa ada hal-hal yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Manusia hanya boleh berusaha untuk
terus belajar untuk meraih kebijaksanaan (Zhi), memahami dan mengamalkan kesusilaan (Li),

cinta kasih (Ren), kebenaran (Yi), dan sikap boleh dipercayai (Xin). Ideal yang ingin dicapai
adalah menjadi seorang Junzi. Perkara hidup mati, kaya dan mulia tidaklah perlu dirisaukan
kerana hal itu adalah Tian Ming atau Takdir Tuhan.

8. Manusia Budiman - Jun Zi


Jun Zi jika harus diterjemahkan dalam bahasa Melayu artinya adalah manusia budiman,
susilawan, seorang manusia dengan seluruh dasar dan keagungannya. Padanan kata dalam
bahasa Inggerisnya adalah gentleman. Menjadi Jun Zi adalah idealisme moral manusia tertinggi
yang harus dicapai dalam Konfusianisme.
"Seorang Jun Zi memegang kebenaran sebagai pokok pendiriannya, kesusilaan sebagai pedoman
perbuatannya, mengalah dalam pergaulan dan menyempurnakan diri dengan sikap boleh
dipercayai. Demikianlah Jun Zi"."Seorang Jun Zi menuntut diri sendiri, seorang rendah budi
menuntut orang lain".
"Seorang Jun Zi bukan alat". "Seorang Jun Zi mengutamakan kepentingan umum, bukan
kumpulan; seorang rendah budi mendahulukan kumpulan; bukan kepentingan umum"."Seorang
Jun Zi mau berlumba tetapi tidak mau berebut, mau berkumpul tetapi tidak mau
berkomplot"."Seorang Jun Zi tidak memuji seseorang kerana kata-katanya, dan tidak menyiakan
kata-kata kerana orangnya".

9. Tiga Hubungan Tata Krama - San Gang


Dalam masyarakat yang bertamadun pasti diperlukan suatu tata hubungan yang menetapkan
norma-norma kepantasan atau kewajaran hubungan antar anggota masyarakat tersebut. Nah, San
Gang adalah tiga hubungan adab antara:
1) Seorang raja dengan para menterinya, atau antara seorang atasan dengan para bawahannya.
2) Seorang ayah dengan anaknya.
3) Seorang suami dengan isterinya.

10. Lima Norma Kesopanan - Wu Lun


Lima norma kesopanan dalam masyarakat terdiri dari San Gang ditambah dua norma lain, yaitu
hubungan antar saudara dan hubungan antar teman.
1) Seorang raja dengan para menterinya, atau antara seorang atasan dengan para bawahannya.
2) Seorang ayah dengan anaknya.
3) Seorang suami dengan isterinya.
4) Seorang kakak dengan adik.
5) Seorang rakan dengan teman.