Anda di halaman 1dari 3

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam

Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970
Keputusan:
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa:
1.Nyanyian dan Muzik tanpa atau dengan alat muzik adalah harus berpandukan
kepada dalil-dalil berikut:
Keterangan/Hujah:
Dalil dari al-Quran
a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan
( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi)
kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah).
Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari
hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Istinbat dari ayat di atas:
Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw
dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang
menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan allahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian
yang menggembirakan seperti itu adalah harus
b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32
Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan
hiburan yang melalaikan.
Istinbat dari ayat di atas:
Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan
sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus.
c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada
diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu
ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak
melakukannya (17)
Istinbat dari ayat di atas:

Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan
(lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami
dari gaya ayat).
Dalil dari as-Sunnah
a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika
itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati
perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku
dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya
dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap
Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila
keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku
kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar
(meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Istinbat dari hadis:
Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus
masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang
berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh
Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.
b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating
mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil
tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada
dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan
persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan
senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami
diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian
dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang
alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa:
tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan
sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan A
Istinbat dari hadis:
Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian
wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang
malah turut mendengar nyanyian itu. Rasulullah saw tidak melarang malah turut
mendengar nyanyian itu. Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan
dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui
apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.

Dari keterangan al-Quran dan as-Sunnah di atas menunjukkan bahawa nyanyian


atau kegembiraan adalah harus. Namun demikian rasulullah saw menegur lirik yang
didengarinya dan melarang penyanyi menggunakannya.
2. Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan
perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau
seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara
untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:
i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan
merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat
Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970

Anda mungkin juga menyukai