Anda di halaman 1dari 26

1.

LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Gambar 1 sekolah kebangsaan sering tahun 2015


Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1992 oleh Penggawa Daerah Sering pada
masa itu Penggawa Che Mamat bin Che Leh atau gelarannya tok Kumbang bertempat di
kg. Pasir Kasar.
Bangunan asalnya 12 kaki X 40 kaki dan ia diperbuat daripada kayu beratap nipah
dan berdinding buluh. Ia dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Nama
asalnya Sekolah Melayu Sering dengan guru besar pertamanya En yahya bin Awang Mat.
Bilangan murid pada akhir tahun 1922 seramai 64 orang.
Pada tahun 1928 En. Yahya bin awnag mat telah dilantik menjadi penggawa daerah
sering. Tempat nya sebagai guru besar diganti oleh En Hassan bin haji sulong pada tahun
1932. tahun 1932 sekali lagi pertukaran guru besar dengan cikgu omar bin bulat pila menjadi
guru besar sekolah ini.

Pada tahun 1934 sekolah kebangsaan sering telah berpindah ke tempat yang lebih
strategic, berhampiran dengan rumah penggawa dan juga rumah guru besarnya iaitu di
kampung Petani, sering
Semasa pemerintahan jepun sekolah inii tidak memgalami apa-apa perubahan
sehinggalah pada awal tahun lima puluhan, guru besar cikgu omar bin bulat telah berusaha
mendapatkan satu tapak dan bangunan yang lebih sesuai dan kekal. Dengan usaha cikgu
omar bin bulat dan ahli jawatankuasa sekolah pada masa itu maka pada tahun 1953
sebidang tanah lot No 2466 Mukim Sering , Daerah sering seluas 3 ekar 385 depa telah
dibeli daripada tuan punya iaitu Hajjah Zabidah binti Haji Salleh dengan harga $500.00
daripada hasil derma ibubapa dan orang ramai.
Pada tahun 1954 guru besar haji omar bin bulat telah bertukar sekolah. Tempatnya
diganti pula olehcikgu Muhammad bin yusoff bertukar ke sekolah keb. Bukit marak. Tahun
1958 sekolah sering telah mendapat sebuah banguna baru yang kekal berukuran 180 kaki x
20 kaki dengan 6 bilik darjah. Bangunan ini dibina diatas tapak sekolah sekarang ini. Turut
juga dipindahkan ialah bangunan lama untuk menampung kekurangan bilik darjah.
Pada akhir tahun 1968 guru besar haji omar bin bulat telah bersara dan tempat nya
diganti oleh tuan haji razali bin Abdullah. Tahun 1978 sekali lagi sekolah ini mendapat
banguna tambahan berukuran 120 kaki x 25 kaki untuk kegunaan bilik darjah, bilik
perpustakaan dan 2 bilik setor. Tahun ini juga sebuah bangunan kantin turut dibina oleh
pihak kerajaan.
Pada 1hb januari 1980 cikgu haji razali bin Abdullah telah bertukar dan tempatnya
diganti pula oleh cikgu nik Abdullah bin nik mahmood. Serentak dengan ini sekolah
digredkan menjadi Sekolah Gred B.
Pada 15hb Mac 1981 seklai lgi sekolah mendapat bangunan tambahan. Sekolah dua
tingkat ini mengandungi 10 bilik darjah, bilir setor, tandas murid dan tandas guru. Oleh
kerana sebelum ini bangunan-bangunan sekolah ini belum dibuka dengan rasminya maka
pada 15hb april 1982 bersamaan 21 jamadil akhir 1402 hijriah satu majlis perasmian
diadakan dan disempurnakan oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Menteri
Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 01.01.1986 sekolah mendapat guru besar baru iaitu
cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik AMN.
Pada 1hb mac 1988 cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik telah bertukar dan tempatnya
dig anti oleh cikgu haji ab. Rahim bin haji ahmad. Pada 23hb mei 1989 cikgu haji ab. Rahim
bin haji ahmad telah bersara tempatnya sebagai guru besar diganti pula oleh cikgu mahmud
bin hamat. Pada persekolahan tahun 1992 satu kelas prasekolah telah dibuka disekolah ini.
2

Serentak dengan ini satu bangunan sekolah prasekolah telah dibuka di sekolah ini. Serentak
dengan ini satu bangunan prasekolah telah dibina disekolah ini oleh kerajaan.
Pada 25hb april 1993 guru besar nik mahmud bin hamat telah bersara. Sesuai
dengan pengredan sekolah kepada sekolah gred A , maka pada 3hb julai 1993 sekolah ini
telah mendapat guru besar baru iaitu cikgu hamzah bin hassan. Beliau menjadi guru besar
sekolah ini hingga 1994.
Pada tahun 1994 sehingga tahun 1995 sekolah ini telah dipimpin oleh Pn Hjh
Rosmayati bt Hamat. Seterusnya bermula 1 jun 1996 sehingga sekarang sekolah ini
dipimpin oleh YM Raja Kamarudin b Raja Ismail. Dibawah kepimpinan beliau sekolah ini
telah mencapai tahap kecemerlangan dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5 A. Bermula
dengan pencapaian seramai 13 orang mendapat 5 A pada tahun 1998. sehingga sekarang
pencapaian terus melonjak dengan lompatan saujana seramai 43 orang pada tahun 2008.

2. 0

PENDAHULUAN
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama

kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti
berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan
dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program
PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga
sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah
amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh
itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti serta

sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin

menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program
ini juga adalah untuk menjadikan

sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan

berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

GAMBAR 2 program rancangan makanan tambahan SK Sering 2015.


Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi
makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang
miskin.

RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30%

daripada keperluan

makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu
dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan
kepada murid-murid yang terlibat. RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu
Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan
kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang
berpendapatan rendah.
Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah
dikenalpasti

berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia dan

daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400. 00 atau pendapatan per kapita


RM 80. 00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah
dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

2.2 MATLAMAT
RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid
sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara
imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
2.3 OBJEKTIF
Antara Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk :

Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid


yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan

kekurangan tenaga.
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.
Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah

mengelolakan RMT.
Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta
amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan

makanan dan kebersihan alam sekitar.


Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari

luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.


Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari
luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara
waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras
dengan Dasar Pembangunan Negara.

3.0 Carta organisasi program RMT


6

CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )


SEKOLAH KEBANGSAAN SERING
2015

PENGERUSI
GURU BESAR
(YM Hj. Raja Kamaruddin bin Raja Ismail)
NAIB PENGERUSI
P. KANAN HEM
(YM Tg Mohd Nordin b. Tg Seman)

PENYELARAS RMT
(Pn Wan Salwani bt Wan Ahmad)

PENYELARAS 2
(Puan Nasiah bt Abdul Rahman )

AHLI JAWATAN KUASA

1.
2.
3.
4.
5.

Pn Noorhamidah bt Abdul Hamid 6. Pn Farniz Marini Bt Mohammad


Pn Rahimah Bt Adam
7. Pn Ruzana Bt Omar
Pn Che Haripah bt Che Ahmad
8. Pn Noor Aini Bt Hussin
En Azhar B Ismail
9. En. Muhammad B Yaakob
En Rohaimi B Mohamad
10.Pn Norzaina Bt Ariffin

Rajah 1. Carta organisasi program Rancangan Makanan Tambahan Sk


Sering

3.1

PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN


Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu

usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber
makanan yang seimbang. Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan
yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.
Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak
20 menu yang berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan
mereka.

Pengusaha kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang

disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan
dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.
Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan
komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid. Zat-zat ini
penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu.
Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam
memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai
kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah memainkan peranan dalam
melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid
murid.
Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat
penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau
oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah. Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan
kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan, mementingkan
kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa
menyediakan dan menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan
penyakit berjangkit.

Gambar 3 kebersihan dalam penyediaan makanan oleh pihak pengusaha RMT sangat
dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan dan penyakit
berjangkit berlaku.
Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah
o
o
o

Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan


Laporan bulanan
Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan
yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh
membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik
pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak
membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya
menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau
pertambahan berat badan.

Gambar 4. Murid-murid Sk sering sedang menikmati makanan dalam program RMT yang
disediakan seawal jam 7 pagi iaitu 45 minit sebelum masa belajar.
Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan
yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan
yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan
menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan
perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya,
tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru
memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid.
Oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka
sewaktu makan.

Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut

boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat

10

makan.

Gambar 5 murid berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pengusaha RMT.
3.1.1 Sumber Kewangan
Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan
oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian
Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran
menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap
bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT
sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.
11

3.1.2 Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT


Di sekolah Kebangsaan Sering, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses
pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa atau penjaga
seseorang pelajar itu. Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa
RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan 3 guru RMT.. Kriteria pemilihan murid
RMT ini adalah berdasarkan kepada :
a.
b.

Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.


Murid berstatus warganegara dan daripada keluarga yang berpendapatan di bawah

paras RM 400.00 sebulan.


c.

Murid berasal daripada saiz keluarga besar namun berpendapatan rendah.

3.1.3 Kaedah dan pemilihan tender untuk RMT


Pengusaha kantin bersetuju menyediakan makanan dengan kadar yang ditetapkan.
Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan
setelah menerima saluran Kewangan daripada KPM.
3.1.4 Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan
Memandangkan di sekolah Kebangsaan Sering ini pihak kantin yang mengurus dan
menyediakan makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek
kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.
3.1.5 Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di
sekolah ini telah menyediakan makanan pada hari-hari persekolahan iaitu sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Murid-murid yang mendapat RMT akan diarahkan

12

mengambil makanan mereka pada jam tujuh setiap masa persekolahan. Murid-murid akan
berbaris untuk mengambil makanan yang diagihkan oleh pengusaha kantin.

3.1.6 Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT


Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin
sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah
mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa
yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan,
pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas
dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.7 Pemilihan bahan- bahan mentah
Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan
barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri
daripada makanan yang:
i.

mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan

mencegah penyakit.
ii.

segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.

iii.

mengenyangkan.

iv.

tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan

kesihatan.
Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi pemerhatian yang
dilakukan keatas pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan

13

makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga
dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

3.1.8 Menu makanan yang disediakan


Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu
makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan
berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin
sekolah.
JADUAL MENU MAKANAN RMT SK SERING 2015
Contoh menu makanan bulan Ogos minggu ketiga.
HARI
AHAD

MENU MAKANAN
- Telur rebus masak merah+nasi putih
- Air sirap

ISNIN

- Buah tembikai
- Nasi putih + Ikan goreng + sayur
- Minuman Milo

SELASA

- Buah Pisang
- Mee goreng dengan sayur dan ayam
- Minuman Milo

RABU

- Buah betik
- Nasi Kuning + telur + sayur

KHAMIS

- Minuman Milo
- Nasi +ayam masak kicap + sayur
- Minuman Jus Oren
-Buah epal

14

Gambar 2 . antara menu makanan yang disediakan di sekolah Kebangsaan Sering


MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
MENU NO. 1 : NASI AYAM
BAHAN

Nasi (berperisa ayam)

Ayam Kukus

Kuah Sup
o

Kentang

Kerot

Daun Bawang

SUKATAN
Satu mangkuk sederhana
50 gram
150 ml
20 gram
10 gram
5 gram
2 sudu

Sos Cili

Buah : Betik

80 gram

Minuman : Air Soya

Satu gelas

MENU NO. 2 : NASI LEMAK


BAHAN

SUKATAN
Satu mangkuk sederhana

Nasi Lemak
15

Ikan Bilis/Sotong

Kacang Tanah

Timun

Sambal

Buah : Nanas

Satu Potong

Minuman : Milo

Satu gelas

50 gram
20 gram
15 gram
2 sudu

MENU NO. 3 : BUBUR NASI AYAM


BAHAN

SUKATAN

Bubur Nasi

Ayam

Lobak Merah

Daun Bawang

Daun Sadri (Sup)

Buah : Jambu Batu

80 gram

Minuman : Milo

Satu gelas sederhana

Satu mangkuk sederhana (80 gram)


10 gram
5 gram
5 gram
5 gram

MENU NO. 4 : MEE REBUS


BAHAN

Mee Kuning

Kuah Mee
o Sawi
o

Taugeh

Udang

Bawang Goreng

SUKATAN
80 gram
200 ml.
15 gram
15 gram
20 gram
10 gram

Buah : Limau

Satu biji

Minuman : Horlicks

Satu gelas

MENU NO. 5 : BIHUN GORENG


BAHAN

SUKATAN

Bihun

Sawi

Taugeh

Udang

Bawang Goreng

Buah : Nangka

2 ulas

Minuman : Air Soya

Satu cawan

150 gram
15 gram
10 gram
40 gram
5 gram

16

MENU NO. 6 : NASI KERABU


BAHAN

Nasi Putih

Ramuan
o Isi Ikan Dihancur

SUKATAN
80 gram

Kelapa Parut

Bawang Merah

Serai

20 gram
5 gram
5 gram
3 gram

Ulam
o

Timun

Kobis

Kacang Panjang

Taugeh

5 gram
5 gram
8 gram
8 gram
Satu sudu kecil

Sambal Cili

Buah : Tembikai

Sepotong sederhana

Minuman : Air Soya

Satu gelas

MENU NO. 7 : SOTO


BAHAN

SUKATAN
150 gram/6 ketul (80 gram)
80 gram/50 gram
biji
20 gram
200 ml.
1 gram
1 gram

Bihun/Nasi Himpit
o Daging/Ayam
o

Telur

Taugeh

Kuah Sup

Bawang Goreng

Daun Sup

Buah : Limau Manis

80 gram

Minuman : Milo

Satu gelas

MENU NO. 8 : NASI PAPRIK


BAHAN

SUKATAN

Nasi Putih

Ayam

Tomato

Kacang Panjang

Kailan

Buah : Pisang

Satu biji

Minuman : Air Soya

Satu gelas

Satu pinggan sederhana


50 gram
Sehiris
15 gram
15 gram

17

MENU NO. 9 : NASI GORENG CINA


BAHAN

SUKATAN

Nasi

Daging Ayam

Telur

Sayur Campur (kacang pis, jagung


& lobak)
Daun Bawang

Buah : Belimbing

1/3 biji

Minuman : Air Soya

Satu gelas sederhana

Satu cawan (80 gram)


20 gram
biji
15 gram
2 helai

MENU NO. 10 : LONTONG


BAHAN

Nasi Himpit

Kuah
o

Sengkuang

Kacang Panjang

Kobis dan Lobak

Tempe

Tauhu

Telur

Kacang Tanah

Santan

SUKATAN
Enam potong dadu (80 gram)
10 gram
10 gram
15 gram
15 gram
keeping
biji
5 gram
cawan

Buah : Betik

80 gram

Minuman : Horlicks

Satu gelas sederhana

MENU NO. 11 : BIHUN SUP


BAHAN

Bihun

Isi Ayam

Taugeh

Kentang potong dadu

Lobak Merah

Kuah Sup
o Tulang/Kaki Ayam
o

SUKATAN
80 gram
40 gram
20 gram
40 gram (kiub)
2 keping
200 ml.
5 gram

Daun bawang/Sadri

Buah : Epal

Satu biji

Minuman : Susu Berkrim

Satu cawan

18

MENU NO. 12 : MAKARONI SUP


BAHAN

Makaroni

Sup
o

SUKATAN
25 gram
20 gram
5 gram
5 gram
8 gram

Ayam

Daun Sup

Daun Bawang

Lobak Merah

Buah : Pisang

Satu biji

Minuman : Susu Berkrim

Satu gelas

MENU NO. 13 : ROTI CANAI TELUR


BAHAN

Roti Canai

Telur

Kuah Dal (Parpu)


o Kacang Dal
o

Ubi Kentang

Terung

Lobak Merah

SUKATAN
1 keping
1 biji
5 gram
5 gram
5 gram
5 gram

Buah : Epal

Satu biji

Minuman : Milo

Satu gelas sederhana

MENU NO. 14 : BENJO TELUR


BAHAN

SUKATAN

Roti Sandwich

Telur Ayam

Tomato

Salad

Bawang Besar

Sos

Mayonis

Buah : Betik

80 gram

Minuman : Horlicks

Satu gelas

2 keping roti
1 biji telur digoreng
2 hiris
Sehelai
4 hiris
Secukup rasa
Secukup rasa

MENU NO. 15 : SANDWICH SARDIN


BAHAN

SUKATAN
2 keping

Roti Whole Meal


19

Sardin

Timun

Tomato

Salad

Buah : Jambu Batu

80 gram

Minuman : Susu Berkrim

Satu gelas

54 gram
3 hiris
2 hiris
1 keping

MENU NO. 16 : YONG TAU FU


BAHAN

SUKATAN

Tauhu Kukus

Soo Hoon

Fucuk Tauhu

Fish Cake

Bebola Ikan

Sayur Kangkung/Sawi

Daun Bawang

Buah : Betik

Sepotong sederhana

Minuman : Horlicks

Satu gelas

keping
15 gram
15 gram
4 hiris
4 biji
10 gram
5 gram

MENU NO. 17 : CAPATI/TOSAI


BAHAN

Capati/Tosai

Kuah
o Sardin
o

SUKATAN
Satu biji 80 gram
20 gram
4 hiris
2 sudu

Bawang Besar

Tairu

Buah : Tembikai Susu

Sepotong sederhana

Minuman : Horlicks

Satu gelas

MENU NO. 18 : AYAM GORENG DAN KENTANG


BAHAN

Ayam Goreng

Kentang Goreng

Tomato

Salad

Timun

Sos

Buah : Oren

SUKATAN
100 gram
20 gram
biji
2 helai
2 hiris
1 sudu

1 biji
20

Satu gelas

Minuman : Milo

4.0 Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.


Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Mereka yang terlibat

dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan
pemakanan. Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan
makanan . Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali
semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan
berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Selain itu, program
RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan
fizikal dan mental murid. Murid murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan
mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang
seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas .

21

Gambar 6 pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu meningkatkan


keseimbangan mental dan tumpuan murid semasa di dalam kelas.
Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan
mental murid. Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman
mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran
meraka.
Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam
pemakanan mereka. Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang cara-cara dan adab
makan dengan baik. Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada
membasuh tangan hinggalah keakhirnya. Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan
rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid. Murid akan sentiasa mengamalkan
tatacara makan yang sopan. Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul
seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan
dengan beradab sopan dan sebagainya.

22

Gambar 5. Tabiat makan yang sihat boleh dipupuk oleh para guru di dalam program
rancangan makanan tambahan.

Gambar 6 adab semasa makan antaranya makan menggunakan tangan kanan dan
membasuh tangan sebelum makan.

5.0

HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH

23

Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang
berkaitan. Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester
akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada
setiap hari. Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam
makanan yang diambil oleh murid. Di sekolah Kebangsaan Sering dapat dilihat bahawa
kepelbagaian menu makanan telah disediakan dan ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan murid daripada berasa bosan.
Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir
mengambil makanan . Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu
untuk mengambil makanan pada setiap hari. Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi
kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang peluang yang diperolehi oleh
mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya. Guru perlu sentiasa memberi
kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT
dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu
sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang
belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul. Semasa di sekolah
Kebangsaan Sering, guru-guru sangat prihatin terhadap murid yang mendapat bantuan
makanan tambahan ini di mana mereka sering menggalakkan murid untuk sentiasa datang
untuk mengambil makanan di kantin sekolah.
Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan
seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada muridmurid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.
Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat.
Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh
dilakukan oleh guru-guru RMT. Demontrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut
boleh dijalankan.
dengan betul.

Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan

Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa

menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi
mencuci tangan sebulan sekali.

24

Gambar 7 kepelbagaian menu makanan perlu dilakukan agar murid tidak bosan memakan
makanan yang sama setiap hari.
Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan
sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT.
Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada
waktu pagi.

Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika

belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh
dijalankan oleh guru-guru RMT. Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran
kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan.
Penerapan

ini

mampu

meningkatkan

peratus

murid

untuk

makan

sayuran

dan

menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

25

6.0

PENUTUP
Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada

murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan
seimbang serta mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya
RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal.
program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan

Dengan

minda yang cerdas.

Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan
intelek atau JERIS. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang
berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan.

26

Anda mungkin juga menyukai