Anda di halaman 1dari 10

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR

40000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR D.E.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2007


SEKOLAH
SMK SERENDAH
48200 SERENDAH, SELANGOR D.E.

NAMA PENYELIDIK
PN. MADZNAH BINTI BACHOK
Guru mata pelajaran Sains Teras

TAJUK KAJIAN
NOTA TINGKAP + NOTA MEJA:
SATU TEKNIK MUDAH DAN PANTAS
PENCARIAN FAKTA DAN KATA KUNCI SAINS TERAS dalam
BAHASA INGGERIS pelajar TINGKATAN 5E dan 5F
SMK SERENDAH
KAJIAN TINDAKAN 2007
Pn. Madznah binti Bachok

1.0

NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah


Taman Cempaka, 48200 Hulu Selangor, Selangor D.E.
(Tel: 03-60815854 Fax: 03-60812418 HP:012-6766059)
2.0

PENYELIDIK

PN.MADZNAH BINTI BACHOK


(IC: 620308-01-5004)
3.0

TAJUK KAJIAN
NOTA TINGKAP + NOTA MEJA:
SATU TEKNIK MUDAH DAN PANTAS
PENCARIAN FAKTA DAN KATA KUNCI SAINS TERAS dalam
BAHASA INGGERIS pelajar TINGKATAN 5E dan 5F SMK SERENDAH

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU


Semenjak mula mengajar 1983 pemerhatian saya terhadap tingkah laku pelajar yang
dikategorikan lemah dari segi markah penilaian bertulis mendapati kebanyakan pelajar
tersebut mempunyai pelbagai masalah kemahiran atau kendiri berterusan yang tidak
disedari atau diatasi menyebabkan pembinaan kecemerlangan dalam diri mereka akan
bermula dalam masa yang terlewat atau gagal terus. Salah satu kelemahan pelajar
kategori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) adalah kelemahan
mengadakan NOTA yang bersistematik dan berkesan sebelum, semasa dan selepas proses
p&p
.
Karen
Burton
dalam
laman
webnya
(http://www.1csc.edu/1rc/Workshops/note_taking.htm) ada mengatakan :
Learning how to take notes in an effective and time saving manner
is one step in helping you to develop successful study skills
dan beliau mencadangkan tiga langkah dalam proses mengambil nota yang berkesan
iaitu pre-class, in-class dan after-class.
Pada masa ini dengan perlaksanaan dasar Pengajaran & Pembelajaran (p&p) Sains
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kebanyakan guru-guru sains
memantapkan strategi p&p mereka
di dalam makmal sains atau di dalam kelas
terutamanya pada kelas menengah atas dengan meminta pelajar sendiri membuat Nota
Sains dengan merujuk dari pelbagai sumber dan hanya menanda sebagai telah siap kerja.
Kebanyakan pelajar dari kategori lemah ini pula tidak menyiapkan kerja yang diberi

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

dengan pelbagai alasan seperti tidak faham Bahasa Inggeris, buku tiada, kertas tiada,
buku tertinggal dan sebagainya. Dasar PPSMI dijadikan alasan yang paling konkrit
untuk meletakkan atau mengistiharkan kelemahan pelajar itu sendiri tanpa membantu
atau mengusahakan kaedah atau cara yang paling mudah bagi pelajar itu memperolehi
fakta dan kata kunci sains dalam Bahasa Inggeris. Seandainya ada pelajar yang
menghasilkan nota sains , kebanyakan pelajar itu sendiri tidak menghargai nota yang
mereka buat lantaran mereka melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Pelajar juga jarang menggunakan nota mereka sendiri untuk mengulangkaji pelajaran
mereka memandangkan nota mereka tidak dapat merangsang mata dan motivasi mereka
sendiri. Mereka lebih rela menggunakan buku rujukan yang pelbagai bentuk sepanjang
masa dengan hanya membaca sahaja tanpa menggunakan kaedah yang berkesan
mengambil nota menggunakan fakta dan kata kunci yang tepat sehingga mereka lebih
berkeyakinan terhadap nota mereka berbanding nota sains yang lain.
Mengikut kaedah Cornell setiap nota yang berkesan mestilah memenuhi konsep 5R
(Record, Reduce, Recite, Reflect, Review)
(http://www.dartmouth.edu/~acsskills/lsg/notetaking.html)
Kelemahan pelajar ini dalam mengenalpasti fakta dan kata kunci sains dalam Bahasa
Inggeris menambahkan jurang kemahiran mereka dalam mencatat nota sains.
Mengajar kelas 5E dan 5F di SMK Serendah semenjak mereka di tingkatan empat 2006
yang dikategorikan sebagai pelajar hujung atau lemah memberi peluang kepada saya
mengkaji tingkahlaku dan sikap pelajar terhadap pelajaran mereka terutama Sains teras
setelah tamat tingkatan tiga. Walaupun 70% daripada mereka mempunyai asas sains yang
agak lemah dengan keputusan mata pelajaran Sains di peringkat Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) hanya D dan E, saya mempunyai semangat dan azam yang kuat untuk
menjadikan semua pelajar dari kelas 5D, 5E dan 5F yang saya ajar mempunyai keputusan
sekurang-kurangnya LULUS di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 ini. Saya
tidak mahu seorang pun pelajar saya gagal. Keputusan SPM 2006 dengan kelulusan Sains
Teras 83.65% menjadi nadi penggerak kepada saya untuk membuktikan pada diri sendiri
bahawa semua pelajar ini boleh saya bimbing bagi mencapai kelulusan sekurangkurangnya 90% pada SPM 2007 (walaupun sebagai Ketua Panitia Sains saya menetapkan
matlamat 85% kelulusan).
Dengan pengalaman dan semangat yang saya ada serta keikhlasan saya sebagai guru
tanpa mengharap pujian atau penghargaan , melihat sedikit perubahan pada tingkahlaku
pelajar sendiri terhadap proses p&p memberikan satu nilai yang besar pada saya sebagai
seorang pendidik walaupun kemungkinan pelajar tersebut diistiharkan gagal dalam SPM
2007. Namun pembentukan sikap dan sahsiah dalam menyiapkan tugasan dari proses
p&p akan menjana kecemerlangan pelajar tersebut dalam kehidupan mereka akan datang
secara amnya dan pelajaran mereka khususnya. Itulah semangat saya setelah 25 tahun
dalam bidang pendidikan ini. Saya telah merasa satu kepuasan melihat kecemerlangan
pelajar saya yang telah saya didik dari kategori pelajar cemerlang dan sederhana.
Menjadi satu cabaran dan kepuasan kepada saya andai saya dapat membawa pelajar yang
dikategorikan gagal memperolehi sekurang-kurangnya lulus.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

Dengan niat cuba membantu pelajar dengan satu kaedah yang mudah dan pantas
memperolehi fakta dan kata kunci sains dalam Bahasa Inggeris, agar pelajar saya
dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan nota sains dalam Bahasa Inggeris maka
saya melakukan satu perubahan drastik di makmal sains sebagai tempat berlangsungnya
80% proses p&p sains bagi pelajar di kelas saya. Diperkuatkan dengan keinginan untuk
memenuhi hasrat menceriakan makmal sains dengan kos yang murah dan
mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki makmal agar memudahkan penggunaan
alatan ICT seperti LCD dan skrin menjadikan saya mengujudkan idea pegabungan antara
kemahiran akademik dan keceriaan.
Berteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam Teras
2 : Membangunkan Modal Insan serta perlaksanaan PPSMI mengujakan semangat
saya untuk membantu pelajar saya melihat kehadapan dengan lebih positif dengan
memecahkan benteng/tembok dari dalam diri sendiri dari ketakutan Bahasa
Inggeris melalui kemahiran mencatat nota sains dengan mengenalpasti fakta dan
kata kunci dalam Bahasa Inggeris dengan lebih pantas dan mudah menggunakan
NOTA TINGKAP dan NOTA MEJA di makmal sains.
5.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN)
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat 2006 memperlihatkan kelulusan
bagi pelajar tingkatan 4E (5E 2007) dan 4F (5F 2007) berada di dalam tahap yang belum
merangsang semangat dan keyakinan mereka dalam proses P&P seterusnya bagi menjana
LULUS SPM 2007. Tingkatan 4E mencatat 45.8% kelulusan dengan jumlah pelajar 24
orang, dan tingkatan 4F hanya 26.1% kelulusan dengan jumlah pelajar 23 orang. Dari
jumlah keseluruhan pelajar yang mengambil Sains Teras seramai 128 orang, seramai
40.6% (52 orang) gagal dengan gred F9. Pelajar dari 4E (13 orang) dan 4F (17 orang)
menyumbang 57.69% pelajar yang gagal dengan gred F9. Pemerhatian dan temubual
terhadap pelajar dari kelas ini seolah-olah memperlihatkan kelemahan semangat mereka
kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris.
Awal tahun 2007 semasa saya menyediakan kertas kerja Pengurusan Strategik Sains
Teras saya telah membuat analisis HEAD-COUNT pelajar SPM 2007. Saya membuat
anggaran seandainya saya berusaha memberikan pendekatan dan semangat baru kepada
30 orang pelajar gred gagal dari 4E dan 4F ini saya akan dapat meningkatkan peratus
kelulusan Peperiksaan Akhir Tahun 2006 (59.4%) kepada 82.81% seterusnya
memungkinkan 100% pelajar LULUS SPM 2007.
Walaupun analisis saya berorientasikan peperiksaan namun bagi saya penilaian formal
SPM dapat menguja sistem sahsiah dan tingkahlaku yang lebih baik pada kehidupan
individu pelajar saya yang akhirnya dapat membawa mereka mencipta kecemerlangan
dalam kehidupan mereka dengan lebih terancang dan bersistematik.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

Dari pemerhatian dan soal selidik saya dapati pelajar 5E dan 5F tidak dapat menghasilkan
nota sains dalam Bahasa Inggeris kerana tidak mengetahui mana perkataan yang penting
dan kurang penting, mana fakta dan kata kunci sains. Saya memberikan penumpuan
kepada NOTA SAINS pelajar memandangkan nota merupakan BAHAN ASAS
BELAJAR bagi seorang yang bergelar pelajar. Saya memerlukan pelajar saya sentiasa
bersedia dengan bahan belajar mereka tanpa menggunakan alasan yang tidak konkrit di
atas kekurangan atau ketiadaan bahan belajar. Saya juga memerlukan pelajar saya
mempunyai persekitaran untuk mendapatkan maklumat yang pantas dan mudah di tempat
mereka belajar dengan hanya menggunakan TANGAN dan MATA. Saya berkeinginan
pelajar saya mengurangkan perasaan takut terhadap Bahasa Inggeris dan meningkatkan
vocabulary mereka dalam Bahasa Inggeris melalui fakta dan kata kunci sains sedikit
demi sedikit sehingga dapat membina keyakinan dalam diri mereka untuk memajukan
diri mereka sendiri selepas alam persekolahan dan akhirnya mereka berkata dalam minda
mereka BETAPA MUDAHNYA BAHASA INGGERIS.
Saya juga memerlukan pelajar saya memasuki makmal sains dengan satu perasaan yang
menyenangkan dan merasakan makmal sains sebagai tempat utama mereka memperolehi
fakta dan kata kunci sains dengan mudah dan pantas seterusnya merangsang mereka
untuk menjalankan aktiviti yang positif terhadap proses P&P sama ada semasa kehadiran
guru atau tiada kehadiran guru.
Lantas saya merangka satu bahan NOTA TINGKAP + NOTA MEJA di dalam makmal
sains untuk melaksanakan satu Kajian Tindakan bagi memudahkan pelajar 5E dan 5F
memperolehi fakta dan kata kunci sains dengan pantas dan mudah dalam Bahasa Inggeris
bagi menyediakan persiapan mereka terhadap sukatan pelajaran sains untuk SPM 2007.
Perlaksanaan Kajian Tindakan menggunakan NOTA TINGKAP + NOTA MEJA
dijalankan dengan melaksanakan Ujian Pra, Ujian Pos, serta aktiviti yang memudahkan
pelajar memperolehi maklumat bagi melengkapkan ujian refleksi dari pelbagai bahan
latih tubi P&P. Pengumpulan data dalam Kajian Tindakan ini menggunakan Soal Selidik,
Pemerhatian, Temu bual, Analisis ujian dan peperiksaan. Semua aktiviti dalam Kajian
Tindakan ini menjurus ke arah menyediakan NOTA SAINS dalam Bahasa Inggeris
dengan pantas dan mudah dengan fakta dan kata kunci sains teras berasaskan Sukatan
Pelajaran Sains KBSM. Dengan menggunakan bahan NOTA TINGKAP + NOTA
MEJA pelajar juga dapat mengulangkaji fakta dan kata kunci sains bagi keseluruhan
sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima dengan pantas TANPA HAD MASA. Seolaholah satu jalan PINTAS menghabiskan sukatan pelajaran. Pelajar tidak perlu menunggu
guru menghabiskan topik demi topik dalam waktu p&p. Pelajar juga dapat menyediakan
minda mereka sebelum , semasa dan selepas proses p&p dengan SEGERA.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

6.0 OBJEKTIF
OBJEKTIF KAJIAN
6.1

OBJEKTIF AM

Mencari fakta dan kata kunci sains dalam Bahasa Inggeris dengan pantas dan
mudah di Makmal Sains.
6.2

OBJEKTIF KHUSUS

1. Memudah
kan pelajar mencari fakta sains dan kata kunci sains dalam Bahasa
Memudahkan
Inggeris sukatan pelajaran sains teras tingkatan 4 dan tingkatan 5 di makmal sains.
2. Melakukan pencarian fakta sains dan kata kunci sains di makmal sains dengan
lebih pantas mengikut minat dan tahap kecerdasan pelajar tanpa had masa
tertentu.
3. Meningkatkan minat pelajar untuk membuat nota sains dalam Bahasa Inggeris
yang mengandungi fakta dan kata kunci sains dengan lebih tepat.
4. Membantu pelajar untuk memperolehi keputusan sekurang-kurangnya LULUS
SAINS SPM 2007.
5. Menjadikan makmal sains lebih ceria dengan kos yang lebih murah dan
bermanafaat.
6. Menggalakkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran kendiri sains dengan
kawalan yang minima oleh guru dengan lebih memberangsangkan dan ceria.
7. Memudahkan guru mengatur pelbagai aktiviti proses P&P di dalam makmal sains
mengikut tahap kecerdasan pelajar pada sesuatu masa.
8. Mengurangkan perasaan takut belajar sains dalam Bahasa Inggeris.
9. Meningkatkan penguasaan terminologi sains dalam Bahasa Inggeris.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar tingkatan 5E dan 5F SMK Serendah 2007

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


1.0

Membuat Analisis SWOT & HEAD COUNT serta soal selidik


penghasilan nota sains dalam Bahasa Inggeris
(pemerhatian tak berstruktur, temubual dan soal selidik Skala Likert)

2.0

Analisis kos langsir di makmal sains. (analisis sebut harga)

3.0

Menyediakan NOTA TINGKAP (ICT/foto/rakaman video)

4.0

Menyediakan NOTA MEJA (ICT/foto/rakaman video)

5.0

Mengadakan Ujian Pra Soalan mencari fakta sains dan kata kunci
sains
dalam tempoh 30 minit di makmal sains tanpa NOTA TINGKAP + NOTA MEJA.

6.0

Perlaksanaan aktiviti penggunaan NOTA TINGKAP + NOTA MEJA


6.1 Aktiviti 1 : Pencarian fakta sains menggunakan NOTA TINGKAP +
NOTA MEJA
6.2 Aktiviti 2 : Pencarian kata kunci sains menggunakan
TINGKAP + NOTA MEJA.

NOTA

6.3 Aktiviti 3 : Melengkapkan Peta Konsep Sains dari Buku Teks dalam
tempoh masa 1 jam di makmal sains .
6.4 Aktiviti 4 : Membuat Nota Sains Ekspres menggunakan
TINGKAP + NOTA MEJA dalam tempoh masa 1 jam.

NOTA

6.5 Aktiviti 5 : Menjawab soalan Bahagian B SPM 2006 , 2005, 2004,


2003 Bahagian B menggunakan NOTA TINGKAP + NOTA MEJA dalam
tempoh 1 jam .
6.6 Aktiviti 6 : Menjawab soalan Key to Success dari Buku Proses Sains
terbitan Longman 2007 dalam tempoh masa 1 jam.
6.7 Aktiviti 7: Ejaan terminologi sains dengan tepat menggunakan NOTA
TINGKAP + NOTA MEJA dalam tempoh 1 jam.
6.8 Aktiviti 8 : Penghasilan Nota Ekspres daripada NOTA TINGKAP +
NOTA MEJA bagi sesuatu tajuk dalam tempoh masa 1 jam.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

9.0

Mengadakan Ujian Pos- Soalan mencari fakta sains dan kata kunci sains dalam
tempoh 30 minit di makmal sains dengan NOTA TINGKAP + NOTA MEJA.

10.0

Soal selidik pelajar terhadap kajian tindakan NOTA TINGKAP +


NOTA MEJA

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN


(A) NOTA TINGKAP

Kertas warna satu tingkap = 2 helai (50 sen sehelai)


Kata kunci sains setiap tajuk di cetak warna pada kertas A4 (sehelai = 2
tingkap)
Gam pelekat
(B) NOTA MEJA

Plastik 3 meter untuk satu meja makmal


Kertas warna
Scan nota ringkas warna warni sains teras tingkatan 4 dan
tingkatan 5 dari dilekatkan di atas kertas warna.
Gam pelekat

(c) BAHAN AKTIVITI

Kertas A4 putih (Photostat soalan refleksi)


Photostat Soalan Sebenar SPM 2003-2006
Soalan Latihan Buku Teks.
Soalan Key to Success dari Buku Proses Sains, Longman, 2007.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

10.0

JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BIL

AKTIVITI

TARIKH

01

Menulis Proposal Kajian Tindakan

15 March 2007

02

Merancang Kajian Tindakan

20 March 2006

03

Soal Selidik dan SWOT

30 March 2007

04

Membuat NOTA TINGKAP

1 April 2007

05

Membuat NOTA MEJA

1 Mei 2007

06

Ujian Pra NOTA TINGKAP + NOTA MEJA

20 Jun 2007

07

21 Jun 2007

08

Melaksanakan aktiviti Penggunaan Nota Tingkap +


Nota Meja 1 10 dengan mudah & pantas
Ujian Pos NOTA TINGKAP + NOTA MEJA

09

Analisis Data

1 Julai 2007

10

Menulis Laporan Kajian Tindakan

20 Julai 2007

11.0

30 Jun 2007

KOS KAJIAN

BIL

JENIS BAHAN

KOS (RM)

01

Kertas warna: 80 helaiX RM0.50

40.00

02

Kertas putih A4 10 rim X RM10.00

100.00

03

Plastik Pembalut Lab Info Table 3m X 8 meja X RM4.00

96.00

JUMLAH

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

236.00

12.0

PENUTUP

Dengan Kajian Tindakan Nota Tingkap + Nota Meja di makmal sains sekolah
diharapkan dapat memudahkan pelajar memperolehi maklumat fakta dan kata kunci sains
dalam Bahasa Inggeris dengan pantas disamping menceriakan makmal sains dengan kos
yang lebih murah dan bermanafaat. Keadaan ini juga dapat meningkatkan penguasaan
terminologi sains pelajar dalam Bahasa Inggeris dengan mudah dan pantas. Nota
Tingkap + Nota Meja juga diharap dapat digunakan untuk pelbagai strategi p&p
sebelum, semasa dan selepas proses dijalankan. Di harapkan juga kaedah ini dapat
digunakan dan dimanafaatkan oleh semua pelajar mengikut tahap kecerdasan dan
pengurusan masa mereka sendiri.f. Semoga akhirnya kaedah ini dapat dijadikan jalan
pintas menghabiskan Sukatan Pelajaran Sains Teras. Saya berharap usaha kecil saya
ini dapat menjadi satu bukti positif terhadap perlaksanaan Dasar PPSMI dan PIPP
Kementerian Pelajaran Malaysia.

KAJIAN TINDAKAN 2007


Pn. Madznah binti Bachok

10

Anda mungkin juga menyukai