Anda di halaman 1dari 2

ASSIGMENT PENUH

TEORI PENDEKATAN

Pendekatan induktif
Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan
sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang
diajar melalui contoh-contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat,
mengkaji dan menganalisa sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum
daripada data yang dikaji.

Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan, guru menceritakan kisah haiwan Sang Kancil dengan Buaya


dengan menayangkan gambar-gambar haiwan tersebut kepada pelajar.
Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan pengetahuan
dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu
urutan pemikiran.
Pendekatan induktif

bercirikan

penggunaan

pengantara

deria

untuk

mendapatkan pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke


atas proses pengajaran dan pembelajaran pelajar empat tahun, huru tersebut
telah menggunakan deria penglihatan pelajar dengan menunjukkan gambar
haiwan yang ingin dipelajari.

Di samping itu, guru tersebut juga

menggunakan deria mendengar pelajar dengan mengulang-ulang nama


haiwan yang ingin dipelajari.

Pendekatan induktif juga memerlukan

kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu


kemahiran.

Ciri seterusnya yang ditekankan dalam pendekatan induktif

adalah pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif.


Pendekatan induktif juga menekankan banyak kepada aspek lisan.
Prinsip penggunaan pendekatan induktif seperti satu strategi penyoalan
haruslah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk
konsep-konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki.
Contohnya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru tersebut telah
menanyakan pelajar kaki Kancil ada berapa?.

Soalan ini ditanya bagi

membantu pelajar mengetahui bahawa Sang Kancil mempunyai empat kaki.


Prinsip lain yang boleh digunakan dalam pendekatan induktif ialah guru harus
merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru
lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar secara
aktif dan terlibat sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan guru
tersebut sememangnya menjalankan aktiviti aktiviti yang menarik bagi
menarik perhatian pelajar antaranya ialah menunjukkan kisah Sang Kancil
dengan Buaya di laptop, melaksanakan aktiviti mewarna gambar haiwan dan
menyusun gambar-gambar haiwan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai