Anda di halaman 1dari 9

Kepentingan Memelihara dan

Mengekalkan Bangunan
Bersejarah di Negara Kita.

Malaysia kaya dengan bangunan dan


monumen bersejarah. Kerajaan telah
mengambillangkah bijak dengan
menjadikan binaan lama tersebut sebagai
salah satu daripadaWarisan Kebangsaan.
Bincangkan kepentingan memulihara dan
mengekalkan bangunan besejarah di
negara kita

PENDAHULUAN
Pembangunan di negara kita semakin hari
semakin maju dan pesat seiring
dengannama Malaysia yang kini berjaya
menempa nama di persada antarabangsa.
Banyak kilangperindustrian, pusat belibelah dan perumahan dibina bagai
cendawan tumbuh selepashujan. Senario
ini telah menggunakan ruang yang luas
sehingga memakan tanah yangberhektarhektar.

Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan


adalah sama adaStadium Merdeka patut
dirohohkan untuk pembangunan kerana
bangunan itu tidak lagiberfungsi sebagai tapak
akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi
polemik pelbagailapisan masyarakat kita.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku?
Adakah perlubangunan tersebut diruntuhkan?
Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya,
terdapatpelbagai kepentingannya kita perlu
mengekalkan bangunan bersejarah yang
terdapat di negara kita

Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah


perlu dikekalkan ialahbangunan bersejarah dapat
dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atauperistiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen,
mengikut Kamus Dewan Bahasa EdisiKeempat
bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati
seseorang atau peristiwapenting. Walaupun Malaysia
telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan
yangditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,
Belanda dan Portugis masih dapatdilihat dan perlu
dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping
itu, bangunanbersejarah amat penting untuk generasi
kini dan juga generasi yang akan datang keranadengan
kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat
membuktikan bahawa sejarahMalaysia yang telah
dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah
cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda.

Sambungan perenggan 2
Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar
pelabuhanMelaka pada abad ke-15 dan abad ke-16
dapat dirasai dengan wujudnya Pintu GerbangPorta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja
St.Paul. Selain itu, KotaCornwallis, Masjid Kling, Gereja
St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat
mengimbaskembali detik-detik sejarah negara yang
pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga
dapatmembuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal
pemerintahan British di SemenanjungTanah Melayu
pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan
bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar
dilaksanakan.

Perenggan 3
.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan
bahawa bangunan bersejarah perludiruntuhkan adalah
tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan
monumen lama dapatmemberikan teladan dan iktibar
kepada masyarakat terutamanya remaja kini
yangmempunyai semangat patriotisme yang semakin
menipis. Walaupun ada antara bangunanbersejarah
yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara,
namun jika kitamenghayati sejarah di sebalik bangunan
tersebut semula serta mengambil pengajarandaripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara
ke hadapan tanpamengulangi kesilapan yang telah
dilakukan oleh masyarakat terdahulu.

Sebagaicontohnya, Kota A Famosa di Melaka yang


merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah
dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki
Melaka dapatdijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi
kerana terdapatnya masalah perpaduan,kelemahan
kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman
Kesultanan Melaka.Negara kita jugamampu menjadi
negara yang setaraf dengan negara-negara maju
yanglain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah
sekiranya kita tidak mengambil mudahdan mengambil
iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan
bersejarah di negarakita sememangnya tidak perlu
diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan dan yang
buruk dijadikan sempadan

Anda mungkin juga menyukai