Anda di halaman 1dari 5

Syarat pertandingan rekoder ensemble

PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE SEKOLAH RENDAH


1.PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti
ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika clan etika.
Di samping sebagai pendorong yang berfungi sebagai pengerak minda untuk berfikir
dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik
memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental
dalam diri.
2. LATAR BELAKANG
Rekoder adalah merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah
sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran
Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan
menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986.
Pertandingan ini disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada
aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam
permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan


menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif
dan inovatif.

4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.
5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
5.1.1 Peringkat Awal
Akan dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah/gabungan
5.1.2 Peringkat Negeri
Akan dilaksanakan di peringkat negeri
5.1.3 Peringkat Kebangsaan
Pertandingan rekoder di peringkat kebangsaan
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak
sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan
mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi)
5.2 Penyertaan
5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan
kerajaan sahaja.
5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja dari setiap negeri dibenarkan menyertai
pertandingan ini di peringkat kebangsaan.

6. JENIS REKODER
Sesebuah pasukan boleh menggunakan rekoder jenis soprano atau semua jenis
rekoder (sopranino , alto , tenor , bass).

7. AHLI PASUKAN
7.1 Penyertaan mestilah terdiri dari pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2
kaum)
7.2 Jumlah ahli bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 22 orang (termasuk
konduktor dan pemuzik iringan perkusi jika ada)
8. LAGU
8.1 Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu ATAU sebuah lagu
ditambah dengan satu lagu medley
8.1.1 Lagu Pertama

Lagu Melayu

8.1.2 Lagu Kedua

Lagu Pilihan

8.2 Jangkamasa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.
9. MUZIK IRINGAN (ACCOMPANIMENT)
9.1 Penggunaan piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment) atau gitar secara
live sebagai alat muzik iringan adalah digalakkan.
9.2 Penggunaan muzik iringan selain yang tersebut di dalam perkara 9.1 adalah tidak
dibenarkan (DVD<CD< Minus One)
9.3 Pemain muzik iringan (piano, gitar , kibod) boleh terdiri daripada pelajar atau
guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan .

9.4 Pemuzik iringan perkusi (tidak bermelodi) mestilah pelajar dan tidak boleh
melebihi 4 orang.

10. PAKAIAN
10.1 Pakaian pemain , konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian
dan sopan.
10.2 Tiada markah tambahan bagi kategori pakaian akan diberi
10.3 Aksesori pakaian adalah dibenarkan.

11. PERMARKAHAN
11.1 Harmoni 25 markah
11.2 Kualiti Ton 25 markah
11.3 Interpretasi 15 markah
11.4 Dinamik 10 markah
11.5 Imbangan (balance) 10 markah
11.6 Attack/release 10 markah
11.7 Keterampilan 5 markah
12. HADIAH / SIJIL.
12.1 Sijil kepada semua pelajar dan guru pengiring akan diberi kepada semua
pasukan.
12.1.1 Johan Piala, Sijil dan Cenderahati
12.1.2 INaib Johan Piala, Sijil dan Cenderahati
12.1.3 Ketiga Piala, Sijil dan Cenderahati
13. PENGHAKIMAN
13.1 Hakim akan dilantik oleh Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum.
13.2 Keputuan hakim adalah muktamad

Anda mungkin juga menyukai