Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan peranan kerajaan dalam pembangunan

ekonomi Negara?
Menyediakan satu sistem pendidikan yang
membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita,
mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu,
setiap insan akan mendapat kebebasan yang
sebenar daripada pelbagai sudut. Menyediakan
kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi
yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan
mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan
maruah diri (dignity). Ini bermakna, adalah menjadi
tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan
kesejahteraan hidup (well-being) setiap rakyat dan
memastikan tiada di antara mereka yang taraf
hidupnya di bawah tahap dhaif. Untuk tujuan ini,
Kerajaan perlu menyediakan kemudahan di mana
setiap rakyat, lelaki dan wanita dapat menikmati
sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan
(material well-being) yang minimum untuk
membolehkan mereka mengekalkan maruah diri,
menikmati kebebasan yang sebenar dan
membangunkan kerohanian masing-masing.
Terbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan Konsep
Islam Hadhari dalam usaha meneruskan agenda
pembangunan negara. Konsep ini memberi
penekanan kepada pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Dengan pengenalan
Konsep ini, perlaksanaan program dan pencapaian

matlamat pembangunan negara dapat


ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus
yang baik, pengukuhan institusi keluarga, keutuhan
integriti dan peningkatan kualiti hidup.
Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskan lagi
apa yang dimaksudkan dengan pembangunan
menyeluruh yang menjadi teras Wawasan 2020
terutama daripada segi keseimbangan
pembangunan kebendaan dengan kerohaniah.
Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya
termasuk menjaga keselamatan negara,
menguatkuasakan undang-undang, menyediakan
infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan
dan pendidikan serta mengawalselia perjalanan
perniagaan supaya orang awam mendapat
manfaat yang maksimum.

Bincangkan peranan rakyat dalam pembangunan


ekonomi Negara?
Rakyat bertanggungjawab menerima,
mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara yang merupakan sumber
perundangan yang tertinggi. Memastikan diri
untuk bersifat patriotik dan nasionalisme, dan tidak
sekali-kali terlibat
dalam aktiviti pengganasan yang pastinya akan
menggugat keamanan negara. Rakyat juga perlu
untuk membayar cukai untuk mengekalkan
kemakmuran negara.Contoh contoh cukai ialah
cukai pendapatan,perniagaan,tanah,pintu dan
sebagainya. Rakyat juga perlu melaksanakan dan
sentiasa menyokong kempen-kempen
kerajaan dari sudut ekonomi melalui kempen
Belilah
Barangan BuatanMalaysia. Dengan maksud,
memberi
keutamaan kepada barangan tempatan dalam
berbelanja. Sebagai pendidik, guru harus
membangunkan dan

mempertingkatkan jati diri para pelajar di dalam


pengajaran agar dapat melahirkan insan-insan
yang
berintegrasi, patriotik dan mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi. Golongan belia harus
memantapkan diri dengan menambah kemahiran
lain selain daripada kemahiran-kemahiran yang
sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan di
sektor pekerjaan. Juga tidak memilih kerja.

Anda mungkin juga menyukai