Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2

Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Tahun

: 2 Mawar

Bilangan murid

: 8 orang

Tema

: Kesihatan Fizikal

Tajuk

: Kesihatan Diri dan Reproduktif

Tarikh

: 8 September 2015

Masa

: 7.30am-8.30am (60 minit)

Standard Kandungan:
1.2

mengetahui penjagaan kebersihan gigi

Standard Pembelajaran:
1.2.5

menjaga kesihatan gigi-menggosok gigi dengan cara yang betul dan


mengurangkan makanan yang boleh merosakkan gigi.

Objektif

: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:


Psikomotor

: Murid dapat menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan dengan betul sekurang-kurangnya sekali.

Kognitif

: Murid dapat menyatakan cara menggosok gigi yang betul.

Afektif

: Murid dapat menunjukkan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan.

Kemahiran

: Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran.

Nilai

: Kerjasama, keyakinan diri, prihatin terhadap diri sendiri

AAAAAA
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, membuat sekuen
Kemahiran Belajar

: Kemahiran mendengar

Kecerdasan Pelbagai

: Kecerdasan muzikal, Kecerdasan kinestetik, Kecerdasan interpersonal.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah menggosok gigi.

Bahan Bantu Mengajar

: Gambar gigi , berus gigi, video tentang Gigi Cantik, Gigi Buruk, lirik lagu Mari Berus Gigi.

ISI PELAJARAN
FASA SET
INDUKSI
( 10 minit)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan daripada 8 orang murid.
2. Guru memberikan setiap kumpulan kepingan gambar yang telah dipisah-pisahkan,
3. Setiap kumpulan perlu mencantumkan kepingan-kepingan tersebut sehingga menjadi
satu gambar yang lengkap.
4. Sebaik sahaja gambar tersebut lengkap, kumpulan tersebut dikehendaki untuk
melaungkan perkataan BINGO!.
5. Para murid perlu meneka gambar tersebut.
6. Guru memberitahu topik pada hari ini berkaitan dengan gambar tersebut.

CATATAN
Kemahiran
Berfikir:
Menghubungkait
Kecerdasan
Pelbagai:
Kecerdasan

FASA
PERKEMBANGA
N

Langkah 1 (10 minit)


1. Guru menunjukkan gambar-gambar tentang cara memberus gigi dengan betul.
2. Guru menerangkan setiap gambar secara terperinci bermula dari langkah pertama
hingga ke akhir.

interpersonal.
Kemahiran
Berfikir:
Menghubungkait
.
Kemahiran
Belajar:
Kemahiran

Langkah 2 (10 minit)


1. Guru akan memilih murid-murid secara rawak.
2. Murid-murid tersebut dikehendaki untuk menyusun gambar dengan cara memberus
gigi yang betul.
3. Jika susunan salah, murid lain dikehendaki untuk membantu murid tersebut.
FASA

1. Guru mempamerkan lirik lagu yang bertajuk Mari berus gigi.

mendengar
Kemahiran
Berfikir:
membuat
sekuen
Kecerdasan

KEMUNCAK
(20 minit)

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Guru mendemonstrasikan gaya sambil menyanyikan lagu tersebut.


Guru dan para murid menyanyikan lagu bersama gaya bersama-sama.
Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan awal mereka.
Setiap kumpulan akan diberikan masa untuk berlatih menyanyikan lagu ini.
Mereka akan mempersembahkan nanyian lagu serta gayanya di dalam kelas.
Guru akan menentukan pemenang bagi persembahan ini.

Pelbagai:
Kecerdasan
muzikal,
Kecerdasan
kinestetik,
Kecerdasan
interpersonal.

FASA PENUTUP
(10 minit)

1. Guru akan menayangkan video yang bertajuk Gigi cantik gigi buruk.
2. Guru akan bertanyakan soalan berkaitan video dan topik pada hari ini.
3. Antara soalan-soalannya adalah:
a. Bagaimana memberus gigi depan?
b. Bagaimana memberus gigi dalam?
c. Apakah kesan jika tidak memberus gigi?
4. Para murid diharapkan dapat menjawab soalan dan memberi respon tentang topik
pada hari ini.

Kemahiran
Berfikir:
Menghubungkait
.

Anda mungkin juga menyukai