Anda di halaman 1dari 20

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA
GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL
PROGRAM IJAZAH DARJANA MUDA PERGURUAN
( PISMP )

INTERNSHIP

PENGENALAN

Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan digubal sebagai


panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi
maklumat berkaitan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship.
Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua
pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian dinyatakan secara
jelas.Dalam bahagian lampiran dimuatkan pelbagai borang bimbingan dan penilaian serta
dokumen lain yang berkaitan bagi membantu melaksanakan program ini dengan berkesan dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah pembimbing, guru
pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta
tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis
panduan ini juga dapat membantu pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan,
penyeliaan dan penilaian pelajar.
Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) khasnya Pasukan Pengurusan
Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menggunakan garis
panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran
yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan
pelantikan, penempatan (praktikum dan PBS), pemantauan dan kerja-kerja penyelarasan
Amalan Profesional.
Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan Amalan
Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan sistem latihan
perguruan kendalian Bahagian Pendidikan Guru. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat dan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi
Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

DEFINISI ISTILAH

Pensyarah Pembimbing

Merujuk kepada pensyarah IPGM yang dilantik oleh Pengarah


untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar
semasa praktikum.

Guru Pembimbing

Merujuk kepada guru sekolah yang berpengalaman dalam


mata pelajaran major/elektif dan dilantik oleh Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) sebagai pembimbing kepada pelajar.

Pengurus Sekolah

Merujuk kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan


Penyelia Petang.

Pelajar

Merujuk kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda


Perguruan sepenuh masa yang sedang mengikuti latihan
praperkhidmatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).

Murid

Merujuk kepada murid sekolah rendah tempat Amalan


Profesional dilaksanakan.

Institut Pendidikan Guru


Malaysia

Merujuk kepada institut perguruan di bawah Kementerian


Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program latihan
perguruan.

Bilik Darjah

Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan pembelajaran


dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah

Merujuk kepada sekolah-sekolah rendah yang ditadbir di


bawah KPM.

Pemantauan

Merujuk kepada proses mengesan pelaksanaan Amalan


Profesional oleh ahli JKIPIPGM.

Rentasan

Merujuk kepada proses pengesahan kes gagal/ cemerlang


dalam Amalan Profesional.

Cemerlang

Merujuk kepada markah 90 peratus dan ke atas dalam


penilaian akhir praktikum.

Gagal

Merujuk kepada markah kurang 40 peratus atau gagal


mematuhi prosedur-prosedur Amalan Profesional atau
melanggar Akta 174 / Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

JKIPIPGM

Merujuk kepada Jawatankuasa Induk Praktikum Institut


Pendidikan Guru Malaysia.

JKPPIPGM

Merujuk kepada Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian


Institut Pendidikan Guru Malaysia.

BAHAGIAN 1 AMALAN
PROFESIONAL

AMALAN PROFESIONAL

1. PENDAHULUAN
Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan
praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu
dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPGM dalam pengajaran dan pembelajaran
sebenar di bilik darjah.

2. KONSEP
Amalan Profesional perlu dilihat sebagal satu kontinum dalam program latihan perguruan
praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:
(i) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
(ii) Praktikum (Pengajaran makro dan mikro dijalankan sebelum praktikum oleh Jabatan Ilmu
Pendidikan/Jabatan Pengkhususan/Jabatan Major)

(iii)Internship
Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

3. RASIONAL
Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu,
kemahiran dan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan
teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses
refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan
kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang
menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Melalui program latihan praktik yang sistematik,
berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai
dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang
berkesan.\
Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan
daripada penilaian.
Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPGM dan
sekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu
perkembangan sistem latihan terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme
keguruan.

4. MATLAMAT
Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,
teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Amalan
Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai
daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.
Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah
guru yang unggul dan bukan sebagai guru di bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian,
Amalan Profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan
usaha sama antara IPGM, JPN dan sekolah.

5. OBJEKTIF
5.1

Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat:


(i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai
profesional perguruan;
(ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti;

(iii)meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;


(iv)

menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran;


(vi)

menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran;

(vii)
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran,
seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru;
(viii)
membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek
tugas guru; dan
(ix)
membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional
perguruan.
5.2

Melalui Amalan Profesional ini juga, pihak IPGM dan sekolah dapat:
(i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek
pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah;
(ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah
melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks
pengajaran pembelajaran dan;
(iii)menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional.

6. PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL


Program Amalan Profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan
seperti dalam Jadual 1.1.

7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL


Wajaran bagi penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2.
Perincian bagi setiap aktiviti PBS, praktikum dan internship dihuraikan dalam
bahagian yang berkaitan.

7.1 Syarat Penentuan Keputusan


Prestasi pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan
dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).
(i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
-

Kehadiran 100% dalam Amalan Profesional

Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir setiap praktikum dan internship

Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan


(ii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus.

Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan
yang diberikan.

Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali.

Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga kali
sepanjang tempoh praktikum.

Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

BAHAGIAN 2
INTERNSHIP

Anda mungkin juga menyukai