Anda di halaman 1dari 4

Hidayah

Alhamdulillah hari ni genap tiga tahun aku di bumi Jakarta, bumi yang banyak mengajar aku erti
kehidupan yang sebenar, banyak mendewasakanku dan bakal menjadi saksi perjalanan hidup aku
selama 5 tahun di sini. pejam celik pejam celik je kan, tapi dah banyak perkara yang aku belajar
di sini dalam perlbagai aspek, orangnya yang ramah dan sangat rajin membantu, mereka gigih
dan berlumba-lumba bekerja untuk meneruskan kehidupan di kota metropolitan ini.

Di universiti aku majoriti pelajarnya adalah beragama kristian, surau yang pihak univiersiti beri
pada kami cukup cukup untuk 10 orang sahaja solat pada satu-satu masa, yang lain mesti
menunggu giliran terlebih dahulu. Pagi ini, seperti biasa aku ke kelas, sedang aku berjalan
meluru ke kelas tiba-tiba, terdengar seseorang memanggil aku "siti tolong aku bacakan surat
dong!!" apa yang ada dalam fikiran aku adalah sekeping surat yang dia tidak faham maksudnya,
tetapi tiba-tiba sahaja dia mengeluarkan sebuah AL-Quran dari beg kepunyaannya, AL-Quran
yang beserta tafsir berwarna pink muda. Aku merasa aneh, bagaimana dia boleh membawa
Quran itu sedangkan dia adalah seorang Kristian Protestan.

Rupa-rupanya dia mendapat satu sms tentang perbandingan agama yang mana menyatakan
bahawa dalam Al-Quran sendiri ada mengakui tentang kewujudan kitab-kitab yang dahulu, yang
dibawa oleh nabi-nabi, Islam adalah agama yang benar dan Muhammad adalah rasul terakhir.
Dalam SMS itu juga ada ayat-ayat Al-Quran sebagai dalilnya. Dia seakan-akan tidak berpuas hati
dan mahu baca sendiri dalam Al-Quran. Dia terus menyuruh kawannya yang muslim bawakan.
Tapi masih lagi mahu bertanya kepada kawan-kawan muslim yang lain akan kebenaran itu.

Aku sendiri bukanlah seorang yang banyak ilmu agama, namun bila ada yang bertanya tentang
hal itu aku mulai berfikir, sejauh mana aku faham tentang agama aku sendiri, yang aku anuti
sejak masih kecil. Apakah aku islam hanya kerana kedua orang tuaku islam? Tidakkah aku
mencuba untuk memahami dengan lebih dalam lagi tentang islam? Dan pelbagai pertanyaan
bermain-main dalam kotak fikiranku sewaktu itu.

Coba kamu cari surat ini kata Stefani kepadaku, sambil menunjukkan angka yang tercantum
dalam SMS tersebut. (QS, 3:3-4). Oh surah Al-Imran lantas aku membuka lembaran tersebut.

"dia menurunkan kitab (AL-Quran) kepadamu (Muhammad) yang mengandungi kebenaran,


membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil, sebelumnya,
sebagai petunjuk bagi manusia, dan dia menurunkan AL-Furqan. sungguh orang-orang
yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh azab yang berat. Allah maha perkasa
lagi memberi hukuman" (Al-Imran, 3: 3-4)

Ini maksudnya gimana? Tuhan yang menurunkan kitab adalah tuhan yang sama kan? Jadi
berarti tuhan kita sama, kenapa harus dibedain agama gitu, harusnya ajarannya juga sama aku
tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata-kata. Ingin sahaja aku katakana bahawa kitab
sekarang sudah banyak dilakukan perubahan, dah tak sama macam dulu. Tapi aku terdiam
sahaja.

Dalam diam aku kagum dengannya, dia kelihatan begitu bersungguh-sungguh dan berusaha
untuk mengkaji, menilai dan mengetahui tentang agama serta isi kandungan dalam Al-Quran
sedangkan aku sendiri belum begitu menghayati isi kandungan Quran itu sendiri.

Mungkin Stefani melihat muka aku agak berkerut dan tanpa aku sempat berkata apa-apa, Stefani
meneruskan ceritanya tentang pernikahan campur dalam keluarganya. Ayahnya seorang kristian
dan ibunya seorang muslim, jadi kadang-kadang dia merasa aneh dengan hal tersebut. Perayaan
krismas dan aidil fitri serta aidiladha keduanya disambut meriah. Indonesia tidak menyekat
perkahwinan berbeza agama walaupun pada hukumnya memang tidak sah.

"Subhanallah...alangkah indahnya kalau dia seorang muslim" kata seorang rakanku yang turut
ada bersama di situ. Kawan aku juga ada menceritakan yang Stefani ada beberapa kali bertanya
dengan rakan-rakan yang lain. Stefani memberitahu aku dia mahu mengkaji bagaimana
perpecahan agama boleh berlaku dan apakah kebenaran dalam semua kita tersebut.

Aku mungkin masih jahil, namun tidak begitu yakin untuk memberikan jawapan. Tapi aku
sempat menyatakan bahawa Al-Quran adalah wahyu Allah yang suci, sempurna dalam pelbagai
aspek kehidupan. dia nampaknya begitu teruja bila mengetahui dalam Al-Quran ada ayat yang
menunjukkan kitab-kitab terdahulu sebelum Al-Quran.

Namun kami tidak sempat berbual lebih lama, aku perlu bergegas untuk masuk kuliah. Aku
berharap agar dia mendapat hidayah dan menemukan cahaya islam dalam dirinya, walaupun dia
merupakan penganut kristian namun dia masih tercari-cari nur dalam agama itu sendiri.

Sebenarnya hal ini membuatkan aku sedar, betapa ceteknya pengetahuan aku tentang agama. Aku
tahu masih banyak benda yang perlu aku pelajari dan fahami, bukan sekadar hanya membaca AlQuran sebegitu sahaja, membaca tafsir dan memahaminya merupakan perkara yang cukup indah.

Semoga Allah mengurniakan hidayah buatnya. Semoga dia terpilih menjadi antara mereka yang
diredhaiNya. Sudah banyak muallaf yang menjadi hebat dalam islam selepas mereka benar-benar
memahaminya, menjadi ustaz dan penceramah bahkan pengetahuan mereka lebih dalam
berbanding kita yang sudah muslim sejak kecil.

Oleh: Siti Khadijah Binti Said