Anda di halaman 1dari 5

UJIAN

Assalamualaikum dan hai semua , perkenalkan nama saya Zalina, pekerja baru kat sini,
minta tunjuk ajar ye semua. Kata Zalina pada teman-teman sepejabatnya pagi tadi sambil
tersenyum dan berjabat tangan dengan semua pekerja di situ.
Zalina baru sahaja ditukarkan dari cawangan Pandan Indah ke Bukit Bintang. Dia
merupakan pekerja baru, masih fresh graduate tapi disebabkan cara kerjanya yang kemas,
sikapnya yang rajin bertanya jika tidak tahu membuatkan dia sangat disenangi oleh boss di
tempat kerjanya dan dalam masa setahun dia sudah dinaikkan pangkat dan dihantar ke cawangan
yang lebih memerlukan perhatian lebih untuk berada di bawah pengawasannya.
Zalina tidak pernah meminta lebih dari apa yang dia sepatutnya dapat, namun hal itu
membuatkan rakan sekerjanya tidak senang dan membuat cerita yang bukan-bukan tentang
dirinya. Ada yang mengatakan Zalina sering menggoda boss di tempat kerjanya supaya
dinaikkan pangkat kerana ada beberapa staff lain yang sudah bekerja cukup lama namun tidak
pula terpilih untuk memegang jawatan tersebut.
Zalina kembali ke mejanya untuk menyusun barang-barang keluar dari kotak ke atas
meja. Pejabat di tempat barunya itu lebih besar dan selesa, Zalina tersenyum puas. Sedang dia
sibuk menyusun alat tulisnya, tiba-tiba dia ternampak ada satu sticky note melekat betul-betul
dekat bucu mejanya bertulis hey budak baru, BEWARE!. Dia sangat terkejut dan cepat-cepat
mengambil sticky note tersebut dan membuangnya. Dia merasa sangat pelik dan belum
menyedari tentang berita khabar angin itu sudah tersebar ke semua staff di pejabat tersebut.
Selesai menguruskan tugas-tugas pada hari itu, Zalina bergegas bersiap untuk pulang.
Tanpa dia sedari jam sudah menunjukkan pukul 6.00. dia pandang sekeliling semua sudah
pulang, pejabat juga sudah sunyi sejak 1 jam yang lalu.
1

aku terlalu kusyuk buat kerja atau tiada yang memanggil aku pulang bersama?
monolog Zalina dalam hatinya. Sejak dari pagi tadi dia melihat kelakuan teman sekerjanya
sungguh pelik, dia ada ke pantry untuk minum air, ada teman sekerjanya berbisik bisik dan bila
dia cuba menegur mereka semuanya keluar tanpa membalas pertanyaannya. Dia merasa sungguh
aneh.
Sampai sahaja di tempat parking kereta, dia melihat tayar keretanya pancit. Zalina berniat
untuk meninggalkan keretanya di situ dan terus pulang menaiki. Di dalam teksi dia menangis
semahunya sampaikan pemandu teksi merasa perasan ada hal yang tidak kena berlaku. Zalina
merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang hari itu, dia merasa menyesal menerima jawatan itu
dan pindah di tempat baru.
Di tempat kerja yang lama, dia sangat disayangi oleh semua rakan sekerjanya yang
dianggap seperti kakak dan abangnya sendiri. Memandangkan dia adalah pekerja termuda, rajin
dan peramah semua orang menyenangi kehadirannya. Dia juga sudah mempunyai kawan rapat
dan sudah terbiasa di tempat kerja yang lama.
Namun segala-galanya berubah bila dia berpindah di tempat baru, semua orang seolaholah membencinya, seperti dia telah melakukan satu kesalahan yang besar. Dari pagi masuk kerja
sudah dapat notis ugutan, kemudian tiada siapa menghiraukan kehadiran dia di pejabat. Dia
merasakan dirinya seperti tunggul kayu, bila mana dia cuba senyum dan memulakan perbualan
pasti tiada yang menghiraukannya.
Zalina merasa dirinya tidak berguna dan dibenci. Dia mulai teringat ibunya di kampung
ingin menelefon ibunya. Handphone Samsung S4 miliknya diambil dari bag tangannya dan dia
mencari contact ibu.

Assalamualaikum ibu, apa khabar di sana


waalaikumussalam, khabar baik Ina, bagaimana dengan tempat kerja yang baru?

Naluri seorang ibu sememangnya selalu benar. Ibunya seolah-olah tahu yang Zalina ada
masalah di tempat kerja barunya itu tanpa sempat dia bercerita dengan panjang lebar. Zalina
memang rapat dengan ibunya dan segala sesuatu pasti akan diceritakan, seperti kawan baik.
Ibunya uuga merupakan seorang pendengar dan penasihat setia dirinya. Almaklumlah puteri
tunggal dan anak dalam keluarga, dia mempunyai dua orang abang yang sudah mempunyai
berkeluarga.
Biasalah Ina, hidup ini ibarat roda, kadangkala kita di atas kadangkala kita di bawah,
akan ada naik turunnya. Mungkin hari ini kita berada di atas, siapa tahu esok lusa boleh jadi tiada
siapa yang mahu memandang kita lagi.
Air mata Zalina kembali mengalir dengan derasnya. Dia rasa seperti mahu balik kampung
malam itu juga.
Ina anak yang kuat bukan? Hapus air matamu nak, Ibu doakan besok semuanya baikbaik sahaja. Jaga hubungan dengan Allah, jangan lupa solat, mengaji dan doakan agar hati rakanrakan di tempat kerja dilembutkan dan boleh menerima Ina dengan senang di sana

Seperti biasa, ibunya tak pernah lupa ingatkan dia untuk menjaga hubungan dengan
Allah. Ya, itulah kunci utama. Zalina juga sering ingat pesanan ibunya yang bila mana kita
menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.
Alhamdulillah Zalina berasa sangat beruntung mempunyai ibu yang sangat memahami dirinya

dan tak pernah lupa mengingatkannya untuk selalu berbuat baik pada semua orang agar orang
lain juga akan melakukan hal yang sama pada dirinya.
Tak pernah dia mengalami hal yang seperti itu, merasa dirinya dibenci dan dipulaukan
orang semua orang. Dia merasa terhina dan sedih bila diperlakukan begitu. Selepas bercakap
dengan ibunya dia merasa sedikit tenang. Zalina segera mandi dan solat maghrib, usai solat dia
mengambil mushaf dan membaca Al-Quran. Sungguh kali ini baru dia merasa benar-benar
tenang.

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang"


(Ar-Ra'd ayat 28)

Setiap makhluk yang Allah ciptakan atas dunia ini tidak ada satu pun yang sia-sia, pasti
ada sebabnya kenapa ia diciptakan. Mungkin kita manusia biasa ini memandang sesuatu itu
dengan sebelah mata sampaikan kita tidak dapat mencari hikmah dan sebab kewujudan setiap
perkara itu.
Begitu juga manusia, setiap manusia pasti akan diuji, mungkin pada mata kasar kita
seringkali kita nampak mereka berbahagia tanpa sebarang masalah. Kenapa hanya aku yang
diuji? Kenapa aku sahaja yang begitu dan begini? Mengapa tidak dia? Mengapa dia sering
berbahagia dan sebagainya. Kita sering merasa tidak senang dengan apa yang menimpa diri kita,

kita mengharapkan untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan seperti orang lain, kita merasa diri
kita tidak berguna dan sering bernasib malang.
Walhal sebenarnya mereka juga diuji, mungkin dengan cara yang lain. Mereka mungkin
kelihatan mewah dengan kereta dan rumah besar, tapi mereka diuji dengan rasa sunyi dan
kebosanan, tiada anak-anak dan sahabat untuk menjadi tempat bermanja dan bergurau senda.
Mungkin dia mengalami masalah dengan keluarga dan sering berlinangan air mata, siapa
tahu? Ujian yang Allah timpakan pada setiap hambanya berbeza-beza dan Dia ingin menguji
bagaimana kita menghadapi hal tersebut siapakah di antara kita yang benar-benar beriman dan
yakin itu adalah ketentuannya. Orang yang diuji itu orang yang disayangi bukan? Berbahagialah
kita bila diuji
Allah menguji kita adalah untuk meningkatkan darjat kita juga, cuba kit abaca sirah-sirah
terdahulu, mereka yang hebat-hebat khususnya para nabi adalah mereka yang mendapat ujian
terhebat dalam kehidupan seharian dan dalam menyampaikan risalah. Yakinlah bahawa Allah
memberi kita setiap ujian itu kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Al-Baqarah: 286)

Oleh: Siti Khadijah Binti Said

Anda mungkin juga menyukai