Anda di halaman 1dari 15

1.

0 KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
juga merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod,
memberi skor, menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan.

2.0 TUJUAN PENTAKSIRAN


Pentaksiran bertujuan untuk mengetahui mengenai prestasi seseorang dalam pelajaran.
Pentaksiran sangat berguna kerana dapat membantu para guru untuk melihat pencapaian
pelajar mereka dalam pelajaran. Sebagai contoh yang paling ketara ialah melalui
peperiksaan.

Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini dapat membantu guru melihat tahap
keberkesanan aktiviti yang dijalankan ke atas murid. Melalui maklumat yang diperolehi,
ianya dapat membantu guru untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan kepada murid. Pentaksiran turut menyumbangkan maklumat secara berterusan
mengenai P&P seseorang guru tersebut.

Tujuan seterusnya adalah untuk membantu guru merancang aktiviti P&P yang lebih
tersusun dan sistematik dan bersesuaian dengan keupayaan murid tersebut. Pentaksiran
juga membolehkan guru merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang lebih
berkesan. Ini dapat dilaksanakan setelah tujuan yang dinyatakan sebelum ini mencapai
objektifnya.

Dalam konsep pentaksiran, terdapat tiga kompenen penting iaitu pengujian, penilaian
dan pengukuran. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan
tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Para guru perlulah memahami perbezaan diantara
ketiga-tiga istilah tersebut.

3.0 PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu proses penyerahan satu set instrumen yang perlu dijawab atau
bagi mengukur satu sempel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua
tingkah laku seseorang individu. Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan
dijalankan secara sistematik. Pengujian boleh dilakukan untuk menilai tingkah laku
seseorang individu. Pengujian boleh dilakukan sebelum, semasa dan juga selepas waktu
P&P.
Ujian yang diberikan sebelum proses P&P bertujuan untuk mengumpul maklumat
tentang tahap pelajar mengetahui sesuatu pengetahuan tersebut. Ini bertujuan untuk
membanding beza hasil pelajaran pada hari tersebut. Guru boleh menjalankan ujian secara
lisan atau bertulis untuk diberikan oleh guru kepada pelajar sewaktu P&P sedang berjalan.
Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar.

4.0 PENGUKURAN
Pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diberi iaitu
pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan
menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara
menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperolehi dengan ringkas dan
mudah.
Pengukuran merupakan sesuatu ciri yang dapat dilaksanakan walaupun tanpa
pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah
contoh di mana maklumat boleh diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian.
Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Maklumat yang diperolehi haruslah
sah dan terbukti benar merupakan satu syarat yang amat penting dalam pengukuran.

5.0 PENILAIAN
Tokoh akademik terkenal Terry D. TenBrink (1974:8) menyatakan penilaian bermaksud
suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan
yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Stufflebeam et. al. (1971)

menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah


satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian

objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh
dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh
dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan
yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan
dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan
pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar
seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996),
pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara
ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran
dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

6.0 PRINSIP PENTAKSIRAN


Dalam tajuk pentaksiran Bahasa Melayu, terdapat lima prinsip bagi pentaksiran Bahasa
Melayu. Prinsip pertama ialah skor. Untuk melaksanakan pentaksiran memerlukan alat
atau bahan yang dijadikan panduan semasa melakukan proses pentaksiran. Skor ini akan
menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Melalui skor ini, para pentaksir akan
mendapat hasil pentaksiran yang berlandaskan skor pelajar tesebut. Ujian akademik
tersebut boleh terdiri daripada ujian lisan, amali mahupun ujian bertulis.. Di situ akan dapat

dilihat kelemahan atau kelebihan pelajar melalui maklumat yang diperolehi daripada skor
tersebut.

Prinsip yang kedua ialah instrumen.

Instrumen membawa maksud alat yang

digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut.

Instrumen ini

dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi.
Sebagai contoh, alat ini boleh terdiri daripada borang soal selidik mahupun sebagainya.
Prinsip yang ketiga ialah kumpulan yang mentaksir. Jika di sekolah, kebiasaannya
kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang mendiami sekolah tersebut. Murid-murid ini
akan ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan mahupun pencapaian semasa
mereka. Murid-murid amat penting dalam proses pentaksiran kerana tanpa mereka , maka
tiada bahan atau sasaran yang ditaksir. Ini kerana hasil pentaksiran akan digunakan untuk
kebaikan pelajar juga.
Prinsip seterusnya ialah respon. Respon ataupun tindakbalas lahirnya daripada
kumpulan yang ditaksir. Tindakbalas datangnya daripada pelajar yang ditaksir tersebut.
Tindakbalas yang dimaksudkan boleh diketegorikan dari segi pencapaian.

Ini kerana

apabila hasil pentaksiran diperolehi, para guru akan meneliti hasil tersebut dan seterusnya
akan membuat tindakan susulan daripada hasil tersebut. Perubahan dapat disaksikan dari
segi pencapaian pelajar pada pentaksiran yang akan dilakukan seterusnya.
Prinsip yang terakhir ialah kumpulan yang mentaksir. Bagi melaksanakan proses
pentaksiran memerlukan satu kumpulan yang dapat melakukan tugas menjalankan proses
pentaksiran ke atas kumpulan yang ditaksir. Kumpulan ini amat penting dalam proses ini,
kerana tanpa kumpulan ini, proses pentaksiran tidak akan dapat dijalakan seperti yang
dirancang.

7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


DEFINISI
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu
ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan
tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang
sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan
item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU
merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras
Kemahiran (melintang).
Kepentingan JSU

Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.


Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)
Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan keseimbangan antara topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Memberi panduan untuk membuat format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Berikut merupakan contoh JSU mata pelajaran Bahasa Melayu


Bil

1.1

Bentuk Soalan
Kemahian
Bidang/Topik/Topik

Jam

Kecil
Tatabahasa
* Kata ganda

Objektif
Kognitif
3
4

Jumlah
Item

* Kata majmuk
* Kata terbitan

1.2

Membaca
dan
memaham
*Menjawab
10
soalan kefahaman
berdasarkan
petikan
yang
dibaca.
Panjang
petikan ialah lebih
kurang 150 patah
perkataan.
*Memberi
erti
perkataan
berdasarkan
petikan di atas.

20

15

16
1

12

Jadual 1.1: Contoh JSU

Langkah-langkah Pembinaan Jadual Spesifiksi Ujian

Langkah I:
Guru perlu menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
6

Bil
1.1

Tajuk-tajuk Pengajaran Dan Pembelajaran


Tatabahasa

Kata ganda

Kata majmuk

Masa Belajar

20

Kata terbitan
Membaca dan memaham

1.2

Menjawab 10 soalan kefahaman


berdasarkan petikan yang dibaca. Panjang
petikan frosa ialah lebih kurang 150 patah

perkataan

Memberi erti kata berdasarkan petikan yang

dibaca.
Peribahasa

1.3

Simpulan bahasa

Perumpamaan

5
Jumlah

40

Jadual 1.2: Tajuk-tajuk Pengajaran da Pembelajaran Mengikut Masa Belajar

Langkah II:
Menentukan soalan yang akan dibina.

Pemilihan bentuk soalan hendaklah berasaskan

pertimbangan yang baik. Antara perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan ialah:

Tujuan ujian itu di adakan

Masa yang diperuntukan untuk melaksanakan ujian

Umur murid

Bilangan murid yang terlibat

Contoh:
a)

Soalan Objektif (30 soalan)

b) 1 markah bagi 1 item


c) Jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
Jumlah masa
7

X Jumlah Soalan
Jumlah masa keseluruhan
Langkah III:
Menentukan mpdel aras kesukaran item. Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif
pendidikan Bloom yang merangkumi 3 domain iaitu:
a)

Kognitif bagi aktiviti mental

b) Afektif yang menitikberatkan sikap, emosi dan perasaan


c) Psikomotor khusus untuk aktiviti fizikal

Rajah 1.3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom


Langah IV:
Nyatakan jenis ujian yang akan diuji, iaitu sama ada :

Ujian objektif

Ujian Struktur

Ujian esei

Dan lain-lain

Contoh pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik adalah seperti yang berikut:
Bil

Bidang/Topik/Topik Kecil

Masa

Anggaran Jumlah Item

Jumlah item

Belajar
1.1

Tatabahasa

Kata nama am
8

Kata nama khas

Kata adjektif

Kata sendi

Tanda baca

20

20
X 32

16

40

Membentuk ayat
1.2

Membaca dan memaham

Menjawab 10
soalan kefahaman
berdasarkan
petikan yang

15

15
X 32

dibaca. Panjang

40

12

petikan frosa ialah


lebih kurang 150
patah perkataan
Memberi erti kata
berdasarkan petikan yang
dibaca.
Peribahasa

1.3

Simpulan Bahasa

Perumpamaan

4
X 32

40

Jadual 1.4: Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen, iaitu objektif, struktur, esei dan
lain-lain.

Menentukan aras kesukaran soalan, iaitu daripada soalan mudah kepada soalan
yang agak sukar, sukar dan sangat sukar.

Menentukan cara pemerkahan

Langkah VI:

Menyatakan mata pelajaran yang diuji

Tingkatan

Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Berdasarkan huraiaah langkah I hingga VI di atas jelaslah bahawa JSU berperanan penting
untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau mereka yang berkaitan dengan
ujian seperti murid, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya
menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya.

Jesteru, data-data yang tercetus

daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan
atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang sewajarnya perlu diberikan perhatian terhadap
objektif pembelajaran., dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan serta
pentadbiran ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati
semua pihak yang terlibat.
8.0 Mengaplikasikan kaedah penilaian bahasa untuk meningkatkan prestasi murid.
Penilaian amat penting dijalankan oleh guru sama ada dijalankan secara formatif ataupun
sumatif.

Tujuan kaedah penilaian bahasa dijalankan untuk memastikan murid telah

menguasai tiga kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan),
kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Oleh itu, apabila guru menilai kemahiran bahasa di dalam bilik darjah, guru tidak
hanya menumpukan ujian bertulis semata-mata untuk dijadikan pengukur perubahan
tingkah laku murid untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Guru boleh menilai murid

berdasarkan ujian lisan, teknik wacana, pemerhatian, dialog, rekod enekdot, dan portfolio.

8,1 Penilaian Melalui Portfolio


Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar
dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan
secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara
kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
10

Menurut Louis Cohen dan Lawrence Manion (1989), terdapat lapan tujuan penilaian
melalui portfolio dijalankan oleh guru.

Antaranya untuk mengesan kemajuan dan

pencapaian murid, menyampaikan maklumat tentang prestasi murid kepada guru lain,
menentukan keseimbangan pendidikan untuk seseorang murid di sekoalh rendah,
memastikan kesinambungan pendidikan apabila murid terbabit berpindah ke sekolah
menengah, memberi panduan kepada guru pengganti, untuk mengenal pasti murid-murid
yang berpencapaian rendah, menyediakan maklumat tentang keberkesanan kaedah dan
bahan bantu mengajar yang digunakan, mengenal pasti masalah bahasa yang dialami oleh
murid misalnya, disleksia,untuk dirujuk kepada pihak berkenaan dan memaklumkan kepada
guru besar gambaran umum pencapaian dalam kalangan murid-murid.
Terdapat pelbagai penilaian melalui portfolio yang boleh digunakan oleh guru iaitu
menggunakan carta berpalang ataupu menggunakan portfolio secara senarai semak.
Sebagi sontohnya penilaian melalui portfolio secara senarai semak ditunjukkan dalam Rajah
1.6 yang berikut:
KEMAHIRAN
Membaca satu suku
kata
Membaca dua suku
kata
Membaca tiga suku
kata
Membaca Frasa
Membaca Klausa
Membaca Ayat

Farah

Syarina

NAMA MURID
Aqilah

Hafiz

Law Woon
Long

Rajah 1.6: Penilaian Melalui Portfolio Senarai Semak


8.2 Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian melibatkan pengumpulan maklumat secara berterusan dan
mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam
mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
Secara khususnya, penilaian melalui pemerhatian digunakan untuk menilai sembilan
aspek, iaitu sikap, amalan, kemahiran manipulatif, kemahiran sosial, kemahiran belajar,
kemahiran kinestatik, kemahiran literasi komputer dan kemahiran mereka cipta.
11

Terdapat tiga tujuan utama penilaian melalui pemerhatian iaitu yang pertama untuk
mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta merta dalam pengajaran harian
tanpa instrumen yang khusus. Kedua untuk mengesan kekuatan dan kelemahan selepas
beberapa pembelajaran secara individu dan kumpulan dan yang ketiga untuk mengesan
pencapaian selepas beberapa

pembelajaran atau pada akhir program yang dijalankan

secara individu.
Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan
prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan
pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul
sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat
sebagai ada atau tiada.
8.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, murid juga patut diberi hak untuk
menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan
dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian
tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan
kontrak pembelajaran.
Kontrak pembelajaran ini dilakukan antara guru dengan murid sama ada secara
individu atau kumpulan. Kontrak pembelajaran ini dilakukan untuk tugasan secara menulis.
Oleh sebab penilaian melalui kontrak pembelajaran memerlukan persetujuan antara guru
dengan murid, maka akibat tertentu akan memberi kesan terhadap pihak yang
mengingkarinya.

Sehubungan itu, antara akibat yang diterima oleh pihak yang gagal

mematuhi perjanjian ialah penolakan jumlah markah tertentu.

Penolakan markah akan

dilakukan sekiranya terdapat individu dalam sessuatu kumpulan yang enggan memberi
kerjasama kepada kumpulannya.
8.4 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P Bahasa Melayu akan dapat
melahirkan interaksi antara guru dan murid secara berkesan. Di samping itu, ia dapat
dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan
melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid
12

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang


berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak balas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan murid berfikir di samping dapat
menguji dan menilai apa yang telah diajarkan.
Terdapat tiga tujuan utama penilaian melalui soal jawab iaitu untuk mengesan
pengetahuan berbahasa murid-murid, menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif ,
inovatif, logik dan kritis dan mendorong murid-murid menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar.

9.0 TAKSNOMI BLOOM


Menurut Kamus Dewan, Taksonomi membawa maksud kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan
perbezaan

sifat

organisma

itu.

Menurut

laman

sesawang

http://www.notamengajarbelajar.blogspot.com mendefinisikan taksonomi sebagai klasifikasi


berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi.

Perkataan taksonomi

berasal dari perkataan Greek iaitu tassein yang membawa maksud untuk mengelaskan
dan perkataan nomos membawa maksud undang-undang.
Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma
hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga
merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir
semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan
menurut skim taksonomi. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa
digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektifobjektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan
psikomotor.
Prof. Benjamin Bloom (1956), daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan
Taksonomi Objektif Pendidikan yang termasyhur itu. Tasonomi Objektif Pendidikan
menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini
menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat (hierarki). Ia bertujuan
membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di
dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom,
13

aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman,


Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

14

Rajah 1.5: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

15