NAZAM
Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut
KamusDewan (1994:858) Nazam ialah perkataan Arab yang bermaksud
gubahan puisiseperti sajak dan syair, bernazam adalah bercerita dengan
lagu, bersajak ataubersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan
dengan lagu atau mengubahdan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata
lain yang digunakan untuknazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab ArabMelayu (1994:) nazam dalambahasa Arab bererti merangkai, mengarang,
menyusun dan mengatur. Makna initermasuklah merangkai, mengarang dan
menyusun kata-kata dalam mencipta puisi.Dalam Kamoes Bahasa MinangkabauBahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidakdijumpai kata "nazam", namun dapat
disamakan dengan "nalam", iaitu banalam(bernazam) ialah bertjerita dengan lagu
terutama tentang agama atau yang berisipengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa
Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988,ditemukan kata "nalam" dan "nazam".
"Nalam" adalah gubahan sajak (syair,karangan); sementara bernalam, bermaksud
membaca puisi atau bercerita denganlagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus
Umum Bahasa Indonesia (1984)mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau
karangan); "bernalam" bermaknabersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu;
"menalamkan" adalah menyajakkan;menceritakan dengan lagu.Definisi-definisi di
atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazambermakna puisi secara
umum. Di samping itu istilah bernazam pula digunakanbagi maksud berlagu. Di
dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yangsama dengan istilah syair
dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil daribahasa asing. Syair dan
nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasaldari bahasa Tamil. Ketiga-
tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umumdi dalam bahasa asal
masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayuperkataan-perkataan ini
kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagaiistilah teknikal yang
merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyaistruktur, isi dan fungsi yang
tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagaiistilah teknik kepada suatu
jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yangdikarang oleh Bokhari alJauhari kira-kira dalam tahun 1603.Istilah nazam dalam konteks puisi Melayu
tradisional yang diterima pada masa inimerujuk kepada sejenis puisi tradisional
yang mempunyai beberapa ciri khas.Ciri-ciri utama nazam adalah seperti di
bawah:1. Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini
iamenyerupai pantun dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud.
Kedua-dua
baris adalah maksud.2. Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skima
rima ini tidaklah terlalurigid. Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap,
skima rimanya menjadi agaklonggar.3. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri
daripada lima atau enam perkataanmenjadikan sukukata antara sepuluh hingga
dua belas. Namun begitu ada juga yanglebih daripada enam perkataan dan
mempunyai hingga 20 sukukata.4. Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak
terhad. Ada nazam yang panjanghingga seribu rangkap.5. Nazam adalah puisi
yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentanghukum hakam dan
kisah kehidupan Nabi Muhammad saw.6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak
penggunaan perkataan Arab.7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan
dengan puji-pujian terhadapAllah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa
puji-pujian dan selawat inidiulang-ulang hingga ke baris akhir.8. Nazam biasanya
disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringipaluan rebana9. Pada
masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi danmajlismajlis keagamaan yang lainPerkembangan Nazam di Tanah MelayuNazam tidaklah
begitu terkenal seperti pantun dan syair. Tidak banyakpenyelidikan yang telah
dijalankan ke atasnya. Bahkan, Vladimir Braginsky(2004:491) berpendapat
bahawa hanya dua subgenre puisi tradisional yang masihsubur di dalam
kesusasteraan Melayu bertulis iaitu pantun dan syair.Perkembangan nazam hanya
terbatas kepada beberapa buah negeri, iaitu Terengganu,Pahang dan Melaka
sahaja.Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh
pedagangdan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu. Nazam,
di sampingsyair, adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan
kesusasteraanIslam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu
Melaka. Merekamenggunakan nazam untuk menyampaikan ajaran Islam, mengajar
kitaDengan bujuk bagi nasihat yang nyataTunjuk pula hingga perang dengan
pedangMaka nyatalah agama putih terang
Petikan di atas adalah dari Nazam al-Jawahir al-Samiyah, (sumber: Harun
MatPiah, 1977:288). Dari segi bentuk dan isinya menepati definisi nazam
yangdihuraikan di atas. Sebahagian besar isinya membicarakan ilmu tauhid,
iaitumengenal dan memahami sifat 20. Terdapat kosa kata dari Bahasa Arab dan
istilahagama seperti salatul-Llah, surah, tauhid, Rasul. Syirik dan
sebagainya.Baris-baris yang mengandungi puji-pujian ini diulang-ulang supaya
dapat memberikesatuan tema kepada keseluruhan nazam yang disampaikan. Dan
ini memberikankesatuan dan ikatan seperti tali yang merangkai bait-bait atau
rangkap-rangkaptersebut. Ciri-ciri ini selaras dengan makna nazam pada asasnya
iaitu merangkaimisalnya merangkai mutiara atau merangkai bunga-bunga pada
satu tali.Nazam berfungsi sebagai media pembelajaran agama, khasnya untuk
masyarakat yangtidak mahir di dalam bahasa Arab dan tidak mampu membaca
kitab-kitab yang lebihtebal. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Nazam Mukadimah
daripada kitab Tanbihal-Kusla:Telah tamat nazam ini dengan berkatNabi kita
yang dibenarkan mukjizatAku nama nazam ini MukadimahBagi orang baru belajar
ilmu AllahIni bermakna dari segi isi, nazam tidaklah seluas pantun dan syair yang
meliputiseluruh bidang dan kehidupan manusia. Syair juga pada mulanya
digunakan untuktujuan menyampaikan ajaran agama. Namun syair telah mengalami
perubahan dandigunakan untuk menyampaikan cerita sejarah, cerita hikayat dan
sebagainya. Dariaspek isi, Nazam juga menyerupai berzanji yang mengandongi
doa-doa, puji-pujiandan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. yang
disebutkan berturut-turut iaitusalasilah keturunannya, masa kanak-kanak,
remaja, pemuda, hingga diangkatmenjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan
sifat-sifat mulia yang dimiliki NabiMuhammad, serta berbagai peristiwa untuk
dijadikan teladan umat manusia.Selain menyampaikan pengajaran agama, nazam
juga telah digunakan bagimenyampaikan nasihat dan panduan kepada pemerintah
dan pemimpin. Contoh nazamyang demikian ditemui dalam Tajus Salatin yang
berbunyi:Bahawa bagi raja sekalianHendak ada menteri demikianYang pada suatu
pekerjaanSempurnakan segala kerajaanMenteri inilah maha tolan rajaDan peti
segenap rahsianya sahajaKerana kata raja itu katanyaEsa ertinya dan dua adanya
Maka menteri yang demikian perinyaAda keadaan raja dirinyaJika raja dapat
adanya ituDapat peti rahsianya itu.(sumber: Harun Mat Piah, 1989:283).Mengikut
Zaaba naskah nazam yang terkenal ialah kitab Kitab Kanz al-Ula yangdikarang
oleh Al-Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin al-Idrus yang terkenaldengan
nama Tuk Engku Besar Terengganu. Tuk Engku Besar Terengganu juga
telahmengarang beberapa buah buku agama yang ditulis dalam bentuk nazam.
Sebuahdaripadanya terbit beberapa kali dan luas penyebaran khususnya di
Terengganu.Nazam yang ditemui termasuklah Tahfat al-Wildan, Mokhtasar, alJawahiral-Saniyyyah, Sirat al-Nabawiyyah, dan Sullammal-Taufiq. Kebanyakan
nazam beliaumengandungi kisah hidup Nabi Muhammad sejak baginda
dilahirkan.Nazam Kanz al-Ula menceritakan riwayat hidup RasullullahSaidina
Muhammad itulah Rasul yang tinggiZat dan sifat dan nisab dan perangai yang
muliaDan ia ituah langit yang ke atas bandingnyaDan anbia lainnya tu bawahnya
ia.Dia iaitu matahari yang lebih cahayanyaDan anbia lainnya itu bintangnya iaMana
samakan dia oleh Rasul yang lainPada tingginya itu dan murahnya iaDan ialah laut
yang sangat luasnyaDan ombaknya yang limpah pada alam ini iaDan ialah awan
yang menghamburkan hujanPada daratan rata dan lautnya iaLagi ialah angin yang
dilepaskan diaDengan tiada hingga pada alam ni iaNazam juga menjadi kesenian
yang dipraktikkan di Melaka. Di Melaka terdapatsebuah teks nazam berjodol
Tanbih al-Kusla. Nazam tersebut adalah hasilterjemahan daripada Nzam Arzal
an-Nas oleh Ahmad bin Haji Abd.Raof, yangmerupakan Mufti negeri Melaka
tahun 1944. Tanbih al-Kusla lebih merupakan bukupermulaan dalam ilmu fikah,
khususnya untuk anak-anak sekolah.Mengikut Mohd.Ali Bachik (2004:10)
perkembangan nazam di Melaka berlaku dikalangan kaum lelaki dan kaum wanita.
Kaum lelaki membaca nazam di surau diantara waktu maghrib dan Isyak terutama
pada bulan Rabiul Awal. Kaum wanita pula
membaca nazam sambil menganyam tikar pada waktu malam.Salami Simon
(1990:56) menemui beberapa buah nazam yang ditulis dan disampaikandi dalam
bahasa Jawa khasnya di daerah Sungai Besar Selangor. Nazam-nazam itudimiliki
oleh beberapa orang respondennya yang pernah belajar di pondokpengajian
agama semasa mereka masih muda. Mereka memberi maklumat bahawaNazamnazam tersebut dilagukan selepas sembahyang fardhu sementara masuk
waktuseterusnya, atau setelah selesai mengaji Al-Quran. Orang-orang
perempuan,khasnya ibu-ibu dan nenek-nenek, sering menggunakan nazam untuk
menidurkananak-anak dan cucu mereka.Lagu NazamLazimnya Nazam disampaikan
dengan berlagu. Secara umum lagu nazam bolehdibahagikan kepada dua
kategori.Lagu atau intonasi zikir untuk Nazam yang dibaca di surau-surau.Lagu
nasyid untuk nazam yang disampaikan di tempat-tempat keramaian
khasnyamajlis-majlis keagamaan.Lagu zikirLagu zikir menggunakan nada yang
rendah, sesuai untuk tempat seperti surau.Baris pertama dimulakan dengan
intonasi panjang dan tinggi pada sukukata yangpertama, diikuti dengan pendek
dan rendah pada sukukata kedua. Baris keduadimulakan dengan pendek dan
rendah pada sukukata yang pertama dan tinggi danpanjang pada sukukata yang
kedua. Hal ini diulang pada sukukata ketiga dankeempat hingga ke akhir.
Sukukata yang akhir setiap baris diberi penekanan,iaitu dengan lebih ditinggikan
dan dipanjangkan.Laa /i/laa /ha/ ill /lal/Lahhh /,Mu/hamm /ma/durrr /Ra/sull
/lul/Lahhh /.Pengulangan perkataan dan ungkapan yang terdapat pada nazam
adalah sesuai untukdiserapkan ke dalam zikir .Nazam juga dibaca dengan rentak
pendek panjang dan penekanan kepada sukukatayang keempat. Melodi seperti ini
boleh disebut sebagai melodi terbuka dan mudahdisesuaikan dengan bilangan
sukakata nazam yang tidak terhad.Ka/mi/mu/ laa /na/zam/i/ nii /de/ngan/na/
maaaa /(12 sukukata)Al/lah/yang/memm /be/ri/fa/ hamm /kan/a/ga/ ma /12
sukukata)Deng/ki/pa/ daaa /nya/sau/da/raaa /se/ke/ lian (11
sukukata)Sau/da/gar/Me/ sir /ya/Al/lah/Na/bi /Yu/sof /di/jual/kan /(15
sukukata)Lagu NasyidDi dalam majlis-majlis keramaian nazam dilagukan dengan
lagu yang lebih rancakdan nada yang lebih tinggi untuk menimbulkan kemeriahan
tetapi lembut danterkawal sesuai dengan senikata yang berunsur keagamaan
Mengikut catatan Mohd
Ali Bachik (2004:15), lagu yang paling banyak digunakan untuk nazam ialah
laguyang dikenali sebagai Abdaubis yang berasal dari berzanji. Pada masa ini,
laguini lebih popular di Tanjung Bidara dan Tanjung Keling. Terdapat beberapa
versilagu yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan yang bergerak di Merlimau,
Jasin,Serkam dan Muara Sungai Duyung. Terdapat juga lagu nazam yang
diserapkan kedalam lagu-lagu oleh pencipta-pencipta lagu moden. Contohnya,
Seniman AgungP.Ramlee mempopularkan lagu Naam Sidi menjadi lagu Gambus
Jodoh (dari filem MaduTiga) dan Tolong Kami Bantu Kami (daripada filem Tiga
Abdul). Kumpulan-kumpulannazam semasa juga telah menggubah irama-irama baru
yang sesuai untuk menyanyikannazam untuk menjadikan kesenian ini lebih menarik
khasnya untuk menarik minatgenerasi muda.Perbezaan lagu nazam dan syairLagu
nazam berbeza dari syair. Syair mempunyai bentuk melodi yang panjang,bernada
melankolik, mendayu, meninggi, dan beralun. Irama nazam lebih rancak
dantemponya cepat. Lagu nazam lebih mudah dan tidak memiliki range nada
yangterlalu tinggi atau terlalu rendah yang mencabar kemampuan seorang
penyampai.Jika syair merupakan persembahan yang dibawa oleh tukang syair
yang dianggapmempunyai kebolehan istimewa, maka nazam lebih merupakan
partisipasi bersama.Orang ramai yang datang ke sesuatu majlis seringkali akan
turut bernazambersama-sama ahli kumpulan. Nadanya lebih rendah dan tidak
memerlukan lantunanatau ketinggian suara atau pernafasan yang baik . Melodi
syair hanya dapatdibawa dengan baik jika bilangan sukukata tidak melebihi lapan.
Keharmonianirama syair akan terjejas jika bilangan sukukata tidak terkawal. Hal
mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.PANTUN adalah sejenis puisi
tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zamanberzaman. Mengikut
sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidaktahu menulis dan
membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapanuntuk
menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun
mengenaisesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan
memberinasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan bentuk puisi
tradisonal yang terdiri daripada empat barisserangkap, empat perkataan sebaris,
mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapavariasi dan pengecualian. Tiap-tiap
rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkappembayang atau sampiran dan
maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiridan biasanya rangkap-rangkap
tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untukmelengkapkan keseluruhan
idea. Berikut dipaparkan contoh-contoh pantun empatrangkap yang meliputi tema
kasih sayang, adat dan nasihat.Contoh-contoh Pantun:Sirih junjung sirih
pinangSirih kami susun bertingkatAdat dijunjung pusakadikenangBangsa berbudi
hidup muafakatSirih junjung sirih pinangSirih kuning diberi namaAdat dijunjung
pusakadikenangHidup berbudi muafakat bersamaSirih kuning sirih daraSirih
tanya berserta cincinHidup beradat amansejahteraBudaya lama tetap
terjaminSirih kuning diberi namaSirih tanya berserta cincinHidup berunding
muafakatbersamaBangsa mulia budaya dijaminOrang Jawa turun ke
dusunSinggah sejenak di pinggir kotaKami bawa sirihtersusunSudilah sepiak
pembuka kataSeloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah
maupunperumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan.
Biasanyaditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat
jugaditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris. Kata "seloka" diambil
daribahasa Sansekerta, sloka
Bibliografi:
http://www.scribd.com/doc/54526060/PUISI-MELAYU-TRDSNL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVertSectionID=981&VertSectionID=25&CurLocation
=826&IID=
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation
=208&IID&Page=1
BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN
PENGENALAN
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun
itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada
pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa
mengandungi 4 kerat/baris
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup
masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
JENIS-JENIS PANTUN
Pantun 2 kerat
Pantun 6 kerat
Pantun 8 kerat
Pantun 10 kerat
Pantun 12 kerat
Pantun 14 kerat
Pantun berkait
FUNGSI PANTUN
- Lagu-lagu Asli
- Dikir Barat dan Lain-lain: