Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SK PAYA KELADI
Nama Program

: Program Perkhemahan Unit Beruniform

Tarikh

: 3 hingga 4 Oktober 2012

Tempat

: Damai Park Resort, Merbok, Kedah Darul Aman

Anjuran

: Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Paya Keladi

PENDAHULUAN
Program perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum
yang dirancang bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengalaman
baru kepada murid-murid tentang tatacara perkhemahan serta menanamkan
sikap kerjasama, bertolak ansur, berdisiplin dan menyemaikan sikap
kepimpinan yang pada setiap murid.
Melalui program ini diharapkan semua peserta dapat menambahkan
ilmu dan meningkatkan pengetahuan mereka di dalam kehidupan seharian .
Ahli-ahli juga berpeluang meneroka dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan
pelbagai kehidupan di sekitar kawasan perkhemahan serta dapat mendalami
ilmu sejarah berkenaan dengan kawasan perkhemahan. Selain daripada itu,
Murid juga dapat didedahkan dengan suatu akiviti baru di luar kawasan
sekolah dan dengan ini ia dapat memberi pengalaman yang amat berguna
kepada para peserta.
OBJEKTIF
Melalui program ini, murid-murid akan dapat :
1. Melahirkan ahli unit beruniform yang dapat berdikari dan mempunyai
semangat kendiri yang tinggi.
2. Menyemai sifat disiplin dan kepimpinan.
3. Menerapkan kemahiran survival dan ketahanan diri.
MATLAMAT
1. Melahirkan pelajar yang mempunyai daya ketahan yang tinggi.
2. Memupuk semangat kerjasama di antara murid-murid.
3. Melatih murid-murid cara-cara menjalankan sesuatu aktiviti secara
berkumpulan .

SASARAN
Semua Murid Darjah 6 Tahun 2012 ( 103 orang murid )
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1.
2.
3.
4.
5.

PERKARA
Makanan dan minuman peserta
Penginapan
Dewan Tertutup
Pengangkutan
Alatan Tulis
Jumlah Besar

PERBELANJAAN
103 x RM 20
1 malam x RM 1400
RM 300
2 buah bas x RM 600
RM 104

JUMLAH
RM 2060.00
RM 1400.00
RM 300
RM 1200
RM 104
RM 5064.00

GURU YANG TERLIBAT


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

NAMA
En. Zabidi B. Ishak
En. Muzani Nur B. Mat Zaki
En. Mohd Asri B. Ishak
Pn. Shahriwati Bt. Ishak
Pn. Rosidah Bt. Hassan
Pn. Azizah Bt. Abdul Rahman
Pn. Norsima Bt. Idrus
En. Abdul Rahman B. Salis

JAWATAN
Ketua Komanden
Penolong Ketua Komanden
Penyelaras LDK
Guru Penasihat Puteri Islam
Guru Penasihat TKRS
Guru Penasihat PBSM
Guru Penasihat Pengakap
Instruktor Kerohanian

PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini dapat menambahkan ilmu dan
minat murid terhadap aktiviti luar seperti perkhemahan yang dirancang ini.
Melalui program ini juga diharap murid dapat di asuh untuk mengukuh dan
mengembangkan asas mengenai sifat kepimpinan, kerjasama,patriotik dan
sedia berkhidmat pada bila-bila masa sahaja.
Disediakan Oleh :

Disahkan oleh :

....

LAMPIRAN
TENTATIF PROGRAM
3 Oktober 2012 ( Rabu )
Masa

Aktiviti

Catatan

11.30 pg
1.00 tghr
2.00 ptg
2.30 ptg
4.30 ptg
4.45 ptg
5.00 ptg
6.30 ptg
7.00 mlm
7.30 mlm
8.00 mlm
10.00 mlm
10.15 mlm
10.30 mlm

Bertolak ke Damai Park Resort


Dijangka tiba
Solat Zohor
LDK 1
Minum petang
Solat asar
Aktiviti riadah
Mandi dan siapkan diri
Makan malam
Solat maghrib
LDK 2
Solat isyak
Minum malam
Tidur

4 Oktober 2012 ( Khamis )


Masa
6.00 pg
6.30 pg
7.00 pg
7.30 pg
8.00 pg
10.00 pg
10.30 pg
12.00 tghr
12.30 tghr

Aktiviti
Solat subuh
Mandi dan siapkan diri
Sarapan pagi
Aktiviti memanaskan badan & regangan
Jungle tracking
Kudapan
Mandi dan mengemas barang
Makan tengahari
Pulang ke SKPK

Catatan

Anda mungkin juga menyukai